Sep 19, 2010

.sejarah laksa dan peristiwa berdarahnya

Selamat siang semua.

Hari Sabtu lepas aku bangun pukul 1 petang. Bangun-bangun perkara pertama aku check ialah check handphone kalau-kalau ada misscall atau pesanan ringkas dari kekasih. Dan macam biasa, kekasih selalu tak akan hantar pesanan ringkas sebab tengah sedap terkangkang tido di rumah.

Apa punya anak dara pun tak tau.

Ada satu message, aku tekan butang baca. Handphone terpadam, macam biasa. Perasaan gampang nak sumpah seranah memang tengah menyelar dalam diri. Berkat kesabaran, aku bukak balik handphone dengan teliti dan penuh sabar.

Message yang aku dapat tu dari kakak aku.

"Adik, kamu free harini? Orang ingat nak ajak makan laksa dekat Midvalley."

Lepas baca "ajak makan laksa" dan memikirkan gerenti dia belanja, aku tanpa fikir panjang terus reply "Free. Datang lah amek :)". Saja aku letak smiley supaya nampak comel. Bila buat-buat comel macam ni boleh sejukkan hati dia, dan seterusnya mendorong dia untuk belanja aku. Taktik pemasaran.

Setel bincang, aku terus pegi bersiap. Cukur segala jenis bulu termasuk bulu pubis supaya nampak lebih segak. Nak pergi Midvalley, marketing kena jaga.

Beberapa puluh minit lepas tu kakak aku sampai, dan terus shoot pergi Mid. Hari minggu, tapi Federal Highway langsung tak jam! Pelik betul. Aku rasa tak jam sebab semua buat open house kot.

Midvalley pun kosong. Gadis-gadis sekolah baru nak up pun tak ramai. Sibuk bertandang rumah ke rumah kutip duit raya sambil pakai kebaya jarang nampak pusat mungkin.

Habis makan laksa, untuk menggalakan penghadaman yang baik supaya najis yang dihasilkan terapung dengan baik waktu berak, kami berjalan-jalan sekitar dalam Jusco. Tengok pinggan mangkuk lah, kuali lah, sudu garfu lah, macam mak mak betul. Aku macam biasa layankan saja mana dia nak pergi. Perut dah kenyang, tanpa keluarkan satu sen pun, apa nak lagi kan? Lagipun, sambil dia tengok pinggan mangkuk mak mak tu, aku tengok awek-awek yang teman mak-mak diorang di bahagian pinggan mangkuk tu. Win-win situation.

Sedang jalan-jalan, sampai di satu bahagian bekas-bekas minuman. Dekat atas aisle tu penuh dengan botol ni.


Aku saja explain dia, yang botol ni mahal, dan sangat berkualiti.

Sedang dia sibuk belek-belek, terpacul keluar ayat dari mulut dia,

"Hmm bagus botol sigg ni, macam nama kamu, siggplus"

Tenang dan bersahaja, macam langsung bukan perkara yang mengejutkan. Peristiwa berdarah laksa betul.





FFFFFFFFuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!



Oh hai acik!

Sep 18, 2010

.entri separuh jijik

Selamat siang semua.

Semalam, lepas makan tengahari kelam kabut kakak aku bukak laptop. Biasanya lepas makan dia mesti amek bantal untuk mula tanam lemak, tapi kali ni berbeza betul.

Sampaikan buah potong kegemaran dia pun tinggal tak berusik atas meja. Aku dah nampak air mata aku bergenang sikit-sikit kecewa dengan perangai kakak aku. Kalau kelam kabut macam ni aku agak dia nak baca berita online, sebab selalu dia buat macam tu sejak-sejak kes Sosilawati ni. Gosip hangat, sapa tak suka kan?

Biarlah dia, aku malas nak amek port. Jadi aku teruskan rutin aku macam biasa lepas makan - berak.

Tengah sedap seketul dua jatuh gugur ke lantai toilet bowl, kakak aku ketuk pintu. Potong stim betul.

"Cepat keluar, orang ada nak tanya kamu satu benda ni"

Aku diamkan saja sambil berdehem sinis. Tak elok bercakap dalam jamban. Aku pun tak faham kenapa tak elok.

