Jun 29, 2010

.karma?

Selamat siang semua.

Pagi tadi aku bangun cukup awal. Musim-musim cuti campur bola ni kalau aku bangun lagi awal dari Tok Siak bentang sejadah untuk solat Zohor, memang cukup rare. Breakfast aku waktu orang makan tengah hari. Lunch time saitan tengah menyorok waktu Maghrib, dan Dinner waktu mamak tengah cuci lantai kedai dia. Hebat bukan?

Bila bangun awal ni, perasaan eksaited dia cukup tinggi. Biasalah, rare dia lain macam, rasa teruja dia cukup tinggi. Jadi untuk memuaskan rasa eksaited ni, aku pergi breakfast sorang-sorang dekat gerai laksa dekat Desa Aman.

Gigi tak gosok, muka tak cuci, terus start kereta pergi sana. Apa barang gosok gigi, taik gigi tu lah perasa tambahan ganti otak udang.

Pagi-pagi aku suka pergi kedai melayu sebab suka tengok telatah orang. Tambah-tambah yang kerja kerajaan pukul 10 pun lepak breakfast lagi tak reti-reti nak kerja.

Ada seorang pegawai kerajaan ni, sembang cukup pumpang. Cakap macam dia seorang saja yang hebat, dia sorang saja raja. Sampaikan jenama baju seluar pun nak berlagak dengan anak-anak buah dia. Itu baru pakaian beli masa sales The Store Jalan Kampar, belum beli Bvlgari/Raoul/Topman lagi.

Pakaian cukup rapi. Rambut sisir ke belakang berkilat. Aku kira-kira dia pakai tancho sebab angin tiup langsung tak getar. Kasut macacm askar nak pergi kawad. Agak-agak nak picit jerawat dekat muka boleh guna kasut dia buat cermin.

Antara ayat-ayat dia yang aku ingat sepanjang aku menikmati laksa tadi ialah;

"Ariel Peterporn? Ariel Petergay pun bolehh"

"Duit aku tak tau nak letak mana dah, banyak sangat."

"Bini aku cukup takut dengan aku, ni baru kata lelaki power" sambil dabik dada.

"Kereta aku tak main la barang-barang tiruan ni, aku kalau repair guna yang ori saja."


"Ni deme ni buang sampah kemain dekat depan rumah aku ni, aku nak nengok, kalau deme buang lagi harini, memang aku terajang terus. Main-main la dengan aku, ni orang Lambor wey, mana takut dengan apa-apa. Esok-esok jangan tanya kenapa kalau tangan kena libas dengan parang."

Lambor Kiri ke Lambor Kanan aku kurang pasti sebab waktu tu aku tengah cungkil taik gigi buat otak udang.

Aku bajet rumah dia area-area gerai tu je, sebab waktu dia cakap tu dia anak dia tengah lambai-lambai dia dari rumah seberang jalan. Sampah cukup banyak depan rumah. Aku fikir kesian jugak dia ni, kena dajal dengan orang.

Lepas selesai penat dia gebang, aku tengok dia balik rumah, dan beberapa minit lepas tu keluar dengan beberapa ketul sampah. Dia jalan pelan-pelan ke padang yang 100-200 meter dari rumah dia. Dengan tenang, dia parking sampah dia tepat-tepat sebelah jongkang jongkit.

Beberapa minit lepas dia balik, anjing 2-3 ekor datang aqiqah sampah beramai-ramai.

Dan di otak aku membayangkan, kan bagus kalau anjing-anjing tersebut aqiqah badan abang Pegawai Kerajaan tersebut.


Karma?



Jun 28, 2010

.lain kali tekan button 'tab' tu kuat-kuat

Selamat siang semua.

Waktu-waktu cuti ni, semua kawan-kawan sekolah aku akan berkumpul sama-sama. Ya, kami masih contact sesama sendiri walaupun dah dekat 6 tahun tinggalkan sekolah. Persahabatan masih utuh. Sama-sama membutuh. Sekor-sekor perangai macam butuh.

Kawan aku sorang ni ada berniaga burger dekat area rumah aku. Sapa-sapa yang duduk Ipoh, aku rekomen kau try burger dia. Nama gerai dia Extravaganza. Burger macam biasa la ayam, daging, benjo dan hotdog, tapi yang paling rare Burger Extravaganza. Kenapa Extravaganza? Sebab burger dia besar gila.

Lebih kurang macam ni.


Besar gila kan? Siap free tupperware lagi kalau kau beli burger Extravaganza ni.

Jadi musim-musim cuti ni masa aku akan habiskan melepak dekat gerai ni. Dan kalau kau nampak ada budak kurus-kurus bermuscle tengah masak burger sambil hisap rokok, itu aku lah. Boleh juga kalau kau nak request aku masak, tapi warna burger akan jadi hitam legam. Mungkin abu rokok bersulam dengan ketidakpandaian aku jaga api.

Dan gerai burger ini cukup stylo. Ada laptop, dan ada wifi. Jadi kalau kau nak online sambil makan burger, datang sini dan bawa laptop.

Tuan punya kedai yakni kawan aku ada bawak laptop untuk semua pakai. Dan semua akan berebut tunggu turn nak online. Nak bukak Facebook lah, Fantasy World Cup lah, Redtube lah, Youjizz lah. Entah apa-apa. Aku kalau online, aku bukak SaifulIslam je.

Kalau sorang guna laptop, semua yang lain akan duduk tepi. Masa-masa macam ni lah nak bubuh password cukup leceh. Kalau macam aku tulis laju-laju tak apa lah, diorang susah nak detect apa password aku tulis.

Ada sorang kawan aku ni dia cuba nak login Facebook.

Keletap keletup dia tekan keyboard. Semua yang di sebelah tengok skrin cuba tangkap apa password dia nak tulis.

[Masukkan nama e-mail yang ganas-ganas]@yahoo.com

Aku tengok dia tekan huruf tab untuk masukkan password pulak. Mata-mata yang di sebelah dia jadi bundar tengok skrin, bulat macam mata Elly Mazlein.

Keletap keletup pelan-pelan tekan keyboard.

Dan di sebelah ruang e-mail dia, lepas @yahoo.com tu keluar huruf pelan-pelan, seiring dengan bunyi keletap-keletup dekat keyboard tu.




jiwanglove33.




Apa yang berlaku lepas tu, aku biarkan kau untuk berimajinasi sendiri. Cuma ada hint sikit, aktiviti lepas tu berkaitan unsur-unsur nasihat supaya tekan 'tab' tu kuat dan double check dah tukar tab ke ruang bubuh password.


