Showing posts with label cravings. Show all posts
Showing posts with label cravings. Show all posts

Sep 24, 2009

.boncet montek sengkak kembong

Selamat siang semua.

Hari ni baru aku merasa raya. Lepas dah berapa hari aku duduk rumah tak beraya mana-mana dan tak ada orang yang datang ke rumah. Tetiap malam main dota. Peduli apa, dari tak ada benda nak buat baik aku habis masa dota. Kan dah macam kelawar, malam baru keluar gua, siang qada tido.

Duit raya macam tak berapa nak ada. Mun kata sebab bulu dah banyak? Abes kalau budak lahir-lahir dah bulu pubis panjang-panjang bulu dada dah tebal-tebal dah tak boleh dapat duit raya la eh?

Hari ni beraya umah member-member sekolah. Yup kami masih contact each other, bukan macam orang lain yang poyo-poyo kunun benci sekolah, benci student sekolah tu, padahal dalam hati nak sangat jumpa. Nak sangat jumpa lelaki hensem yang kau minat dulu. Nak sangat jumpa awek cantik yang kau minat dulu. Bullshit la benci sekolah.

Beraya 7 rumah hari ni, termasuk rumah aku. Semua tak dapat duit raya. Kecewa oh. Makan macam-macam. Semua heavy-heavy. Aku dah macam tak larat sangat nak makan dah, tapi sebab orang dah ajak, bantai jugak lah. So hasil dari melantak macam-macam hari ni, aku berjaya memecahkan tradisi sakit-perut-lepas-melantak-banyak aku untuk tahun ni. Sebelum-sebelum ni makan memang macam pengantin. Sikit dan slow. Hari ni ha, kaw-kaw aku bantai. Mi Jawa, Kote Aw Goreng pedas, Kote Aw goreng basah, laksa, soto, laksa. Semua dah tersemat dalam perut aku ni. Tunggu masa dia rindu nak tengok dunia luar balik je.

Kuih semperit satu rumah pun tak ada. Ye lah, dah raya keempat kan. Mesti la dah habis. Maklum lah, laku kan. Kuih tat aku tengok banyak je ada lagi. Kesian. Tak tau semperit apa? Sila bukak sini.

Sudah, aku dah tak larat cerita. Perut dah meragam balik ni. Jamban dah menanti kelaparan nak makan. Heh.

Sori tak ada gambar. Aku malas nak ambik. Esok-esok dah ada Lumix LX3 aku rajin lah ambik gambar.

Sep 22, 2009

.iklan sikit

Selamat siang semua.

Tol = RM10
Petrol = RM20
Singgah minum = RM5
Semprit di atas menu = Priceless

Sep 14, 2009

.raya?

Selamat siang semua.

Semalam Puan Hamizah call untuk tanya khabar. Rindu gamaknye si tua tu. Aku rindu jugak, tapi tak ada kredit, dan malas nak call nanti kena nag je sepanjang conversation nanti.

Aku dapat tahu dia beli sofa baru. Semangat la tuh nak beraya kali ni. Dia dah get over Encik Ariffin sadness kot. Aku dapat tahu stok kuih semprit dah sampai kat umah. Ni yang buat aku tak sabar nak balik ni.

Semprit, semprit, semprit, semprit. Aku rasa tak ada kuih lain yang boleh lawan kesedapan dia. Ok lah, ada. Kuih tart, tapi still tak boleh menang dengan semprit.

Orang lain dah balik, aku tercongok kat sini lagi habiskan sisa-sisa berpuasa di rumah bosan ini. Hari-hari rutin harian sama. Param yang sama, makan makanan sama di gerai yang sama,minum air sama di gerai yang sama. Sekarang baru aku tau macam mana Joni rasa hari-hari aku bagi dia makanan sama.

Aku dah mula rindu masakan berbuka restoran-restoran di Ipoh. Aku rindu nak makan Laicikang panas di kedai Ah Seng, rindu makan popia SS Ali kat TKK. Aku rindu nak makan kote aw goreng basah Kosiswa tepi sungai kinta. Aku rindu nak makan sup fishball bulat pagi-pagi tepi stadium, dan yang paling aku rindu nak makan laksa Kedah.

Aku rindu kakak aku belanja makan fancy-fancy. Makan free beb!

Paraxixth, raya ni apa plan? Barbeku muntah jom!

Sep 4, 2008

.mengidam

Selamat siang semua.

Aku mengidam macam-macam sepanjang bulan puasa ni. Tapi dalam banyak-banyak makanan dan dah berapa hari puasa ni aku masih belum mengidam laksa. Adakah laksa tidak lagi sebati dengan jiwa aku?

Ni beberapa menu yang aku mengidam dan pasti beli esok, jika aku puasa. :D

1. Tepung bungkus.
2. Kuih bulat warna hijau hingus yang ada bubuh ayam or daging di dalam. Aku tak tau nama dia.
3. Rojak Pasembor.
4. Murtabak.
5. Karipap yang besar.

Di bulan puasa aku selalu mengidam kuih. Tapi kalau bukan bulan puasa aku paling liat nak makan kuih. Ada siapa mahu bawa aku ke bazaar ramadhan dan belanja aku?

Silakan.

Jul 24, 2008

.yuna fever

Selamat siang semua.

Buat masa ini, aku ada chenta baru. Ya dia seorang gadis, aku masih straight, thank you very much. Dia gadis bernama Yuna.

Aku rasa tenang bila bersamanya. Lagu-lagunya boleh membuat aku horny. Aku rasa dia mesti boleh pergi jauh. Just give it time and space. Suara lunak seperti itu mampu membuat semua jantan jatuh hati. Aku salah satunya.

Bila dengar lagu rocket-nya, aku rasa seperti sedang kayuh basikal di tepi pantai sambil menyanyi lagu itu. Asyiknya!

May 13, 2008

.b.o.s.a.n.

Selamat siang semua.

Final baru abes. Kemarin to be exact. Overall ok la the questions was a bit easy except for math yang haram j susah gila. Aku tak tau la lulus ke tak untuk math ni, kalau lulus alhamdulillah kalau fail repeat lagi la paper haram j susah ni.

Currently at home, tido, makan dan jadi driver untuk mama. Mana dia nak pergi dia cakap and aku kena bawak dia. She's going for haji this season. Rasa-rasanya bulan 12 kut. Dia sekarang tengah bizi membuat persiapan untuk ke sana. Dia juga mengajak aku untuk pergi umrah tahun depan. Aku tak tau la nak pergi ke tak sebab aku belum sedia.

Abah punya batu nesan dengan kepuk dah siap pasang.

Belum sempat nak pergi tengok kubur dia and sedekahkan yasin and other ayat-ayat untuk makanan abah. Rindu abah sangat- sangat.

Dekat penang, hari-hari makan nasi putih + telur mata + sup kosong. Semalam aku order ketam goreng dengan ketam kari. Makan sorang semua. Nikmat dia tak tau la macam mana nak explain. Hari ini makan ikan curut goreng dengan sambal belacan. This dish is my favourite and mama's specialty. Susah nak cari sambal belacan sesedap ni.

Except for all those things, aku rasa bosan sangat- sangat sebab kawan- kawan semua tak ada. Tak ada kawan untuk gelak-gelak. Sunyi. Kalau kat penang pukul 2pagi macam baru pukul lapan semua tak tidur lagi tapi kat sini aku tidur pukul 11malam. Bosan sangat-sangat. 17hb ni balik penang untuk short course.

Doakan aku lulus math!