Dec 25, 2008

.tis the season to be jolly?

Selamat siang semua.

Tidak.

Jangan nak seronok-seronok sangat Krismas ni.

Jangan nak harap dapat hadiah bawah pokok Pine tu.

Tak payah nak gantung-gantung stokin busuk kamu tu dekat dinding.


Kamu tu nakal sepanjang tahun.

Dec 23, 2008

.wah

Senangnya.

Dengan hanya sepetik jari.

*snap*

Syabas

.shoot bukan setakat menembak sahaja

Selamat siang semua.

Letih tau hidup sorang-sorang.

Nak buat apa-apa memang boleh, tapi kalau duit pun tak ada, memerap kat rumah jela. Nak buat party liar pun tak boleh kalau sebotol 100 plus saiz sederhana pun tak mampu nak beli. Inikan nak beli shoot untuk perlindungan.

Nak makan, kena keluar beli. Nak minum, kena keluar beli. Nasib baik berak tak payah keluar berak.

Duduk rumah baca komik, tengok tv, layan series. Sampai berulang-ulang. Dah jadi rutin harian.

Kalau berlarutan sampai 2 bulan. Aku rasa badan aku bukan hanya beranatomikan kepala, kaki, badan dan tangan, tapi sofa sekali. Melekat dekat badan.

Shoot, just come.

Dec 19, 2008

.pertanyaan 4

Selamat siang semua.

Can people who were sleeping sneeze?

.result

Selamat siang semua.

Haritu, aku cakap aku akan cium kaki lecturer kalau aku lulus subjek tu kan?

Result dah keluar. Macam tahi bila nak check. Server down.

Dah dapat result, aku dengan ini mengisytiharkan aku tak perlu cium kaki lecturer tu.

En. Jai, kita jumpa lagi sem depan ya? Saya janji belajar lebih tekun. Cuma kali ni encik kena kurangkan sembang pasal kereta dengan saya. Sila letakkan isu kereta Subaru Impreza impian encik tu ke tepi.

Nanti dah lulus, kita sembang sampai muntah okay?

Dec 18, 2008

.it's time people

Selamat siang semua.

Boleh tak budaya tag dihapuskan macam mana yoga diharamkan untuk orang Islam? Jom kita seru mufti-mufti keluarkan fatwa baru.

Change is good.

Dec 17, 2008

.janji melayu

Selamat siang semua.

Dah lumrah melayu buat janji melayu. Kata result keluar hari ni, tengok-tengok tunda esok pulak.

Dipshit.

Aku dah la risau fail subjek ni.

Dan kau, jangan nak buat macam sem-sem lepas poyo-poyo tak nak tengok result. Kau ingat kau diva?

Dec 14, 2008

.berbeza

Selamat siang semua.

Kalau korang semua perasan, ada seorang blogger guna nama yang lebih kurang dengan aku. Ok aku guna siggplus, yang peniru lagi sorang tu guna sigg+.

Korang rasa apa aku perlu buat? Aku sebenarnya malas nak confront orang ni. Especially dia tak salah guna nama tu dengan maki hamun blog orang lain.

Tak pe biarkan jela. But if you read this, my eye is on u all the time!

Dec 13, 2008

.hot?masuk neraka br tau hot ke tak

Selamat siang semua.

Ditag shakirah. Malas betul menjawab dan mengupload. Bosan-bosan ni baik buat. Sementara tunggu match Liverpool kalahkan Hull City.

[1] Do you think you're hot?
Do side effect of hot is also considered hot? Ya ya kulit aku hitam. So?

[2] Upload a fav pic of you.


[3] Why do you like this pic?
Sebab ni masa-masa gembira aku dengan kawan-kawan. Masa ni kitorang tak ada duit tapi masih nak bersuka ria. So kami pergi pulau dan buat ala-ada destinasi bajet. RM10 saja seorang. Sweetest memories. Oh ya dan gambar ni buat aku hot sebab masa tu kami cabut baju seluar boxer/briefs.

