Showing posts with label from merseyside. Show all posts
Showing posts with label from merseyside. Show all posts

Jan 4, 2011

.sokerleaks

Selamat siang semua.


Selepas Blogohol dan Akulinglung, aku sekarang berkolaborasi lagi, kali ni di SokerLeaks. Blog berbahasa Melayu yang membincangkan isu bolasepak di serata pelusuk dunia, baik dalam negara atau luar negara.

Berbekalkan motto "Rahsia Bolasepak Kini Di Jari Anda", dan disulam dengan logo yang seakan-akan air dari ejakulasi yang meleleh ke atas bola akibat dari terbanyak minum air soya, memang sesuai sangat kalau aku berkolaborasi dengan diorang ni. Kena gaya orang kata.

Bak titisan air puncak syahwat ke atas bola.

SokerLeaks juga akan dipenuhi dengan gosip-gosip liar WAGs serta skandal-skandal terbaru para pemain bolasepak. Pedulikan skandal John Terry dengan Vanessa Perroncel yang hangat diperkatakan dulu, atau Ashley Cole dengan pelacur-pelacur hodohnya (seriously aku rasa bini dia dah memang tahap mencapai ejakulasi bila tangan dia sentuh paha kau), thats old news brah.

Kenapa aku sebut nama-nama pemain Chelsea saja dan bukan nama pemain kelab-kelab murahan lain? They aren't called Chelsex for nothing ok?

Tolong jangan samakan kami dengan Sokernet, kerana kami jauh lebih kanyaq dari mereka. Kami salut mereka sebagai idola kami, tapi kami akan cuba yang terbaik untuk saingi mereka. Aku guarantee, di sana kau akan menjumpai kepuasan maksima. Sila buang novel-novel mengarut Kamasutra atau Permata Yang Hilang kau dan terus ke SokerLeaks.

Oh ya, aku menulis di sana untuk kem Liverpool. Kalau kau sokong Liverpool juga, mari kita berpiket untuk menjatuhkan Roy Hodgson. Dia tu babi.


Ya Nun Waw Alif


Dec 5, 2009

.siapakah mohd. rizal mohd zain?

Selamat siang semua.

Mohd Rizal Mohd Zain seorang anak jati Malaysia. Dilahirkan di Bandar Penawar, Johor. Berumur 20 tahun. Dia anak seorang diplomat Malaysia. Bapanya wakil Malaysia dan dihantar menjadi Duta di England.

Mohd Rizal Mohd Zain berbadan tegap. Berketinggian 185cm, memang dia nampak biasa jika berada di kalangan mat saleh. Macam mana orang Melayu boleh setinggi itu? Aku tak pasti. Mungkin dia rajin makan CalciYum, mungkin juga dia terlebih minum susu cap kantung.

Waktu kecik dia bersekolah di area Merseyside. Nama sekolahnya Liverpool High School. Oleh kerana sejak kecil dia duduk di England, dia fasih bertutur dalam bahasa Cockney pekat. Bahasa Melayu? Ah jangan dibahas. Dari kecik duduk sana, kau bayangkan la boleh ke tak dia cakap Bahasa Melayu. Memang fail. Cakap "makan" pun jadi "maycant". Nak haram sungguh.

Bapanya seorang kaki bola, dan avid Liverpool fan. Masa bapa dia belajar di Nottingham, dia sanggup berulang ke Liverpool semata-mata nak tengok Liverpool main. Memang hardcore betul. Tapi aku kurang pasti bapa dia dulu skinhead, sebab rata-rata Liverpool fans budak Skinhead. Oi oi siga saga. Seluar skinny. Kasut dokmat. Bukan Hatta Dolmat.

Jadi oleh kerana terlalu obses dengan bola, bapanya masukkan Mohd Rizal Mohd Zain ke akademi Liverpool. Memang hebat budak ni. Coach-coachnya touted him as the next Christiano Ronaldo. Tapi dia main di posisi Striker. Skill tak payah nak cakap lah, macam-macam. Setakat Lionel Messi dia geli-geli saja lepas.

Shebby Singh cukup teruja dengan dia. Hasbullah Awang lagi lah. Setiap kali dia main, mesti dia ungkapkan yang Mohd Rizal Mohd Zain mempunyai saudara yang menguruskan kedai Tomyam di tepi Danga Bay.

Semua coach dia berpendapat dia adalah seorang wonderkid. Bakal menggantikan legend-legend bola seperti Pele atau Diego Maradona. Kawan baik dia wonderkid juga. Nama dia Martin Kelly. Sama hebat, cuma Kelly main di posisi Right Back.

