Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Oct 21, 2009

.sigh

#Hela nafas panjang.












It's ok.











So I guess that's the end of our story?

Sep 26, 2009

.pengalaman naik bas macam zoo

Selamat siang semua.

Best apa kalau naik bas ke Shah Alam guna bas lama. Bus memang lah Plusliner, tapi kalau dah tahun gajah, dia akan buat bunyi pelik-pelik.

Bila bas tu lalu kawasan bumpy-bumpy, bunyi anak ayam keluar. Bila lalu jalan corner, keluar bunyi burung. Bunyi enjin macam harimau mengaum. Walaupun bunyi harimau mengaum, jangan sangka bas tu jalan laju macam Nissan Skyline, macam Subaru Impreza. Dia slow motion je, slow and steady, sampai naik menyampah tunggu lama dalam bas.

Seriously, rasa macam dekat zoo.

Teringat ayam itik dekat kampung. Macam mana la diorang agaknya. Ntah makan minum ada orang jaga ke tak. Heh.

Aku sudah di Shah Alam. Joni sudah bersama miszluna. Baru sampai dah rindu diorang berdua. Haih.

Besok aku nak ke Lowyat. Aku nak survey camera Lumix LX3 yang diidam-idamkan. Ada sapa-sapa nak ikut? Tambang tanggung sendiri.

Sep 19, 2009

.entry meminta maaf secara ikhlas tak ikhlas

Selamat siang semua.

Apa macam berbuka tadi? Puas? Kenyang dapat makan sama dengan famili? Seronok kan, makan kenyang-kenyang tak payah keluar satu sen pun. Heh.

Aku baru balik dari berbuka di Restoran Nasi Padang Simpang Tiga. Ntah ayam ape tah, tak silap aku ayam pop. Tak pasti pop rock ke popia ke pop yeh yeh ke.

So berbuka tadi kira berbuka last untuk melengkap puasa tahun ni. Ada ke yang berjaya kuruskan badan? Aku rasa tak ada. Dah puasa, tapi berbuka melantak macam tak ada hari esok, memang lah.

Ok lah, dengan titah baginda, aku mengisytiharkan yang aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni (aku bukan cakap korang tak seberapa, aku cakap blog aku ni). Aku nak mintak maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung hati, terguris perasaan, termakan hati, terjentik testis, tercubit skrotum, tertarik tali bra, terkentut, terkencing, terberak, terbaling mercun dekat semua pembaca blog ni. Kadang-kadang aku tak sedar apa yang aku cakap tu buat korang terasa. Manusia mana ada yang perfect kan.

Aku mintak maaf. Straight from my heart. Jujur.

Halalkan makan minum. Halalkan ilmu entry-entry korang. Halalkan sadakah nuffnang kau tu.

Kita cuci segala salah dan silap antara kita, then lepas ni kita bukak buku baru k?

Makan tu berpada lah. Banyak lagi rumah nak lawat. Takkan kau nak berak dekat rumah orang kan? Gila tak ada feel. Tak best cepelum cepelum. Haha.

Selamat Hari Raya Aidilfitri edisi 2009, Minal Idil Wal Faizin.

Sori tak ada gambar comel-comel atau gambar sendiri sebagai kad raya. Aku tak reti nak guna photoshop.

Senang-senang jemput datang rumah. Tak tau direction sila Google Earth.

Sayu-sayu aku dengar takbir, teringat Encik Ariffin :`(

Aku lalu masjid tadi, tak ada pun orang terawih. Malas betul diorang ni. Mentang-mentang dah ada lemang depan mata. Heh.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum wbt.

Sep 16, 2009

.boleh tak?

Selamat siang semua.

Boleh tak jangan pasang takbir raya sebelum tamat Ramadhan? Aku kesian. Aku kesian Encik Ariffin menangis, aku kesian Atuk-atuk aku menangis, aku kesian Opah aku menangis, aku kesian Pakcik Makcik aku menangis, aku kesian semua orang yang dah meninggal menangis. Bagi la mereka berehat dulu. Bulan Ramadhan masa diorang semua nak berehat.

Tolong jangan bagi mereka tak senang duduk.

Haritu, ada Cina kedai sial tak tahu apa-apa pasang takbir raya. Aku sound. Buat muka tak endah. Takpe lagi, dia orang Cina. Tapi ni Melayu. Aku tau kau excited nak sambut raya, tapi tolonglah, pasang la lagu lain. Lagu Hail Amir ada, lagu Rafeah Buang ada, lagu Anuar Zain ada. Kalau kau nak, bagitau, aku ada satu folder penuh semua lagu raya. Ambil semua, free.

Tapi tolong lah, jangan pasang takbir raya. Kalau kau di tempat mereka, baru kau tau. Baru menangis kau teresak-esak.

Please, aku mintak tolong ni.

