Jul 30, 2010

.kekok

Selamat siang semua.

Kekok betul rasa nak menulis.

Ada sapa-sapa rindu aku?

Hantarkan gambar seksi kau berbikini sebagai tanda rindu. Buat gadis saja lah, kalau lelaki aku nasihatkan tak perlu. Gambar zakar kau tak perlu bagi aku mimpi ngeri malam-malam.

Jul 26, 2010

.cuci dosa

Selamat siang semua.

"Kau apasal ni? Senyap je harini."

"Badan aku panas sikit lah, aku rasa esok aku demam kot."

"Sejak bila badan kau panas?"

"Semalam dah panas-panas dah. Mula dengan sakit tekak."

"Habis apasal tadi tak pergi klinik? Kan free je kalau pegi Uitm punya."

"Aku taknak pegi kalau panas sikit, Uitm kedekot nak bagi surat cuti. Kau faham-faham jelah doktor situ macam mana."

"Dah mati pun belum tentu dapat surat cuti oi."



Aku mula syak yang sponge bath aku yang punca aku demam sekarang. Cibai punya bulu pubis.

.muafakat membawa berkat

Selamat siang semua.

"Kita hidup berjiran, kena saling bantu membantu. Kalau tak ada jiran nak tolong kita, sapa lagi?"
Cikgu Raslan, 2003.

Kata-kata pujangga dari cikgu disiplin aku masa sekolah menengah rendah. Cikgu Raslan cukup suka tekankan pasal konsep permuafakatan antara sesama insan. Tapi kalau nak diikutkan, dia memang racist. Budak cina dengan india dia punya rotan nipis sikit, kalau budak melayu dia bagi rotan tebal.

Kalau kau sangka rotan tebal lagi sakit, kau salah. Aku yang boleh dikira lali dengan pelbagai jenis rotan ni, sudah masak sangat dengan perangai rotan-rotan ni. Jadi aku berhipotesis, lagi nipis rotan tu, lagi senang kulit nak terkoyak.

Berbalik pada konsep permuafakatan, orang putih kata, sharing is caring. Kalau kita kongsi sesuatu benda, semua akan jadi lebih mudah. Setiap kerja akan jadi lebih cepat. Itu dari segi teori lah. Kalau kita masukkan kata ganti nama Meleis dalam konsep muafakat, kerja jadi lagi lambat.

Sebab apa? Sebab semua nak kepala anjing. Meleis A nak buat benda A. Meleis B nak buat benda B, jadi berbalah. Itu belum masuk sokongan kroni-kroni lagi.



Tapi yang jadi masalah sekarang, apa pasal aku tinggal kejap bath sponge aku dalam toilet untuk sehari, sudah ada bulu-bulu yang melekat dekat situ?

Dari segi amatan aku, bulu tu agak kerinting-kerinting, dan panjang.

Aku yakin, bulu tu bulu pubis.



Macam mana nak kekalkan sikap bermuafakat macam ni?

Jangan sampai aku buat DNA test.

Jul 24, 2010

.kelas permotoran Kedai Motor dan Basikal Che' Gu

Selamat siang semua.

"Minyak motor tu jaga, jangan sampai habis"

Kata Abang aku dengan muka tegas sebelum melepaskan aku bawak motor dia jalan-jalan keliling kampung.

Rasa berbaloi lepas kena tarbiah dengan Puan Hamizah tentang bahana bawak motorsikal tanpa lesen. Macam ceramah JPJ. Bosan dan mengantuk.

Hilang terus rasa sakit akibat dilibas getah paip sebab mintak motorsikal dalam usia yang muda. 14 tahun dah mintak motor, memang mintak getah paip hinggap dekat tulang belikat lah. Demi nak nampak cool, aku sanggup berbirat pinggang.

Perhentian pertama ke rumah Afis. Bila dah ada motorsikal, rasa cool di dalam diri jadi tinggi. Bawak keliling kampung gadis semua pandang macam aku bawak Virago. Tak kurang jugak ada yang basah-basah celah kelangkang bila tengok aku buat wheelie.

"Assalamualaikum, Makcik, Afis ada?"

Zaman tu kena tunjuk sopan depan mak-mak kalau taknak kena pelangkung. Mak Afis jeling aku sejenak sebelum panggil Afis keluar.

Afis keluar dengan tak berbaju. Yang menutupi kulit aurat dia hanya kain pelikat Cop Sipoth edisi raya tahun lepas.

"Jom, aku bawak jalan-jalan mengorat awek"

Kata aku pada Afis sambil tongkat 2 motor aku. Tongkat 1 dah kira cool, tongkat 2 nampak gagah. Bukan semua orang sebaya aku boleh tongkat 2. Silap-silap boleh terbalik motor.

Aku tengok muka Afis cukup kagum dengan aku.

"Waa lepas ni boleh la kita naik motor pergi CC", cakap Afis sambil tepuk-tepuk seat belakang sebelum duduk.

Teringatkan kisah tak boleh tidur meniarap haritu, aku pelan-pelan cakap aku tak mungkin ke CC dah lepas tragedi berdarah tersebut.

Kami kemudian keliling satu kampung. Lepas habis Kampung Seri Kinta, kami cuba jelajah ke Kampung Temara, Kampung Cempaka Sari dan berakhir di Kampung Pasir Puteh. Berapa ramai gadis terlopong tengok kami, aku tak sempat kira. Macam semut dalam busut. Ramai sangat.

Dalam perjalanan balik, aku rasa motor semacam, macam semput-semput. Afis dah mula takut-takut sebab perjalanan balik masih jauh.

Aku tengok meter minyak dah keluar lampu. Itu menandakan minyak sudah mahu habis. Aku tambah pulasan pada throttle. Nak dikirakan ada lah dalam 80km/j. Ini boleh dikira laju kalau nak bandingkan dengan tahap keupayaan motor Honda C70 kepunyaan Abang aku tu.

Sampai di selekoh masuk Kampung Seri Kinta, motor semput makin kerap, dan akhirnya mati.

