Oct 31, 2010

.salahkan saranan doktor

Selamat siang semua.

Kelmarin aku bantai sambal udang petai. Lama tak balik ipoh tiba-tiba teringin nak makan masakan stail mak-mak. Jadi aku pergi ke kedai favourite yang masak makanan macam mak-mak. Tak, bukan kedai wanita yang masak sebagai bisnes keluarga. Pondan yang masak pun bukan. Yang aku maksudkan kedai abe pattani. Walaupun kedai penuh lipas, tapi sedap, tu yang penting. Kebersihan tolak tepi.

Kalau waktu makan, aku mesti minum sekurang-kurangnya 2 gelas air. Rakus, tapi aku ikut saranan kerajaan yang menggesa setiap umat manusia kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Oleh kerana minum banyak sangat, masa dalam perjalanan balik pundi kencing dah tak dapat menampung kapasiti air yang banyak. Dia siap ugut sebelum dia tumpahkan secara sengaja dan memalukan aku, baik aku pergi ke tandas cepat.

Aku kepit helmet darth vader dengan jari. Dengan harapan mudah-mudahan tak ada setitis pun yang keluar tanpa izin. Aku pesan dekat dia supaya jangan banyak bergerak. Penglihatan pun aku cuba kecilkan sekecil mungkin supaya tak terereksi bila terjumpa gadis-gadis comel yang seksi lalu lalang.

Sampai rumah aku terus berlari ke tandas. Tak sempat nak bukak seluar, pintu pun tutup sekerat saja, aku terus lorotkan seluar ke paras separuh pinggang guna sebelah tangan. Sebelah tangan lagi masih mengepit helmet darth vader. Aku pesan dekat dia "Sabar itu separuh dari iman". Dia mengangguk tanda setuju.

Bila dah agak-agak aim cantik punya dalam mangkuk tandas, aku lepaskan genggaman erat di helmet darth vader secara perlahan-lahan. Lega, segala usaha untuk tak dibahan budak rumah sebab kencing dalam seluar berbaloi. Helaan nafas panjang aku lepaskan disulam dengan bunyi air kencing menitis. Tak ada sekat-sekat langsung. Puas. Aku belai-belai manja helmet darth vader tanda terima kasih.

Lepas flush aku terima satu call, dari abang aku.

"Woi, kot ye pun nak kencing, handphone tu tak payah la bawak masuk jamban."

Talian diputuskan cara kasar.

Aku tengok skrin Rozana ada 1 dialled number dari aku ke abang aku, sama masa dengan waktu aku lorot seluar ke paras separuh pinggang. Aku syak dia dengar semuanya.

Macam mana aku nak tutup kemaluan sebegini rupa?


Oct 27, 2010

.teknologi kan ada

Selamat siang semua.

Lepas habis exam semalam.

"Ok semua boleh bangun dan beredar dari dewan peperiksaan ni"

"Adik, meh sini kejap"

"Lain kali nak meniru pandai-pandai la cover sikit ye? Akak nampak apa kamu buat tu. Lain kali jangan buat lagi"


#masukkan efek cengkerik


Exam subjek teori semua weyyy, mana aku nak ingat semua!




Oct 25, 2010

.checklist

Selamat siang semua.

26/10 - Durability and Deformation of Concrete

30/10 - Reinforced Concrete Design

3/11 - Further Calculus for Engineers

14/11 - Concrete Construction


Bersenggama pada waktu dan tarikh yang berdekatan pada waktu-waktu yang dinyatakan diatas amatlah ditegah sama sekali. Sebarang aktiviti berkaitan akan ditolak sama sekali.

Pada yang tengah final exam, aku ucapkan good luck. Gambatte kudasai! Itte Kudasai bak kata Sora Aoi.

Pada yang dah bekerja macam Ladynoe dan suka memperkotak-katikkan insan menimba ilmu macam aku ni, diam!


Post Scriptum : Aku kecewa sebenarnya filem Pecah Punggung 20Juta tak merangkul apa-apa title semalam. Kecewa sangat-sangat.

Oct 22, 2010

.gory gory mamchesther yunaited

Selamat siang semua.

Aku ingat lagi satu masa dulu ada kawan aku cakap, "Team Man United ni kalau tak ada Rooney memang tak hidup langsung. Passing barai, taktik lemah. Nak harapkan Berbatov macam haram. Berbatov tendang bola macam babi main bola. Ke laut."