[4] When was the last time you ate pizza?
When I met <3 at Kuantan tempohari.

[5] The last song you listened to?
The Times - Tunjuk Perasaan.

[6] What are you doing right now besides this?
Waiting for Liverpool match to start.

[7] What name do you prefer besides yours?
Farid Johan

[8] People to tag :
1. Huda <3
2. Pecah Kepala
3. Perempuan Kalis Peluru
4. Niss niss
5. Kak Jah
6. Addyholix
7. Hanafana

[9] Who is no.1?
My true love.

[10] No.3 is having a relationship with?
Someone named Fry. Maybe, but not so sure with it.

[11] Say something about no.5
Dulu blog dia blog masakan. Aku selalu terliur tengok semua masakan dia. Sekarang dah jarang dah. Kenapa eyh kak jah? Dia dah kawin ada anak satu baru sunat. Haha

[12] How about no.4?
Sama amek engineering dengan aku! Beza dia degree dan aku diploma.

[13] Who is no.2?
I dont really know him much but all I know he is a good storyteller. Kadang-kadang aku rasa cemas baca entry-entry dia.

Tamat sudah.

.hello

Selamat siang semua.

Bitches and ho's.

Be gone.

Dec 10, 2008

.biba

Selamat siang semua.

Kebelakangan ni aku tak dapat nak bukak myspace. Kenapa tak boleh? Mula-mula aku ingat firefox yang problem, tapi bila pakai IE pon sama jugak.

Macam mana aku nak berinteraksi dengan kawan-kawan macam ni? Macam mana aku nak main pakau kat Poker Palace? Aku rindu betul myspace. Terutama pakau.

Ya, judi haram. Kau tak payah nak sekolahkan aku. Bukan pakai duit betul pon.

.thought of the day 2

Selamat Siang semua.

People's life can change in an instance. Sekejap saja semua yang kita ada hilang begitu saja. Masa tu lah kita akan hargai semua yang sudah tak ada tu.

Embrace yourself.

Dec 8, 2008

.eid adha

Selamat Hari Raya Haji semua.

Maaf Zahir dan Batin.

Korang makan sedap-sedap pagi ni. Rendang lemang semua, aku makan roti dengan telur goreng je. Makan tu ingat-ingat aku k.

Bosannya raya sorang-sorang.

Dec 7, 2008

.saya

Selamat siang semua.

Tag dari Shakirah the lomo girl.

Name : Classified

Sisters : 2

Brothers : 2

Shoe size : 8 setengah

Height : 173cm

Where do you live : ipoh, penang

Have you ever been on a plane : yes

Swam in the ocean : definitely

Fallen asleep at school : favorite pastime

Broken someone’s heart : Yes. No. Maybe.

Fell off your chair : Banyak kali. Dua kali dekat public places. Sangat malu o..

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Nope.

Saved e-mails : Yes. Mostly from my eldest sister

What is your room like : How was hell like? Lebey kurang la.

What’s right beside you: beside? Handphone.

What is the last thing you ate : Bubur Ayam McD. Sedap.

Chicken pox : Tak pernah dan kalau boleh tak nak kena langsung. Even tho someday memang akan kena jugak.

Sore throat : Currently. Musim demam kan sekarang?

Stitches : Tak ada. Sakit ubat sendiri. Tak payah doktor-doktor merepek.

Broken nose : Nope

Do you Believe in love at first sight : Most probably

Like picnics : Tak. Bosan la piknik.

Who was/were…The last person you danced with : Nobody

Last made you smile : Rabi'atul Huda

You last yelled at : Tak ingat.

Today did you…Smile to someone you like : Yes.

Kissed anyone : yes.

Get sick : 2 minggu lepas.

Talk to an ex : no exes

Miss someone : Yup. Puan Hamizah dan Encik Ariffin.