Hidup dia tak macam Melayu. Lepas game, pergi bar minum beer. Selebrasi kemenangan dengan kawan-kawan. Gadis-gadis dia bawak pulang sebagai One Night Stand. Ya aku sebut gadis-gadis, sebab lebih dari satu.

Main memang mantap, tapi disciplinary record memang fail. Biasalah, typical Malaysian. Selalu datang lambat training. Selalu kena fine 2 weeks wages. Dia tahu dia salah, jadi dia terima saja.

Oleh kerana krisis injury yang berlaku di Liverpool sekarang, Benitez tak boleh tahan lagi dari simpan dia. Benitez terpaksa bagi dia main, dengan Torres yang injured lagi, dengan Ngog tak boleh nak scorenya.

Memang percaturan yang baik. Sepanjang bermain, dia score banyak. Goal to game ratio dia, lebih. 5 kali main, score 9 bijik. Mengalahkan Torres. Season ni saja dia score 45 gol. Hebat kan? Anak kesayangan Benitez dan Sammy Lee.

Malaysia nak ambil dia main juga main International, tapi susah. Atas sebab Liverpool susah nak lepaskan dia balik. Dan sebab persefahaman tak ada. Dia kan tak boleh nak cakap Melayu. Nak mencarut marah dekat ref apatah lagi.

Kau baca ni, mesti kau macam pelik kenapa tak pernah dengar nama dia sebelum ni kan?Setahu kau, yang berjaya lepas main luar negara ada Titus James dengan Akmal Rizal saja, tu pun main kelab liga bawahan.

Jadi siapakah Mohd Rizal Mohd Zain yang aku maksudkan?

Dia pemain dalam Football Manager aku. Bernilai 35 Juta Pound.

Ini gambar dia. Comel kan? Rambut belah tengah, mungkin idola dia Tomok. Mungkin juga dia Rockensteiners, ahli fan club Faizal Tahir



Nak harap pemain Malaysia macam ni? Memang sampai kiamat pun belum tentu. Pui.

Kalah 14-0 dengan Thailand. Main futsal pun orang tak kalah banyak ni, bhai!

Walaupun itu hanya perlawanan bola sepak wanita negara, kita boleh nampak di mana duduknya Malaysia sekarang. For now and forever.

Oct 6, 2009

.kenal supporter football anda

Selamat siang semua.

Kalau kau perasan, penyokong bola ni ada beberapa jenis, dia macam dah fixed yang kalau penyokong certain-certain team, dia ada perangai-perangai tertentu. Ni dari pandangan aku. Bukan fakta dari mana-mana. Kau nak kutuk, silakan. Aku tak peduli pun.

Penyokong Chelsea
Biasanya hanya baru menyokong Chelsea, sejak zaman Abramovich. Kalau ditanya pasal siapa Jimmy Floyd Hasselbaink, atau siapa Mario Melchiot, memang tak kenal langsung. Heh.
Dan rata-rata penyokong Chelsea adalah yang jenis berbadan besar, atau buncit macam minum air tin cap Rimau banyak sangat. Kalau kau perasan lah. Cuba kau tengok masa Chelsea main. Ramai yang gemuk tengok sambil air berpuluh-puluh gelas atas meja. Ikut nasihat doktor mungkin.

Penyokong perempuan dia paling seksi. Sebab apa? Sebab jersi perempuan Chelsea tight fit. Sangat menggiurkan. Tambah lagi jersi jenis kain licin. Memang nampak hot gila lah.

Penyokong Arsenal
9 dari 10 penyokong Arsenal yang aku kenal adalah orang kaya. Hampir semua pernah jejak kaki ke Highbury, atau yang baru ke Emirates. Biasalah orang kaya, tak kesah berhabis duit nak kesana ke sini. Penyokong Arsenal kebanyakan jenis kurang merokok, dan kurang vocal. Menang senyap, kalah pun senyap.

Penyokong Liverpool
Penyokong tua. Ya aku tak bias mana-mana. Masa di Penang, kalau game Liverpool main, pakcik-pakcik melatah akan memenuhi ruang ABC Corner dan tengok bola sambil melatah menjerit-jerit macam orang gila. Aku tengok bola pun kadang-kadang macam tengok Macam-Macam Aznil. Serious, pakcik-pakcik melatah ni memang sumpah lawak gila. Masih sebut-sebut pasal history zaman dulu. Ya aku pun. Cuma aku tak melatah.