Dia ganas? Tidak lagi.




Jun 27, 2010

.pemain bola hensem World Cup 2010 [khas untuk para gadis]

Selamat siang semua.


Tajuk sudah menyatakan segalanya. Orang kata sejuk mata memandang, memang cukup sayu kalau tengok diorang ni. Aku yakin lepas ni makin ramai gadis-gadis

Gadis-gadis kalau time World Cup ni cukup suka scan mana player yang handsome-handsome. Lepas tu update dekat twitter/facebook/blog. Kebiasaannya gadis-gadis ni bila tanya akan sokong Korea Selatan. Bila tanya sebab apa? Jawapan tipikal sebab team Asia. Padahal bukan aku tak tau, hari-hari layan cerita/lagu Korea. Haseyo Gyo Saranghae Yo. Puit.

Cakap banyak tak guna. Sini aku nak listkan player-player yang handsome sekitar World Cup tahun ni. Ketepikan Christiano Ronaldo, mereka-mereka ni lagi boleh buat kebasahan yang melampau. Bak kata pekerja kedai mamak tadi, kena guna baldi nak tadah air. Air apa? Haa tu yang kita tak tau tu.


Franck Ribery. Islam yang paling kuat beromen.


Pepe. Nama penuh Pepek.


Carles Puyol. Cubaan menukar seluar pendek menjadi g-string.



Appiah.


Tshabalalalalalalalaa. Nama cukup gembira.


Tiote. Cuba try buang huruf i, lepas tu sebut macam budak-budak sebut.


Kopunek. Ini plak tambah huruf d antara n dan e.


Tevez. Penyerang berbisa, gigitan pun berbisa.


Dan my personal favourite of all time.



Bacary Sagna. Camouflage di waktu malam.



Ok ini entri racist.

Jun 26, 2010

.untuk orang yang malas solat [edisi Joni]

Selamat siang semua.

Bukan gambar aku.

Macam biasa, hari Jumaat ramai berpusu-pusu ke masjid. Mungkin memang niat nak mengadap Tuhan, mungkin ada yang pasang niat nak serbu pisang sedekah, dan mungkin jugak yang pasang niat nak pakai Crocs Ori lepas habis solat Jumaat.

Kalau budak-budak, biasanya datang sebab kena paksa dengan mak bapak. Taknak kena libas dengan getah paip, terpaksa la pergi. Itu yang kalau time tengah solat tu ada yang main selit-selit kaki, baca Amin kuat-kuat lepas tu gelak kepuasan. Dah besar rosak anak dara orang.

Kalau yang habis saitan, niat dia paling hardcore sekali. Curi duit tabung masjid. Ini cukup hardcore. Dah la tak solat, curi duit tabung masjid lagi. Jalan singkat ke neraka.

Tapi kalau aku, mesti lah niat menghadap Tuhan.

Joni pun kena lah ikut sekali. Nak ponteng, boleh. Tapi memang siap lah aku libas dengan getah paip.


Rakaat pertama.


Rakaat kedua.

Orang kata, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia.

Jadi, Joni pun solat, anda bila lagi?

Post scriptum : Jangan kata hidung dia macam babi. Sapa kata babi, dia la babi.

Jun 24, 2010

.serba salah aku

Selamat siang semua.

Masih ingat lagi entri pasal aku nak cari ibu gula (baca : sugar mummy) haritu?


Aku tak sangka jugak, ada orang nak ambil serious apa aku cakap tu. Haih, susah betul.


Sampai sekarang aku baru tau yang rupanya boleh beli sugar mummy di pasar. Pasar basah ke kering, aku tak pasti.

Aku turut tumpang simpati dengan Taiko Chew. Aku faham situasi Taiko Chew. Susah hidup dunia sekarang ni. Dunia sekarang ni semua kena duit. Nak berak pun kena guna duit. Tapi jangan lah sampai cari sugar mummy betul-betul. Sugar mummy tu kan dah tua. Kedut, lendut, loyot. Complete package. Geli lahh.

Nasihat aku dekat Taiko Chew, cuba buat rambut macam Dr. Rozmey, aku rasa gerenti laku punya. Apa orang sekarang duk kata, Pecah Punggung 20 juta? Heh.

Aku tak tau nak reply apa message dia tu. Kau ada idea?


Jun 23, 2010

.disclaimer

Selamat siang semua.

Short course sudah habis. Paper tadi macam mana? Boleh lah, dapat jugak la buat. Aku harap ni boleh baiki pointer aku yang macam haram sem sebelum-sebelum ni.

Esok atau lusa mungkin balik Ipoh.

Catfight sudah reda, kot.

Jadi di sini aku nak tulis disclaimer.


Pihak penulis blog Refurbished Journey tak akan bertanggung jawab sekiranya semua fakta yang di dalam blog ni tidak benar, kerana blog ini hanyalah fantasi nakal penulis yang suka berkhayal.

Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab dengan segala kesulitan yang dihadapi ketika melayari laman-laman web yang kami tulis di sini. Sebagai contoh Redtube, Youjizz dan sebagainya. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku penangkapan oleh orang tua anda ketika melayari laman-laman web tersebut. Berani buat, berani tanggung. Kami juga tidak pernah memback-linkkan laman-laman web tersebut, sila harap maklum.

Apa yang kami tulis di sini, mungkin menyebabkan anda terasa. Selalunya apa yang kami tulis di sini memang secara sengaja. Jika anda terasa, maka tahniah kami ucapkan, dan kami sangat berpuas hati, kerana apa yang kami cuba sampaikan sampai ke orang yang dimaksudkan. Bak kata pepatah, siapa makan babi, dia terasa haramnya.

Segala carutan carutan dan lucah lucahan di sini adalah dengan sengaja. Pihak kami sedar, orang Melayu memang tak makan saman kalau cakap baik-baik. Kena cara kasar.

Blog ini tidak pernah menyokong kroni. Ini bermaksud, pihak kami tidak akan menyokong mana yang tak benar. Apa yang kami sokong, itu justifikasi dari pihak kami sendiri. Kami tidak pernah mengajak mana-mana orang untuk menyokong kami, baik secara khafi atau secara jali. You have your own eyes and brain, think for yourself. Jika anda kata kami di pihak benar, terima kasih kami ucapkan, dan jika tidak, kami ucapkan terima kasih jugak.