"Motor rosak ke?", Tanya Apis sambil buat-buat tau. Dia main-main choke motor, mungkin itu yang dia belajar masa kelas permotoran di Kedai Motor dan Basikal Che' Gu hujung kampung.

Aku senyum sinis tengok gelagat dia. Dasar amatur.

"Bukan rosak, minyak dah habis"

Afis berhentikan aksi main-main choke dia. Dia pandang aku tajam.

"Habis kalau minyak dah habis, yang kau pergi pecut laju-laju tadi kenapa?" , tanya Afis lagi dengan renungan yang masih tajam macam tadi.

"Mesti la aku pecut, kan minyak dah nak habis, karang bawak slow-slow karang tak sempat sampai rumah minyak habis pulak", terang aku dengan buat muka suci.

Afis terus letak tangan dekat bahu aku. Aku dah kebingungan. Dia tarik nafas dalam-dalam, dan mulakan tarbiah tentang komponen-komponen motorsikal dan betapa untungnya mendaftar dengan kelas permotoran di Kedai Motor dan Basikal Che' Gu.

Jul 23, 2010

.perihal berjinak dengan komputer [cerita lama]

Selamat siang semua.

Circa 1997.

Masa aku kecik dulu, aku langsung tak kenal komputer. Sasha grey pun baru nak reti main guli, Tera Patrick baru belajar info pasal pembedahan besarkan payudara.

Selalu waktu-waktu aku terbuang dengan kayuh basikal keliling kampung sambil tunjuk terer dengan wheelie depan gadis-gadis yang masih suci. Ramai jugak yang terlopong, tapi aku masih cool. Tahap ke-cool-an kena jaga.

Waktu petang lepas sekolah rutin aku kena pergi mengaji dengan Ustazah Salbiah. Ustazah Salbiah ni tak la garang sangat. Siap sebelum mula mengaji dia hidangkan kopi dengan biskut mayat, untuk bakar semangat jiwa-jiwa muda yang lemah longlai setiap kali berbicara tentang mengaji Al-Quran.

Ponteng langsung tak pernah. Cukup bangga bila dapat habiskan satu juzuk. Hati masih belum ada titik hitam, suci macam kain putih yang baru difabrikkan.

"Weh, dekat Shatin sekarang ada cyber cafe, jom kita main game?", tanya Din yang saitan dah mula masuk kepala.

Di hari yang dijanjikan, aku dan Apis standby bawah pokok kelapa pandan tunggu Din dekat tepi lombong. Plan baik punya nak ponteng mengaji. Apa ajaran Ustazah Salbiah semua dah hilang dalam kepala otak. Dalam hati ingat Counter Strike saja.

Kami ni yang bodoh-bodoh alang, tak tau apa langsung macam mana cara guna komputer, gagahkan diri berbasikal sampai ke Shatin. Perjalanan tak la jauh mana, dalam 2 kilometer, tapi liku-liku dia yang berbahaya.

Kena lalu tempat berhantu, kena lalu tengah-tengah kawasan kubur, kena lalu rumah berhantu, lepas tu kena simpan tenaga untuk kayuh laju-laju bila kena kejar anjing Rottweiler. Siap buat perjanjian, sapa kena gigit, tak payah tolong.

Bila sampai cyber cafe, dah macam sampai syurga. Mata sekor-sekor teruja tengok manusia gelak ketawa marah menjerit depan komputer.

"PC 10, 11, 12, bukak, bayar sejam"

Din cukup expert bab-bab ni.

Dia yang tolong pasangkan game Counter Strike, dia la yang ajarkan button-button apa nak tekan, macam mana nak beli B-4-6. Din orang kaya, rumah pun ada komputer. Rumah aku habis teknologi pun ada peti ais. Itu pun dah rasa canggih gila dah.

Aku sebenarnya bukan minat sangat main game tembak-tembak ni. Hati suci murni, membunuh bot-bot dalam game tu rasa bersalah sangat. Rasa berdosa. Tapi sebab kawan-kawan, aku main jugak.

Cyber Cafe ni dulu mana ada sistem central macam sekarang. Semua orang jaga CC tu buat manual. Lepas habis masa, cina tu akan datang sebelah aku, dan cakap "Habis masa, mau tambah?"

Bab mau tambah ni la Apis cukup terer. Dia boleh cakap "kejap" banyak kali, kadang-kadang boleh main sampai 2 jam akibat dari ayat manis dia.

Lepas dari hari tu, kami hari-hari pergi Dragon Ball Cyber Cafe. Mengaji dekat rumah Ustazah Salbiah langsung dah lupa. Sanggup ikat perut waktu rehat semata-mata nak simpan untuk pergi main Counter Strike.

Setiap hari, makin ramai budak-budak yang mengaji dengan Ustazah Salbiah ikut kami pergi main Counter Strike. Masa tu rasa macam ketua, pioneer segala kejahatan. Dragon Ball Cyber Cafe penuh dengan budak-budak Kampung Seri Kinta. Ramai yang main Counter Strike, tapi ada jugak yang dah pandai berjinak-jinak melayan porno. Siap beli disket nak simpan koleksi cerita-cerita malam pertama dekat myfirsstime.com. Cukup saitan.

Jadi bila semua ke CC, yang tinggal dekat rumah Ustazah Salbiah adalah budak-budak kecik yang belajar Iqra' dengan gadis-gadis kampung seberang.

Pada satu hari tu tengah aku khusyuk menembak Counter Terrorist dengan B-4-2 aku, aku dengar suara halus dari belakang aku.

"Cukup masa, mau tambah?"

Suara yang biasa aku dengar, tapi langsung tak berbunyi orang Cina. Aku toleh ke belakang.



Puan Hamizah dengan muka segarang harimau, mata merah-merah menahan kemarahan berdiri tegak di belakang aku.



Cepat-cepat aku bukak kunci basikal, dan pecut balik rumah. Balik rumah Puan Hamizah dah tunggu dengan getah paip sambil libas-libas sikit dekat telapak tangan dia.




Marobbuka, piapppppppp!!!!!

.aku sedih

Selamat siang semua.


1. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
2. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
3. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
4. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
5. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
6. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
7. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
8. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.
9. Rozita Che Wan dah nak berhenti berlakon.



Kiah Pekasam pun belum sempat tengok lagi kak Ita oi. Mana lagi aku nak lepaskan nafsu serakah dekat pelakon Malaysia? Takkan nak bernafsu dekat Azizah Mahzan kot?

Jul 21, 2010

.maaf sempena bulan puasa

Selamat siang semua.

Dengan segala limpah kurnianya, patik yang pacal lagi hina ini merafak sembah terhadap paduka tuanku, menyusun sepuluh jari tangan dan 10 jari kaki, beserta 1 lagi 'jari' panjang dan tirus di bahagian bawah perut, memohon seribu kemaafan.

Betapa cemerkapnya patik yang pacal lagi hina ini, kerana sesungguhnya patik tidak sedar akan kesilapan patik yang dengan terang dan jelas memurkai paduka tuanku. Patik telah mengguris hati paduka tuanku yang sedang bersemayam di atas takhta.

Patik telah mencemar duli paduka tuanku, mengotorkan tangan beserta mulut patik dengan darah patik sendiri.

Patik sangat 'rude' memerli orang yang suka clubbing. Patik rasa berdosa dengan paduka tuanku dan Tuhan kerana menegur orang yang nak clubbing. Maafkan patik tuanku.

Maaflah paduka tuanku, sekali lagi patik menyusun segala jari patik beserta senjata patik yang panjang lagi tirus ini, memohon jutaan kemaafan dari paduka tuanku.

Patik insaf dengan kesalahan patik. Patik yang pacal lagi hina ini sanggup menerima segala hukuman dari paduka tuanku.

Patik mintak maaf lagi kerana menegur orang yang suka clubbing. Patik salah tuanku. Bersalah sangat. Tuanku suka clubbing, jadi patik salah kerana memerli orang yang suka clubbing. Patik tak patut masuk campur dalam urusan mereka dan paduka tuanku.

Terimalah pedang sakti yang panjang dan tirus bernama Helmet Darth Vader ini sebagai tanda kemaafan dan persahabatan.

Seribu kemaafan.

Sebelum berakhir, biarlah patik mendendangkan sebuah lagu bertajuk "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" yang diremixkan versi Paul Van Dijk berduet dengan Benni Banassi.

Jul 20, 2010

.siri konversasi tentang clubbing

Selamat siang semua.

Budak lelaki baru nak up : Weh jom clubbing. Aku dengan Gadis-baru-nak-up nak pergi hujung minggu ni.

Gadis baru nak up : Jom la weh. Birthday kawan aku, boleh minum-minum sekali. Dia kata nak open table.

Tanya dua orang lahanat tu pada aku semalam.

Aku : Jom.



Aku : Bawak sejadah sekali, kau Gadis-baru-nak-up, jangan lupa pakai telekung. Baru seksi.

Kacau betul aku tengah khusyuk melayan blog Sailfulislam. Haih.



Jul 19, 2010

.rosak!

Selamat siang semua.

"You as an Engineer should are responsible for what happened for every single thing in construction.", cakap Professor Zakiah masa lecture tadi.

Semua muka toya mengangguk. Mengangguk sebab faham ke sebab memang mengantuk, aku kurang pasti.

Lecture diteruskan. Bersungguh dia mengajar. Bersungguh jugak lah budak-budak semua cuba tidur dan sembang. Kurang sivik betul.

"Now tell me, when you get married and have your own house, what is the utmost electrical appliances you will buy?", tanya Professor Zakiah sambil tuding jari dekat kelompok batang-batang yang tengah sibuk merungut isu gula naik.

"Refrigerator maam", jawab budak berbaju kemeja kotak-kotak.

"Ok, and how about you?", tanya Prof Zakiah pada gadis comel tudung putih.

"Microwave maam", tenang dia jawab. Sah malas masak.

"And you there, what are the most important electrical appliances you will buy when you get married?", sambil tunjuk jari pada aku yang tengah sibuk main doodle-doodle atas kertas A4.

"Katil maam", jawab aku sekali pandang dan sambung doodle balik.

Kelihatan Prof Zakiah senyum kelat. Mood nak mengajar macam hancur bekecai. Budak-budak kelas dah mula fikir benda macam-macam. Aktiviti bersenam di atas katil misalnya.

Jul 18, 2010

.pesanan buat ahli geng batang berjuntai

Selamat siang semua.

Di sini aku nak pesan dekat ahli geng Batang Berjuntai yang keluar menonton filem Mantra yang best gila babi semalam,


Ingat apa ilmu yang tok guru ajar semalam. Ingat, pergerakan tangan yang tok guru turunkan semalam, jangan disalah guna. Guna ketika dalam keadaan yang sesak saja. Ingat tu.

Jangan sesekali guna untuk sesatkan manusia lain, terutamanya para gadis, lebih-lebih lagi yang comel.

Pergerakan tangan tu Ayahanda-ayahanda dengan ahli-ahli freemason semua bersusah payah nak patentkan. Tapi tok guru lagi awal dari diorang.

Bunyi yang keluar tu, jangan dimimikkan dekat orang ramai guna mulut. Benda ni top secret.

Biar pecah di perut, jangan pecah di kulup [baca:helmet darth vader]



Tok guru syak yang ahli-ahli batang berjuntai lain yang baca entri ni sekarang mesti ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak, terutamanya Ustak sesat dan Takamaria.

Kita tengok berapa lama diorang boleh tahan perasaan yang membuak-buak bergelora tu ok?


Jul 17, 2010

.alolo cian dia [edisi tomei-tomei]

Selamat siang semua.

Aku kesiankan orang yang konon jaga mulut, tapi sebenarnya dalam hati nafsu berkobar-kobar nak cakap sesuatu yang taboo. Lucah dan berak misalnya.

Buat apa simpan nafsu yang memberontak tu. Mulut katakan tidak tapi hati katakan mahu.

Kesian sangat-sangat.

Bak kata pepatah orang tua-tua, kalau tak puas hati, simpan dalam puki.