Aug 8, 2009

.tiada lagi

Sudah 6 hari dia bersama aku. Tapi hari ini dia tiada lagi. Tiada lagi keturunan Jeni. Tapi dalam 6 hari ini dia banyak menggembirakan aku dengan keclumsinessan dia. Tapi takpe, aku masih berpuas hati sebab aku berjaya jaga dia sampai 6 hari, walaupun peratusan untuk hidup jika tiada ibu sangatlah tipis.

RIP JENI DAN SEMUA BABYNYA.

Aug 5, 2009

.3 days and counting

Selamat siang semua.

He/She 's been holding on since the day before. No sign of weakness or any health problem ever since the first milk I gave him/her.


Currently feeding him/her on 3-4 hour interval of milk or when she cries. Getting the syringe was hard enough. I had to scour every place in Shah Alam to buy the syringe. The clinic would not sell me the syringe, and after begging and promising I would not use it to abuse drugs, she finally sold it to me.


He/She likes my tummy so much. I think its because of the heat generated from my body. When he/she cries for his/her mom, I immediately pick her up and place him/her on my tummy, and he/she stops crying. All of this makes me very sad, considering he/she really needs her mom everytime. I can't do that with the class and all.

I'm just hoping for the best that he/she would make it through the first week. I still cant figute out the sex of the baby yet because it looks the same.

If the sex is female, thinking of naming her Jeni Jr.

Huda with Jeni 3 days prior to her death.

I miss Jeni. I miss how she would nibble on my hand when I pick her up. I miss how she woke up hearing her food bowl is filled up. I miss how she would make clicking sound when I pick her up, knowing that that sign means she felt safe in my hand.

Jeni after her death. Notice how her face looks very sad and the eyes makes me want to weep.

Don't be naughty up there. You know that I will never ever erase you from my heart.
I Love You.

Jun 20, 2009

.apa yang paling seronok bila tengah down?

Selamat siang semua.

Aku tak dapat degree. Untuk mana-mana universiti pun. Rasa macam bodoh piang yang amat. Sia-sia aku belajar betul-betul untuk dapat sambung belajar degree. Orang kata jangan menaruh harapan tinggi sangat, nanti kecewa. Right back at you.

Kecewa yang teramat sangat. Haih.

Jadi masa-masa kecewa macam ni, dengan tak ada Joni dan Huda di sisi, apa benda yang paling seronok dibuat?

Ini.


Aku dah crossed quit smoking dari want list aku dan digantikan dengan Canon EOS 400D. Aku tengok ramai orang pakai camera ni dan memberikan hasil yang sangat-sangat memberansangkan. Lomo? Mungkin tidak buat masa ni. Banyak pakai duit Lomo ni.

Aku harap sangat rayuan aku dapat. Aku tak nak kerja Tesco sampai ke tua.

May 21, 2009

Selamat siang semua.

Hari ni lagi bes. Dengan panas bahang gila. Tenaga Nasional boleh pulak potong bekalan elektrik untuk penyelenggaraan. Kalau sejam dua takpe, ni dari 9.00am sampai 7.00pm.

Terima kasih TNB, saya sayang kamu sangat-sangat. Kamu buatkan aku dan Joni kepanasan satu hari. Takpe, iklim Malaysia sekarang kan tengah musim sejuk. Depan rumah ada salji. Takpe, aiman tak kisah.

Sep 7, 2008

.rindu

Selamat siang semua.

Saya gelak, saya marah dan saya menangis bila lihat video ini.




Saya rindu Encik Ariffin

Aug 26, 2008

.sigh

Sedihnya hidup lonely.

Tak ada sapa nak kongsi suka duka.
Tak ada sapa nak kongsi kegembiraan.
Tak ada sapa nak kongsi kejutan.

Sayang, tak ada sapa dapat ganti kamu dalam hati saya ni. Saya tak gembira tanpa kamu.

Saya rindu kamu.

Aug 22, 2008

.ketensian

Selamat siang semua.

I need some tips from anyone for my relationship problems. Aku betul-betul tensi sekarang. Kenapa benda ni jadi dekat aku dalam waktu-waktu macam ni? Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat selama ni. Aku mahukan semua jadi seperti sedia kala, cuma mahu perbaiki semua kelemahan aku.

Kenapa tak nak bagi aku peluang? Aku janji akan berubah. :(

Currently listening : Ada Band - Haruskah Aku Mati

Haruskah aku mati?

Aug 19, 2008

.

Selamat siang semua.

Kena la terima semua yang berlaku. Kita tak boleh melawan takdir. Sekuat mana kita usaha pun, kalau tak diendah, tak ada bezanya.

Terima lah semua yang berlaku. Walau seteruk mana pun hati ni, seremuk mana pun hati ini, jangan salahkan dia dan DIA, salahkan diri sendiri.

Kita sayang dia, orang lain lagi sayang dia. Berserah lah pada takdir.

Jun 22, 2008

.verloren Holland!

Mereka bermain macam puk* hari ni. Satu-satunya team yang diramal akan advance ke Final Euro 2008 pada peringkat awal Euro 2008 kerana prestasi baik untuk 2 match terawal sungkur di tangan Russia 3-1.