Who do you really hate: Opportunist

Do you like your hand-writing : Nope. Had the worst handwriting.

Are your toe nails painted : Definitely not.

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Sofa dekat hall.

What color shirt are you wearing now : My skin. So brown.

Are you a friendly person : To someone i knew, yes. Kalau bukan malu-malu sikit.

Do you have any pets : Farid dan Bustamam ( My fishes)

Do you sleep with the TV on : Dodoi aku tidur.

What are you doing right now : Answering this tag. The longest I presume.

Can you handle the truth : Depends of the truth itself.

Are you closer to your mother or father : Father. Puan Hamizah garang!

Do you eat healthy : Nope. Fast food rocks

Do you still have pictures of you & your ex : Nope.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : My brother

Are you loud or quiet most of the time : Quiet.

Are you confident : Er..er..did that answers the question?

5 things I was doing 10 years ago:
- Sekolah

- Baru jinak-jinak dengan motor.

- Main game all the time

- Dengar lagu zaman dulu.

- Have definitely no sense of fashion.

I would do if i were a billionaire:

- Nissan Skyline Fully Modified

- Beli Liverpool.

- Travel around the world

5 of my bad habits:
- korek hidung terang-terang

- kentut banyak kali dalam sehari

- food guzzler

- drink guzzler

- no maturity

5 places I’ve lived/living
- Kuarters JKR Ipoh
- Kampung Seri Kinta Ipoh.
- Kolej Zamrud Uitm Penang
- Pangsapuri Idaman Penang
- Pangsapuri Sutera Penang

Sudah tamat. Hujan lebat. Seronok melanc..ong

.thought of the day 1


"You might find out that thing you hate so much,
is the very same thing you miss when it's gone."

Dr Robert Kelso, Scrubs.


Dec 5, 2008

.apakah?

Selamat siang semua.

Orang lain kawin, orang lain yang semangat lebih. Sudahlah. Bukan masa kamu, nak sibuk-sibuk buat apa. Duduk rumah diam-diam.

Masa kenduri, datang, salam, makan. Dah kenyang chow. Tak perlu sibuk-sibuk.

Rimas aku tengok. Menjengkelkan. Annoyed.

Yang kawin sampai belanja rm 5 Juta, lagi teruk. Bukan anak dia pun. Sedarlah kamu tu indu.

Oh, esok ada PC Fair dekat Ipoh. Aku mesti pergi. <3 nak pergi tengok sekali tak?

Dec 3, 2008

.scary movie

Selamat siang semua.

Duduk rumah sorang-sorang menakutkan. Sekarang aku tau macam mana Pn Hamizah yang selama berbulan-bulan duduk rumah sorang-sorang.

Macam-macam bunyi aku dengar semalam. Yang paling tak boleh blah bunyi cakar-cakar. WTF sebelum-sebelum ni tak ada pun bunyi-bunyi macam tu.

Nak berak tengah malam sambil hisap rokok pun takut. Karang ada pulak tangan keluar dari mangkuk tandas kacau-kacau taik aku nanti.

Nov 30, 2008

.esok

Selamat siang semua.

Besok aku akan ke KL. Untuk hantar mak aku pergi haji. Dapat jugak dia ke haji setelah sekian lama tunggu peluang.

Aku sedih. Sebab apa? Duit yang dia bagi kat aku sepanjang dia ada kat sana sikit. Sikit sangat.

Aku tak tau nak makan apa nanti. Ingat nak kerja tapi sekejap sangat. Dan kerja dapat gaji hujung bulan, bukan hari-hari.

Aku hidup mengharapkan charity je sekarang. Dah, aku nak pergi buat baik dengan adik-beradik aku sekarang. Untung-untung dapat duit.

Nov 27, 2008

.memperkenalkan.....

Selamat siang semua.

Feedjit paling kelakar hari ini ; Ada orang google search berak tak lawas dan sampai ke blog aku.