Jadi buat anon-anon yang konon baik, silakan attack aku, serta semua kawan terdekat aku. Bawak peluru apa kau nak, silalah jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.

Sudah, aku nak sambung perang dengan nyamuk. Hujan-hujan ni makin galak pulak dia menggigit. Tak henti-henti nak hisap dara aku. Babap bontot tu karang haa.

Macam tunjuk baik nak nasihat orang itu ini, tapi bila kena bakar terus nak maki-maki. Tahniah, andalah hipokrit yang aku cari. Ciri-ciri orang melayu tipikal.

Jul 15, 2010

.fadhilat pasar malam

Selamat siang semua.

Tadi boleh tahan lambat jugak aku pergi kelas. Bukan sebab aku bangun lambat, tapi menunggu giliran mandi dalam toilet. Budak-budak rumah aku ni terlalu metrosexual, nak mandi kena pakai body butter lah, cukur misai dulu lah, sabun ketiak bagi hilang daki lah, rebonding bulu pubis lah. Macam-macam.

Jadi masa mandi yang sepatutnya ambil masa maksimum 10 minit jadi lebih dari 20minit.

Nasib baik rumah aku tak ada bathtub, kalau tak lagi lambat la aku nak bersiap.

Akibat dari kelambatan cilanat-cilanat yang mandi mengalahkan gadis, aku sampai kelas lambat.

Bila sampai nak cari parkir punya la payah. Kalau kelas pukul 830 tak apa lagi, parkir masih ada, tapi kalau pukul 1030 memang harapan la kalau nak cari parkir dengan mudah.

Biasanya budak-budak fakulti engineering macam aku akan parkir dekat dalam kolej Mawar. Sambil menyelam minum air. Dalam tu dah la kolej gadis, jadi peluang nak cuci mata cukup tinggi.

Tapi hari ni parkir dalam kolej Mawar penuh macam babi masuk kandang. Kereta bukan takat double park, sampai triple park pun ada. Dah tu semua stok perangai macam celaka double park lepas tu tak reti nak release handbrake. Nasib baik bukan aku yang kena, kalau tak dah lama aku calarkan kereta-kereta pundek tu.

Aku perasan dalam kolej Mawar ada macam kanopi. Kanopi ni cukup banyak makan space parkir dalam tu. Hampir setengah. Dalam fikiran aku, mungkin ada event tengah hari ni, sebab tu dia letak kanopi dalam tu.

Tak apa lah, aku parkir jauh sikit.

Lepas parkir, aku sempat tanya dekat pak guard yang mata meliar cari orang nak disaman.

"Abang, ada apa-apa event ke dalam tu harini?", tanya aku dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Mendidih-didih.

"Ohh tu diorang buat untuk pasar malam karang", tegas pak guard sambil pandang dada gadis yang lalu lalang.

Aku tengok jam di tangan. Masih pukul 10.28 pagi.


Kejadah apa pasar malam untuk malam karang pagi-pagi dah kacau orang nak park kereta?

Dan-dan tu jugak aku pergi cari MPP, aku bagi pelangkung barang sekarate dua dekat tengkuk dia. Bodoh macam lembu kena tarik hidung. Langsung tak ada inisiatif nak melawan.

Lain kali kalau nak buat pasar malam, isytihar terus UiTM tutup untuk hari tu, tak ada la kacau beauty sleep aku. Cilanat.

Jul 14, 2010

.konversasi gadis indie

Selamat siang semua.

Lepas habis kelas German tadi, aku laju-laju jalan cari elevator untuk balik ke rumah. Mengantuk ya amat. Dari beberapa jam lepas

Semasa tunggu elevator sampai, aku sempat lagi jeling-jeling gadis-gadis yang turut sama beratur tunggu elevator. Boleh tahan besar. Tekun aku kaji, dan sekejap saja aku dalam lamunan, tapi aku sempat lagi beristighfar menyesal.

Ada 2 orang gadis ni. Pakaian ala-ala urban dengan baju gaya yuna, dengan cardigan grey menjulur sampai ke bontot. Memang gadis tudung indie lah. Muka pun boleh tahan comel.

Kalau tak teringatkan Huda di kampung halaman, lama dah aku tegur gadis-gadis tu. Orang dulu-dulu kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Heh.

Bila elevator bukak, kami semua masuk. Aku tengok semua menuju terus ke tingkat paling bawah. Hanya ada satu lampu merah yang menyala menunjukkan 1 di skrin elevator.

Jauh lagi perjalanan. Dari tingkat 8 ke 1 boleh ambil masa 2 minit kalau keadaan cuaca tak mengizinkan, contohnya yang gatal-gatal tekan salah tingkat. Bila pintu elevator terbukak tak ada sorang pun nak keluar, memang rasa nak bagi makan kaki bercagu aku ni sapa yang gatal-gatal tekan salah tu.

Bila sampai tingkat 4 aku dapat bau sesuatu. Sesuatu bau haruman yang jarang berlaku di dalam elevator. Rare sungguh perasaan dia. Nak kata tengik, tak. Nak kata bau ketiak aku, tak mungkin. Mana mungkin deodorant AXE perasa Coklat (baca : promosi) yang harum ni boleh salah tindak balas dekat ketiak aku.

Bau dia memang kenal, tapi tak tau punca dari mana. Nak kata bau sedap pun tak sedap jugak. Bau bunga setanggi, lagi tak kalau mengikutkan waktu yang baru nak masuk tengah hari.

Aku cuba tahan hidung.

Dan dari anak telinga aku yang capang ni, aku ada dengar suara gadis berbisik riang.

"Weh, kau kentut eh? Busuk weh."

"Shh diam-diam la, aku sakit perut ni. Cepat balik weh, maluuu"

Kata gadis indie yang berdiri di sebelah aku. Halus tapi jelas.




Sampai tingkat 1, kedua-dua gadis indie tu laju-laju keluar meninggalkan elevator. Cukup laju, sampai yang tinggal hanya bau mereka saja.

Harum perfume campur kentut.

Aku sedut nafas dalam-dalam sambil beristighfar.

