Feb 23, 2012

.konversasi tipikal seorang hijabster


Selamat siang semua.


"Oh my Allah lawanya tudung lilit-lilit macam orang Afrika yang you pakai ni dear. Ajar i please dearrrr, sekali dengan pisang tembikai semua letak atas lilitan tu please"

"Thank you dear sebab tolong tunjukkan video tutorial cemana nak pakai kondom pashmina ni. Senang rupanya nak pakai lepas tengok video you dear"

"Dear legging yang you beli ni dekat mana dear? I dah cari dah dear mana yang paling menampakkan cameltoe, tapi i tak jumpa pon :("

"Cantiknya you dear. Berapa kilo mekap you tepek tuu? Setiap malam bapak you tak marah ke you guna jengkaut dia nak remove make up you tu?"

"You beli tudung Thai Silk? I pun ada, tapi i punya Thai Song"

"Dear kalau ada banyak masa like la gambar tudung tapi baju ketat menampakkan tetek i dekat fesbuk tu tauu. I masuk contest tu harap-harap ramai like berbekalkan buah dada i yang tertayang walaupun tak seberapa tu"




Jan 4, 2012

.shoutmix free plan is currently unavailable pokhang

Selamat siang semua.


Saja update blog sebab rasa jijik pulak setiap kali bukak blog ni keluar muka Obe.

Selamat tahun baru. Semoga azam yang awak ingin capai tahun ni tak tercapai. Saya juga mendoakan supaya budaya K-Pop tidak menular dengan begitu deras di kalangan masyarakat Melayu.

Ada yang rindu saya tak? Sapa yang tak rindu saya mak dia itam.



Oct 28, 2011

.menghampiri syurga

Selamat siang semua.




Bergambar dengan Tuhan. Bukannya selalu kita dapat bergambar dengan Tuhan. Apatah lagi bila Tuhan tersebut telah block kita di Twitter kerana tak gelak dengan lawak DragonBallnya. Apa ingat Tuhan tak pandai buat lawak ke?

Bila saya salam dia, serta merta keluar bau-bauan semerbak wangi dari dirinya. Orang putih kata, smells like Hope. Bau setanggi Syurga. Ya, aku sebagai bakal penghuni neraka, harapan untuk ke syurga seperti ini sangatlah aku perlukan. Sangatlah aku dambakan.

Tapi, Tuhan ni boleh tahan juga gemuknya ya?


Oct 17, 2011

.entry gaya nizamsani #2


Selamat siang semua.


Rasa nak berak.
Masuk jamban dan buka toilet lid.
Bau serta merta menusuk hidung.

Hish.


Budak rumah berak cirit, tak reti nak flush.
Terapung cebisan cili dan biji tembikai.


Itulah, kunyah tak ikut sunnah.


Oct 16, 2011

.entry gaya nizamsani #1

Selamat siang semua.


Semalam harijadi saya.
Macam biasa kena pukul bantal dengan budak rumah.
Sorang budak rumah terpukul yang sorang lagi.
Tepat di bontot dia yang berbisul.
Hihi.


Padan muka.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 11, 2011

.kisah kita berdua, dan kamu yang pantang tengok orang bahagia

Selamat siang semua.


Ini kekasih aku. Dia perform masa pelancaran Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di Uya Distro Sabtu lepas.

Sedap ke, tak sedap ke, itu hak individu. Tapi bagi aku, dia nyanyi sedap. Biarlah orang nak kata apa, sekurang-kurangnya kekasih aku ada lagu sendiri. Lagu sendiri yang boleh buat dodoi aku tidur.

Bila dia buat benda yang buat dia gembira, aku pun automatik turut gembira sama.

Dicaci dihina, itu dah jadi asam garam hidup kami. Bukannya kami tak tau, kami hanya tak ambil peduli saja. Peduli apa, tak luak apa pun.

Dan oh ya, kalau kau tak suka, kau boleh pergi meninggal dunia.

Hihi.


Oct 9, 2011

.mandi, wangi, dan perkara-perkara sekitarnya

Selamat siang semua.


Kalau kau rasa kau busuk, kau sembur la pewangi.


