Jun 5, 2008

.sigh

Selamat siang semua.

Hari ini minyak naik lagi 80 sen. Semalam berpusu-pusu orang menyerbu stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak full tank. Termasuk aku.Mereka isi lagi ke dalam botol-botol kosong yang berisi sedikit air dengan harapan untuk menjimatkan wang. Tanggapan mereka salah. Dengan adanya air setitis dua di dalam botol tersebut, maka bersedialah untuk meng-overhaul-kan kereta anda kerana grand valve anda akan terhakis oleh minyak bercampur air. Sudah, itu bukan isu nya sekarang.

Kerajaan berpendapat untuk mengurangkan bebanan kewangan negara,subsidi minyak akan dihapuskan. Ini akan menjadikan kerajaan lebih kaya berbillion ringgit.

Aku bukanlah orang politik, aku hanya penuntut universiti, tetapi aku rasa inilah masanya untuk aku speak up.

Kerajaan semakin miskin? Mungkin tidak sekiranya kerajaan tidak menghabiskan jutaan atau kemungkinan berbilion untuk digunakan untuk menghantar angkasawan ke angkasa hanya untuk melancong. Mungkin juga tidak akan menjadi miskin kerana menganjurkan pesta menarik pelancong seperti Champions Youth Cup dan International Regatta. Tiada hasil. Setakat menganjurkan pesta seperti ini untuk menarik pelancong, 2 Days of Freedom di Port Dickson sudah cukup. Pesta minum arak dan melayan lagu trance serta house oleh Tiesto sudah cukup. Melayu sudah tidak menjadi melayu. Lihat Zarina Ann-Julie dengan pakaiannya di sana. Melayu kan? Sedikit kekeliruan juga berlaku dalam diri aku samada dia melayu atau mamak. Maybe aku silap.

Tidak cukup dengan bebanan kerajaan menyeru (baca : mesti) rakyat memasang sistem tali pinggang keledar di tempat duduk belakang yang sudah tentu membebankan pengguna kereta lama dan pengguna miskin, harga minyak pula tidak disubsidikan.

Kurangkan harga minyak untuk tolong orang miskin kunun.

Harga minyak naik, harga barang naik. Maybe aku harus ke luar negara seperti Nigeria atau Djibouti untuk menikmati hidup. Aku tidak nampak kenikmatan hidup di Malaysia.

Atau Kerajaan mahu menjadikan Malaysia negara komunis?Semua orang harus sama rata. Kereta dan motorsikal tidak perlu ada di Malaysia. Semua harus menggunakan basikal untuk ke mana- mana.

Aku tidak sabar untuk tunggu 5 tahun lagi. Waktu itu aku ada hak untuk menentukan masa depan negara. Sekian saja aku berpolitik kali ini.

Habiskan duit untuk perkara yang tidak penting dan miskinkanlah lagi rakyat

May 14, 2008

.sorry blame it on me.

Selamat siang semua.

I used to like that song by Akon. Check that, i LOVE the song. It used to remind me of my wrongdoings.

But ever since my hate-filled feeling towards this friend of mine, I started to hate the song.

Kenapa?
1. Perangai dia
2. Dia main lagu tu di rumah setiap hari, sepanjang masa, repeatedly.
3. He only told all of us that he had scabis only when he's moving out of the house.

Mana boleh tahan.

May 13, 2008

.b.o.s.a.n.

Selamat siang semua.

Final baru abes. Kemarin to be exact. Overall ok la the questions was a bit easy except for math yang haram j susah gila. Aku tak tau la lulus ke tak untuk math ni, kalau lulus alhamdulillah kalau fail repeat lagi la paper haram j susah ni.

Currently at home, tido, makan dan jadi driver untuk mama. Mana dia nak pergi dia cakap and aku kena bawak dia. She's going for haji this season. Rasa-rasanya bulan 12 kut. Dia sekarang tengah bizi membuat persiapan untuk ke sana. Dia juga mengajak aku untuk pergi umrah tahun depan. Aku tak tau la nak pergi ke tak sebab aku belum sedia.

Abah punya batu nesan dengan kepuk dah siap pasang.

Belum sempat nak pergi tengok kubur dia and sedekahkan yasin and other ayat-ayat untuk makanan abah. Rindu abah sangat- sangat.

Dekat penang, hari-hari makan nasi putih + telur mata + sup kosong. Semalam aku order ketam goreng dengan ketam kari. Makan sorang semua. Nikmat dia tak tau la macam mana nak explain. Hari ini makan ikan curut goreng dengan sambal belacan. This dish is my favourite and mama's specialty. Susah nak cari sambal belacan sesedap ni.

Except for all those things, aku rasa bosan sangat- sangat sebab kawan- kawan semua tak ada. Tak ada kawan untuk gelak-gelak. Sunyi. Kalau kat penang pukul 2pagi macam baru pukul lapan semua tak tidur lagi tapi kat sini aku tidur pukul 11malam. Bosan sangat-sangat. 17hb ni balik penang untuk short course.

Doakan aku lulus math!