Jul 13, 2010

.contoh-contoh sanggul tinggi yang haram

Selamat siang semua.

Sejak kebelakangan ni kecoh dengan fatwa yang mengatakan wanita yang bersanggul tinggi tu haram. Mungkin ada yang keliru dengan jenis tudung sanggul tinggi macam mana yang boleh disifatkan sebagai haram tu.

Jadi di sini aku dengan rela hati nak senaraikan beberapa jenis sanggul tinggi yang haram. Ini untuk menyenangkan kau semua memilih mana yang patut dielakkan, dan mana yang tak.

Gambar ehsan RTM.










Dan aku rasa yang last ni memang haram sangat-sangat bagi sapa-sapa muslim yang memakainya.



Kalau kau kata tak haram, anda memang the next Dato Harussani/ Noh Gadut/ Khairy Jamaluddin.




Entri racist lagi.

.pengajaran 2

Selamat siang semua.

Aku pernah terbaca orang putih cakap pasal minum susu sebelum tidur. Dia kata kalau minum susu sebelum tidur, boleh memudahkan proses untuk tidur. Jadi bila selalu ada aktiviti malam, contohnya bola, aku akan lebih cenderung untuk ubah waktu tidur aku. Ini bermakna aku akan menghadapi kesukaran untuk adjust waktu tidur aku balik ke sediakala.

Jadi mengikut saranan orang putih tu, tadi aku cuba minum susu. Tapi nak minum susu tin, malas nak bancuh. Nak minum susu dekat dada, belum ada yang berkenan nak bagi. Nak mintak dekat mak aku, takut esok pagi bangun pipi jadi merah berdenyut-denyut kena tampar.

Dengan rasa gelisah, aku cuba alternatif terbaik ; beli air teh ais susu lebih.

Habis satu peket aku balun minum sekaligus.

Dan sekarang aku masih juga belum tidur, langsung tak ada perasaan nak tidur.

Kenapa?

Sebab sekarang aku tengah berhempas pulas berjuang di atas mangkuk jamban. Dari tadi tak henti-henti sakit perut.



Nasib baik ada rokok peneman setia di kala aku tak henti prett prett prett. Nak makan pil chi kit teck aun, semua dah habis.

Sial betul mamak ni, aku rasa masa dia bancuh tadi dia bubuh resepi istimewa la. Tak bulu tangan, peluh di ketiak.

Dan waktu-waktu macam ni aku mula rasa saranan orang putih tu hanyalah propaganda Illuminati semata-mata.

Cibai mamak, cibai freemason!

Orang Shah Alam jangan tanya kenapa kalau tangki kumbahan tersumbat gara-gara terlebih kapasiti. Salahkan agen Illuminati.

Uhh aku rasa kepala taik dah keluar sikit ni, aku pergi sambung balik ya. Doakan aku berjaya dalam peperangan kali ni. Ameen.

Jul 12, 2010

.benci betul aku kalau gadis tak kenal message

Selamat siang semua.

Masa aku bangun pagi tadi, benda pertama aku check ialah posisi handphone. Kebiasaannya masa aku tidur handphone ada dekat muka aku, tapi pagi ni dia bergerak sendiri, handphone dekat tapak kaki.

Buat bakal bini aku, pastikan kau bersedia untuk ditendang terajang waktu tidur, sebab aku memang tidur ganas. Ganas dan rakus. Kombinasi yang disukai Sasha Grey. Sapa Sasha Grey? Berd mesti tahu.

Ada 2 sms dari 2 nombor berlainan. Satu datang dari nombor yang aku tak kenal, bertulis "Sayang, you hebat malam semalam. Berapa kali I orgasm pun tak tau. Tapi you memang the best lah. Can't wait to make love to you again, with more skills and position :)". Lepas baca aku hempas handphone ke lantai. Aku dah pesan, nak boleh, tapi lepas tu jangan message-message. Dah kata one night stand, one night stand lah. Nak sayang-sayang smiley-smiley apa lagi. Celaka sungguh.

Aku kepal tangan kuat-kuat tanda geram. Aku beristighfar sambil urut-urut dada.

Aku tekan call nombor yang hantar message tu, aku maki puas-puas. Nama pun tak kenal, aku maki cakap gua lu saja bagi nampak ganas. Menangis-nangis dia merayu dekat aku. Kalau dia ada dekat aku mau aku kuis saja dia dari kaki aku masa tu. Cibai punya one night stand.

Lepas puas maki memaki, aku bukak message yang lagi satu. Ini message dari kawan kelas aku/

"Weh apsal tak pergi kelas tadi? Lecturer nak jumpa kau. Dah 3 kali kau tak datang kelas"

Baru 2 minggu kelas lecturer dah nak jumpa. Terpaksa la aku beraksi ghairah nanti bila jumpa dia. Bodek itu wajib.

Bukan aku sengaja ponteng. Salahkan World Cup! Aku suka tengok bola! Aku suka tengok bola di dada yang sedang tengok bola! Salah ke?

.tips mengatasi kes pecah rumah [rare]

Selamat siang semua.

Beberapa hari lepas rumah jiran aku kena pecah. Habis barang-barang rumah semua kena angkut dengan mat dadah.

Aku rasa cukup hebat pencuri ni, sebab dia boleh curi macam-macam dalam masa yang singkat. Siap boleh makan malam dulu dalam rumah tu. Ikut pada tuan rumah, dia kata macam kena pukau, sebab dia nampak dah laki tu, tapi macam endah tak endah.

Itu lah sebabnya Tuhan tak bagi laki dengan perempuan tak boleh duduk serumah kalau bukan muhrim. Aku cakap ni berdasarkan fakta, sebab aku selalu tengok laki keluar masuk rumah tu macam rumah tumpangan saja.

Tuan rumah kata lagi, pencuri tu siap boleh makan nasi gulai ikan dekat rumah tu. Ini cukup rare. Dulu tak silap aku ada kes curi dekat Sarawak yang macam ni jugak. Katanya ilmu dia kalau nak pecah rumah kena makan dekat rumah tu. Kalau langsung tak ada makannan, tapi ada ikan mentah, kena goreng jugak. Kalau tak ilmu tak jadi. Ada orang Sarawak yang boleh comfirmkan?