Pihak kami juga berharap anda tak mengambil serious apa yang tertulis dalam blog ini. Kami juga sangat berpuas hati sekiranya anda datang ke blog ini dan gelak. Laughter is the best medicine, bak kata orang putih.

Pihak kami juga ingin menegaskan, kami tidak pernah memilih coli untuk gadis, seperti yang diclaim oleh gadis itu sendiri. Siapa dia tak mahulah kami nak katakan di sini. You know who you are.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab dengan perasaan loya, atau muntah ketika membaca blog ini, kerana kami menyajikan benda yang jijik-jijik saja. Seperti contoh, kami selalu meletakkan gambar najis.

Gambar najis itu sengaja kami letak atas dasar cinta penulis terhadap aktiviti berak.

Berak itu amalan mulia, kenapa perlu rasa taboo untuk dibincangkan?

Segala kritikan dan pertanyaan, sila tulis di ruangan komen. Pihak kami akan terima dengan hati yang terbuka. Dan tidak, kami tidak akan menjawab soalan-soalan seperti "Apa saiz coli budak tu?", "Warna apa coli budak tu?" dan "Apa jenama coli budak tu?".

Pihak kami sendiri tidak pernah dan tidak tahu langsung tentang tips mencari coli yang sesuai.

Harap maklum.

Sedikit info tambahan tentang coli : Saiz A, Adalah sikit. B, Boleh tahan besar. C, Comel betul. D, Dah boleh kecikkan kot. E, Ee, besar gila. F, Fucken big!, G, Gila mana pernah tengok besar macam tu, dan H, Humangaihhh!!.


Jun 22, 2010

.kalau tak puas hati, simpan dalam hati?

Selamat siang semua.

Selama aku hidup, inilah statement paling bodoh pernah aku dengar.

Ceteknya pemikiran kau kalau kau cakap macam tu.

Cuba kau bayangkan, kalau orang sebelah kau berak dekat dalam rumah kau, kau nak simpan dalam

The French Revolution takkan berlaku jika semua orang 'tak puas hati, simpan dalam hati'.

Macam lembu kena cucuk hidung. Ikut saja mana nak pergi. Tak ada sifat rebel langsung.

Tak payah tengok jauh-jauh lah, kalau Mat Kilau (Mat Kilau, bukan M. Daud Kilau) tak memberontak melawan kuku besi Oreng Puteyh, Residen-residen tak ada lah takut kerja di Tanah Melayu. Tok Janggut. Walaupun kena gantung beberapa hari, he died in Honour.

Kadang-kadang kita diam, kadang-kadang kita kena jugak luahkan apa yang ada dalam hati. Jangan jadi bodoh ikut membuta tuli. Tak semestinya apa orang yang superior dari kau betul semua.

Dasar Meleis, ciom dan jilat bontot tu perkara biasa. Orang kata, nak hidup kan? Haha. Pui.

Aku lagi suka orang yang kritis, dari yang jenis ikut telunjuk. Kipas depan belakang. Nak hisap rokok tolong nyalakan. Sangap tolong suakan bontot.

Kita ada helmet darth vader, kita ada lubang, jadi gunakan 2-2 tu untuk kemajuan kita sendiri.

Revolution tu perlu. Rebel tu penting.

Kalau tak puas hati, simpan dalam puki.

.khas untuk orang suka parang memarang

Selamat siang semua.


Sila hayati lagu ni.

Flag la blog aku beramai-ramai, aku suka kena flag. Blog melucah macam blog aku ni tak sepatutnya ada pun dekat dunia blogging ni. Sebab tak cukup berilmiah. Sebab blogsampah.

Ada catfight ni memang aku cukup suka. Tambah-tambah lagi kalau catfight antara blogger 'famous' dengan blogger picisan. Mreowww.

Jadi marilah kawan-kawan, inilah masa untuk kita tarik trafik. Buatlah apa-apa entri yang berkaitan, terutama kalau yang menyokong blogger 'famous'. Kerana trafikku begitu berharga (Baca dengan nada tagline Maybelline)

Tak kurang jugak yang jadi lalang. Aku sangat suka dengan lalang. Sana cakap lain, sini cakap lain. Tak sopan betul berak merata-rata.

Aku harap jugak ramai yang sedar dengan apa yang dia buat, mengeji dan menghina orang lain sesuka hati. Bila kena keji balik, sentap macam gampang.

Sudah, aku nak pergi main parang dengan Padayyappa.

Disclaimer : Entri ini tiada kaitan dengan sapa-sapa, mahupun hidup atau mati. Kalau terasa, padan muka. Heh.

Jun 21, 2010

.lagi comel dari Amani Adamaya

Selamat siang semua.

Aku ni memang cukup suka dengan budak-budak. Bila tengok budak-budak, sejuk saja hati. Nak-nak yang jenis pipi tembam. Kalau mak bapak dia tak ada sebelah, memang comfirm aku gigit pipi dia.

Kelmarin aku pergi kenduri rumah kawan mak aku. Macam biasa lah kenduri mesti ada makan-makan. Dan makan-makan mesti bawah khemah ramai-ramai.

Lepas salam-salam dengan tuan rumah, aku terus serbu meja makan. Dari lepas parking lagi aku dah bau rendang daging, ayam masak merah, nasi minyak, dan jelatah.

Nak-nak perut tengah keroncong tak makan dari semalam, nafsu makan terus meluap-luap macam anjing dapat Alpo.

Lepas ambil makanan, aku terus pegi meja makan. Puan Hamizah tengah syok sembang-sembang zaman sekolah dia dengan kawan-kawan dia. Aku biarkan. Rezeki depan mata jangan ditolak.

Lepas seronok Puan Hamizah bergelak tawa, dia join aku makan. Biasalah, orang tua bukan nak makan sangat bila pergi kenduri. Itu tak boleh, ini tak boleh, itu minyak, ini kolesterol tinggi, jaga makan lah konon.

Dekat meja aku ada lagi sepasang suami isteri dengan anak dia. Anak dia comel, umur dalam 5 tahun macam tu. Mak dia dengan mak aku sembang macam-macam, macam dah lama kenal. Aku dengan laki dia sembang bola saja. Tak ada modal nak sembang apa. Aku biasalah kalau orang tak kenal, seorang yang pemalu, tapi bila sudah rapat akan hilang kemaluan.

Lebih kurang macam ni la comel dia. Ini gambar budak lain yang aku ambil candid masa Konvokasi haritu.