Kalau tua, dia suka semua benda-benda tua. Masih layan pop yeh yeh, masih pergi dangdut sambil pakai baju Liverpool. Kalau yang muda kebanyakan skinhead. Masih dengar lagu Roots and Boots dan ACAB, masih petang-petang gilap kasut dokmat sambil reminisce zaman Oi Oi dulu.


Penyokong Newcastle
Hooligan. Susah nak cari penyokong Newcastle dekat Malaysia, tapi aku masih jumpa jugak. Kebanyakan hardcore, layan lagu-lagu Second Combat, dan menari pogo hari-hari. Ganas, sama dengan player-player dia. Cuba kau cari berapa kali Bowyer, Barton masuk jel sebab gaduh di luar stadium? Macam tu jugak lah penyokong Newcastle. Ada yang aku kenal masa dulu sekolah Henry Gurney minat Newcastle.

Penyokong Manchester United
Lelaki dan perempuan sama saja. Tak tengok bola pun, tapi bila tanya sokong mana, cakap suka Manchester United. Aku berani bet penyokong Manchester United kebanyakan bukan true supporter. Untuk lelaki, bila aku ajak tengok team dia lawan, mula cari alasan tak nak tengok.

Untuk perempuan lak dia hanya sokong Manchester United, tapi bukan kerana minat, tapi sebab boyfriend dia pun minat. Berapa kali dia tengok bola? Purata 1 game semusim. Itu pun sebab terpaksa teman boyfie tengok. Itu pun lepas tu gaduh sebab boyfie tak layan dia, syok sangat tengok bola.

Ada sekali tu, dekat skrin TV tulis MANU VS POR, si perempuan ni cakap Manchester United lawan Portugal. Aku hanya gelak sinis. Biasa lah tu, supporter Man U kan. Heh.

Ada sekali tu, si perempuan ni tanya dekat kawan dia, mana satu Beckham? Padahal C. Ronaldo dah blah dah pun dari Manchester United. Nampak sangat tak ikut langsung perkembangan.

Tapi ada jugak yang true supporter. Tu semua dari pandangan aku lah. Aku cakap pasal team-team BPL saja. Team lain aku tak berapa kenal sangat perangai diorang. Kalau nak kutuk, silakan. Klik skali iklan Nuffnang aku sebagai tanda marah.

Sudah, besok aku test. Nak buat toyol sekarang.

Aug 20, 2009

.kepada chelsea fans

Selamat siang semua.

Janganlah berlagak sangat. Mari kita baca fakta season lepas dan season ni.

Mulakan dengan season lepas. Chelshit being humiliated by Manure 3-0. Liverpool menang kedua-dua game BPL menentang Chelshit. 2-0 dan 1-0. Chelshit juga kalah kepada TottenHAM 1-0 season lepas.

Jadi mari kita buat persamaan serentak.

Chelshit kalah ke atas TottenHAM 1-0. -1 markah untuk Chelshit. 1 markah TottenHAM.
Chelshit kalah ke atas Manure 3-0. -1 markah untuk Chelshit. 1 markah Manure.
Chelshit kalah dua kali ke atas Liverpool. -2 markah untuk Chelshit. 2 markah Liverpool.
Liverpool menang ke atas Manure dua kali. 2 markah untuk Liverpool. -2 untuk Manure.
Manure kalah ke atas Burnley 1-0. 1 markah Burnley, -1 Manure.
Liverpool kalah dengan TottenHAM 2-1. -1 Liverpool, +1 TottenHAM.

Mari kita tally result. Liverpool 3, Tottenham 2, Burnley 1, Manure -2, Chelshit -4.

Jadi adakah Chelshit lagi teruk dari semua? Haha kena kau sekali Paraxixth. Aku tak cakap pasal Chelsea pun tadi tetiba je drop Liverpool.

Oh, did i forgot to mention, Chelsea kalah dengan Lokomotiv Moscow awal season ni? Haih.

p/s : Fakta-fakta ini tidak boleh diguna pakai untuk semua acara rasmi. Harap maklum.

.man u memang hebat!

Selamat siang semua.

Burnley FC 1 Vs 0 Manchester United

Pundek-pundek yang kutuk macam babi aku haritu, kebanyakan penyokong Manchester United (Manure). Hari ni, meh aku pulak yang kutuk macam babi kat diorang. Tahniah. Team favourite korang memang hebat.

Kalah dengan Tottenham Hotspur memang memalukan hari tu. Tapi fakta yang kalah dengan Tottenham Hotspur yang tipped as salah satu force to be reckoned with season ni, masih boleh diterima walaupun agak memalukan.