Panas jugak aku waktu-waktu gembira aku melakukan hobi aku tercalar dengan gangguan macam ni punya rupa. Halfway pulak tu. Macam mana rakan-rakan najis yang lain ni nak ikut rakan-rakan dia yang dah keluar sebelumnya?

#masukkan bunyi jamban flush

Dalam hati yang panas, aku lilit towel dekat pinggang. Sematkan rapi-rapi takut terlorot depan Opah Timah, tak pasal-pasal dia mintak pisang sambil tunjuk kelangkang aku pulak. Satu hal lain.

Lepas pastikan ikatan towel dekat pinggang kemas, aku terus pergi dapatkan kakak aku. Saja aku malas nak tukar seluar terus, sebab nak sambung perjuangan yang belum selesai.

Aku tengok dia tengah sedap setting baring terkangkang sambil laptop letak atas perut. Sama macam aku, inilah dikatakan adik beradik.

"Ha nak apa?", saja aku tanya dengan nada marah sambil cekak pinggang. Kena diajar supaya jangan kacau aku berak.

"Ni macam mana ni? Cuba kamu tengok kejap."

Disuakan screen laptop dekat aku. Opah Timah dah jeling-jeling sambil makan rempeyek. Aku syak dia nak tunjuk gambar abu Sosilawati, tapi bukan. Benda lain, tapi cukup familiar dekat aku.

"Tah, mana la orang tau macam mana. Orang mana reti pasal benda-benda ni", tegas aku sambil berlalu pergi.

"Tanak tolong cakap jela, jangan la marah-marah", getus kakak aku dengan nada sinis.

Opah Timah masih jeling-jeling sambil makan rempeyek.





Sambil berjalan menuju ke jamban semula, dalam hati aku cakap, "Mati aku. Macam mana kakak aku boleh buat blog ni?"





Kalau aku private blog lepas ni, kau faham-faham saja la.

Sep 15, 2010

.tuhan ciptakan kita berpasang pasangan

Selamat siang semua.

Kelmarin aku ada pergi satu open house rumah member Dota. Member Dota? Ya, main Dota pun boleh buat member weh. Dan kadang-kadang main Dota pun boleh buat melutut kesedihan waktu result exam keluar.

Setting dah cantik dengan homeboys yang ada, nak pergi malam. Perut kasi betul-betul lapar dulu, baru sedap nak balun apa yang ada tuan rumah nak bagi. Aku yakin, paling koman pun ada meggi goreng semangkuk terhidang atas meja.

Cukup time, homeboys datang amek aku naik kereta. Kelam kabut jugak aku naik kereta sebab lambat bersiap. Bukan saja-saja nak siap lambat, salahkan kakak aku yang mandi lama nak mati.

Himpit-himpit satu kereta la bagus, sambil kutuk mengutuk, boleh jugak main lawan kentut. Dan macam biasa, aku juara bertahan. Kalau ikut teori bolasepak, aku ni boleh dikira Legend dalam pertandingan lawan kentut.

Dalam kereta marah jugak aku kerana Semprit kegemaran aku diperkotak-katikkan penggila tat nenas. Come on lah, sebab semprit orang jarang serve dekat rumah terbuka sebab makanan tu rare, orang kaya-kaya saja yang boleh beli.

Sampai dekat rumah member Dota, aku keluar sambil bagi salam. Kesopanan dan kesusilaan memang kena jaga, walau buruk mana perangai.

Keluar kereta, aku rasa lain macam. Jarang rasa macam ni. Last aku ada perasaan macam ni masa kecik-kecik dulu. Mungkin zaman belum mumayyiz dulu perasaan ni selalu jadi.

Aku pandang bawah. Aku tenung lama-lama. Nak meratap kesedihan pun ada, rasa nak balik time tu jugak pun ada. Tuan rumah dah berdiri depan pintu dengan riak wajah yang bersinar-sinar. Demi kawan-kawan, aku pasrah.


Aku angguk-angguk sendirian sambil bermonolog,"Memang betul lah, memang tuhan ciptakan kita berpasang-pasangan". Sepanjang dekat rumah kawan Dota, aku lebih banyak diam dari bercakap, terkenangkan nasib.







Celaka, lepas ni aku akan pastikan aku takkan pakai selipar sebelah lain sebelah lain lagi. Takkan!