Kalau kau rasa kau wangi, kekalkan kewangian kau.


Kalau kau rasa kau mandi tapi masih busuk, kau pergi la sabun badan banyak sikit.


Kalau kau rasa ketiak kau berbau, kau pakai la deodorant.


Kalau kau rasa kau kotor, kau pergi la bersihkan badan.


Kalau kau rasa haid kau dah bocor dan meninggalkan kesan tompokan di seluar, kau pergi la tukar pad baru.


Kalau kau rasa rambut kau bau kepam, kau pakai lah shampoo.


Kalau kau rasa penis kau di kulupnya ada cheese warna kuning-kuning, kau pergi la bersunat.


Kalau kau rasa pubis kau panjang dan keluar bau-bauan, kau pergi la kenduri mencukur jimbit.


Kalau kau rasa air mani kau terpalit di paha dan mulai berkerak, kau pergi la mandi junub.


Kalau kau rasa vagina kau gatal-gatal dan selalu keluarkan cairan warna putih, kau pergi la sental dengan pencuci wanita.



Benda simple dan common sense, tanpa perlu kau duduk terperuk di depan komputer menggugel.




Tapi kalau kau langsung tak rasa semua perkara yang aku nyatakan di atas, tapi hakikatnya orang sekeliling kau rasa kau sumpah busuk, tengik, hamis dan sebagainya, jangan tanya kenapa kalau satu hari nanti kaki ni hinggap di perut kau.

Jangan tanya, tapi nikmatinya.


Sep 21, 2011

.tolong menolong membentuk pemuafakatan ummah

Selamat siang semua.

Hidup sebagai seorang mahasiswa, selain dari belajar, makan, tidur dan beriadah (atas katil ataupun aktiviti luar), ialah membasuh baju. Dan sebagai seorang mahasiswa yang sangat pemalas untuk mencangkung dan memberus kotoran degil seperti tompokan kuning di boxer misalnya, alternatif terbaik ialah mencuci di dobi.

Aku ada dua pilihan, dobi yang hantar dan ambil bila siap, ataupun dobi layan diri. Memandangkan dobi hantar dan ambil bila siap ni selalunya pekerja dia cukup berperangai jahanam melenyapkan boxer aku dan pakaian-pakaian berjenama aku, aku memilih dobi layan diri.

Sebenarnya aku selalu fikirkan, adakah dia tanpa sengaja salah letak boxer aku, atau gunakan pakaian aku untuk bahan masturbasinya? Maklum la, pakaian semua berbau deodorant Axe perasa coklat, memang cukup memberahikan buat gadis-gadis yang lemah imannya.

Jadi petang semalam, oleh kerana aku tak ada kelas dan timbunan pakaian kotor sudah menimbun, aku ke dobi layan diri bersama kekasih.
Macam suami isteri basuh baju. Sweet tak? Tak? Pergi mampus.

Rutinnya macam biasa, masukkan pakaian, masukkan sabun pencuci, pelembut fabrik dan syilling dalam rm3 untuk sekali cucian. Mesin berputar dan kami berbual.

Di dobi, ada aku, kekasih, beberapa batang yang mungkin sama malas dengan aku, dan seorang sumandak Sabah. Untuk yang tak tau, sumandak bererti gadis dalam bahasa Sabah.

Sumandak yang ada iras-iras Nera AF9 dan yang penting, memakai jersi Malaysia ketat dan seluar yang padat. Typical sumandak sabah, putih dan montok.

Aku perhatikan dia basuh guna 2 mesin, banyak pakaiannya, ataupun dah berbulan dia tak basuh baju. Aku kurang pasti.

Yang aku pasti, koleksi bra kotornya banyak, warna-warni, semuanya lace dan memberahikan.

Aku cuba tidak pandang sebab aku takut bini. Ye, dicubit sampai merah lengan oleh kekasih sebab pandang gadis lain memang azab di dunia. Tapi sekali sekala aku mengerling juga, dengan penuh berhati-hati.