Sekarang ni kawan yang sama cakap, "Team Man United ni kalau tak ada Rooney pun tak apa. Ada dia team tak hidup langsung. Passing barai, taktik lemah si Rooney ni. Harapkan Berbatov jela. Rooney sekarang tendang bola macam babi main bola. Ke laut."

Brader, hipokrit habis kau ni. Dulu kau sanjung macam dia macam tuhan, bila dia tak main kau rasa down, bila dia main teruk untuk England masa World Cup dulu bukan main kau backup dia, masa dia kantoi main dengan pelacur hodoh tu pun kau cakap, "Every man have their desires. Makan luar biasa la tu".


Pftt, Glory Hunters.


Dan ya, kepada gadis-gadis yang konon sokong Manchester United, Christiano Ronaldo dan David Beckham punca kau suka MU tu masih main sana lagi.


Oct 21, 2010

.bukan perbicaraan bontot saiful bukhari

Selamat siang semua.

"Dengan ini, kamu _______ bernombor matriks ________ didapati bersalah atas tuduhan tidak hadir ke kelas selama 4 kali. Kamu boleh didenda tidak melebihi RM500 atau di-bar dari menduduki peperiksaaan atau kedua-duanya sekali. Adakah kamu mengaku bersalah?"

"Ya tuan, saya _______ bernombor matriks ________ mengaku bersalah atas tuduhan tidak hadir ke kelas selama 4 kali."

"Kenapa kamu tak hadir?"

"Malas tuan."


"Ok, kami keluarkan saman RM100 atas denda. Bayar dalam masa 14 hari"



Dekat mana ada part time gigolo? Aku sanggup bekerja lebih masa.

Oct 19, 2010

.stesen radio nombor satu negara

Selamat siang semua.

Masa nak pegi makan dekat Lanun Uptown tadi baru aku tau rupa-rupanya Suria FM ada menyediakan sejenis segmen celaka iaitu membaca nota-nota jiwang yang dihantar mamat jiwang karat.

Sepanjang perjalanan tadi aku teliti baik-baik nama penghantar nota-nota jiwang tersebut. Mana tau kalau-kalau ada yang dihantar dari seorang bernama Mofasad.com kepada Bidadara Besinya yang jauh di Mesir.

"Kepada ayang yang berada di Johor, abang nak ucapkan yang abang hanya cintakan sayang seorang saja. Ayang la penawar segala suka duka abang"

"Mama, papa cintakan mama, sampai akhir hayat. Nanti papa ada duit papa masuk meminang ok. Mama jahat, papa lagi jahat."

Sekadar menyebut beberapa ayat yang aku dengar. Selebihnya aku banyak habiskan masa untuk muntah, muntah dan muntah.

Penyampai tu bukan main feeling lagi baca, suara syahdu dan romantika di Tampoi habis. Aku bajet dia gosok-gosok labia majora dan labia minora sebab suara macam nak sampai orgasma.

Sedih, tapi itulah stesen radio nombor satu negara.




Oct 17, 2010

.pergi tak kembali

Selamat siang semua.

Aku sekarang ni banyak dengar desas desus yang di alam blogosfera ni ada kucar kacir sikit. Maksud aku, seluruh blogosfera. Banyak tuduhan meliar yang dilemparkan, tapi aku harap tu hanya gosip semata-mata.

Hampir semua orang update pasal benda ni. Kecoh satu dunia. Kalau kau bukak google pun ada satu macam bug dekat website dia. Mungkin crawler semua pening kepala nak crawl mana satu sebab isu ni baru saja dibangkitkan, dan nampaknya tak ada ura-ura nak menyusut.

Evan William pengasas blogspot yang menjual Pyra Labs dekat Google pun sekarang diambil kerja balik bagi mengatasi isu berbangkit ni. Aku pun tak pasti, tapi ada dengar gosip liar yang menyatakan bahawa Steve Jobs dengan Bill Gates nak berganding bahu dan menggembeling tenaga bagi mencari penyelesaian masalah yang meruncing dalam alam maya ni.

Ada yang hampir nak delete blog pasal isu ni, tapi aku berharap sangat-sangat kau tak delete blog. Come on, takkan kerana isu macam ni terus nak delete blog. Aku nak nasihatkan jangan takut dengan benda-benda macam ni, sebab ia macam perkara biasa dalam dunia blogspot.

Jadi, di sini aku nak mengucapkan selamat tinggal pada mofasad yang ingin pencen awal dalam dunia blogspot dan seterusnya berpindah ke .com.

