Sep 30, 2009
.kita kasi gegar semua
Tadi, tengah sedap-sedap aku layan rokok, aku rasa semacam, rasa macam pening-pening. Rasa terhuyung hayang. Heh. Aku dah agak dah. Rokok Sampoerna Menthol seludup ni memang mempunyai sejenis dadah dalam dia, boleh buat khayal. Ramai orang cakap, mula-mula aku tak percaya sangat. Sekarang baru aku percaya.
Makin lama makin aku rasa pening. Lagi huyung hayang. Padahal port baik punya atas bantal atas katil. Agak-agak la layan sangat dadah dalam rokok ni sampai makin lama lagi huyung hayang. Dadah jenis mahal ni.
Aku jeling tepi. Ada bekas air Milo yang aku minum tadi. Dah ada semut sekor dua. Aku tengok air pun macam berkocak-kocak. Pelik betul. Terus aku teringat kisah kat Penang dulu. Teringat zaman berlari-lari anak turun tangga sebab takut bangunan runtuh. Air dalam akuarium yang tak ada ikan tu berkocak gila babi.
Aku dah tak fikir apa dah. Aku bukak tingkap, tengok orang semua dah sebok turun tangga. Sah, gempa. Anggapan Sampoerna seludup tu ada dadah aku dah betulkan balik. Aku bukan pening sebab dadah, tapi sebab pangsapuri (baca : flat murahan) tu gegar sebab efek dari gempa bumi dekat Sumatera.
Dulu masa dekat Penang, dia bagi cuti. Aku dapat rasakan esok sini pun cuti macam dulu. Alasan nak check bangunan kalau-kalau ada rekahan.
Makcik-makcik mengumpat dan pakcik-pakcik suka jaga tepi kain orang kelam kabut turun tangga. Jatuh aku tepuk tangan. Heh.
Lagi info pasal gempa tadi dekat sini. Aku rasa ada tsunami alert kot.
Apa jadi dekat rokok Sampoerna seludup tu? Dah selamat memenuhi ruang rongga paru-paru aku.
Apa barang paru-paru putih. Hitam la bagus. Susah nak nampak kotor.
Apa lagi semua, jom kita mandi pantai malam ni. Bawak semua baju dengan makanan. Kita buat open house tepi pantai. Aku bawak semprit, eat all you can.
Tapi, jangan lupa tulis wasiat dulu.
Sep 29, 2009
.jemputan rumah terbuka, makan banyak-banyak
Hari ni aku ada dapat dua jemputan ke majlis rumah terbuka untuk minggu ni. Biasa lah baru lepas raya kan. Semua sibuk nak buat open house. Nak tunjuk sofa baru, langsir baru, katil baru. Aku nak jemput korang sekali ni.
Jemputan pertama datang dari Lecturer subjek Report Writing. Bertempat di dewan peperiksaan tingkat 6 fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam, pukul 8 malam hari Rabu. Barang-barang yang perlu dibawa adalah toyol, alat tulis dan beberapa helai kertas kosong. Eat all you can.
Jemputan kedua datang dari Lecturer subjek Building Services. Bertempat di dewan peperiksaan tingkat 4 fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam, pukul 10 pagi hari Sabtu. Barang-barang yang perlu dibawa adalah toyol, alat tulis dan beberapa helai kertas kosong. Eat all you can.
Sapa-sapa nak join, kontek aku. Standing invitation ni. Pengangkutan sendiri. Jangan risasu, semprit maybe disediakan tuan rumah.
Cibai. Raya-raya baru sebok nak buat test.
Aku ingat nak pakai baju melayu la buat test nanti. Siap lengkap sampin, songkok, capal.
Sep 28, 2009
.entry separa berlagak
Aku baru beli Lumix LX3. Memang puas hati ah. Merayau satu KL cari the best price, walaupun tak dapat yang paling murah sebab stok baru habis beberapa jam sebelum aku sampai. Sangat berbaloi, sangat puas hati.
First time aku tengok camera ni kat internet, aku dah terpaku. Sebab apa? Sebab lens dia guna Leica beb. Kalau Leica betul harga dah dekat RM15k ke atas. Review dari pro photographer semua cakap kamera ni bagus. Prosumer yang sangat in demand sekarang. Kalau DSLR tu duduk kat atas dan Consumer Camera kat bawah, dia ni duduk tengah-tengah. Lebih sikit ke DSLR lah.
Dari KL Sentral ke Pudu Plaza ke Imbi ke Sungai Wang ke Low Yat, semua aku explore habis. Mula-mula budget dalam bawah rm1700, jumpa yang lagi bawah dari tu memang aku angkat terus ah. Sekali tengok price range dia lagi la kurang dari budget aku tu. Nasib baik tak beli dekat Ipoh haritu. Heh.