Waktu membasuh kami lebih kurang sama, jadi pakaian kami selesai basuh pun hampir sama. Aku keluarkan pakaian aku, dia pun keluarkan pakaian dia. Sempat lagi aku mengerling, kali ni sah, bra warna pink tompok-tompok hitam. Kinky!

Lepas membasuh, tiba masanya untuk keringkan pakaian di mesin pengering pula. Rutin masih sama, masukkan pakaian yang selesai di basuh, dan masukkan syiling rm2. Sumandak sabah pun turut sama melakukan aksi sama. Petang-petang, mana sempat sidai.


Selesai saja baju kering, aku masukkan kembali pakaian aku ke dalam beg. Sumandak sabah pun sama. Dasar peniru!

Satu persatu pakaian dia masukkan ke dalam beg, teliti orangnya. Mesin pengering di dobi ni dia letak bertindan. 2 di atas, dan 2 di bawah. Mesin sumandak di atas. Ketika dia ambil pakaian, aku jeling lagi kawasan sekitar bontot ke badannya. Bajunya terangkat ke atas. Nampak panties pink! Kinkyyyy!

Beberapa ketika aku lihat dia macam ada masalah. Oleh kerana dia pendek, dia tak dapat capai pakaian yang berada jauh di perut mesin pengering. Banyak kali dia cuba, tapi kalau dah pendek tu pendek juga.

Pilihan terakhir, dia mintak tolong aku. Dengan segala machonya, aku tolong dia. Aku tengok ke dalam mesin pengeringnya, senang nak capai pakaian apa yang dia mintak aku tolong ambilkan.

Dalam mesin, ada 2 pakaian yang sukar dicapai oleh sumandak. 1 bra pink tompok-tompok coklat yang aku lihat tadi, dan sehelai panties warna biru muda.

Muka sumandak sabah sudah merah padam, dia pekup mukanya tanda malu. Aku senyum sinis.

Sampai sekarang aku tak cuci lagi tangan kanan ni. Sayang!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sep 16, 2011

.katanya

Selamat siang semua.

Orang selalu cakap, orang orang baik akan dipasang dengan orang yang baik juga. Dan orang jahat, dipasang dengan orang yang jahat juga.

Sebagai menghormati bulan UPSR ni, aku nak tanya, betul ke kata-kata tu?

Aku ni jahat, ye, aku mengaku aku ni jahat. Bukan macam orang lain, katanya baik, tapi saitan di belakang-belakang. Imam di depan khalayak, menggentel puting bini orang di dalam selimut. Dan seingat aku, aku dipasangkan dengan orang baik.



Apa, Aifaa tu tak baik sebab rampas hak orang lain? Mari, say it to my face, supaya aku boleh meludah kahak yang pekat likat dan penuh dengan air liur yang selalu penuh dengan kata-kata nista ini ke muka kau, biar terpalit dan mengeruping sampai ke tua.


Pada aku dia dah cukup. Tak mintak pun kekasih yang berupa paras Misa Campo. Tak mintak pun kekasih berbuah dada 36C, tak mintak pun kekasih bervagina licin halus mulus tembam mengapam.

Cukup-cukup, asalkan hati gembira, yang mampu mengukir senyuman setiap kali melihat.



Faking, ayat serupa Terfaktab.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sep 10, 2011

.nasihat

Dalam dunia ni, ada dua saja jenis babi.

Satu, babi yang sememangnya babi, yang dulu ustazah dan ustaz selalu cakap antara 3 jenis najis, yang kalau kita pegang saja memang kena samak. Yang kalau kita makan dan menjadi darah daging, entah berapa tahun amalan kita tak diterima.

Dua, babi yang tak faham bahasa. Babi yang pertama pun tak faham bahasa juga, cuma yang itu dikategorikan binatang dan babi yang kedua ini dikategorikan sebagai homo-sapien. Babi ni ada akal, tapi tak reti nak guna.

Babi ni memang degil, aku pun kurang pasti macam mana aku nak tolerate. Nasihat tak makan, nak kena cara kasar agaknya. Entahlah, cuba kau bagi aku satu cara nak hapuskan babi jenis ni di dalam hidup aku.