Gol Van Nistelrooy hanya gol untuk melambatkan masa kemenangan Russia. Gol pun gol sampah. Bermain extra time hanya melengkapkan masa.

Adakah ia badi untuk negara yang rehatkan pemain pada match ketiga masing-masing?

Atau badi negara underdog akan memenangi Euro 2008 seperti mana yang berlaku kepada Greece Euro 2004?
Hmm..Yang pasti Holland memalukan.

Kecewa.

Selepas ini nasib siapa? Spain?

Apr 9, 2008

.kaki

Selamat siang semua.

Saya kini mempunyai penyakit. Penyakit kemalasan yang teramat sangat. Kerana?

1. Saya hilang motor. Motor yang arwah bagi sudah hilang.
2. Saya membeli handphone baru. k850i. Sangat cantik bergaya. Malang, handphone itu dah 2x hantar repair sebab rosak yang tak diketahui.
3. Final exam dah dekat. Tahap ilmu adalah 5% di dalam otak.
4. Kereta mengeluarkan bau yang pelik. Tidak diketahui dari mana.

Sudah hampir setahun ABAH pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa seperti semalam.
Bila ada masa lagi, saya akan update lagi.
Saya harus tabah.

Dec 20, 2007

.mighi

Selamat siang semua.

Saya di Miri sekarang. Sampai di sini malam kelmarin menaiki kapal terbang. Kali pertama menaiki kapal terbang, rasa ketakotan yang amat sangat. Ditambah dengan menaiki Air Asia yang dikenali dengan gegarannya.

Tinggal di service apartment kakak saya, sangatlah mewah. Sebut saja, semua ada. Gadis- gadis cumil ramai macam beras. Miri sangat lah best kerana dia dekat dengan laut, seperti Manjung dan relax seperti Taiping.

Awal pagi tadi bertolak ke Brunei. Perjalanan ke Bandar Seri Begawan mengambil masa 2 jam. Ingatkan best la sangat tapi hampeh apa pon tiada. Sign board yang sangat bodoh 'menyenangkan' saya untuk kenal pasti hala tuju. Sangat tahniah kepada Brunei. Indonesian yang ramai di pusat membeli belah juga amat menakutkan saya. Golongan mereka mesti dihapuskan.

Mengisi minyak pun sangatlah senang. Memandu kereta sejauh 20km hanya untuk mengisi minyak sebanyak 10$ Brunei kerana arahan kerajaan melarang kereta bukan plet Brunei isi minyak lebih dari itu. Sangatlah 'berbaloi'. Nasib baik lah hanya 0.5$ seliter. Isi rm10 full tank Kelisa sewa tu. Terima kasih kepada kerajaan Brunei yang 'tidak' kedekut minyak.

Lain kali, saya 'ingin' ke Brunei lagi.

P/s: Kalau diajak free pon, saya takkan jejak ke sana lagi. Brunei bukan tourist-friendly.

Oct 16, 2007

.killing some beast

It's my birthday today..
life goes on, nothing special happened.
I am bored.

Penangite was the first person to wished me. She also gave me a set of baju melayu as a gift..
Love her very much.. ngee :D

I just watched the scariest football match death in my life.
watch : http://youtube.com/watch?v=NiVjzSTIPOc

Jun 24, 2007

.101st entry and still going strong


Selamat Siang semua.

Happy Belated Birthday Encik Ariffin.

Yesterday was my dad's birthday. Tak sempat pon dia celebrate his 60th birthday. Tak sempat pon tengok dia happy dapat hadiah yang aku bagi.

Well, I dun have any gifts for him, technically, but I gave him my love and Yaasin and Quran verses for him. I hope it is enough for him, enough to make him smile, enough to make his place up there nice and warm, enough to make him pleased.

Someday, I will be there too dad. And the first thing I wanted to do there is meet you. We can talk all day and you can show me your favourite mamak stall there. We can always go fishing there.
I really missed you dad. I know I havent told you that "I Love You" for a very long time but only God knows how much I love you dad.


Thanks dad, thanks for everything. You thought me life and you thought me love. Lots of love from me and I love you so much.

:~(

May 17, 2007

.23/07/47-11/04/07



Selamat Siang semua..

Dah lama gila aku xhapdet blog neh..dah berabok dah bersawang pon..ngaa..kebizian ngn kemalasan yang teramat sgt utk menghapdet blog neh..
11/04/07 is the day my dad passed away.ape yg terjadi btoi2 mengubah idup aku..he died of heart attack lebey kurg 7.00-8.00mlm tuh..mom tried to saved him but to no avail.Semoga Roh-nya dicucuri Rahmat n ditempatkan di kalangan orang yg beramat Soleh. Al- Fatihah.

I really2 missed dad. His joke,his laughter, his voice and his smile really makes me missing him. No more seeing him riding his old honda c70 around this kampung.

No dad is like him..To me he's the greatest dad i had ever met, better than other dad there is.

I'll try to be consistent in updating my blog after this..ngee