Showing posts with label hipster tak ada unsur illuminati. Show all posts
Showing posts with label hipster tak ada unsur illuminati. Show all posts

Dec 9, 2010

.tafsiran hipster

Selamat siang semua.

Mungkin ramai yang tak tau hipster ni apa kan? Kau tau hipster ni pakai kasut pegi memancing, baju seluar serba serbi topman, dan pakai topi memancing. Salah sebenarnya. Oh, dan juga ada basikal fixie.




Ini aku dapat dari urbandictionary.



"Hipsters are a subculture of men and women typically in their 20's and 30's that value independent thinking, counter-culture, progressive politics, an appreciation of art and indie-rock, creativity, intelligence, and witty banter."



Kalau tak faham, apalah salahnya kita guna gugel translate ye dok? Rugi benar kalau teknologi tu ada tapi kita tak guna. Mari aku translatekan untuk korang dalam bahasa Melayu.



"Hipsters adalah subkultur laki-laki dan perempuan biasanya dalam mereka 20 dan 30-an bahawa berfikir nilai bebas, kontra-budaya, politik progresif, apresiasi seni dan indie-rock, kreativiti, kecerdasan, dan olok-olok jenaka."



Ya, olok-olok jenaka. Aku pun tak faham kenapa ayat belakang tu olok-olok jenaka. Cuba fahamkan aku please?

Anyway, aku saja nak cakap pasal hipster ni sebab kelmarin masa aku on the way balik dari Melaka, dekat RnR Rawang kitorang berhenti kejap untuk isi minyak. Oleh kerana perjalanan jauh non stop, dan ada peraturan keras dilarang merokok di dalam kereta, aku ambil peluang beratur nak isi minyak tu untuk refill kadar nikotina dalam badan yang semakin susut.

3 jam tanpa rokok, ibarat lelaki beristeri 10 tahun tak berkopulasi ya. Gersang ya amat!

Keluar dari kereta, aku dengan tenang keluarkan kotak rokok dari dalam kocek. Aku jeling ke dalam kotak, tinggal 2 batang. Aku keluarkan sebatang dan letak dekat bibir dan ketap rakus. Feeling ketap rokok dekat bibir sebelum bakar rokok adalah sangat matang. Rasa matang. Rasa macam pubis dah beruban.

Sebelum nyalakan rokok, aku pandang sekeliling. Kawasaan yang jauh dari orang ramai, dan jauh dari stesen minyak. Depan aku ada sebijik kereta nasional tempatan windshield tak pernah elok plet Penang. Aku bakar rokok. Sebelah kereta tu ada mamat hipster. Lengkap pakaian jenama Topman dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang bergaya habis. Muka pun ala-ala Andy Estranged. Aku tengok kagum.


Dia keluarkan tangan dari kocek.


Dia tujukan tangan dia ke muka.


Dia pilih jari paling besar dan letakkan betul-betul depan hidung.


Dia korek hidung secara membabi buta.


Dia masukkan hasil perlombongan ke dalam mulut.


Dia sendawa kekenyangan.



Rokok yang baru suku dibakar tu aku buang laju-laju. Aku berlari masuk ke dalam kereta. Aku kunci pintu. Jantung berdegup kencang. Muka aku terus jadi pucat lesu.