Nov 23, 2006

.oyasuminasai

Hello everyone.

Dah lama gila aku tak mengupdate blog ni. Kebizian yang melampau. Gambar baru sahaja dapat dipost pada entry kali ini sebab ketandusan idea. So enjoy.
















Oh yeah, Densha Otoko was the best japanese series i've ever seen.

Nov 6, 2006

.killer paradiso

Two more of my pictures edited using Photoshop, and macro shots in a much smaller size. Thanx sha and abah for the comments.























Nov 5, 2006

.a time to kill

Smokers kata, orang yang smoke lebih nampak macho. Baru nampak kelakiannya. I don't see any resemblance.



Yeah, rokok itu membunuh, a slow killer. Fakta itu dengan jelas diterangkan oleh penasihat-penasihat kesihatan serta media. Tapi, itu semua tidak menghalang para smokers untuk terus berbakti mengekalkan semangat setia kawan antara rokok dengan diri mereka sendiri.

Bagi aku, rokok itu sudah sebati dengan diri aku. Sebati bagai aur dengan tebing, ketiadaannya disisi aku membuat aku jadi kekok. Semua yang dilakukan serba tak kena dan yang penting sekali, resdung aku pasti menonjolkan dirinya semasa ketiadaan rokok. Pelik kan?Tak tau kenapa, tapi rokok itu telah meng"cure"kan penyakit resdung aku. Selsema hilang dan hidung tidak lagi terasa gatal.

Ah, mungkin kamu pasti kata yang itu semua alasan untuk aku merokok. Mungkin juga. Tetapi, believe me, it's true.

Permulaan aku merokok sejak aku dari tingkatan 3 lagi. Pengaruh rakan? Mungkin juga. Cuma faktor yang paling utama adalah kerosakan akhlak aku pada masa itu. Disuruh mengaji, aku lari ke cyber cafe main game. Disuruh solat, aku ambil air solat dan kunci pintu untuk kira masa 5 minit dan keluar bilik. Mengaburi mata ibu bapa dengan berlaku baik di depan mereka.

Rokok pertama hasil dari masalah keluarga aku. Aku tensi. Kawan cakap pada aku yang rokok boleh meriliskan tensti. Aku termakan pujuk rayu syaitan tahap penthouse itu dan mula merokok. Sedutan pertama agak memeritkan. Rasa pahit menyelubungi seluruh rongga pernafasan badanku. Terbatuk-batuk aku buat kali pertama. Habis sebatang, aku dah mula weng. Rasa pening yang teramat sangat. Itulah nikmat merokok pertama (bodoh!.

Sekarang, aku menyesal. If I din't start smoking that day, things will be much better for my health. I am really addicted to smoking. Cubaan aku untuk quit smoking hanya bertahan selama 2 minggu. Itu adalah masa paling lama aku bertahan tanpa merokok. Thanx to my sweet friend, Bella for helping me out in quitting. You will always be my best friend. Ever! Love ya babe.

Aku dah jelak dengan merokok. Hidup ini pasti indah tanpa rokok kan? Pasti lebih ceria, lebih bersih. Aku mahu menjadi seperti itu.

Nov 1, 2006

.it's coming!

ADA Band - Manusia Bodoh

Otak aku sejakkebelakangan ni agak serabut dengan macam-macam masalah dan kekusutan.Kemungkinan berpunca dari time management yang sangat lemah serta seperti biasa ke-low-self-esteem-an aku. Sampai bila la agaknya aku dapat menangani itu semua dengan tenang.

Debaran FINAL EXAM semakin terasa..almost semua student disini sibuk membuat last minute preparation setelah sibuk berseronok menyambut lebaran. Aku? seperti biasa masih menjadi manusia bodoh bermalas-malasan untuk stadi. Buku masih belum disentuh sedikit pun walaupun kertas CHM140 aku membawa carry mark yang berada di wilayah nyawa-nyawa ikan saja. Kebodohan diriku sendiri.

Hey, take a look at my new SonyStyle 1G mp3 player. Whaddya think? Nice isn't it? I got it so much cheaper from the selling price at Lelong.com.my, and it's so worth it. File .mp3 diconvert ke file .aac menjimatkan space memory aku. 500 lagu boleh diubah menjadi 1000 lagu untuk 1G, sangat best. :D

Sorry,pictures have been removed because of technical problems. Will be posted later in a much smaller size.