Selamat pergi ke atas, doakan kejayaan kami di bawah ni.

Terbanglah mofasad, terbang tinggi-tinggi sampai menggapai awan, menuju cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami dan tolong jangan terbang rendah lagi. Pipit sama Enggang, mana mungkin terbang seiring. Kami takkan lupa jasa baik anda terhadap blogspot satu ketika dulu.

Sebagai penutup kata, aku nak dendangkan sepotong lagu dipetik dari Akademi Fantatsia iaitu Menuju Puncak, lengkap dengan koreografi tarian oleh Cikgu Linda Jasmine, dengan air mata yang menitis hingga ke bahu.

5!, 6! , 7!, 8!

Pasti berjaya di Akademi Fantatsia......


.pergi tak kembali

Selamat siang semua.

Aku sekarang ni banyak dengar desas desus yang di alam blogosfera ni ada kucar kacir sikit. Maksud aku, seluruh blogosfera. Banyak tuduhan meliar yang dilemparkan, tapi aku harap tu hanya gosip semata-mata.

Hampir semua orang update pasal benda ni. Kecoh satu dunia. Kalau kau bukak google pun ada satu macam bug dekat website dia. Mungkin crawler semua pening kepala nak crawl mana satu sebab isu ni baru saja dibangkitkan, dan nampaknya tak ada ura-ura nak menyusut.

Evan William pengasas blogspot yang menjual Pyra Labs dekat Google pun sekarang diambil kerja balik bagi mengatasi isu berbangkit ni. Aku pun tak pasti, tapi ada dengar gosip liar yang menyatakan bahawa Steve Jobs dengan Bill Gates nak berganding bahu dan menggembeling tenaga bagi mencari penyelesaian masalah yang meruncing dalam alam maya ni.

Ada yang hampir nak delete blog pasal isu ni, tapi aku berharap sangat-sangat kau tak delete blog. Come on, takkan kerana isu macam ni terus nak delete blog. Aku nak nasihatkan jangan takut dengan benda-benda macam ni, sebab ia macam perkara biasa dalam dunia blogspot.

Jadi, di sini aku nak mengucapkan selamat tinggal pada mofasad yang ingin pencen awal dalam dunia blogspot dan seterusnya berpindah ke .com.

Selamat pergi ke atas, doakan kejayaan kami di bawah ni.

Terbanglah mofasad, terbang tinggi-tinggi sampai menggapai awan, menuju cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami dan tolong jangan terbang rendah lagi. Pipit sama Enggang, mana mungkin terbang seiring. Kami takkan lupa jasa baik anda terhadap blogspot satu ketika dulu.

Sebagai penutup kata, aku nak dendangkan sepotong lagu dipetik dari Akademi Fantatsia iaitu Menuju Puncak, lengkap dengan koreografi tarian oleh Cikgu Linda Jasmine, dengan air mata yang menitis hingga ke bahu.

3, 4,

Pasti berjaya di Akademi Fantatsia......


Oct 15, 2010

.ctrl + A





















Oct 11, 2010

.surau



Selamat siang semua.

Akibat dari jadual kelas bersama Encik Samson hari ni dari pukul 6.00 petang - 10.00 malam, segala usaha nak dekatkan diri ke Tuhan semuanya berlaku secara berjemaah. Even kelas 4 jam, tanggungjawab menghadap Ilahi mana boleh tinggal. Tuntut ilmu tuntut ilmu jugak.

Kalau ada yang jenis duduk depan pintu surau cakap pumpangpumpang sambil hisap rokok tu cerita lain, biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Encik Samson ni memang hormat waktu solat betul, bila azan saja mesti postpone kelas sampai semua dah solat Maghrib. Tapi yang pelik, dia tak pernah jadi imam, dan aku langsung tak pernah dia jejak kaki dekat surau tu, walaupun sekali. Dia pergi menyorok mana entah, biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Yang jenis taknak berjemaah pun ada. Dah elok semua berjemaah sekali 3 saf, dia boleh syok layan solat sendiri dekat tengah-tengah. Come on lah, apa salahnya berjemaah sekali.

Yang jenis lelaki buat-buat period pun ada. Asal maghrib, menyorok dalam jamban. Memang menepati ciri-ciri saitan betul. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Yang jenis lembut macam sotong rendam 4 jam gatal nak cuba solat dekat surau wanita pun ada. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Lepas solat berjemaah berimamkan kawan Osamah Bean Laden, selesai saja doa dan zikir yang berlarutan selama beberapa minit, aku toleh ke kanan aku. Di sudut kanan ada sorang kawan aku ni, muka muram, sedih, dan macam sikit lagi nak tumpah air mata.