Si suami tak habis-habis cerita anak dia reti nyanyi lagu Tema World Cup. Ala yang Waka Waka Shakira nyanyi tu. Aku angguk-angguk je tanda setuju. Budak-budak sekarang mana yang tak suka menyanyi. Justin Bibir pun bulu pubis belum tumbuh dah nyanyi worldwide dah sekarang.

Mak aku kalau dengar budak-budak suka nyanyi ni, memang suka menyakat suruh nyanyi.

Budak tu cakap, 'Jap,jap, tengah makan'. Tenang dan bersahaja.

Selesai makan, dia terus ambil posisi, dan mula nyanyi.

Boleh tahan jugak dia nyanyi. Suara serak-serak basah. Cuma tonasi dengan pitching tak berapa nak masuk. Boleh gilap lagi.

Sampai dekat part chorus, dia nyanyi;

"Tsamina mina, pepek, waka waka pepek, tsamina tsamina zangalewa, this time for Africa"

Terang dan jelas, pepek.

Masa tu aku tak tau lah nak tepuk tangan ke tak. Si bapak muka senyum tanda puas anak dia pandai menyanyi. Puan Hamizah senyum kelat.

Balik dari kenduri, Puan Hamizah pelan-pelan nasihat aku, "Nanti dah ada anak, jangan kamu ngajor anak nyanyi lagu bukan-bukan."

Terang dah jelas.

Jun 19, 2010

.ramai jugak orang rindu aku ya?

Selamat siang semua.

Dah lama betul aku tak menulis. Rasa kekok gila babi. Balik-balik rumah haritu try on P1Wimax, tapi entah tetibe dekat rumah aku ni tak dapat pulak. Jadi aku ambil markerhitam, aku goreskan P1Wimax dan tukar jadi P1Kimax. Marah punya pasal.

Aku online kadang-kadang yang kau nampak tu, aku online dekat mamak saja. Free wifi, tapi nak update blog sangat tak puas. Ini pun aku tulis draft dekat dalam notepad.

Selesai mukadimah, mari aku mulakan dengan entri aku untuk hari ni.

Musim-musim bola ni, kita senang nak tengok karektor seseorang tu. Macam mana perangai dia, macam mana reaksi dia.

Macam haritu masa aku lepak mamak tengok bola, datang beberapa orang pakcik duduk meja sebelah. Pakaian cukup islamik. Pakai serban, baju jubah arab serba putih, ada mafla yasser arafat dekat tengkuk, dengan tasbih di tangan.

Aku kira-kira diorang ni baru balik dari masjid, sebab diorang tengok game pukul 10.00 malam. Bagus jugak diorang ni, ke surau berjemaah, tengok bola pun berjemaah.

Atas meja ada rokok daun. Dasar orang tua. Order air pun kalau tak kopi panas, teh tarik. Langsung tak nak rasa kemajuan langsung. Order la kopi jantan ke, bagi kuat sikit mana-mana yang dah lembik.

Bola pun bermula. Permainan bola tipikal world cup kali ni, bosan, posessive football dan long pass yang entah ke mana. Nervous macam haram. Kata vuvuzela punca lah, bola terlebih melambung lah. Bongok apa, bukan sebelumm ni main liga kampung.

Pakcik-pakcik ni sorang-sorang bukak serban. Mungkin cuaca panas, ataupun panas dengan aksi-aksi yang menghambarkan.

Semakin lama, semakin haram permainan. Aku tengok sorang-sorang pakcik muka kelat. Kopi panas dan teh tarik sudah tinggal separuh.

Masa-masa counter attack pakcik-pakcik ni memang cukup suka. Sampai ada yang berdiri. Aku senyum nipis tengok diorang. Semangat macam tengok James Wong score qualifying Olimpik.

Short pass tak menjadi. Long pass pun tak menjadi. Bila ada peluang nak score, dan-dan kaki buat palat. Melambung macam Wong Sai Kong tendang.

Aku nampak pakcik-pakcik ni kemarahan semakin membuak-buak.

Tasbih semua dah letak atas meja. Terlalu konsentret tengok bola sampai tak ada masa nak berzikir.

Ada sekali tu, team ni attack cukup cantik, tunggu masa nak rembat saja. Sekali rembat melambung.

Tiba-tiba terpacul ayat dari mulut salah seorang pakcik berbaju jubah arab tu. Ayat yang biasa aku kenal. Ayat orang-orang muda.

"Babi! Macam tu pun tak boleh score ke?? Gampang!!!"

Sambil hempas tangan dekat meja. Tasbih bergetar-getar akibat dari tenaga seismik yang dihasilkan dari hentakan padu ke meja.

Semua orang mata dari tengok skrin TV beralih ke pakcik berbaju jubah. Suasana sunyi. Suara cengkerik dari lalang berdekatan kedengaran sayup-sayup.


Perlahan aku hirup tongkat ali jantan yang tinggal saki baki. Sambil fikiran jauh mengelamun, memperbaiki tanggapan aku yang salah tadi.


Mereka bukan dari masjid ni, tapi tipu bini kata pergi masjid. Tak mungkin orang masjid perangai macam ni.


Dasar takut bini.

Jun 16, 2010

.marah kalau cakap utara memang syok

Selamat siang semua.

Benda yang paling aku tak suka bila blogging ni ialah bila orang yang kita kenal mula baca blog kita. Sejak dari 5 tahun lepas aku rahsiakan identiti aku dekat orang, meaning langsung tak ada siapa-siapa tau aku berblogging.

Even Huda pun tak tau yang aku blogging dah lama. Macam-macam aku cerita time tu, tapi bila aku reveal dekat Huda banyak jugak lah entri aku buang. Heh. Bukan ada orang baca pun blog ni, hanya aku dan helmet darth vader aku saja yang baca.

Macam ada orang tu, dia baca blog aku, dia duk canang dekat orang lain yang blog aku ni apa-apa lah. Ni cheq, aku nak habaq p kat hang, ni blog aku. Bukan blog hang. Aku buat blog ni pun atas dasar diri aku sendiri. Aku tadak mintak hang sesen pun nak buat blog ni. Aku tadak mintak duit mak pak hang pun. Aku tadak mintak pun hang baca blog aku. Hang jumpa tu hang punya pasai lah.

Jangan dok jaja nama blog aku dekat orang boleh dak? Yang hang p canang betapa teruk blog ni pasaipa? Nak tunjuk hero kata hang berjaya merungkai aktiviti kurang sehat aku ka?