Cuma satu saja nasihat aku, aku tak kacau orang kalau kau tak kacau hidup aku. Oh maaf salah pulak, aku tak kacau hidup babi kalau babi tu tak habis-habis nak menyondol skrotum aku.








Banyaknya aku guna perkataan babi. Hebat kan teknik SEO aku? Ada gaya Ben Ashaari tak? Maaf salah lagi, kalau nak gaya Ben Ashaari, kena buat vlog di kandang babi. Heh.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jul 7, 2011

.jahit

Selamat siang semua.

Siapa yang tak suka pakai jeans? Aku rasa bagi golongan marhaen muda macam aku ni, jeans adalah salah satu jenama seluar kegemaran. Tak pakai jeans waktu muda-muda macam ni, serupa bogel saja.

Dan sebenarnya dalam sebulan dua ni aku asyik pakai jeans yang sama. Ke mana pun mesti pakai jeans tu. Kadang-kadang sampai saja rumah rasa nak berak aku akan bawak jeans tu terus ke jamban. Lorot dan cepelum. Mudah dan pantas.

Jadi akibat dari jeans yang dikerah tenaga siang dan malam, makin lama makin muncul kawasan lapang di sekitar kelangkang seluar. Mungkin ada di antara kamu yang jumpa aku selalu dan melihat aku pakai jeans yang sama. Kamu patut tahu, selama ni aku jumpa kamu, aku memakai jeans yang koyak di celahan kelangkang. Nak buat nasi kangkang hanya perlu cangkung dan siap.

Ekonomi di dalam kocek dan akaun bank aku sekarang cukup gawat, dan setelah membuat sedikit kiraan, sekarang bukan masanya untuk aku membeli jeans baru. Biarlah koyak sikit dan menampakkan sedikit kerandut zakar aku. Orang kata sikit tu yang buat mengghairahkan.

Tapi makin lama makin panjang koyakan dia. Memakai boxer hitam saja tidak memadai. Jadi tadi aku nekad mahu tutup lubang retasan jeans tu. Sampai ke rumah, cepat-cepat aku ambil jarum peniti paling tajam dan benang paling menyamai warna jeans aku. Coverline kena kemas.

Aku basahkan sedikit benang dan gigih masukkan benang ke dalam jarum waktu malam macam ni. Berjaya. Perlahan-lahan aku cucuk jarum ke seluar, sambil baca bismillah. Bersilang kiri kanan aku cucuk. Pedulikan, janji lubang tu tak ada dah. Dalam 15 minit selesai sesi penutupan lubang. Benang aku simpul mati di hujung jahitan.

Aku sarungkan jeans dengan rasa ragu-ragu. Jahitan caca merba, entah jadi ke tidak aku pun tak tau. Aku check kawasan kelangkang. Tiada tanda-tanda lubang nak terbuka balik. Aku cuba loncat-loncat pulak.

Berjaya! Tiada lagi kerandut testis jatuh melepasi kawasan koyak tersebut.


Aku senyum puas sambil bersiap keluar cari nasi kangkang.


Jun 22, 2011

.wordless wednesday #2






( • )( •ԅ(ˆ⌣ˆԅ)







Jun 15, 2011

.wordless wednesday #1

8==========D ------------ ( . Y . )

Jun 7, 2011

.kuota

Selamat siang semua.


Hari Ahad lepas kekasih saya ada beri satu mesej beri hitam yang berbunyi lebih kurang macam ni,

"Saya tak kesah kalau awak kahwin lebih dari satu, saya tak kesah berpoligami."

Lepas baca, aku tak fikir apa dah, terus capai kertas dan mula membuat draf kertas kerja untuk berkahwin lebih. Satu persatu aku nilai, dari anak dara ke janda, dari anak dara tak berapa nak dara (baca: Adinda Evans) hingga ke ibu gula (baca: Sugar Mummy).

Tapi yang pasti Ayu Raudhah ada dalam senarai. Bini orang tak bini orang, aku peduli apa?

