Mar 26, 2009

.presentasi presentasi

Selamat siang semua.

Macam pundek. Hari-hari presentasi. Hari-hari mengadap microsoft powerpoint.

Macam pundek. Hari-hari buat preparation. Hari-hari mengadap microsoft word.

Macam pundek. Hari-hari buat drawing. Hari-hari mengadap esteem.

Macam pundek. Hari-hari isi data. Hari-hari mengadap microsoft excel.

Hidup final year memang macam pundek. Cuti ni aku nak kerja habis-habis. Lomo LC-A RL mesti jadi dalam genggaman aku.

Sapa baru part 1 kata dia dah sibuk, mari cium bontot aku.

Ada sapa-sapa nak offer aku kerja? Aku reti microsoft powerpoint, word, excel, project dan esteem. Gaji boleh runding.

Mar 23, 2009

.nakal lagi

Selamat siang semua.

Semalam, aku seronok. Sebab apa? Sebab semalam Liverpool trashed Aston Villa 5-0. Ulang, 5 bijik. Dan tambah seronok malam sebelumnya Manure Utd kalah lagi, dengan pasukan bawahan. So sapa yang cakap haritu Liverpool kalah dengan Boro, sila revise ayat anda balik. Memang Liverpool kalah dengan Boro, tapi dengan Big Four? Haha Manure are a joke.

Ya aku scousers, ada masalah?

Jangan ludah, telan balik kahak. Kotor tau.

Balik dari bola, bilik gelap. Bukak lampu, tengok Joni tengah gayut dekat siling sangkar. Gayut macam Spiderman. Vertical. Aku tak tau macam mana dia boleh buat macam tu. Kurang grip, dia jatuh. Bedebuk. Panjat balik. No pain no gain kot.

Pandai betul dia.

Dia memang teman seronok aku. Bosan-bosan boleh tergelak dengan telatah dia. Damn cute!

Enjoy!

Happy Monday semua.

Mar 19, 2009

.bila budak-budak remaja mula rebel

Selamat siang semua.

Joni ni dah besar, dah panjang lebih 4cm. Mana tak nya, semua rajin bagi makanan. Kejap orang ni, kejap orang tu. Bagi sekali segenggam terus. Jadi badan dia boleh stretch 25% kali lebih dari sebelumnya.

Apa akan jadi, kalau sangkar dia bukak belah atas?

Ya, dia panjat keluar. Balik-balik kelas malam tadi, tengok-tengok sangkar kosong. Habis satu bilik aku cari dia.

Last-last jumpa dekat bilik sebelah. Dah tu nyorok dekat tempat susah nak cari. Habis satu badan penuh sawang. Rebel betul.

Tahniah, Joni dah pandai lompat sangkar.

Lepas ni boleh masuk Prison Break.

Mar 15, 2009

.kalah teruk?

Selamat siang semua.

Kalau 1-0 aku boleh terima lagi, tapi 4-1? Come on la wey, lower teams can do better than that. Aku expect big game score pun bagus-bagus lah. Ni tak. Kalah teruk Man U.

Admit it, Liverpool memang terlalu kuat.

Man U hardcore cakap, still leading table. Aku peduli apa? Aku tak kesah pun kalau Man U menang title. Kualiti tu yang penting. Kalau takat balun pasukan bawahan, tapi dengan Big Four main macam haram, malu weh.

Sebelum match, kemain cakap. Yang Rooney lagi la, siap cakap benci Liverpool. Tu la. Belagak lagi. Dulu dah kalah dekat Anfield, sekarang dekat tempat yang kununnya sacred sangat-sangat dekat Theatre of Dreams pun kalah jugak? Malu sangat weh.

Kalau aku jadi Alex Ferguson, aku dah korek tanah sorok muka dalam tu.

"You Will Never Walk Alone"

Nak teman tak?

Mar 13, 2009

.lambat sikit

Selamat siang semua.

Gua bukan nak cakap apa lah. Lu tengok sendiri. Aku tak sempat tengok sebab tak larat sangat nak bangun pagi tu.


Amacam budak-budak Manchester United? Takot tak? Besok kita lawan kan?

.lomololos

Selamat siang semua.

Gambar lomo baru sudah update.

Sila layari ini.

Mar 9, 2009

.lomo

Selamat siang semua.

Aku tak sabar nak melomo balik.

Tadi aku jumpa kedai gambar yang jual Kodak Ektachrome 100 dan Scotch Color yang expired.

Susah nak cari.
Selamat siang semua.

Beberapa hari lepas, ada orang offer aku untuk jadi agent jual P1 Wimax, Celcom broadband dan Streamyx.

Dengan kewangan yang sangat-sangat terhad, kalau dapat side income, will be a huge boost for me. So aku terima offer tu.

So kalau ada siapa-siapa berminat, sila kontek aku. Aku boleh kasi murah-murah untuk bulan pertama.

Mar 7, 2009

.presenting

Selamat siang semua.

Perkenalkan, Joni. Atau nama penuh, Mohd Jaini.


Masih takut-takut dengan aku. Sebab tu aku pakai glove, kadang-kadang duri dia tajam.

.feringgi

Selamat siang semua.

Seronok keluar dengan kawan-kawan makan-makan tepi pantai semalam.

Hujan-hujan pun redah pergi pulau. Bawak semua peralatan untuk barbeku.

Ayam dua ketul, hotdog free flow, burger ayam yang hancur bila sampai, cukup kenyang.

Pasang khemah, tidur ramai-ramai macam pelarian. Bangun pagi snap-snap gambar, lompat ke laut. Refreshing. Balik rumah gatal-gatal kena obor-obor.

Nanti gambar aku upload. Nanti pasal Joni aku cite.

Mengantuk, babai.

Mar 2, 2009

.siapa joni?

Selamat siang semua.

Siapa Joni? Nantikan kemunculannya di kaca skrin komputer kalian semua.


Esok lusa kot.