Oleh kerana aku nak tengok cerita Papadom tapi semua orang dah tengok, aku tengok benda ni je lah.

Boleh tahan. Durasi dalam 1 jam 30 minit kalau kau makan macam pengantin. Jalan cerita menarik, lebih menarik kalau ada terjatuh peluh mamak tu atas papadom kau. Penambah rasa. Tak perlu lagi Ajinomoto. Aku bagi rating 7/10 kalau masih baru dan belum lemau. Sila tonton di mamak berhampiran anda. Lebih sedap jika diratah dengan sos bawang, atau dimakan bersama makanan tengah hari anda.
Cilanat, tak ada sapa-sapa nak teman aku tengok ke? Takkan aku nak duduk couple seat sorang-sorang. Tak ada lah definisi "tengok wayang ke buat wayang" nanti. Aku dah bosan eksesais tangan dah ni.
Mini gathering berjalan dengan lancar. Kenapa lancar? Sebab yang datang sikit, tak ada sesak-sesak, iaitu seramai 2 orang. Aku dan Paraxixth saja.
Sampai ke malam aku tunggu ada tak call atau sms katakan mahu turut serta, tapi hampa. Aku nampak Paraxixth seperti berharapan tinggi setiap kali ada sms atau call masuk ke dalam henfon aku.
Oleh kerana gathering ini disifatkan sebagai berjaya, kami ingin membuat satu lagi mini gathering nanti. Belum ada tarikh yang tepat, tapi mengikut kata Paraxixth di blognya , gath lepas ini bertemakan mandi manda pula. Hanya perempuan digalakkan hadir dengan baju berwarna putih. Lebih afdal kalau jenis jarang.
Kamera tidak perlu bawak kerana sesi mengambil gambar voyeur akan dioperate oleh kami.
Sila klik iklan nuffnang di sebelah untuk kontribusi wang ke tabung mini gathering.






