Oct 29, 2008

.pengumuman penting

Selamat siang semua.

Sekarang aku sangat sibuk belajar. Sangat.

Finals aku mula dalam 2 hari saja lagi.

Sila beri kerjasama okay.

Terima kasih.

Oct 28, 2008

.mimpi

Selamat siang semua.

Kebelakangan ini aku banyak alami mimpi. Mungkin stressed out sebab finals dah dekat. Mungkin. Aku pun tak pasti. Banyak mimpi berkait rapat dengan future, kematian, dan kesedihan. Dan selalunya, mimpi ini aku reka sendiri. Tengah-tengah mimpi aku reka budak ni datang sini lah, benda tu jadi banyak lah, macam-macam lagi. Ya, aku sedar ketika mimpi.

Tapi kali ni aku tak mampu reka. Aku hanya dapat menonton mimpi aku.

Malang, tak ada popcorn.

Aku seratus peratus yakin aku tak mahu semua mimpi-mimpi aku tu jadi kenyataan. Kalau betul-betul jadi sekarang, dan jadi masa aku tengah finals, aku tak mampu nak menghadapi hidup dan stress itu.

Ah, mimpi mainan syaitan kan? Jangan percaya sangat kan? Nakal syaitan ni.

Nak kena babab.

Oct 27, 2008

.kampung kah aku?

Selamat siang semua.

Ramai orang panggil aku orang kampung walaupun aku duduk di Ipoh. Betul, aku memang orang kampung. Lihat sahaja kad pengenalan aku. Tertulis Kampung Seri Kinta. Aku tak kesah orang panggil aku orang kampung, kerana aku memang kampung.

Kenapa?

Sebab aku suka mainan orang kampung. Kalau mereka sezaman aku suka keluar ke shopping mall, aku lebih senang di rumah main aci duduk, aci nyorok dan seangkatan dengannya. Aku juara aci duduk tau.

Aku suka makanan kampung. Sua la dekat aku pizza ke McD ke, kalau di depan mata aku ada ikan curut goreng, sambal belacan, jantung pisang, gulai lemak dan ikan masin, aku tolak tepi pizza dan McD. Jiwa aku lebih sesuai dengan makanan kampung dari makanan bandar.

Aku masih kekok di bandar-bandar besar. Terutama Kuala Lumpur. Bukan takut sesat, sebab mereka jauh lebih membangun dan lebih berfesyen dari aku. Bagi aku, KL tak lah menarik sangat. Sebagai seorang yang sukakan nature, KL tu jauh dari memori aku untuk consider untuk vacation.

Di shopping mall, butik-butik mahal akan cuba aku jauhi untuk jengah ke dalam. Tak ada duit, orang miskin. Nak masuk pun takut-takut. Bila tengok baju-baju di dalam, paling penting aku tengok tag harga dia. Mahal, aku letak balik, walaupun baju tu cantik sangat. Setau aku tak pernah aku beli baju t-shirt harga lebih rm30. Kebanyakannya bundle dan sale saja.

Orang bandar suka ke kelab malam. Aku pernah ke kelab, sekali. Seumur hidup aku. Dan aku tak suka. Itupun sebab aku tak ada choice lain. Ingatkan ke pulau untuk lepak-lepak main arked atau tidur di Gurney Drive, tapi mereka ke kelab. Patut la pakai smart. Tapi aku duduk tepi saja lihat gelagat mereka. Kelakar aku tengok orang Melayu ke kelab. Macam tak ingat dunia. Ye lah, nak masuk bukan senang kan. Orang Melayu kalau dapat buat benda yang haram, suka.

Aku jakun. Kejutan budaya. Tapi aku masih boleh control. Kalau aku tak boleh control, aku pasti akan jadi seperti The Opportunist.