Maaf lah, gambar pertama. Sangat hodoh. Masih godek-godek lagi cara guna.
Btw kamera bukan bergantung pada berapa megapixel dia ada. Dia bergantung pada jenis lens dan sensor dia. Kau ada kamera 60MP pun tak guna kalau lens dan sensor kau buatan gombak. Heh.
"Wa Ingat Nak Stim Tapi Orang Nampak"
"Dunia aku"
"Mencarut pada dinding. Gila meroyan."
"Dunia aku versi 2."
"Tak ada kesan air liur atau air mani kan? Aku tido sopan beb!"
Banyak guna macro shots, yang lain belum reti lagi. Nanti dah ok aku try gambar style lain pulak.
Sila lah komen ye, saya noob lagi ni.
Highlight paling best aku masa nak beli Lumix LX3 ni semalam adalah masa dalam tren. Duduk sebelah bangla yang muka macam tak mandi berhari-hari, dengan seluar bau hancing, dengan bau ketiak tahap celup lombong ikan semua timbul. Serius aku tak tahan. Nak gerak tak leh tren pack sangat.
Sep 26, 2009
.pengalaman naik bas macam zoo
Best apa kalau naik bas ke Shah Alam guna bas lama. Bus memang lah Plusliner, tapi kalau dah tahun gajah, dia akan buat bunyi pelik-pelik.
Bila bas tu lalu kawasan bumpy-bumpy, bunyi anak ayam keluar. Bila lalu jalan corner, keluar bunyi burung. Bunyi enjin macam harimau mengaum. Walaupun bunyi harimau mengaum, jangan sangka bas tu jalan laju macam Nissan Skyline, macam Subaru Impreza. Dia slow motion je, slow and steady, sampai naik menyampah tunggu lama dalam bas.
Seriously, rasa macam dekat zoo.
Teringat ayam itik dekat kampung. Macam mana la diorang agaknya. Ntah makan minum ada orang jaga ke tak. Heh.
Aku sudah di Shah Alam. Joni sudah bersama miszluna. Baru sampai dah rindu diorang berdua. Haih.
Besok aku nak ke Lowyat. Aku nak survey camera Lumix LX3 yang diidam-idamkan. Ada sapa-sapa nak ikut? Tambang tanggung sendiri.
Sep 24, 2009
.boncet montek sengkak kembong
Sep 22, 2009
.iklan sikit
Tol = RM10
Petrol = RM20
Singgah minum = RM5
Semprit di atas menu = Priceless
Sep 19, 2009
.entry meminta maaf secara ikhlas tak ikhlas
Apa macam berbuka tadi? Puas? Kenyang dapat makan sama dengan famili? Seronok kan, makan kenyang-kenyang tak payah keluar satu sen pun. Heh.
Aku baru balik dari berbuka di Restoran Nasi Padang Simpang Tiga. Ntah ayam ape tah, tak silap aku ayam pop. Tak pasti pop rock ke popia ke pop yeh yeh ke.
So berbuka tadi kira berbuka last untuk melengkap puasa tahun ni. Ada ke yang berjaya kuruskan badan? Aku rasa tak ada. Dah puasa, tapi berbuka melantak macam tak ada hari esok, memang lah.
Ok lah, dengan titah baginda, aku mengisytiharkan yang aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni (aku bukan cakap korang tak seberapa, aku cakap blog aku ni). Aku nak mintak maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung hati, terguris perasaan, termakan hati, terjentik testis, tercubit skrotum, tertarik tali bra, terkentut, terkencing, terberak, terbaling mercun dekat semua pembaca blog ni. Kadang-kadang aku tak sedar apa yang aku cakap tu buat korang terasa. Manusia mana ada yang perfect kan.
Aku mintak maaf. Straight from my heart. Jujur.
Halalkan makan minum. Halalkan ilmu entry-entry korang. Halalkan sadakah nuffnang kau tu.
Kita cuci segala salah dan silap antara kita, then lepas ni kita bukak buku baru k?
Makan tu berpada lah. Banyak lagi rumah nak lawat. Takkan kau nak berak dekat rumah orang kan? Gila tak ada feel. Tak best cepelum cepelum. Haha.
Selamat Hari Raya Aidilfitri edisi 2009, Minal Idil Wal Faizin.
Sori tak ada gambar comel-comel atau gambar sendiri sebagai kad raya. Aku tak reti nak guna photoshop.
Senang-senang jemput datang rumah. Tak tau direction sila Google Earth.