Aku tulih macam-macam kat sini, hang ada nampak ka aku buat benda-benda tu? Hang ada nampak aku tengok Redtube? Youjizz? Ada dak nampak aku p selak kain awek time dia tengah bejalan?

Dah berapa kali aku nak habaq, blog aku ni, hanya alter ego aku ja. Apa yang aku tulih sini hang jangan la p pecaya bulat-bulat. Dasar Melayu, cakap apa suma pecaya. Suma nak spoonfeed tak reti nak p cari info sendiri.


Hang dok kata aku ni cakap tak bertapis. Aku memang cakap tak bertapis, bukan hang tak tau. Hang lupa ka berapa kawan aku kenai, dan berapa kali kawan tu buat-buat tak kenai aku gara-gara mulut aku hebiaq sangat. Dan benda tak elok, buat apa aku diam diri. Baik aku sound truih dari aku simpan.

Aku ni memang jenih tak jaga ati kawan.

Buat apa nak jaga, dah buat pelaq.

Tadak kawan lagi baguih dari simpan dendam lama-lama. Satgi meletup, kepala meletup sekali.

Jangan dok canang la aku perosak anak dara orang. Dok kata ramai gadis-gadis tudung follow aku. Biaq depa la nak follow ka dak. Dah ati diorang kata nak follow.

Ada hang tengok Huda buat repot polis kata aku rogol dia? Ada?

Jalan-jalan pun kalau bulih tamau pegang tangan. Inikan nak rogol.



Tapi hang nak tau satu fakta dak? Awek hang penah mengaku dekat aku yang hang penah main dengan dia sampai penah mengandung sekali. Silap, bukan awek hang. Tapi awek-awek hang.



Ha? Dengaq dak bunyi cengkerik?


P la canang lagi mengata blog aku. Nanti bulih aku tulih lagi rahsia-rahsia hang lagi kat sini. Papa hai, hang mai umah aku kalau tak puaih hati. Bawak p hang punya abang long, abang lang, abang cik, abang su, mai sini. Ayahanda pun tak apa. Tarak hal punya.


Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Bukak semua buah hang tau. Aku bukak 1 buah ja. Buah zakar. Siap balut sama skrotum.

Ni aku main lagu tema hang. Kita nyanyi sama-sama nak? Kita duet.

Jun 15, 2010

.buli ba kalau khau

Selamat siang semua.

Dua minggu lepas, ada beberapa orang tabligh datang rumah aku. Rumah aku ni tengah-tengah antara rumah orang kaya-kaya berfamili. Jadi rumah yang selalu dia target untuk bagi forum perdana secara percuma ialah di rumah aku.

Macam biasa lah, dasar budak-budak saitan, asal ada tabligh datang rumah, semua menyorok. Buat-buat tak ada orang dekat rumah.

Dari tadi riuh rendah, semua senyap macam batu. Ada menyorok belakang tirai, ada buat-buat sakit perut pergi berak, ada buat-buat tengah buat assignment, ada yang menyorok belakang pintu. Dasar saitan.

Dan biasanya taktik kami ni menjadi. Kadang-kadang sampai 20 minit orang tabligh ketuk pintu depan rumah. Dan 20 minit tu jugak lah aktiviti-aktiviti yang aku sebutkan di atas tu berlaku. Bila orang-orang tabligh tu putus asa dan blah, sekor-sekor menarik nafas lega. Dasar saitan.

Kadang-kadang, kantoi jugak kami. Dan selalu jadi mangsa bukak pintu adalah aku, sebab aku suka lepak dekat bawah. Yang lain-lain, dengar je Assalamualaikum bunyi Arab pekat bertanwin sikit, sekor-sekor lari naik tingkat atas menyorok.

Aku ni terpaksa lah melayan abang-abang tabligh tu. Berpakaian boxer, aku tutup dengan bantal bagi tutup aurat sikit sambil cakap "InsyaAllah" setiap kali diorang ajak ke surau.

Macam mana rupa surau tak siapa dalam rumah ni yang tau. Heh.

Dua minggu lepas jugak abang Tabligh dari Sabah datang ceramah di rumah. Masa tu aku terkantoi sebab tak tutup pintu rumah. Syukur jugak sebab masa tu aku tak melayan porno. Kalau tak, free-free kena libas dengan tasbih.

Berikut antara konversasi aku dengan Abang Tabligh Sabah.


Abang Tabligh Sabah : Sya ni dari Sampoerna Sabah, sya baru jak datang sini nak bagi ceramah. Buli bah?

Aku : Buli bah kalau khau.

Ok ayat ni aku saja hiperbola.

Abang Tabligh Sabah : Islam ni senang sja. Khau boleh buat macam macam janji tak melanggar rukun syarak blablablablabla, Solat tiang agama blablabla, Solat berjemaah lagi afdhal blablabla.

Aku tunduk saja mendengar ceramah dia. Masih berboxer.


Abang Tabligh Sabah : Teda orang ka di rumah?

Aku : Teda, semua keluar

Sambil mengerling dekat tirai rumah. Ada sekor tengah menyorok dalam tu.

Abang Tabligh Sabah : Bha di sini ana mahu ajak ente pergi perjumpaan ramai-ramai urang Islam. Di Petaling Jaya dua minggu lagi. Semua urang Islam akan berkumpul khiamullail ramai-ramai di sana. Bha datang lah.

Aku : InsyaAllah......

Abang Tabligh Sabah : Bha buli bha kalau ana mau ambil nombor telefon ente?

Aku : Buli jak. 0123456789.

Abang Tabligh Sabah : Bha terima kasih lah, nanti ana boleh berbual-bual dengan ente kalau ada apa-apa masalah. Jangan lupa datang ya nanti. Assalamualaikum.

Aku : Walaikumsalam.

Jawab aku sambil salam sambil berboxer. Dia geleng kepala sikit. Mungkin sebab bulu pubis aku keluar sikit masa tu.

Tersenyum aku lihat diorang pergi. Pakaian serba putih, dengan serban. Sejuk hati memandang.

Sekor-sekor keluar dari tempat persembunyian. Dan yang menyorok belakang tirai cakap, "Weh celaka, yang kau bagi nombor telefon aku apa hal? Cilanat!"

Rasakan.

Jun 13, 2010

.event lagi best dari Projek 400 Nuffnang

Selamat siang semua.


Akibat dari ketensenan yang teramat sangat masa nak check result exam haritu, aku buat satu event yang jarang orang buat dekat Facebook. Aku invite orang untuk join event Berak. Ini bukan berak secara individu, tapi secara berjemaah. Cuma tak la dalam 1 lubang tandas.

