Jul 7, 2011

.jahit

Selamat siang semua.

Siapa yang tak suka pakai jeans? Aku rasa bagi golongan marhaen muda macam aku ni, jeans adalah salah satu jenama seluar kegemaran. Tak pakai jeans waktu muda-muda macam ni, serupa bogel saja.

Dan sebenarnya dalam sebulan dua ni aku asyik pakai jeans yang sama. Ke mana pun mesti pakai jeans tu. Kadang-kadang sampai saja rumah rasa nak berak aku akan bawak jeans tu terus ke jamban. Lorot dan cepelum. Mudah dan pantas.

Jadi akibat dari jeans yang dikerah tenaga siang dan malam, makin lama makin muncul kawasan lapang di sekitar kelangkang seluar. Mungkin ada di antara kamu yang jumpa aku selalu dan melihat aku pakai jeans yang sama. Kamu patut tahu, selama ni aku jumpa kamu, aku memakai jeans yang koyak di celahan kelangkang. Nak buat nasi kangkang hanya perlu cangkung dan siap.

Ekonomi di dalam kocek dan akaun bank aku sekarang cukup gawat, dan setelah membuat sedikit kiraan, sekarang bukan masanya untuk aku membeli jeans baru. Biarlah koyak sikit dan menampakkan sedikit kerandut zakar aku. Orang kata sikit tu yang buat mengghairahkan.

Tapi makin lama makin panjang koyakan dia. Memakai boxer hitam saja tidak memadai. Jadi tadi aku nekad mahu tutup lubang retasan jeans tu. Sampai ke rumah, cepat-cepat aku ambil jarum peniti paling tajam dan benang paling menyamai warna jeans aku. Coverline kena kemas.

Aku basahkan sedikit benang dan gigih masukkan benang ke dalam jarum waktu malam macam ni. Berjaya. Perlahan-lahan aku cucuk jarum ke seluar, sambil baca bismillah. Bersilang kiri kanan aku cucuk. Pedulikan, janji lubang tu tak ada dah. Dalam 15 minit selesai sesi penutupan lubang. Benang aku simpul mati di hujung jahitan.

Aku sarungkan jeans dengan rasa ragu-ragu. Jahitan caca merba, entah jadi ke tidak aku pun tak tau. Aku check kawasan kelangkang. Tiada tanda-tanda lubang nak terbuka balik. Aku cuba loncat-loncat pulak.

Berjaya! Tiada lagi kerandut testis jatuh melepasi kawasan koyak tersebut.


Aku senyum puas sambil bersiap keluar cari nasi kangkang.