Sayu-sayu aku dengar takbir, teringat Encik Ariffin :`(
Aku lalu masjid tadi, tak ada pun orang terawih. Malas betul diorang ni. Mentang-mentang dah ada lemang depan mata. Heh.
Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum wbt.
.entry kedua last sebelum raya
Habis-habis main dota tadi aku balik rumah terus selongkar almari. Aku cari baju melayu. Ya aku dah decide tak beli baju melayu pun tahun ni. Malas, dan tak ada kewangan yang kukuh untuk belanja sakan.
Aku jumpa baju 2 tahun lepas. Warna merah. Masih elok tanpa lubang di celah kangkang dan di bahagian bontot. Paling penting kocek dia mesti tak ada lubang, senang aku nak letak sampul duit raya. Songkok, aku tepuk-tepuk sikit songkok zaman sekolah teknik dulu, dah nampak baru. Sampin, tak payah. Susah nak kencing dan berak. Butang baju melayu, aku kumpul yang lama punya dan cabut manik-manik yang ada, untuk bagi nampak sama. Capal? Lagi tak payah. Pakai selipar jepun je. Beli yang cantik-cantik pun nanti kena curi jugak masa semayang raya.
Heh kedekut betul aku tahun ni.
Aku bukan perempuan nak beraya sakan. Tak payah baju sampai berpasang-pasang. Nanti baju banyak-banyak pun pakai untuk satu hari je.
Aku dah ready untuk raya. Subuh raya nanti aku mandi wajib lah, dun wori.
Harap-harap duit raya kali ni bertambah banyak. Boleh aku angkat DSLR satu. Haha.
Sep 18, 2009
.jemputan khas aktiviti sebelum raya
Sep 16, 2009
.budak kecik ni boleh buat aku gila hari-hari
Geram betul aku dengan si monyet ni. Tadi dia tengah makan, then bila aku datang, dia berenti makan, buat muka terkejut, then cepat-cepat lari masuk rumah. Dalam rumah sambung makan. Dengar bunyi krup-krup. Bila angkat, mula buat muka marah. Sikit-sikit touching. Rasa nak cubit-cubit!
Perosak bantal. Kalau korang tengok dia buat benda pelik-pelik, tu nama dia self annointing. Kalau tak tau self annointing tu, meh aku ajar sikit.
Self-annointing is a distinctly hedgehoggy behavior. When a hedgehog encounters a new smell in the environment, it often reacts by licking or chewing on the source of the smell, frothing up a lather in the mouth, then making the most amazing contortions to spread the lather on the forequills, back, etc...!
No one is completely sure why hedgehogs do this. Some theorize that it allows them to blend their scent with the environment, thus helping to hide from predators. However, this doesn't necessarily make sense if you consider that it's usually unusual smells that they annoint with. Some say that they do it to spread potential poisons on the quills, to make themselves more toxic to predators. There's some published lab research that showed that hedgies given toxic marine toads to annoint with went for the poison gland and annointed with the toxins (they do have a remarkable tolerance for neurotoxins), but most things in their environment aren't toxic. Certainly, marine toads aren't part of their natural environment! A third theory suggests that new scents overload the scent receptors and they annoint to clear the neurons. Hmm. That sounds weird, too.
Joni ni kalau ada benda bau pelik-pelik, mesti dia buat self annointing.Aku nak belikan dia baju raya la. Raya pertama bersama.
.boleh tak?
Boleh tak jangan pasang takbir raya sebelum tamat Ramadhan? Aku kesian. Aku kesian Encik Ariffin menangis, aku kesian Atuk-atuk aku menangis, aku kesian Opah aku menangis, aku kesian Pakcik Makcik aku menangis, aku kesian semua orang yang dah meninggal menangis. Bagi la mereka berehat dulu. Bulan Ramadhan masa diorang semua nak berehat.
Tolong jangan bagi mereka tak senang duduk.
Haritu, ada Cina kedai sial tak tahu apa-apa pasang takbir raya. Aku sound. Buat muka tak endah. Takpe lagi, dia orang Cina. Tapi ni Melayu. Aku tau kau excited nak sambut raya, tapi tolonglah, pasang la lagu lain. Lagu Hail Amir ada, lagu Rafeah Buang ada, lagu Anuar Zain ada. Kalau kau nak, bagitau, aku ada satu folder penuh semua lagu raya. Ambil semua, free.
Tapi tolong lah, jangan pasang takbir raya. Kalau kau di tempat mereka, baru kau tau. Baru menangis kau teresak-esak.
Please, aku mintak tolong ni.
Sep 15, 2009
.haih
Relationships, well sigmund, relationships are so fragile.
