May 6, 2011

.sembilu


Selamat siang semua.

Tajuk sebenarnya tak ada kaitan dengan pergolakan cinta tiga segi antara Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie. Langsung tiada kaitan. Cuma bunyi dia lebih sedap sikit lah dari tajuk sebenar yang aku akan ceritakan dalam entri ni.

Sebenarnya dalam beberapa hari sebelum ni aku terlalu sibuk. Aku rasa semester ni lah jadual paling babi sekali antara semua. 29 haribulan, 3, 4 dan 5 haribulan straight paper. Tidur entah ke mana, makan entah ke mana, berak lagi entah ke mana.

Kebelakangan ni aku selalu mengalami kesukaran. Kesulitan ni aku tak pasti lah semua orang pernah alami atau tak, tapi bagi aku kesukaran ni memang efek seluruh dunia sekeliling kau. Kesukaran apa?

Kesukaran untuk berak. Sebagai seorang pencinta berak, isu ni amat mendukacitakan. Sangat-sangat mendukacitakan.

Aku pun tak faham kenapa, biasanya bila aku terfikirkan nak berak, mesti perjalanan aku lancar saja. Flow dan tanpa tersekat-sekat. Tapi kali ni lain, tak berjaya!

Bukan aku tak cuba, tapi beliau memang tak sudi untuk keluar. Selalunya bila aku dah setting baik punya mencangkung atas mangkuk jamban, lubang bontot pun dah aim cantik tepat-tepat dalam lubang supaya bila jatuh ia tidaklah terpalit dan melekat di sekitar lubang jamban tu. Rokok dah sedut, tapi tak keluar jugak. Tapi berapa kali aku cuba pun, mesti tak keluar. Kalau ada pun, hanyalah seketul kecil. Mana nak datang kepuasan kalau kita nakkan sesuatu yang magical tapi yang dapat hanyalah biasa-biasa saja?

Aku cuba dan terus mencuba tanpa mengenal erti mengalah. Pantang maut sebelum ajal, apa yang terbuku di hati, atau dalam kes ni, apa yang berkampung di dalam usus, harus dikeluarkan. By hook or by crook kata orang putih.

Tapi masih tak berjaya. Beberapa hari jugak lah aku cuba, tapi tak boleh jugak. Perasaan kecewa di dalam hati tak usah disebut lagi, gundah gulana yang teramat sangat. Jadi dalam beberapa hari ni aku jadi murung dan kurang bercakap.

Lepas beberapa sesi monolog dalaman untuk mengenal pasti punca masalah ni, aku syak puncanya ialah stress sebab exam gap dekat-dekat. Jadi aku berjanji dengan diri, lepas saja exam tamat, aku akan pastikan jamban ialah destinasi pertama yang aku tuju.

Habis saja exam yang dinantikan, aku terus ke destinasi yang dituju. Aku kunci pintu kemas-kemas, aku lorotkan seluar dan duduk di atas mangkuk jamban. Belum sempat pasang air di pili,

Buk..buk..bruuuuttttttt. Habis berterabur.

Aku senyum puas.


Apr 27, 2011

.rutin hujung semester

Selamat siang semua.

"Hello, Abdul Siggplus, ni Dr Halim lecturer Law awak, tadi saya check attendance awak, saya tengok awak dah tak hadir sampai 4 kali sepanjang sem ni."

"Ini kalau ikutkan peraturan uitm ni awak dah boleh kena bar dah ni. Apa cerita ni?"

Nada tegas dan penuh garang. Sila gantikan nama Abdul Siggplus dengan nama aku sendiri.

"Err, saya ada MC Dr. Boleh saya jumpa Dr petang ni? Saya terlupa nak bagi dekat Dr masa class haritu"

Gugup aku jawab. Kalau kena bar, mati. Serious mati.

Dalam gugup, terukir juga senyuman di bibir akibat dari penipuan yang hampir berjaya.