Jadi sini aku nak bagi tips cara-cara nak mengatasi kes pecah rumah yang macam ni.

Senang saja, sebelum tidur, pastikan semua makanan tak ada dalam rumah, kecuali lesung batu, belacan, dan cili.

Kenapa aku cakap macam tu? Fikirkan situasi sambal belacan, dan tumbuk sambal tengah malam.

Jul 9, 2010

.budaya clubbing di kalangan melayu

Selamat siang semua.



Kawan : Weh malam esok kita nak buat apa eh? Malam minggu kot. Cari awek hot-hot sedap jugak ni. Jom clubbing nak?

Aku : Aku taknak masuk neraka.

Sambil bancuh milo dan gelak nipis tanda puas.

Apa kaitan gambar di atas dengan clubbing? Aku pun kurang pasti, tapi itu lah yang keluar dalam otak aku masa tu.


Post Scriptum : Sapa pegi gathering Gengblogger esok? Jumpa kau di sana ya. Kalau jumpa lah. Huda suruh aku bogel esok. Aku pun ada terfikir nak pakai macam tu jugak.

.berita khas tentang ariel peterporn

Selamat siang semua.

Ini berita yang baru kami terima.




Polis periksa kemaluan Ariel

ARIEL

JAKARTA - Polis Indonesia telah melakukan ujian pengecaman fizikal menyeluruh untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti pelaku klip video lucah yang membabitkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara Luna Maya dan Cut Tari, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap polis, Marwoto Soeto semalam menyatakan, ketiga-tiga selebriti tersebut menjalani pemeriksaan anatomi tubuh, bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Kami periksa bahagian dalam dan luar, baik yang dapat dilihat dengan mata kasar atau sebaliknya. Semuanya kami periksa, misalnya kakinya berapa sentimeter, tangannya berapa sentimeter dan bentuk tubuhnya juga diukur," kata Marwoto.

Menurutnya, alat kelamin Ariel turut diperiksa dalam ujian tersebut.

Berdasarkan hasil ujian fizikal itu yang dibocorkan kepada media tempatan, panjang zakar Ariel adalah 21 sentimeter.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan media itu Marwoto berkata:" (Panjang kemaluan Ariel) mungkin kurang satu sentimeter daripada 21 sentimeter. Saya tidak pasti. Itu kerja forensik," ujarnya sambil ketawa.

Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan pada 22 Jun lepas kerana disyaki mengedarkan klip video lucah bersama kekasihnya, Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari. - Agensi

Ok 21 sentimeter. Saja aku bold kan. No wonder lah artis-artis, nenek-nenek ,bini-bini orang, janda-janda orang, lelaki-lelaki, dan lain-lain tergilakan Ariel Peterporn ni.

Jadi apa lagi, buat semua jantan, cepat-cepat lah cari alternative untuk panjangkan mana yang pendek. Gunakan segala ubat yang ada, kalau ada playar, tarik hujung kepala seregang boleh. Kalau ada batu, ikat dengan tali dan simpulkan dekat kepala helmet. Buat yang terlalu pendek dan cinonet (bawah 3cm), lupakan sama sekali hasrat kau tu. Takkan ada efek.

Size does matter huh guys?

Kau agak-agak Ariel AF plak berapa panjang? Jaafar Onn? M. Daud Kilau?

[Updated]

Pembaris aku menyatakan 53cm. Macam mana tu? Susah lah macam ni. Haih.




Jul 8, 2010

.pakcik, kenapa berperangai macam ni?

Selamat siang semua.

Gadis litar. Bila kita dengar pasal gadis litar, mesti kita akan ingat gadis-gadis berpakaian tak cukup duit, dengan kaki yang baru di-shave licin guna veet, dan aksi-aksi yang mengghairahkan.

Biasalah, dibayar untuk buat macam ni. Serupa apa? Itu kau fikir sendiri.

Ini salah satu gambar yang aku curi ambil dari facebook kawan pada kawan aku.


Cukup mengghairahkan bukan? Kaki yang licin, rambut yang panjang mengurai, aksi yang mengghairahkan, dan dada yang tersembul. Complete package untuk hantar sesiapa yang melihat terus ke neraka.

Nampak macam aku buat dosa kan sebab letak gambar dia dekat sini?

Sekarang cuba click dekat gambar di atas dan cuba perhatikan pakcik berbaju merah tu, dan apa yang dia tengah buat?

Sebab itu orang putih kata, a picture says a thousand words.

Kalau pakcik tu baca entri ni, aku nak merayu dekat dia, tolong bluetooh dekat aku gambar yang dia ambil masa tu kalau taknak surat berisi gambar ni sampai dekat bini dia. Heh.

Jul 7, 2010

.perihal budak rumah 1

Selamat siang semua.

Kalau kata ada 13 orang budak rumah, mesti setiap sorang ada perangai masing-masing. 13 tu ramai? Itu kira sikit lah tu, kalau nak compare kawan-kawan aku yang lain, ada yang sampai 20 orang serumah. Stok kalau nak tido kena kuis-kuis badan member guna kaki baru dapat tido.

Tadi masa makan tengahari, lima orang termasuk aku pergi makan sekali. Jadual harini cukup heaven. Kelas pagi pukul 8.30-10.30 lepas tu langsung tak ada kelas dah. Tapi akibat dari berjaga malam tengok bola semalam, kesemuanya tak pergi kelas pagi tadi. Bangun pun pukul 12 tengah hari.

Ada sorang budak rumah aku ni cukup kuat typo. Bukan typo menaip, tapi typo mulut. Aku rasa setiap hari mesti ada saja mulut dia tersasul. Kalau sehari tak ada, kami yang lain ni jadi tak keruan, umpama mahu mencapai ejakulasi.

Makan ayam penyet di Seksyen 16. Murah, dan sesuai untuk golongan tak bergaji macam kami ni. Kalau makan dekat AP ke, sekali makan mau sampai rm20. Tak mampu.