It just takes one thing, one tiny little offence, and it can snowball on you.
And if that snowball starts to pick up speed, God forbid, you had better be ready because it just might eat you down.
.aku hilang teruna malam ni
Sep 14, 2009
.raya?
Semalam Puan Hamizah call untuk tanya khabar. Rindu gamaknye si tua tu. Aku rindu jugak, tapi tak ada kredit, dan malas nak call nanti kena nag je sepanjang conversation nanti.
Aku dapat tahu dia beli sofa baru. Semangat la tuh nak beraya kali ni. Dia dah get over Encik Ariffin sadness kot. Aku dapat tahu stok kuih semprit dah sampai kat umah. Ni yang buat aku tak sabar nak balik ni.
Semprit, semprit, semprit, semprit. Aku rasa tak ada kuih lain yang boleh lawan kesedapan dia. Ok lah, ada. Kuih tart, tapi still tak boleh menang dengan semprit.
Orang lain dah balik, aku tercongok kat sini lagi habiskan sisa-sisa berpuasa di rumah bosan ini. Hari-hari rutin harian sama. Param yang sama, makan makanan sama di gerai yang sama,minum air sama di gerai yang sama. Sekarang baru aku tau macam mana Joni rasa hari-hari aku bagi dia makanan sama.
Aku dah mula rindu masakan berbuka restoran-restoran di Ipoh. Aku rindu nak makan Laicikang panas di kedai Ah Seng, rindu makan popia SS Ali kat TKK. Aku rindu nak makan kote aw goreng basah Kosiswa tepi sungai kinta. Aku rindu nak makan sup fishball bulat pagi-pagi tepi stadium, dan yang paling aku rindu nak makan laksa Kedah.
Aku rindu kakak aku belanja makan fancy-fancy. Makan free beb!
Paraxixth, raya ni apa plan? Barbeku muntah jom!
Sep 12, 2009
.mercun
Dekat sini, main mercun la benda yang paling tak bes. Letup sekali, 10 bijik kereta bunyi alarm. Macam haram. Tak boleh bising langsung. Baik aku main mercun pop-pop. Itu pun aku rasa kemungkinan motor beralarm tu nak menjerit tinggi.
Haih.
Tengok bola lagi bagus.
.makan macam setan
Seronok betul berbuka sorang-sorang. Tak ada siapa nak pow rokok. Semua aku punya. Hari ni hanya berbuka dengan nasi paprik dengan air jambu 88. Terbaik lah.
Aku malas nak merayau lama-lama dalam param. Tak ada yang menarik pun. Semua ada je yang tak kena. Kalau kau nak makan kuih tapi rasa macam sampah, berbaloi ke kau beli? Daripada aku makan sampah baik aku makan rokok. Kurang-kurang tembakau sisa boleh kompos.
Jadi sampai-sampai aku terus ke corner favourite aku yang ada jual air dan makanan sekali, terus beli dan balik.
Tak ada sapa-sapa nak judge me for eating a lot tapi badan masih tak naik-naik walau segram pun.
"Kau makan macam gajah, tapi badan tak naik-naik jugak"
"Setan dalam perut tu banyak sangat. Kau makan je dia trus makan makanan tu. Tu sebab kau cepat lapar"
"Makan tak baca bismillah, memang ah"
"Kau ni perut apa sial makan tak kenyang-kenyang?"
Perut aku, suka hati aku lah. Janji aku hepi tak usik kepala kote kau cukup la.
Tinggal seminggu lagi nak raya. Aku tak buat apa-apa persiapan untuk beraya pun. Malas. Setiap tahun masih perasaan yang sama. Bosan sebab Encik Ariffin tak ada untuk meriahkan suasana. Nak beraya rumah orang pun segan.
Nak beli baju melayu ke tak? Baju tahun lepas elok lagi. Pakai untuk sehari je. Tak ada nye sedara mara perasan aku pakai baju sama. Tukar butang baju melayu warna lain, dah nampak lain kan? Heh.
Bayar zakat fitrah oi.
Sep 10, 2009
.tetek?
Hari ni, ada orang Singapore cari keyword 'Tetek' dan jumpa blog I. Orang Singapore dah pandai bahasa Melayu eh? Siap cari tetek pulak tu.
I dah berjaya meluaskan fanbase aku hingga ke Singapore. Famous jugak blog I ni kan.
Terima kasih daun keladi, nak tetek datang lah lagi.
.mabok di bulan puasa
There is nothing more satisfying than winding up the day with eating lots of delicious food, replenish the energy on sleeping after berbuka, then wasting all the energy obtained by playing futsal.