Aku juga berjaya membuat jadual waktu macam malam ni rumah sapa, malam besok rumah sapa, malam mana kena pekena tongkat ali sekarton, dan malam mana kena pakai kondom. Biasalah, arus pembangunan ni kita kena merancang keluarga demi kesejahteraan bersama. Lagipun, pancut luar pun masih menikmati nikmat yang sama juga kan?

Setelah berpuas hati dengan kertas kerja, dan sudah yakin jadual tidak akan mematahkan zakar aku setelah kena kerah setiap hari, aku simpan cermat-cermat kertas tu.

Aku bukak tuiter, dan keluar tuit dari kekasih hati.

"Tapi si jejaka, kena lah kasik semua mencukupi. Pastu ada duit lebih lebih rasa nak buang buang je tu, haaaa boleh la kahwin lain.Tapi kalau isteri sorang pun susah nak jaga, janganlah berangan weh."

Aku bukak wallet, ada beberapa keping note rm1. Aku bukak balik resit last transaksi bank aku. Baki ada rm11.

Aku bukak balik tempat simpan kertas kerja tadi. Aku carik halus-halus sambil air mata bergenang di tepian kelopak mata.

Maafkan abang, Ayu Raudhah.

T__T

Jun 4, 2011

.lembu merah

Selamat siang semua.

Saya baru saja pulang dari 7 Eleven. Tak ada apa-apa yang menarik pun di 7 Eleven, hanya ada makanan, minuman, kondom pelbagai perisa dan bentuk (saya rasa saya nampak perisa durian/tempoyak), dan 'makwe-makwe' penjaga 7 Eleven atau dalam erti kata lainnya, pondan.

Saya singgah ke sana, seperti manusia lain, adalah untuk membeli air minuman untuk menghilangkan dahaga. Biasalah lepas mengharungi seharian yang penuh sibuk, saya perlukan air untuk mengisi balik kekurangan air dalam badan. Oh ya, seharian yang penuh sibuk saya maksudkan tidur seharian.

Saya masuk ke dalam 7 Eleven tadi, saya terus tuju ke kawasan air tin. Macam-macam jenis ada, dan saya sebenarnya agak kecewa kerana air minuman bir halal tak berapa nak halal sudah tidak dijual di 7 Eleven. Baru nak merasa mabuk-mabuk, rupanya dah tak ada. Kecewa betul.

Jadi saya ambil pilihan lain, yakni air minuman bertenaga. Satu persatu saya belek, untuk mencari mana minuman yang terbaik. Hampir-hampir saya mengambil air tin jenama Manjakani, tapi mengenangkan zakar saya yang berperatusan tinggi untuk kecut lepas minum air tersebut, saya batalkan niat saya.

Sedang saya membelek, mata saya tertumpu dekat air jenama Red Bull. Jenis dia jenis tin macam tin milo tu, rare dan cantik.

Saya capai, dan tanpa membelek harga terlebih dahulu saya terus ke kaunter untuk bayar. 200ml saja, takkan lah mahal sangat kan? 100ml pun hanya RM2 saja setin.

Makwe (baca: bapok) yang dengan suara garau kepit bertanya kepada saya, "Ni je bang?". Saya yang rasa langsung tak bernafsu hanya mengangguk. Saya terasa macam dia ada kenyit mata dekat saya, tapi orang tua kata benda pelik jangan ditegur.

Makwe 7 Eleven tu scan air Red Bull tersebut dengan badan meliuk lenggok. Mungkin taktik pemasaran dia memancing lelaki yang lemah iman, saya pun kurang pasti. Harga serta merta terpacul di skrin. Saya jeling sikit sambil mengeluarkan wallet.




"Amount due : RM6.80"






Terketar tangan saya hulurkan note kertas RM10. Dan sekarang saya mahu hirup air ni hanya sekali seminggu. Rugi kalau minum habis semua dalam sehari.



May 6, 2011

.sembilu


Selamat siang semua.

Tajuk sebenarnya tak ada kaitan dengan pergolakan cinta tiga segi antara Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie. Langsung tiada kaitan. Cuma bunyi dia lebih sedap sikit lah dari tajuk sebenar yang aku akan ceritakan dalam entri ni.