"Hmm, baiklah. Tapi petang ni saya tak ada, awak letak salinan mc tu bawah pintu bilik saya"

Senyuman aku makin lebar. Tanduk saitan serta merta tumbuh di atas kepala. Lucifer dan Iblis sudah berbisik di telinga mengajak aku berparti liar meraikan kejayaan. Sekor suruh orgy, sekor lagi suruh parti buih. Nasib baik iman masih teguh.
Sebenarnya 4-4 kali aku tak datang tu, 4-4 kali aku ponteng dengan sengaja. Jangan salahkan aku, salahkan teknik pembelajaran lecturer itu yang bosan nak mati. Kelas 3 jam, 5 minit pertama aku dah menguap 30 kali. Ok, hiperbola. Tapi itulah yang selalu terjadi.

Cepat-cepat aku selongkar almari, mencari mc terpakai kawan-kawan yang memang aku dah standby untuk diguna pakai di waktu-waktu getir macam ni. Aku capai 2 helai mc, 1 nama aku sendiri, 1 lagi nama kawan aku.

Mandi cepat-cepat. Entah bersih ke tidak celah kelangkang aku kurang pasti. Alah, bukan ada sapa-sapa nak jumpa aku salam lepas tu terus cium kelangkang aku pun kan? Ala kadar sudah.

Sarungkan sehelai t-shirt berkolar, dan seluar jeans lusuh. Boxer pun aku tengok belum bertukar kekuningan, jadi aku sarungkan saja. Time is money. Time is mani pun boleh.

Aku panaskan enjin kereta, dan terus menuju ke kedai fotostat berhampiran. Tak sia-sia aku catit tarikh aku ponteng. Berguna.

Mc pertama aku tukar tarikh, mc kedua aku liquid nama kawan aku dan tukar jadi nama aku dan tarikh. Genius!

Aku yakin, kedai fotostat milik orang cina ni mesti jenis tak kisah aku fotostat mc penuh dengan liquid dan tulisan tangan sendiri. Jenis kapitalis kau faham sajalah, asalkan untung sudah.

"Apek, fotostat ini 2 helai kertas, 2 set aa."

Apek ambil mc aku dan teliti satu persatu. Kagum dengan tulisan tangan aku yang cantik mungkin.


.......


"Aiya, ini macam lu mau tipu ah? Saya tamau fotostat, saya tamau tanggung dosa."

Baru aku perasan dalam kedai dia tak ada limau-limau mandarin, colok dan patung tuhan perut boroi baring sambil tersenyum.

Cina muallaf. Jimbit.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apr 12, 2011

.kreativiti


Selamat siang semua.

Sebenarnya, dalam dunia yang membangun, dengan pesatnya pemodenan ini, kita tak punya banyak masa. Kau bangun pagi, sekelip mata saja sudah malam. Ya, hiperbola. Macam lah kau tak kenal aku yang suka hiperbola ni.

Multitasking.

Multitasking itu perlu. Tak kira lah apa pun, study sambil dengar muzik ke, kerja sambil bergosip kisah-kisah penceraian artis ke, menyusukan anak sambil menyusukan suami ke, berak sambil hisap rokok ke, semua itu multitasking. Jika kau boleh combine semua sekali seperti berak, hisap rokok, baca majalah dan onani dalam satu-satu masa, syabas, bonus untuk kau.

Kita kena lebih kreatif dalam semua hal. Kreatif di sini bukan saja bermaksud pandai melukis, pandai mengarang dan pandai mencari cinematografi angle kamera terbaik untuk merakam video 3gp bersama kekasih semata-mata. Kreativiti sebenarnya besar skopnya.

Contohnya kreativiti di bawah.

Kreatif bukan?

Kau ingat senang nak combine carutan dan berdoa kepada tuhan dalam satu teks? Sukar tahu? Nak fikir ayat paling celaka sekali, nak fikir macam mana nak menjawab dengan tuhan nanti sebab mencarut lagi.

Haih. Sangat mencabar tahu?