Biasalah, kalau makan di gerai-gerai dan warung-warung, tak sah kalau makan tak ada kucing. Tak habis-habis mengiau mintak simpati nak makan. Kadang-kadang comel, tapi kalau dah sampai tengah sedap makan dia boleh lompat atas kote, memang rasa nak bagi terajang laju-laju.

Budak rumah aku ni cukup annoyed bila makan ada kucing kacau.

Akibat dari rasa tak selesa sangat makan kucing duk kacau, maka budak rumah aku ni melepaskan kemarahan dia dengan berkata, "Tak selesa betul aku kalau tengah makan ikan ni kacau."

Sambil menguis-nguis kaki supaya kucing a.k.a ikan ke tepi.

Cakap sangat yakin, macam langsung tak ada rasa salah.


Lepas makan, aku mintak singgah ke toko buku, untuk beli buku budak-budak tadika untuk budak rumah aku tu.

Aku nak kasi sekolah sikit dekat dia macam mana nak membezakan antara mana kucing dan mana ikan.


.menjawab soalan yang diberikan

Selamat siang semua.

Kadang-kadang ada orang tanya, kenapa aku mesti tulis ayat tak masuk akal, ayat bengong dan ayat lucah-lucah dekat blog? Kenapa aku mesti cakap tak bertapis?

Aku hanya senyum, dan dengan tenang menjawab,

"Be proud of who you are, you might not be the same tomorrow."

"Be grateful for what you have right now, because tomorrow it may slips away from your arm"

Sinis, dan saja aku biarkan untuk dia berfikir apa maksud aku.

"Life is full of riddles. And solving riddles was just a part of life"

Kesian. Aku kesiankan orang yang tak bebas untuk berkata-kata. Aku kesiankan orang yang terlalu menjaga mulut. Aku kesiankan orang yang membataskan percakapan. Simpan lama-lama dalam hati, lepas tu hati hancur bekecai bak kaca jatuh berjijiran di tepian pantai. Buat apa mahu hipokrit, bila hati kata mahu, tapi mulut mengucapkan sebaliknya?

Ok nuff said.

Mood aku nak menulis malam ni tergendala akibat kecelakaan blogspot hari ni. Setiap komen kau semua cukup bermakna bagi aku, jadi apa gunanya menulis dan komen-komen kau semua tak ada untuk aku baca di lain hari?


Ok gampang betul ayat aku malam ni.

Jul 6, 2010

.pengajaran 1

Selamat siang semua.

One fails forward toward success. ~Charles F. Kettering

Aku pun tak berapa faham orang putih ni kata apa, tapi aku boleh agak ini berkisar tentang kegagalan membawa kepada kejayaan.

Kesilapan mengajar kita untuk berjaya. Mungkin lah.

Jadi, aku anggap membeli Shower Cream berperisa Menthol adalah satu kesilapan yang akan membawa kepada kejayaan. Perasaan dia cukup celaka. Ibarat merendam testis dalam Dettol. Ibarat merenjis sambal belacan di hujung kepala helmet darth vader.

Ngilu.

Kena gigit kerengga lagi menyeronokkan dari perasaan gampang sebegini rupa. Serious.

Jul 5, 2010

.kuasa pengiklanan

Selamat siang semua.

Kuasa pengiklanan. Iklan pengaruh besar dalam menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Kita semua tau, macam mana berjayanya syarikat itu bergantung pada pengiklanan. Sebab tu Dr. Lozmey/Abu Bakar Ellah tu tak habis-habis iklan Pecah Punggung 20 Juta tak henti-henti dekat Suratkhabar Metro.

Apa kaitan aku dengan Pecah Punggung 20 Juta? Konsep yang sama.

Akibat dari iklan-iklan macam ni,




Sekarang 12/13 budak rumah aku pakai Axe Effect Deodorant, akibat dari pengaruh iklan dekat atas ni. Kau tengok si Asmirandah ketap bibir dengan genggam sos sudah cukup untuk kau pergi pasaraya terdekat dengan pantas.

Apa salahnya kita mengharap kan? Paling-paling pun dapat awek muka macam Rosnah Mat Aris pun kita dah cukup puas hati dah. Heh.

.gadis-gadis tak patut pergi mamak waktu bola

Selamat siang semua.

Menyemakkan. Kau bayangkan, game pukul 10, pukul 9 mamak dah penuh. Kalau yang datang tu betul-betul tengok bola tak apa jugak, ini kalau memenuhkan seat semata-mata nak tengok player mana yang hensem, baik kau duduk rumah check senarai pemain dekat FIFA.

Sampaikan orang putih datang bawak vuvuzela pun tak boleh nak tiup sebab penuh sangat.

Kasihankanlah kami ni yang datang semata-mata nak tengok 'the beautiful game'. Nak tengok dekat rumah, Astro kapitalis gampang tu buat hal kasi exclusive hak penyiaran sampai Hasbullah Awang boleh goyang kaki korek hidung dekat rumah. Exclusive my ass!

Ruin the game, ruin the view, ruin the mood.

Yang seksi pun satu hal. Berbelah bagi aku nak tengok bola dekat skrin ke bola dekat dada. Ingat senang nak buat pilihan macam tu? Ditelan mati mak, diluah mati bapak!

Jul 4, 2010

.melaka trip [pictorial]

Selamat siang semua.





















Ada orang request aku letak gambar jangan ada muka aku. Jadi inilah hasilnya.

Banyak lagi gambar, tapi demi privacy, aku tak upload dekat sini.

Untuk gambar gadis-gadis comel/seksi, sila e-mail aku untuk kita bincang pasal harga. The best bidders win.

Jul 3, 2010

.orang macam ni pun ada kan?

Selamat siang semua.

Lepas habis bola tadi, aku macam biasa mesti bukak Facebook untuk tengok reaksi kawan-kawan aku dekat Facebook. Tapi aku tak sangka ada jugak orang yang macam ni.


