Showing posts with label wishlist updated. Show all posts
Showing posts with label wishlist updated. Show all posts

Jun 20, 2009

.apa yang paling seronok bila tengah down?

Selamat siang semua.

Aku tak dapat degree. Untuk mana-mana universiti pun. Rasa macam bodoh piang yang amat. Sia-sia aku belajar betul-betul untuk dapat sambung belajar degree. Orang kata jangan menaruh harapan tinggi sangat, nanti kecewa. Right back at you.

Kecewa yang teramat sangat. Haih.

Jadi masa-masa kecewa macam ni, dengan tak ada Joni dan Huda di sisi, apa benda yang paling seronok dibuat?

Ini.


Aku dah crossed quit smoking dari want list aku dan digantikan dengan Canon EOS 400D. Aku tengok ramai orang pakai camera ni dan memberikan hasil yang sangat-sangat memberansangkan. Lomo? Mungkin tidak buat masa ni. Banyak pakai duit Lomo ni.

Aku harap sangat rayuan aku dapat. Aku tak nak kerja Tesco sampai ke tua.

Dec 29, 2006

.'tis the season to be jolly

Selamat Siang semua..

Ahad kemarin my sis bought me a brand new guitar. Hadiah yang sememangnya dinantikan aku (can be seen on my wishlist). Macam hadiah krismas lak dapat hadiah on christmas eve. hehe. Thanx a lot sis, really appreciate it.


Maybe she kesian at me for playing on my old guitar with tali yang putus and bunyi yang sangat tidak menarik. I was actually expecting a Kapok brand but she bought me an unknown brand, I don't mind as long as it is new. Been practicing a lot lately till i sored my fingers.


Aku tersangatlah bosan hidup kat umah. Kebosanan yang teramat sangat. Member2 semua dah balik ke uni masing-masing n tinggai la aku sorg je bdak uitm kat sini. Tak sabar-sabar aku nak balik ke uni, berjumpa kawan-kawan and have fun together. Sigh

Dec 7, 2006

.canon bodo

Selamat Siang.

Last week, aku membeli seketul 3-in-1 printer berharga rm319. Model Canon MP160. BOleh dikira murah la kalau nak dibandingkan dengan kedai lain, ada yang rm399,rm352 laa.. Sudah lama mencari 3in1 ni sebab kepentingannya yang teramat sangat untuk aku. Boleh scan gambar, especially
LOMO pics, boleh print esaimen yang belambak, n boleh potostat. Sem depan ni kompem aku berbisnes! haha





So ceritanya, printer ni dah dibaca sepenuhnya manualnya dan sudah diinstall ke laptop aku. Bila cucuk je usb printer tu kat usb port aku,
"USB Device not connected. One of the USB Device has mulfunctioned, or Windows does not recognize it". Takpe, maybe cucuk salah kut. Try lagi. Bubble yang sama kuar gak. Try lagi. Sama gak. The result? Hangin satu badan.

Contact kedai tu balik. Dia cakap kena hantar repair kat Canon Marketing kat Bandar Ipoh Raya. Bersemangat, awal pagi sabtu pergi anta dengan harapan siap time tu gak. Kekecewaan. Kedai tutop, tapi receptionist dia tuh kata ley check in dulu printer tuh, hari isnin or selasa siap. Takpe la, ingtkan ok la pastu.

Then tadi Canon call n kate dah siap dah ley amek dah. Tested ok with pc. Aku tanya dia, ape problem? Dia cakap maybe installation problem or software provided tak compatible dengan printer aku. Aku tanya lagi kemungkinan USB cable yang rosak. Dia dengan confidentnye cakap tak, Canon punye USB cable bagos! Pelik gak sebab bile balik umah aku try kat laptop, benda yang dulu ada balik. Memang tak boleh nak detect langsung. So aku rasa maybe USB Port aku yang rosak.

Pergi la kedai pc kat Yik Fong utk check whether USB rosak ke tak. Orang tuh pon try la connect printer tuh kat laptop dia. Kat laptop dia pon sama gak, rosak. Then dia amek USB cable dia yang bagak besar then cucok kat printer tuh.
WORKING SUPERBLY!




cable yang kununnye sangat bagos

Dengan penuh kebengangan aku mencarut kutuk2 orang Canon tuh. Masalah yang simple pon dia tak ley nak detect. Tanye kat pakar Canon pon macam tanya budak2 tadika je. Tukar USB Cable baru, dah ley pakai dah.


wayar setebal gajah

So expect more lomo pics from me ya coz i'll be uploading almost all my lomo pics. Hoho


say no to paparazzi

Fisheye's










teknik lukisan dalam tandas awam.