Jul 4, 2010

.melaka trip [pictorial]

Selamat siang semua.





















Ada orang request aku letak gambar jangan ada muka aku. Jadi inilah hasilnya.

Banyak lagi gambar, tapi demi privacy, aku tak upload dekat sini.

Untuk gambar gadis-gadis comel/seksi, sila e-mail aku untuk kita bincang pasal harga. The best bidders win.

Jul 3, 2010

.orang macam ni pun ada kan?

Selamat siang semua.

Lepas habis bola tadi, aku macam biasa mesti bukak Facebook untuk tengok reaksi kawan-kawan aku dekat Facebook. Tapi aku tak sangka ada jugak orang yang macam ni.


Sendiri buat status, sendiri like, sendiri komen, dan sendiri jadi lalang. Gila kesian hidup dia. Ada gadis-gadis nak jadi peneman hidup dia di kala sunyi? Nanti aku bagi link account dia. Tolong lah, aku betul-betul kesian dengan dia ni.

By the way Brazil sudah bungkus. Jadi para gadis, aku nasihatkan jangan pakai Bra sebagai protes atas kekalahan mereka.

Jul 2, 2010

.melaka trip [day 1]

Selamat siang semua.

Kejut bangun pagi tadi mak aku guna cara paling efisyen, iaitu renjis muka dengan air panas. Feeling dia macam kau mandi dalam minyak panas. Cukup mengasyikkan. Sikit lagi aku nak pergi wad kecemasan zon merah tadi.

Bangun-bangun dah bising, marahkan aku tidur lambat semalam. Aku tidur lambat pun bukan sebab apa, google aktiviti-aktiviti menarik nak buat dekat Melaka jugak. Bukan aku layan Redtube pun. Koneksi internet guna Celcom Broadband kakak aku cukup laju. Aku bukak google pun aku boleh pekena bihun goreng 3 pinggan dulu, baru settle loading.

Masuk kereta, panaskan enjin, terus masuk MRR2. Jalan clear, itu satu-satunya kehebatan pergi vakation hari kerja ni. Langsung tak ada jem.

Dalam perjalanan aku makan tak henti-henti nak mengelak mengantuk. Itupun kadang-kadang aku tak dapat control diri, tertidur dalam beberapa saat. Sedar-sedar lori depan mata. Mak aku dengan kakak aku ni fesyen kalau aku ada, aku sorang je kena drive. Diorang buat apa? Mengangkang tidur. Bila tersedar bajet-bajet cakap macam orang putih selalu cakap, "Are we there yet?". Setiap kali kena aju soalan macam tu, rasa nak hangguk kepala dekat stereng bagi berdarah.

Sampai bandar Melaka, perut dah lapar. Cari restoran Melayu tak susah, tapi akibat dari jalan sini yang dari mula sampai habis one way saja ditambah dengan jam ya amat, perut lapar jadi triple lapar. Dah la dari pagi tak pekena nikotina. Buat apa serba tak kena. Rasa nak marah saja.

Lepas pekena nasik 2 pinggan tambah ikan goreng 2 ekor, kuah asam pedas yang kaw punya pedas, perut cukup gembira.

Bila perut dah kenyang, mesti cari tempat nak tidur. Jadi pusing balik keliling Bandar Melaka cari hotel. Stop pertama try Hotel Aldy. Nama macam cool, tapi hotel macam rumah tumpangan. Macam tengah-tengah malam karang ada pondan nak ketuk pintu bilik. Kalau tak ada mak dengan kakak aku, boleh jugak aku jemput masuk hidang teh panas dulu.

Dah puas keliling cari hotel, last-last jumpa jugak Hotel orang Melayu. Hotel Johan. Tak tau la Johan ni Johan bin ke a/l ke a/k ke, tapi berdasarkan signboard "Pasangan Melayu tak dibenarkan menginap jika tidak membuktikan sijil nikah" dekat depan pintu hotel, aku yakin dia Johan bin.

Siap bagi sejadah lagi, cukup Islamik. Aku jenguk-jenguk jugak kalau-kalau dia ada nak jemput berjemaah bersama, tapi hampa.

Masuk bilik, letak beg kemas-kemas, terus landing tak ingat apa dah. Sedar-sedar dah pukul 6.

Perut lapar balik. Aku sajes pergi makan ikan bakar dekat Umbai. Seriously, aku rekomen makan dekat sini, kalau kau pandai menghayati ikan fresh. Aku tengok mata ikan sekor-sekor langsung tak ada ciri-ciri ikan tak fresh. Mata bundar dan ceria macam Ellie Mazlein.

Ikan dia, cair dalam mulut. Lembut, juicy. Aku berani kerat kote lah kalau kata ikan dia tak best.

Lepas kenyang makan, macam biasa aktiviti rutin aku balik hotel untuk berak. Kasi kosong mana-mana tangki yang dah penuh. Lepas solat Maghrib [ya, aku solat, jangan pertikaikan], terus gerak naik Menara Taming Sari. Untuk yang mata gatal, aku sajes sini untuk mengorat gadis-gadis yang kerja dekat sini. Aku hanya ada satu ayat saja untuk describe diorang, mantap. Kalau laki yang kerja situ, err mantap jugak kot. Aku kurang pasti.

Dah feeling-feeling rasa macam burung, rasa nak pergi nak river cruise pulak. Cruise ni sepanjang sungai Melaka. Kau akan rasa macam pergi Venice, sebab bagi aku sebijik. Cuma dia buat style-style Malaysia sikit lah. Ada mural-mural dan grafitti zaman Hang Tuah dulu.

Satu je aku pelik, apsal dekat sepanjang river cruise ni langsung tak ada sampah? Tipu lah kalau dekat belakang rumah kau tak ada sampah kan? Langsung tak Malaysian kalau tak ada sampah belakang rumah.

Dan setiap rumah/bangunan yang ada sepanjang river cruise ni diorang kasi touch up balik supaya nampak cantik. Aku perasan diorang cat dinding yang nampak sepanjang river cruise ni saja. Dinding yang tak nampak semua penuh kulat dan kulapuk. Apa kedekot sangat ke cat ICI nak kasi cat 1 bangunan terus? Puan Hamizah boleh pulak bantai tertidur atas bot tu. Aku ingat dia suka benda-benda macam ni, tapi tanggapan aku silap. Mungkin dia lebih minat pergi main surfing kot.

Selesai hari pertama. Esok kakak aku cakap hari aktiviti bersejarah. Nak pergi Stadhuys lah, A Famosa lah. Dah macam lawatan sambil belajar.

Sekarang aku tengah asah pensel, dengan padam buku nota sejarah sekolah sebab esok nak guna catat nota. Harap-harap tak masuk periksa pertengahan tahun pasal lawatan ni. Heh.


Post Scriptum : Tak ada gambar sangat sebab aku malas ambil gambar. Mengantuk. Chalo betey.