Aku invite sikit saja masa subuh tu, bila aku bangun ramai pulak yang pilih attend. Tak sangka pulak event macam ni boleh dapat sambutan ramai. Siap invite kawan-kawan diorang sekali tu.

Event ni untuk mendidik semua umat manusia, supaya tak rasa taboo sangat nak sembang pasal berak. Apa nak malu kalau cakap pasal berak, semua orang berak kot.

"Berak adalah satu amalan mulia. Berak secara berjemaah bukan saja membantu sistem pencernaan, malah meningkatkan kualiti kesihatan. Di samping itu ia juga boleh merapatkan silaturrahim sesama kita.

Jadi datanglah.

Beraklah anda sebelum anda diberakkan."


Itulah kata-kata hikmat yang ditulis untuk event Berak dekat Facebook haritu. Event dimulakan pada pukul 4.00 petang waktu Malaysia, bertempat di Tandas-tandas sekitar Malaysia.

Sebenarnya sebelum pukul 4.00 pun ramai orang dah mengadu dekat aku, tak tahan nak berak. Tapi berkat motivasi aku pada diorang supaya menahan najis dari terkeluar. Kemut, dan tahan sampai pukul 4.00. Ada jugak yang kelam kabut cari pisang, katanya nak melancarkan pergerakan najis.

Sebelum pukul 4, gadis-gadis penanggah dah standby dekat pintu masuk, untuk menyambut ketibaan Dif-dif kehormat yang akan hadir merasmikan upacara gilang gemilang ni. Antara yang menjadi perhatian Dr Rozmey yang bertindak perasmi acara dan penaja besar event ni. Ada jugak budak-budak kompang yang standby dengan lagu tema Jusmate5.


Hensem. Walaupun Abu Bakar Ellah seh, mak tetap laku.

Lepas je pelancaran, semua orang tanpa mengira faktor usia, bangsa, dan agama ramai-ramai berpusu-pusu ke tandas berdekatan untuk melepaskan apa yang patut. Masa ni aku syukur gila la sebab security buat kerja dengan baik.



Selepas aktiviti berak beramai-ramai, semua pengunjung diminta untuk mengkaji tahap kesihatan najis dan bontot, supaya pengunjung dapat memperbaiki cara hidup mereka.

Untuk aku, semestinya sihat. 3 kali sehari purata, kalau tak sihat jugak tak tau lah.

Peniaga paling berjaya masa tu adalah Paeh, dengan catatan keuntungan berlipat kali ganda dari berniaga di pasar tani. Semua orang berebut nak beli pisang dekat dia. Ada jugak yang mintak Sunsweet Pitted Prune, tapi hampa.

Event manager saudara Takamine Kuswadinata nama saja event manager, tapi kerja langsung tak buat. Marah betul aku. Manager tandas konon. Pui.

Lepas aktiviti beramah mesra dengan dif-dif kehormat, berlangsung konsert Berak For Life dari artis-artis terkemuka tanahair seperti M. Daud Kilau, Jaafar Onn, Latifp Borgiba, Haziq AF dan yang paling dinantikan Arif AF yang mendendangkan lagu-lagu popular mereka. Aril Af ni bagus, atas dasar semangat berak yang ada dalam diri, dia nyanyi sambil shuffle sambil berak. Semua orang kagum, termasuk aku.

Hangat diperkatakan di pihak media massa, sampai masuk suratkhabar.

Sehari sebelum event tu berlangsung pun, media massa sibuk cover story pasal benda ni. Termasuk mempromosikan artis yang akan hadir.


Berbaju melayu lengkap pun kalau dah sakit perut tu berak jugak.

Rata-rata pengunjung yang datang semua berpuas hati dengan event ni, sampai ada yang sambung berak di rumah akibat dari seronok sangat.

Event ni akan dilakukan sebulan sekali, diharap kau jugak dapat datang untuk memeriahkan suasana, dan memeritkan lubang bontot.

Ada jugak suara-suara sumbang yang mengutuk keras aktiviti ini dari berlangsung lagi, tapi salah ke berak?

Cuba kau tak berak 5 bulan, tengok macam mana rasa?

Keraih mikang kata orang Perak.

Jun 12, 2010

.implikasi dari musim bola

Selamat siang semua.



Tadi bola dah start. Aku rasa semua orang sekarang tengah gila bola. Tak kira lah laki ke perempuan semua sama tercongok depan TV tengok bola. Ada yang memang nak tengok, ada jugak yang sebab terpaksa.

Jadi di sini aku nak senaraikan beberapa implikasi yang akan berlaku waktu musim bola.


Aku rasa implikasi utama waktu-waktu musim bola ni adalah ;

Waktu malam semua orang duduk dalam rumah saja. Kalau keluar pun, pergi lepak mamak tengok bola.


Macam biasa, pergaduhan antara penyokong team yang berbeza. Bertumbuk pun kadang-kadang boleh jadi. Polis kena banyak kerja bulan ni, selain dari tembak orang tak tentu hala.

Ibu-ibu tak lagi dapat menangis di malam hari, sebab tak dapat tengok cerita sedih dekat Cerekarama.

Kadar pembalingan pinggan Arcopal dan Melamine ke atas suami oleh para isteri akan bertambah dengan kadar yang membahayakan.

Waktu pagi semua yang bekerja mata semua macam panda. Itu belum kira pekerja yang ambil cuti emergency semata-mata nak tengok bola. Katanya, nenek dia nak beranak.

Kadar penceraian akan bertambah sepanjang bulan ini. Ini akan semakin meningkat dari hari ke hari sampai hari final World Cup, akibat dari isteri tuntut fasakh.

Ada jugak tuntu fasakh sebab suami tak beri nafkah batin. Dah pakai elok punya night gown, sapu minyak attar bagi wangi-wangi, buat aksi mengeliat depan suami, tapi suami langsung tak layan. Kadang-kadang sampai tertidur. Lepas dah habis bola, si suami nak membayar hutang nafkah batin, jatuh nafsu selepas terlihat air liur basi meleleh dari mulut si isteri. Major turnoff.

Kadar pembelian dildo oleh isteri semakin bertambah. Bisnes menjual dildo di internet akan mencapai keuntungan yang tinggi. Jadi kalau nak berniaga untung, tak payah jadi agen Jusmate5, baik jadi agen penjualan dildo.