Tapi macam mana dengan Manure? Burnley yang baru saja gain promotion last season boleh menang dengan Manure dengan sangat bergaya. Hanya kerana tiada Ronaldo, korang dah tak boleh main? Korang rindu dengan kaki licin si mamat metrosexual tu ke sampai tak boleh main dengan elok? Tolong jangan bagi alasan main away. Manure main home pun kalah jugak dengan Liverpool 4-1 season lepas.

Tactical yang sangat bergaya. Cantik betul Manure main semalam, memang berbaloi kalah.

Alex Ferguson dah boleh retire. Tak perlu buat speculation yang kau nak bersara pada akhir musim untuk hampir semua season-season lepas. Kali ni retire betul-betul. Bagi aku kau bukan lah legendary sangat.

Aku ada 4 team sahaja yang aku boleh tengok bola dalam BPL. Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham. 4 team ni takkan buat aku tertidur kebosanan macam Manure selalu main.

p/s : Aku suka musim bola. Bila tiada idea nak post apa boleh sembang pasal bola.

Apr 15, 2009

.final score

4-4. Kalah, tapi puas ati. Game smart gila. Adrenaline rush macam haram. Berdegup-degup jantung.

Ya, mari kutuk aku puas-puas.

.halftime

Sudah 2-0. Boleh jadi 3 tadi. Kalau kalah jugak, aku sangat puas hati dengan cara Liverpool main malam ni. Lucas perform, gile shit. Tak pernah-pernah.

Final score kejap lagi aku update lagi

Mar 15, 2009

.kalah teruk?

Selamat siang semua.

Kalau 1-0 aku boleh terima lagi, tapi 4-1? Come on la wey, lower teams can do better than that. Aku expect big game score pun bagus-bagus lah. Ni tak. Kalah teruk Man U.

Admit it, Liverpool memang terlalu kuat.

Man U hardcore cakap, still leading table. Aku peduli apa? Aku tak kesah pun kalau Man U menang title. Kualiti tu yang penting. Kalau takat balun pasukan bawahan, tapi dengan Big Four main macam haram, malu weh.

Sebelum match, kemain cakap. Yang Rooney lagi la, siap cakap benci Liverpool. Tu la. Belagak lagi. Dulu dah kalah dekat Anfield, sekarang dekat tempat yang kununnya sacred sangat-sangat dekat Theatre of Dreams pun kalah jugak? Malu sangat weh.

Kalau aku jadi Alex Ferguson, aku dah korek tanah sorok muka dalam tu.

"You Will Never Walk Alone"

Nak teman tak?

Mar 13, 2009

.lambat sikit

Selamat siang semua.

Gua bukan nak cakap apa lah. Lu tengok sendiri. Aku tak sempat tengok sebab tak larat sangat nak bangun pagi tu.


Amacam budak-budak Manchester United? Takot tak? Besok kita lawan kan?

Sep 14, 2008

.you will never walk alone

Selamat siang semua.

Seronok tengok bola tadi. Walaupun berbuka di mamak dengan penggunaan duit yang banyak hanya untuk sepinggan nasi dan seketul ayam, berbaloi.

Ditemani dengan segerombolan penyokong Manchester United, aku tenang. Aku yakin malam ni malam Liverpool. Kita Liverpool, kita skinhead, takda hal lah!

Ada Berbatov? Aku tak goyah. Lihat saja permainan Berbatov tadi. Seketika aku sangkakan dia tidak bermain. Mungkin dia sekadar ball picker saja di padang tadi.

Gol pertama dari Tevez, aku tenang. Baru 3 minit masa berlalu. Liverpool late picker. Pelan-pelan kayuh. Bukan main sorak depan mata aku bila Tevez score tadi. Aku cakap, tunggu. Bukan main lebar senyum mereka. Sampai ke telinga.

Van Der Sar? Kesilapan bodoh. Tiba giliran aku untuk sorak depan mata mereka.

Gol sendiri Brown dan cara permainan mereka sepanjang perlawanan sudah cukup buktikan season ini bukan season Manchester United.

Masuk Babel beberapa minit sudah cukup untuk score gol. Kawan-kawan yang seronok habis tadi terdiam. Aku melompat keseronokan. Kalau handphone aku ada loudspeaker besar serta amplifier, akan aku mainkan lagu Liverpool kuat-kuat.

Sebelum tamat masa, kawan-kawan aku tadi sudah beransur pulang. Aku kata tunggu, tidak diendahkan.

Rileks la bro, bola je kan. Apsal nak tarik muka? Siapa yang senyum lebar sampai ke telinga sekarang?

Your lips, my ass, they should meet.

Say hi to my ass.