Aku mengengsot pergi dekat dia dengan stail malas nak bangun, sambil tanya, "Kau kenapa sedih semacam? First time solat ke apa?"

Sinis.

"Bukan, dari lepas solat tadi aku try, tak dapat-dapat jugak wifi uitm ni. Yang ada uitmsalamstaff, uitmsalamguest je, tak ada pun uitmsalamstudent. Padahal Router dekat sebelah pintu ni je kan?" sambil belek-belek handphone Nokia E72 beli time raya.


Pelan-pelan aku azan dekat telinga dia dengan sepenuh hati.

Oct 10, 2010

.gangguan seksual - sexual harassment

Selamat siang semua.

Dah berapa hari tak hujan. Kalau hujan pun jenis segan-segan. Jatuh setitik dua dah malu-malu.

Aku ada jugak terfikir nak buat tarian mintak hujan ala-ala penduduk Zimbabwe, tapi mengenangkan konsep syirik khafi dan syirik jali ajaran cikgu sekolah dulu, aku batalkan niat majusi tu.

Oleh kerana panas yang terlampau sangat, tanah jadi tandus. Pokok tak dapat air yang mencukupi. Manusia lebih senang sakit sebab dehydration. Sawah padi gersang. Gadis-gadis jadi bertambah gersang.

Harini panas sangat. Jadi malam ni aku bukak tingkap luas-luas dan tarik langsir ke atas. Dengan cara ni bilik tak ada lah panas sangat, prinsip Bernoulli yang disemai cikgu fizik masih tersemat dalam diri. Walaupun hanya membantu sejukkan bilik 10% saja, jadi lah.

Jadi bila musim panas macam ni aku jadi terlebih aktif mandi. Aku bukak seluar, dan selingsing tuala di paras pinggang, dan menuju ke tandas. Masa nak mandi tadi, aku dengan berpakaian tuala saja yang membaluti tubuh mulus, montok dan mungil ni lalu tepi tingkap untuk ke tandas.

Silap besar.

Jiran belakang rumah yang aku syak bibik pada Kassim Selamat yang selalu ganggu waktu tidur orang dengan main seksofon malam-malam renung tajam dekat aku, sambil ketap bibir.

Celaka. Gadis bukan muhrim dah melihat tubuh seksi bergetah ni tanpa izin. My body is my temple.

Contoh lelaki bertubuh mungil - Lady Ga-go. His body is his temple.

Kan aku dah cakap, cuaca panas buat gadis-gadis jadi gersang.

Esok aku nak suruh dia masuk meminang, gangguan seksual macam ni tak boleh dibiarkan begitu saja. Teruna aku dah terjejas!

Oct 8, 2010

.kita harus mengamalkan konsep sabar dalam diri

Selamat siang semua.

Kita boleh tahan marah bila masa nak berak, tiba-tiba terputus bekalan air. Kita guna opsyen lain, yakni beristinjak, atau lebih teruk mengikut fahaman bangsa cina yang menggunakan tisu tandas. Seriously, sanggup ke biar jadi berkerak? Yes i am racist, kebiasaannya. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila masuk tandas awam, ada taik terpalit di dinding, dan celaka yang memalit tahi di dinding itu boleh buat art piece dengan conteng dinding tu dengan cara menulis nama Gadis Horny beserta dengan nombor telefon sekali. Aku syak nombor pondan, tapi seriously, perangai apa sanggup kotorkan jari dengan main tahi? Ok kalau kau seekor Indon, aku mintak maaf, itu memang mainan kau pun kan? Marah sangat terutama jamban tu ada satu saja, dan kepala taik dah nak keluar sangat-sangat dah, tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila ada orang berak tak flush, dan komposisi najis adalah jenis cirit tak cukup hadam. Tak cukup hadam di sini bermaksud ketulan-ketulan yang dipotong dadu seperti jagung, biji tembikai, dan kacang buncis. Komposisi macam ni biasanya menghasilkan bau dan gas yang boleh membunuh. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila ada bulu pubis yang kurang dikenali melekat dekat bath sponge kita. Ya, bulu pubis yang kita tak kenal, dan kita pasti bukan berasal dari keluarga bulu pubis kita sendiri. Come on lah, takkan bulu pubis aku berpintal-pintal macam rambut Alleycats, dan ada sedikit uban? Teknik rebonding kan ada? Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila masa nak cuci muka, air secara tiba-tiba mengeluarkan warna kuning keemasan. Efek ferum oksida kalau dicampur dengan air dan diletak atas kulit muka, boleh menyebabkan masalah kancing gigi yang serius. Ini kita patut salahkan Jabatan Air, sebab tak filter air dengan baik. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila tengah sedap-sedap mandi, urut badan, pamper badan dengan minyak bayi, pamper helmet darth vader dengan urutan erotis, secara tiba-tiba ada orang tolak daun pintu, dan jerit, "Woi melancap!" secara terang-terangan dengan niat memalukan walaupun masa tu kita sedang sibuk ambil wudhu sambil berbogel. Salahkan diri sendiri sebab tak kunci pintu dengan kemas sebelum mandi. Tapi kita sabar.