Sebenarnya dalam beberapa hari sebelum ni aku terlalu sibuk. Aku rasa semester ni lah jadual paling babi sekali antara semua. 29 haribulan, 3, 4 dan 5 haribulan straight paper. Tidur entah ke mana, makan entah ke mana, berak lagi entah ke mana.

Kebelakangan ni aku selalu mengalami kesukaran. Kesulitan ni aku tak pasti lah semua orang pernah alami atau tak, tapi bagi aku kesukaran ni memang efek seluruh dunia sekeliling kau. Kesukaran apa?

Kesukaran untuk berak. Sebagai seorang pencinta berak, isu ni amat mendukacitakan. Sangat-sangat mendukacitakan.

Aku pun tak faham kenapa, biasanya bila aku terfikirkan nak berak, mesti perjalanan aku lancar saja. Flow dan tanpa tersekat-sekat. Tapi kali ni lain, tak berjaya!

Bukan aku tak cuba, tapi beliau memang tak sudi untuk keluar. Selalunya bila aku dah setting baik punya mencangkung atas mangkuk jamban, lubang bontot pun dah aim cantik tepat-tepat dalam lubang supaya bila jatuh ia tidaklah terpalit dan melekat di sekitar lubang jamban tu. Rokok dah sedut, tapi tak keluar jugak. Tapi berapa kali aku cuba pun, mesti tak keluar. Kalau ada pun, hanyalah seketul kecil. Mana nak datang kepuasan kalau kita nakkan sesuatu yang magical tapi yang dapat hanyalah biasa-biasa saja?

Aku cuba dan terus mencuba tanpa mengenal erti mengalah. Pantang maut sebelum ajal, apa yang terbuku di hati, atau dalam kes ni, apa yang berkampung di dalam usus, harus dikeluarkan. By hook or by crook kata orang putih.

Tapi masih tak berjaya. Beberapa hari jugak lah aku cuba, tapi tak boleh jugak. Perasaan kecewa di dalam hati tak usah disebut lagi, gundah gulana yang teramat sangat. Jadi dalam beberapa hari ni aku jadi murung dan kurang bercakap.

Lepas beberapa sesi monolog dalaman untuk mengenal pasti punca masalah ni, aku syak puncanya ialah stress sebab exam gap dekat-dekat. Jadi aku berjanji dengan diri, lepas saja exam tamat, aku akan pastikan jamban ialah destinasi pertama yang aku tuju.

Habis saja exam yang dinantikan, aku terus ke destinasi yang dituju. Aku kunci pintu kemas-kemas, aku lorotkan seluar dan duduk di atas mangkuk jamban. Belum sempat pasang air di pili,

Buk..buk..bruuuuttttttt. Habis berterabur.

Aku senyum puas.


Apr 27, 2011

.rutin hujung semester

Selamat siang semua.

"Hello, Abdul Siggplus, ni Dr Halim lecturer Law awak, tadi saya check attendance awak, saya tengok awak dah tak hadir sampai 4 kali sepanjang sem ni."

"Ini kalau ikutkan peraturan uitm ni awak dah boleh kena bar dah ni. Apa cerita ni?"

Nada tegas dan penuh garang. Sila gantikan nama Abdul Siggplus dengan nama aku sendiri.

"Err, saya ada MC Dr. Boleh saya jumpa Dr petang ni? Saya terlupa nak bagi dekat Dr masa class haritu"

Gugup aku jawab. Kalau kena bar, mati. Serious mati.

Dalam gugup, terukir juga senyuman di bibir akibat dari penipuan yang hampir berjaya.

"Hmm, baiklah. Tapi petang ni saya tak ada, awak letak salinan mc tu bawah pintu bilik saya"

Senyuman aku makin lebar. Tanduk saitan serta merta tumbuh di atas kepala. Lucifer dan Iblis sudah berbisik di telinga mengajak aku berparti liar meraikan kejayaan. Sekor suruh orgy, sekor lagi suruh parti buih. Nasib baik iman masih teguh.
Sebenarnya 4-4 kali aku tak datang tu, 4-4 kali aku ponteng dengan sengaja. Jangan salahkan aku, salahkan teknik pembelajaran lecturer itu yang bosan nak mati. Kelas 3 jam, 5 minit pertama aku dah menguap 30 kali. Ok, hiperbola. Tapi itulah yang selalu terjadi.

