May 31, 2010

.petanda yang ditinggalkan oleh penunggu rumah [edisi 2]

Selamat siang semua.

Dulu aku ada buat entri pasal petanda yang ditinggalkan oleh penunggu rumah dekat rumah sewa aku. Kalau kau rasa rajin nak baca boleh kelik sini.

Kali ni ada lagi yang dia tinggalkan, tapi bukan dekat rumah aku. Kali ni dia target rumah sewa kawan aku pulak. Aku ni dalam berani tak berani saja tunjuk petanda tu dekat sini.

Gila kau, ingat tak takut ke dia kacau tengah-tengah malam? Cuba bayangkan kau tengah sakit perut nak berak malam-malam, lepas bukak lampu jamban terus kau nampak benda tu? Kalau aku sanggup pergi berak depan rumah lagi, dari kena tahan mata dari melihat penunggu tu.

Benda-benda macam ni bukan boleh buat main. Aku dengar orang boleh jadi gila sebab kena kacau dengan benda-benda ghaib ni. Aku mula-mula dengar cerita diorang je dan tak percaya, tapi lepas merasa sendiri baru aku tau.

Tu la, orang kata jangan cakap besar.



Mari kita singkap balik apa yang dia tulis, supaya senang pada siapa yang rabun untuk baca dengan lebih jelas.

"Melancap memang sedap & best...
Lagi best melancap dalam tandas yang bersih.
Rajin-rajin lah cuci tandas. he. he."

Itulah apa yang ditulis oleh penunggu rumah tersebut. Dilihat penunggu cuba untuk bermesra dengan isi rumah dengan meletakkan ayat gelak comel di bahagian hujung ayat. Mungkin penyedap bicara mungkin.

Petanda di atas bukan setakat tu saja. Aku nampak ada tulisan kecil di bawah ayat penunggu tersebut. Aku fikir mungkin untuk beri penjelasan tentang siapa dia.

"Penulis adalah seorang yang bergiat cergas dalam aktiviti seperti diatas. Oleh itu berhati-hatilah anda semasa melakukannya."

Bila difikirkan balik, betul juga apa dia cakap. Mana syok melancap dekat tandas yang busuk. Nak buang air money (baca: air duit) pun rasa sayang, sebab jatuh dekat tempat yang tak elok. Heh.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

May 30, 2010

.konversasi dengan pakar fesyen

Selamat siang semua.

Budak rumah ni sorang memang kuat berfesyen. Kalau duduk rumah mesti bukak Youtube tengok video-video fesyen. Paling faveret dia tengok collection Victoria's Secret Fashion Show. Dia tengok kerana fesyen. Kami pun turut sama tengok. Tapi niat langsung tak sama dengan dia. Apa barang tengok fashion bra dan panties yang entah apa-apa tu, baik tengok apa isi dalam tu.

Mana tau, untung-untung dapat inti kacang. Paling barai pun dapat inti kaya.


Dan majalah kesukaan dia ialah Glam Edisi Malaysia. Memang cukup glam dengan fesyen gadis-gadis urban masakini. Kadang-kadang boleh juling mata jugak tengok pakaian gadis urban ni. Untung aku ni iman masih teguh lagi.

Jadi dalam majalah memang tak sah kalau tak ada iklan kan? Aku cukup suka tengok kawan aku sorang ni pronounce jenama-jenama tersohor luar negara.

"Kerol, macam mana nak sebut ni?", sambil tunjuk dekat iklan Yves Saint Laurent.

"Yves sain leuren", sahut dia sambil peng-tanwin-kan Laurent.

"Ni pulak apa?", tanya aku lagi sambil tunjuk iklan jenama Versace.

"Versacheh", jawab dia dengan nada bersahaja campur marah. Ini benda biasa bagi dia. Tanya macam ni serupa hina dia.


"Ok last-last. Yang ni macam mana lak nak sebut?", tanya aku sambil tunjuk iklan perfume BVLGARI. Aku tak tanya macam mana nak sebut bvlgari, tapi macam mana nak sebut specific product yang bvlgari keluarkan.


"Sisli Beau la, takkan tak reti baca! Ni produk baru. Aku baru tengok produk ni haritu.", jawab dia dengan nada yang sangat marah. Mungkin mengganggu konsentrasi dia nak mendalami dunia fashion design ni.


Dan oleh kerana dalamnya ilmu fesyen yang terbuku di kepala otak dia, aku akur.






Aku biarkan dia sendirian dan berlalu pergi sambil senyum nipis terkenangkan perfume Bvlgari yang ber-tagline-kan Seasli Bau. Seasli Bau ni bahasa Melayu, tapi kalau ilmu fesyen tinggi sangat, dia boleh bermutasi menjadi Sisli Beau.

May 28, 2010

.mengagumi kebesaran tuhan

Selamat siang semua.

Rajah 1 : Gambar bukan rekaan semata-mata.

Bukit Broga : 28 May 2010

Naik sebelum subuh, pulang selepas matahari terbit.

Curam dia susah nak cakap, tapi kalau Aril AF panjat, mesti shuffle tak henti-henti sebab tergelincir.

Member aku naik berat dia 90kg, turun jadi 45kg.

Ada 3 puncak. Puncak yang kedua adalah yang terbaik untuk tengok matahari terbit.

Untuk orang-orang yang masih belum nak insaf-insaf, yakni yang selalu melucah, yakni Berd Ustak Terpesong, Takamine Tanbi (gabungan setan dan babi) dan Ian Kuppusamy aku nasihatkan sila pergi. Mana tahu, anda mungkin dapat hidayah di sana.

Itupun kalau mata kau boleh tahan dari melihat gadis-gadis amoi Universiti Nottingham yang hanya bershort pants dan bersinglet naik Bukit Broga secara berjemaah.

Lagi gambar nanti aku upload dekat Facebook.