Showing posts with label freemason itu best. Show all posts
Showing posts with label freemason itu best. Show all posts

Nov 29, 2010

.oops, ada orang marah saya lah

Selamat siang semua.

Masih ingat lagi entri kajian Illuminati aku yang dulu? Yang tentang nasi lemak daun pisang aku kaitkan dengan illuminati, dan mangkuk jamban yang berbentuk illuminati.

Senang cerita kau boleh baca dekat link ini.

Kenapa aku buat entri ni? Adakah aku jumpa sumber berunsurkan illuminati yang baru? Adakah semalam aku bermimpi berdialog dengan Baphomet yang memberi clue baru untuk aku macam dalam Joe Jambul untuk membongkar rahsia sebenar Priory of Sion ini?

Sebenarnya ada orang yang marah dengan kajian aku. Aku syak dia rasa dia adalah jelmaan Star Of David. Atau dia abang long illuminati tangga ke 33? Atau dia rasa dia sebenarnya Lucifer?




Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf dekat abang Lucifer/Star Of David/Baphomet (pilih mana yang berkenaan) kerana menyinggung perasaan abang yang mudah terguris dengan kata-kata dan kajian yang berunsurkan fitna semata-mata, yang menyatakan semua kajian saya hanyalah propaganda dan tidak fikir dulu sebelum buat kajian macam ni. Maafkan saya yang bongok lagi hina ini.

Abang No-War, kejap saya nak fikir dulu.

Hurmmm (sambil membuat aksi The Thinker ukiran Rodin)

In Priory of Sion we trust!