Doktor pakar sakit puan boleh berehat bulan ni, sebab kurangnya aktiviti senggama yang boleh membawa kepada kemengandungan.

Ada jugak yang clash dengan boyfriend sebab si gadis tersalah cakap. Sebagai contoh terkutuk team favourite si boyfriend yang kalah malam semalam. Ini isu sensitif, jadi para gadis, sila jangan kutuk team favourite boyfriend yang kalah.

Ada jugak gadis yang clash dengan boyfriend semata-mata kerana boyfriend buat lebih tumpuan pada bola di TV, dan tidak pada bola di dadanya.

Ayat cliche "Apa lah 22 orang berebut 1 bola. Bagi bola sorang satu kan tak payah berebut dah." dari makcik-makcik yang kecewa waktu-waktu menangis menonton Cerekarama dan dikongker oleh pakcik-pakcik. Tanda protes lah tu. Makcik kena faham, itulah namanya permainan.

Makcik pun ada 2 bola, tapi sorang saja yang main. Kenapa tak cari lagi sorang untuk main bola makcik? Membazir sorang main 2 bola sekali. Boleh tak macam tu makcik?



Aku rasa setakat tu saja. Bola dah nak start ni. Aku nak pergi berqiamullail sebentar.

Kalau kau ada jumpa implikasi yang lain, sila tulis di ruangan komen.


Post Scriptum : Aku nak buat entri event berak secara berjemaah petang tadi, tapi tunggu admin lagi sorang ni buat dulu. Heh.

Jun 10, 2010

.anda tak mahu keyword-keyword macam ni ada di blog anda

Selamat siang semua.

Dah lama betul aku tak buat entri tunjuk keyword-keyword yang sampai ke blog aku. Bukan taknak tunjuk, tapi semua lebih kurang saja. Dan tujuan search keyword-keyword tersebut adalah lebih menjerumus ke arah melepaskan nafsu serakah.

Seperti keyword-keyword macam ni.

Aku nasihatkan, kau memang tak mahu keyword-keyword macam ni ada di blog kau.



Youjizz orang bogel. Semestinya di youjizz semua orang akan bogel. Kau takkan jumpa orang yang berpakaian di situ. Paling sopan berpakaian pun pakai bikini saja, lepas tu akan dilerai satu-satu. Youjizz ni adalah adik kepada Redtube.

Macam mana nak cari sugar mummy. Senang saja. Tapi sebelum itu kau kena persiapkan diri untuk cari sugar mummy. Pertama kau kena ada pakej yang bagus macam berbadan sasa, muka comel iras-iras Aril AF, dan pandai sweet talk. Sugar mummy ni senang saja kau nak detect. Dia mesti pakai kereta mahal, handbag berjenama sisip antara lengan dan tangan, dan tubuh badan mesti berkedut. Dan tak lupa jugak fesyen rambut mesti menggerbang macam ahli kumpulan Alleycat tak mandi selama sepuluh tahun.

Sapa nak romen. Aku nak romen. Semua orang nak romen. Tipu lah tak ada orang tak nak romen, itu semua tuntutan nafsu manusia.

Melayu pakai boxer. Memang ada, terutama lelaki. Perempuan pun ada pakai boxer, tapi orang panggil mini shorts. Mungkin lah. Tapi aku pelik jugak macam mana perempuan pakai boxer? Nanti period mana nak tempek Kotex? Guna gam gajah?

Shonen busen. Haha ini keyword paling aku suka sepanjang aku blogging. Sebab ini dalam bahasa German. Maksud dia mendalam dan direct betul. Maksud dia tetek besar. Mungkin ini orang German yang cari, tak pun orang baru belajar bahasa German macam aku.

Why i can't open tube8? Benda haram, elok lah jangan bukak. Buat tambah dosa saja. Heh.

Jolok bontot. Guna apa? Jari? Lidi? Tiang elektrik? Semua boleh, dengan syarat bukaan kau kena luas. Jangan kemut, nanti sakit. Nanti melecet kau jugak yang susah. Dan mengikut para otai-otai lucah macam Ian Konon Nak Berehat Dari Blogging Kejap, Berd Blogger Yang Telah Tumbang dan Takamine Artis Veteran Tanahair, eloklah kau pakai pelincir. Yang disajes eloklah guna KY Jelly. Cubalah.

Ciri-ciri gadis idaman aku? Aku malas nak tulis balik, klik saja sini.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

.saya terbangun tidur dan tak boleh tidur memikirkan besok saya perlu check result exam saya sem lepas, jadi sekarang ni saya berasa sangat takut

Selamat siang semua.

Doakan yang baik-baik saja ya. Aku tak larat nak extend semester. Tak larat nak mengadap lecturer sama macam sem lepas. Tak larat nak menempuh soalan final exam yang mengkecundangkan hati dengan perasaan.

Apa punya ayat lah mengkecundangkan.

Katanya result keluar pukul 12. Tapi kalau ikut janji Melayu paling kemas pun pukul 4 petang baru keluar. Dan server akan down sampai pukul 3 pagi. Jadi mungkin dapat tau result lebih kurang 3.05 pagi. Itupun kalau time tu aku tak sibuk melayan Maria Ozawa. Heh.

Jun 9, 2010

.movie review [Lagenda Budak Setan]

Selamat siang semua.



Aku : Malam Rabu ni kita pergi tengok Lagenda Budak Setan nak?

Budak Rumah : Tak payah tunggu malam Rabu.

Aku : Apsal lak? Rabu lah murah. Tengok Rabu la.

Budak Rumah : Sekarang pun boleh tengok.

Budak Rumah : Kau tengok muka kau dekat cermin.




#masukkan efek cengkerik





Ok fine.





Rajah : Separuh daripada setan yang ada.



Post Scriptum : Hanya yang berbaju hijau saja bukan setan. Ini fakta. Heh.

Jun 8, 2010

.macam ni aku takut lah!

Selamat siang semua.


"Salam, teman teman, sila delete gambar-gambar anda yang terdapat di facebook, kerana sekarang Israel dikatakan sedang scan body perempuan muslimah kerana pangkalan data facebook adalah hak milik Israel. Forward !"


Jadi apa lagi semua muslimah, body anda sedang discan oleh para Yahudi laknat, silalah delete gambar-gambar anda di Facebook.

Tapi, untuk pengetahuan semua, bukan Yahudi saja yang scan body perempuan muslimah.

Tadi masa aku makan, aku pun scan body gadis tudung baju ketat di sebelah aku. Pakcik lebai baru balik solat Maghrib tadi pun scan body Janda warung Kopi.