Tahniah abang/kakak/adik/makcik/pakcik/atuk/nenek dari Johor Bahru, anda berjaya jumpa yang anda cari.

Nov 26, 2008

.kalau aku gay

Tagged by niss : If you weren't straight, whos the celebritiy(s) of the same sex would you ask for date?

Aku tak akan cari orang yang handsome semata-mata. Looks will never last.

1. Johnny Depp


Paling aku suka. My X chromosome will always attracted to him. Dia memang boleh buat aku horny. Aku suka cara dia berlakon. He always wow-ed me with his appearance. Dari dia mula berlakon sampai sekarang semua aku suka.

2. Stephen Hawking


Abaikan rupa paras. Macam aku cakap looks will never last. Wisdom will. Dengan date dengan dia aku boleh dapat macam-macam ilmu. Dan maybe kalau betul dia attracted dengan aku, dia akan bagi aku satu formula baru. Formula yang boleh buat aku diiktiraf seluruh dunia dan diingat sampai bila-bila. Kenapa bukan Einstein? Dia yahudi. Dan dia tak sebijak Hawking. Einstein buat satu formula saja. Formula yang mendatangkan keburukan pada dunia.

3. Steve Irwin


Aku sangat sukakan binatang. Apa-apa binatang pun aku suka. Dulu masa En. Ariffin ada aku selalu tengok Animal Planet dengan dia. Paling kitorang minat, Steve Irwin lah. Tak perlu aku cakap banyak lagi pasal kenapa aku pilih Steve Irwin. Born with animals, lived with animals, and died by the hands of animals. Aku respect dia sangat-sangat.

4. Anuar Zain.


Dia gay. Dia metrosexual. So, perfect! Lagipun nanti malam-malam dia boleh nyanyikan aku lagu-lagu mendayu-dayu dia tuh. So smoothing.

5. Jared Leto.


Bukan sebab dia suka pakai celak macam budak-budak emo poyo tuh. Tapi sebab aku suka lagu dia, suka band dia. Aku memang suka 30 Seconds to Mars dari dulu lagi.

6. Anuar Ibrahim


Boleh aku tau dia betul-betul gay ke tak. Aku nak cuba sewa hotel dan tayang bontot aku dekat dia tengok dia nak balun ke tak. Kalau betul boleh aku buat satu lagi blog dengan caption "Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara" dekat header blog. Lagipun Anwar orang bijak. Kalau tak masakan masa dia keluar penjara dulu dia jadi Lecturer dekat Harvard.


7. Steven Gerrard


Bagi aku dia the best footballer in this century. Kata lah apa korang nak cakap. Cara dia amek free kick, cara dia score, cara dia jadi captain, semua perfect bagi aku. Dan malam ni Liverpool akan tundukkan Olympique Marseille dengan mudah.

8. Robbie William


Bad boy. Noti. I loike (gaya macam pondan-pondan selalu cakap)


5 person to tag :

.pecah kepala
.kak jah lawa
.misz luna honey
.hanafana
.anntaj

p/s : weh niss penat tau buat tag ni. aku rasa ni la tag paling lama aku buat. kau kena belanja aku makan.

p/s/s : banyak lagi aku kena layan tag orang nih. yang lain-lain tu lain kali aku buat k. jangan risau aku gerenti buat.

Nov 25, 2008

.pertanyaan 3

Selamat siang semua.

Korang tau tak apa jenis genre yang muzik dia bunyi macam dalam game Nintendo dulu-dulu? Ala yang muzik dia macam Super Mario tapi tempo dia lagi laju tu.

UPDATED : Sudah jumpa. Lihat sini kalau ada sapa-sapa nak tau apa dia. Serious mood aku sekarang suka gila dengan lagu-lagu macam ni.


Colourama '08 Chiptune Celebration Promo from Fariz Hanapiah on Vimeo.