Sendiri buat status, sendiri like, sendiri komen, dan sendiri jadi lalang. Gila kesian hidup dia. Ada gadis-gadis nak jadi peneman hidup dia di kala sunyi? Nanti aku bagi link account dia. Tolong lah, aku betul-betul kesian dengan dia ni.

By the way Brazil sudah bungkus. Jadi para gadis, aku nasihatkan jangan pakai Bra sebagai protes atas kekalahan mereka.

Jul 2, 2010

.melaka trip [day 1]

Selamat siang semua.

Kejut bangun pagi tadi mak aku guna cara paling efisyen, iaitu renjis muka dengan air panas. Feeling dia macam kau mandi dalam minyak panas. Cukup mengasyikkan. Sikit lagi aku nak pergi wad kecemasan zon merah tadi.

Bangun-bangun dah bising, marahkan aku tidur lambat semalam. Aku tidur lambat pun bukan sebab apa, google aktiviti-aktiviti menarik nak buat dekat Melaka jugak. Bukan aku layan Redtube pun. Koneksi internet guna Celcom Broadband kakak aku cukup laju. Aku bukak google pun aku boleh pekena bihun goreng 3 pinggan dulu, baru settle loading.

Masuk kereta, panaskan enjin, terus masuk MRR2. Jalan clear, itu satu-satunya kehebatan pergi vakation hari kerja ni. Langsung tak ada jem.

Dalam perjalanan aku makan tak henti-henti nak mengelak mengantuk. Itupun kadang-kadang aku tak dapat control diri, tertidur dalam beberapa saat. Sedar-sedar lori depan mata. Mak aku dengan kakak aku ni fesyen kalau aku ada, aku sorang je kena drive. Diorang buat apa? Mengangkang tidur. Bila tersedar bajet-bajet cakap macam orang putih selalu cakap, "Are we there yet?". Setiap kali kena aju soalan macam tu, rasa nak hangguk kepala dekat stereng bagi berdarah.

Sampai bandar Melaka, perut dah lapar. Cari restoran Melayu tak susah, tapi akibat dari jalan sini yang dari mula sampai habis one way saja ditambah dengan jam ya amat, perut lapar jadi triple lapar. Dah la dari pagi tak pekena nikotina. Buat apa serba tak kena. Rasa nak marah saja.

Lepas pekena nasik 2 pinggan tambah ikan goreng 2 ekor, kuah asam pedas yang kaw punya pedas, perut cukup gembira.

Bila perut dah kenyang, mesti cari tempat nak tidur. Jadi pusing balik keliling Bandar Melaka cari hotel. Stop pertama try Hotel Aldy. Nama macam cool, tapi hotel macam rumah tumpangan. Macam tengah-tengah malam karang ada pondan nak ketuk pintu bilik. Kalau tak ada mak dengan kakak aku, boleh jugak aku jemput masuk hidang teh panas dulu.

Dah puas keliling cari hotel, last-last jumpa jugak Hotel orang Melayu. Hotel Johan. Tak tau la Johan ni Johan bin ke a/l ke a/k ke, tapi berdasarkan signboard "Pasangan Melayu tak dibenarkan menginap jika tidak membuktikan sijil nikah" dekat depan pintu hotel, aku yakin dia Johan bin.

Siap bagi sejadah lagi, cukup Islamik. Aku jenguk-jenguk jugak kalau-kalau dia ada nak jemput berjemaah bersama, tapi hampa.

Masuk bilik, letak beg kemas-kemas, terus landing tak ingat apa dah. Sedar-sedar dah pukul 6.

Perut lapar balik. Aku sajes pergi makan ikan bakar dekat Umbai. Seriously, aku rekomen makan dekat sini, kalau kau pandai menghayati ikan fresh. Aku tengok mata ikan sekor-sekor langsung tak ada ciri-ciri ikan tak fresh. Mata bundar dan ceria macam Ellie Mazlein.

Ikan dia, cair dalam mulut. Lembut, juicy. Aku berani kerat kote lah kalau kata ikan dia tak best.

Lepas kenyang makan, macam biasa aktiviti rutin aku balik hotel untuk berak. Kasi kosong mana-mana tangki yang dah penuh. Lepas solat Maghrib [ya, aku solat, jangan pertikaikan], terus gerak naik Menara Taming Sari. Untuk yang mata gatal, aku sajes sini untuk mengorat gadis-gadis yang kerja dekat sini. Aku hanya ada satu ayat saja untuk describe diorang, mantap. Kalau laki yang kerja situ, err mantap jugak kot. Aku kurang pasti.

Dah feeling-feeling rasa macam burung, rasa nak pergi nak river cruise pulak. Cruise ni sepanjang sungai Melaka. Kau akan rasa macam pergi Venice, sebab bagi aku sebijik. Cuma dia buat style-style Malaysia sikit lah. Ada mural-mural dan grafitti zaman Hang Tuah dulu.

Satu je aku pelik, apsal dekat sepanjang river cruise ni langsung tak ada sampah? Tipu lah kalau dekat belakang rumah kau tak ada sampah kan? Langsung tak Malaysian kalau tak ada sampah belakang rumah.

Dan setiap rumah/bangunan yang ada sepanjang river cruise ni diorang kasi touch up balik supaya nampak cantik. Aku perasan diorang cat dinding yang nampak sepanjang river cruise ni saja. Dinding yang tak nampak semua penuh kulat dan kulapuk. Apa kedekot sangat ke cat ICI nak kasi cat 1 bangunan terus? Puan Hamizah boleh pulak bantai tertidur atas bot tu. Aku ingat dia suka benda-benda macam ni, tapi tanggapan aku silap. Mungkin dia lebih minat pergi main surfing kot.

Selesai hari pertama. Esok kakak aku cakap hari aktiviti bersejarah. Nak pergi Stadhuys lah, A Famosa lah. Dah macam lawatan sambil belajar.

Sekarang aku tengah asah pensel, dengan padam buku nota sejarah sekolah sebab esok nak guna catat nota. Harap-harap tak masuk periksa pertengahan tahun pasal lawatan ni. Heh.


Post Scriptum : Tak ada gambar sangat sebab aku malas ambil gambar. Mengantuk. Chalo betey.