Cepat-cepat aku selongkar almari, mencari mc terpakai kawan-kawan yang memang aku dah standby untuk diguna pakai di waktu-waktu getir macam ni. Aku capai 2 helai mc, 1 nama aku sendiri, 1 lagi nama kawan aku.

Mandi cepat-cepat. Entah bersih ke tidak celah kelangkang aku kurang pasti. Alah, bukan ada sapa-sapa nak jumpa aku salam lepas tu terus cium kelangkang aku pun kan? Ala kadar sudah.

Sarungkan sehelai t-shirt berkolar, dan seluar jeans lusuh. Boxer pun aku tengok belum bertukar kekuningan, jadi aku sarungkan saja. Time is money. Time is mani pun boleh.

Aku panaskan enjin kereta, dan terus menuju ke kedai fotostat berhampiran. Tak sia-sia aku catit tarikh aku ponteng. Berguna.

Mc pertama aku tukar tarikh, mc kedua aku liquid nama kawan aku dan tukar jadi nama aku dan tarikh. Genius!

Aku yakin, kedai fotostat milik orang cina ni mesti jenis tak kisah aku fotostat mc penuh dengan liquid dan tulisan tangan sendiri. Jenis kapitalis kau faham sajalah, asalkan untung sudah.

"Apek, fotostat ini 2 helai kertas, 2 set aa."

Apek ambil mc aku dan teliti satu persatu. Kagum dengan tulisan tangan aku yang cantik mungkin.


.......


"Aiya, ini macam lu mau tipu ah? Saya tamau fotostat, saya tamau tanggung dosa."

Baru aku perasan dalam kedai dia tak ada limau-limau mandarin, colok dan patung tuhan perut boroi baring sambil tersenyum.

Cina muallaf. Jimbit.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apr 12, 2011

.kreativiti


Selamat siang semua.

Sebenarnya, dalam dunia yang membangun, dengan pesatnya pemodenan ini, kita tak punya banyak masa. Kau bangun pagi, sekelip mata saja sudah malam. Ya, hiperbola. Macam lah kau tak kenal aku yang suka hiperbola ni.

Multitasking.

Multitasking itu perlu. Tak kira lah apa pun, study sambil dengar muzik ke, kerja sambil bergosip kisah-kisah penceraian artis ke, menyusukan anak sambil menyusukan suami ke, berak sambil hisap rokok ke, semua itu multitasking. Jika kau boleh combine semua sekali seperti berak, hisap rokok, baca majalah dan onani dalam satu-satu masa, syabas, bonus untuk kau.

Kita kena lebih kreatif dalam semua hal. Kreatif di sini bukan saja bermaksud pandai melukis, pandai mengarang dan pandai mencari cinematografi angle kamera terbaik untuk merakam video 3gp bersama kekasih semata-mata. Kreativiti sebenarnya besar skopnya.

Contohnya kreativiti di bawah.

Kreatif bukan?

Kau ingat senang nak combine carutan dan berdoa kepada tuhan dalam satu teks? Sukar tahu? Nak fikir ayat paling celaka sekali, nak fikir macam mana nak menjawab dengan tuhan nanti sebab mencarut lagi.

Haih. Sangat mencabar tahu?

Mar 29, 2011

.kali ni tak ada tapis-tapis dah

Selamat siang semua.

Aku rasa blog ni sekarang dah boleh jadi blog bergambar. Biasalah kalau dah nama pelacur blogger kan, apa benda pun jadi update. Kalau boleh nak pergi berak pun nak update, sekali dengan semua keyword-keyword panas semasa.

Macam mofasad.

So di sini aku nak letak gambar seketul, sebagai update untuk harini. Nak menaip malas, tapi nafsu nak update tu membuak-buak jugak. So enjois.


Hai Nur Aina Ahmad :)

Mar 26, 2011

.takdir


This is my Earth Hour.