Tapi kita memang tak boleh tahan sabar bila masuk jamban, kunci pintu serapat mungkin, tanggalkan tuala, pulas shower bagi penuh, dan menyedari yang dalam toilet tu ada chewing gum, dan kita dah terpijak mereka tanpa disedari.

Pundek mana makan chewing gum dalam jamban ni? Tak ada adab makan ke apa?

Oct 6, 2010

.not worth it

Selamat siang semua.

Panaskan enjin kereta, masuk gear satu, tekan minyak menuju ke destinasi.

Sampai destinasi, 213213412431431421321321312 bijik kereta sedang tunggu turn nak parkir.

Dekat kaunter, 21321321321321321321321321321321 manusia sedang beratur panjang. Macam main game ular dekat Nokia 3310. Makin lama makin panjang, kadang-kadang ada bonus untuk dimakan. Angin kentut misalnya.

Semuanya kerana nak makan burger RM1. Bukan RM1 sebenarnya, tapi RM4.20. Ini taktik pemasaran kapitalis. Itu belum kira duit minyak dengan peluh tunggu turn dekat kaunter lagi.

Berbaloi ke tak?

Berbaloi jugak la kalau masa beratur tu depan dengan belakang kau, gadis seksi semua nak tersembul.

Double decker pussy sandwich, itu baru whopper sebenar!


Oct 4, 2010

.program korek-korek uitm

Selamat siang semua.

Aku dah kata, bahasa inggeris kalau nak melayukan pun beragak la sikit.

"Weh, jom pegi aktiviti korek mengorek?"

"Korek-korek? Dekat mana? Ada po'en ke?"

"Ni ha, aktiviti ni la. Macam best je main korek-korek dekat situ."





Oct 3, 2010

.tips menjadi hos rumah terbuka

Selamat siang semua.


Kesilapan satu : "Korang semua makan la, jangan kisahkan pakcik ni"

Akibat : Semua makanan habis dilahap dalam masa tak sampai 10 minit. Licin sampai tak payah basuh pinggan. Pakcik tuan rumah hanya sempat minum teh tarik sechewen saja.


Kesilapan dua : "Rumah pakcik ni ada mempelam epal, kalau nak ambil la"

Akibat : 3 biji mempelam epal selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan tiga : Kuih raya yang masih diseal dengan kemas jangan dibiarkan bertaburan atas meja.

Akibat : 2 balang kuih raya belum bukak dah selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan empat : "Aku tak sangka korang macam ni, aku ingt korang malu-malu taknak makan."

Akibat : Kebarangkalian untuk tak dijemput rumah terbuka tahun depan sangatlah tinggi, hampir 99.9%.


Kesilapan kelima : "Ni ada udang masak apa entah dah siap kupas kulit"

Akibat : Licin dari dalam pinggan hidang dalam masa tak sampai seminit.



Kesimpulan : Pastikan makanan mencukupi, jangan ingat mahasiswa semua jenis segan, dan jangan ceritakan pasal buah-buahan tempatan yang ada ditanam di sekeliling rumah.



Nazri, kalau kau baca ni, aku nak mintak maaf sebab makan 2 pinggan nasi, 4 cedok rendang daging, 3 ketul ketupat Illuminati, 2 cawan air Ribena, 2 cawan air teh tarik, sepinggan mee, sepotong ikan tongkol masak cuka, 1 biji mempelam epal, 5 ketul udang masak apa entah, dan sebatang rokok Winston Light.

Aku selalu makan tak serakus ni, tapi kalau dah seharian berlapar, ikan sebesar tong dram pun aku boleh telan sekali suap.