Main macam orang mabuk. Sepak entah ke mana, rembat entah ke mana, pass entah ke mana. Kunun letih puasa.
Really glad that I have finished all the tests. Walaupun semua test buat macam haram, tak kesah pun, janji habis. Siapa boleh tahan kalau setiap minggu ada test. Core subjects pulak tu. Boleh jadi gila. Lecturer semua mabuk, bulan-bulan puasa semua sebok pakat buat test. Hari kelas pulak tu.
Internet masih mengecewakan. Macam mana nak torrent video porno kalau nak bukak google search page pun ambil masa 40 saat. Michael Lai pundek.
Dah, aku nak sahur. Makan mewah lagi.
Jangan jeles.
Sep 4, 2009
.mengidam
Admit it, setiap kali bulan puasa, semua orang akan jadi macam orang mengandung. Macam-macam mengidam. Tak ada yang terkecuali. Aku pun termasuk. Jadi penuh lah param(pasar ramadhan) di waktu petang-petang sampai kau nak jalan semeter pun ambil masa 10minit.
Kuih memang banyak, tapi semua korap. Rasa macam sampah. Mana tak, orang nak berniaga dia pun sebok nak jugak. Gula entah ke mana, garam ke mana. Janji untung. Yang jadi mangsa pembeli la. Excited dah dapat beli kuih tepung pelita, bila makan rasa macam pizza. Kan kecewa macam tu.
Sesak, panas, letih, dahaga. Kombinasi yang baik. Tak termasuk mata-mata nakal yang waktu bulan puasa pun tak reti nak cuti pandang gadis-gadis comel dan seksi. Diorang pun satu, nak pergi param pakai taknak kalah dengan mini shorts dan spaghetti. Suka tambah dosa sendiri, tak cukup tambah dosa orang lain lagi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Besok aku ke Kuantan. Ada sapa-sapa nak bagi aku tumpang tidur?
Sep 2, 2009
.terima kasih abang michael lai
Aku dapat e-mail ni sejak 3 hari lepas. E-mail dari CEO P1 tu. Bangga habis, rasa appreciated. Excited bukak, baca pelan-pelan. Ni isi kandungan dia.
Good Day Valued P1 W1MAX Subscriber,
As we celebrate our first anniversary this month, we would like to firstly thank you for being a P1 W1MAX customer and putting your trust in P1. You are amongst over 80,000 P1 W1MAX subscribers who have made P1 one of the leading WiMAX telcos in the world!
As we progress forward to becoming one of the most admired companies in terms of service quality, customer service and brand value, we acknowledge that continuous improvements are necessary as more and more people come on board the P1 W1MAX bandwagon.
I am aware that of late, some of our subscribers have been experiencing difficulties and delays with our P1 Customer CareLine and the P1 W1MAX service.
These intermittent service difficulties are the result of high traffic due to overwhelming public interest in the P1 W1MAX service. We understand that the service may, at times, be not consistent and we convey our apologies for this. As a company that has your best interest at heart, we are working around the clock to ensure that a consistently high level of service excellence is delivered to you.
To achieve this, we are working on the following:
1. 1. The successful seamless integration of multi-WiMAX networks into one:
P1 is amongst the very first WiMAX operators in the world to have successfully integrated multi-WiMAX networks into one to deliver the best broadband performance to you.
2. 2. Continuously optimizing the network architecture as we expand our coverage to enhance the multi-WiMAX network advantage:
Our engineers are continuously improving and optimizing the P1 W1MAX network architecture to ensure optimum connections. This continuous effort will increase network stability and performance to more users as we continue to grow Malaysia’s largest WiMAX network.
3. 3. Upgrading of the P1 Customer CareLine
We are also aware that our CareLine service may at times, not be at its optimum. To address this, we are in the process of upgrading our P1 Customer CareLine to handle more customers and subscribers, faster. We are confident that this exercise will be completed by November 2009 if not sooner. In the interim, we urge you to please bear with us.
Once again, we truly appreciate your kind patience and understanding.
Please continue to provide us with your feedback so that we can serve you better.
Last but not least, I would like to wish all our Muslim customers a blessed Ramadhan ahead and selamat berpuasa.
Towards broadband for all,
Michael Lai
Chief Executive Officer
Aku pasti bukan dia yang tulis, mesti macai-macai dia yang tulis. Ayat kemain manis, siap wish selamat menyambut ramadhan lagi. Palotak dia, puasa tak pernah suka hati nak wish-wish.
Internet merangkak-rangkak macam siput. Tu aku malas nak update blog tu.
Semalam dengan hari ni koneksi internet aku macam cibai. Nak bukak google search pun berejam. Babi betul.
Michael Lai pundek.