Ya, sekarang Joni sudah ada kekasih baru. Tak elok biarkan binatang tak ada pasangan lama-lama, manusia pun ada nafsu serakah, inikan pulak binatang. Kalau Jeni yang dulu jenis Salt and Pepper, kali ni warna baru pulak, Cinnamon.
Joni tak bagi upload gambar banyak, jeles katanya.
Setelah dibincang secara serius, kami namakan bini baru Joni sebagai Juli. Taknak lari dari nama yang mulakan dengan J. Buat masa ni segala aktiviti hubungan terlarang mengawan mereka terpaksa aku sekat sebab Juli kalau dikira dengan laymen's term, dia masih bawah umur.
Juli boleh jaga dara lama sikit, Joni pun tak kena sebat. Win-win situation.
Oleh kerana sekarang Joni tidak lagi menduda, so pada sesapa yang dah lama pasang angan-angan nak mintak nombor fon atau nak add BBM contact dia sila batalkan niat kau tu sekarang.