Jejaka Lombok pun sedang scan body gadis-gadis yang berpotensi dibawa lari ke Lombok.


Dari Mark Zucherberg susah-susah nak pegi cari 1-1 gambar gadis muslimah, baik dia pegi scan gambar-gambar fanpage pornstar, Aletta Ocean misalnya. Dah terang-terang bogel, tak payah susah-susah guna software kasi baju kurung/kebaya jadi seethru.

Mungkin juga Mark Zucherberg berfetish suka tengok gadis-gadis muslimah, mungkin lah. Itu hanya andaian.

Dan disuggest jugak anda tutup akaun di Facebook, dan bukak akaun di MillatFacebook, yang diuruskan oleh orang-orang IT Muslim.

Masalahnya, Millatfacebook ada ke Farmville? Airline Manager? Cafe World? Galacticos Football? My Empire? Nightclub City? Hotel City?

Kalau ada, mungkin Nightclub City diubah jadi Shisha City. Farmville takkan ada bisnes penghantaran hadiah Babi. Airline Manager diubah bagi boleh hijack oleh terrorist. My Empire mengisarkan Empayar Uthmaniyah sebelum diguling Mustafa Kamal Atartuk.

Sekadar andaian.



Dan orang Melayu saja yang kecoh pasal hal ni. Kenapa bangsa Islam lain tak ada?

Sebab Melayu cukup suka dengar khabar angin tanpa usul periksa. Serupa isu Crocs. Pantang ada rupa macam tulisan ALLAH sikit mula lah melenting.



Aku nak delete akaun Facebook kejap, gambar aku tengah kena scan Pak Yahudi ni. Nanti tak pasal-pasal gambar aku bogel keluar dekat Youjizz.

Jun 4, 2010

.penggunaan Bismillah yang salah

Selamat siang semua.

Waktu zaman sekolah rendah dulu, mata pelajaran yang paling aku syok sekali adalah mata pelajaran Pendidikan Islam. Bukan sebab minat, tapi oleh kerana Ustazah yang ajar tu cukup cool dan lawak, sampai waktu dia mengajar kami semua boleh ramai-ramai turun ke padang main bola.

Dia tak kisah, janji tulisan jawi alif sampai ya siap.

Kadang-kadang dia ada jugak bercerita pasal kisah para Anbia. Bagi aku ni la waktu yang paling seronok sekali sebab aku memang cukup suka dengar cerita. Cara dia cerita cukup mengujakan, sampai kadang-kadang aku terlopong jugak mulut dengar kehebatan Nabi-Nabi.

Waktu-waktu tazkirah pulak, Ustazah sering menitik beratkan nilai-nilai moral antara sesama muslim dan sesama bangsa lain. Dan biasanya tazkirah ini akan diikuti dengan sorang-sorang dari kami tertidur.

Bila semua tidur, dia akan senyum dulu, sebelum ambil rotan, dan rotan sekor-sekor setan yang tidur. Jadi kalau balik rumah tak ada berbalau-balau badan kena rotan, memang tak sah.

Ustazah jugak ajar kami mengucap dua kalimah syahadah. Cukup bangga kalau kau dapat hafal syahadah betul-betul, sebab nanti boleh berlagak dengan awek-awek comel sekampung.

Sekolah aku semua lelaki, jadi kalau nampak gadis-gadis sekampung memang cukup paria perangai nak berlagak.

Ustazah cakap, syahadah ni kita gunakan untuk mengaku kita Islam. Kita jugak boleh gunakan syahadah ni untuk ajar orang bukan Islam yang nak masuk Islam. Ustazah cakap besar sangat pahala kalau kita dapat mengIslamkan bangsa lain.

Dengar kenyataan berani Ustazah, kami semua berazam untuk mengIslamkan bangsa lain. Yelah, pahala baru seciput, tapi dosa dah berbakul, inilah masa untuk membalancekan dosa dan pahala.

Masa rehat aku cepat-cepat cari budak Cina seorang dekat kantin. Jumpa. Muka chinese look, hidung macam babi, putih tak agak. Pakaian tipikal budak cina, seluar pendek sangat, rambut pacak tak berapa nak pacak, baju putih, dan botol air mesti wajib gantung dekat tengkuk.

"Richard Wong, lu ikut saya cakap ini", kata aku sambil duduk dekat kerusi depan dia.

"Apahat?", kata Richard Wong dengan muka bodoh-bodoh alang dan cakap Melayu terabur.

"Lu ikut saja saya cakap", aku cuba menegas.

"Assyhadu alla ila...", aku suruh dia ikut betul-betul, dan dia ikut sampai habis.

Perasaan bukan main seronok sebab berjaya mengIslamkan budak cina. Rasa macam dah nak capai syurga dengan pahala tu. Betapa jahilnya aku.

Selesai meng-'islam'-kan dia, aku bagi tazkirah sikit tentang asas-asas Islam. Macam perkara halal haram dan doa makan baca Bismillah. Aku nak ajar doa makan betul-betul tak berani sangat, sebab aku sendiri pun baca doa terabur.

Richard Wong yang bodoh-bodoh alang, ikut saja semua yang aku ajar. Dasar naiive.

Selesai tazkirah, aku tengok dia keluarkan bekal makanan. Anak orang kaya, mana nak makan makanan kantin, semua stok nak bawak dari rumah saja.

Sebelum makan, dia ikut saranan aku dengan baca Bismillah. Dalam hati aku kata, syukur budak ni ikut cakap.

"Richard, lu makan apa?", tanya aku pada Richard Wong. Makanan nasi dengan lauk pauk yang banyak, memang cukup menyelerakan.

"Makan nasik babi! Manyak sedap woo. Lagi syiok dali ayum", kata Richard Wong dengan nada bersahaja.

Serta merta air liur aku jadi payau. Susah betul nak telan. Kelat.

Aku tarik nafas dalam-dalam, dan mula bercerita pasal betapa haramnya makan babi, apatah lagi makan dengan nasik.

Jun 2, 2010

.jangan la perli aku sampai macam tu sekali

Selamat siang semua.

Ya, aku tau aku lemah dalam bahasa Inggeris, tapi cukup lah. Jangan lah buat aku sampai macam ni.

Terguris hati aku.



Aku guna google translate, dia kata wangled aduan. Aduan aku tau lah. Wangled tu apa? Kalau wang dalam bahasa Inggeris aku tau la maksud dia helmet darth vader.

Gampang betul.