Lagu dia lebih kurang macam ni. Comel kan lagu dia?

Nov 24, 2008

.bila bosan

Selamat siang semua.

Bila bosan aku akan kerobek barang-barang dalam bilik aku. Aku jumpa album-album lomo aku. Ah rindu sangat-sangat nak melomo balik.

Kan bes kalau aku boleh proses filem sendiri. Tak payah keluar duit mahal-mahal nak cuci gambar dan kadang-kadang gambar tu tak menjadi sebab tokey kedai pandai-pandai edit gambar tuh. Memang macam kimak. Dulu tetiap kali aku hantar gambar untuk cuci aku mesti pesan jadi tak jadi cuci je, tapi tetiap kali tu jugak lah tokey kedai buat palat.

Camera yang ada aku rasa dah expired lama dah filem dia. Serius aku betul-betul nak melomo balik.Tapi masalahnya aku tak ada kawan sekepala dekat Penang or Ipoh ni. Bosan kalau menembak sorang-sorang macam orang gila.

Ada sapa-sapa nak jadi kawan melomo aku tak kat Ipoh dan Penang?

Nov 23, 2008

.friday night fever

Selamat siang semua.

Betul. Start jumaat badan aku mula dah panas-panas, batuk-batuk dan selsema. Aku rasa berjangkit dari Pn Hamizah sebab dia demam 2-3 hari lepas. Dan semalam jadi makin teruk. Hari ni lagi teruk. Nak jalan pun tak larat. Mata dah rasa macam mata setan dah rasa panas je.

Aku paling tak suka demam. Aku boleh terima kalau batuk kahak teruk-teruk ke selsema teruk-teruk ke, tapi demam memang aku tak suka. Bila demam, nak buat apa-apa pun tak senang. Nak jumpa huda pun takut-takut sebab tak nak dia berjangkit.

Kencing panas macam air menggelegak, berak tak lawas, kentut bau teramat busuk, tu semua side effect aku kalau demam. So jangan duduk dekat-dekat kalau nak merasa kentut lagi dasyat dari kentut cirit.

Aku tak rasa demam ni akan kebah dalam masa 2-3 hari lagi. Dan aku paling tak suka kalau demam baru sehari dua dah kecoh-kecoh nak pergi hospital. Kejadah weyy bukan demam keluar darah. Makan panadol, dah duduk diam-diam. Opportunist macam tu lah. Demam sikit dah pergi klinik bagai. Bodoh.

*poootttttt*

Nov 21, 2008

.hai

Selamat siang semua.

Hai makcik, apa khabar? Mesti makcik sihat kan?

Makcik ni comel la, pandai bergaya. Setiap kali saya jumpa makcik, mesti kaler matching-matching. Sedondon. Tambah pulak dengan rambut karat makcik tuh, aww buat saya horny!

Tapi kan makcik, kenapa mulut makcik macam pundek? Kenapa makcik suka bawak mulut? Kenapa makcik mami jarum? Nak saya cucuk tulang kelakar (funny bone) makcik ke? Karang melatah tak tentu pasal. Sebut barang sendiri lagi.

Takpa makcik. Saya boleh sabar lagi. Sebab makcik comel dan buat saya horny, saya sabar. Lagipun anak makcik kan comel. Dah ada berpunya ke? Saya bukan tanya makcik tau. Saya tak selera dengan makcik. Saya nak yang ketat, bukan lobos.

Makcik, jaga mulut okay. Kerana mulut, badan binasa.

Nov 17, 2008

.hahaha gila

Selamat siang semua.

I'm GLAD the ordeal is finally over. Sapa-sapa nak date, sila ambil nombor giliran okay. Saya tak punya banyak masa. Ambil nombor dia kaunter A dan duduk tunggu giliran. Kalau ikut piagam, cepat la dapat.

Huda, nanti orang balik, kita lepak sampai lebam k..hee

Nov 13, 2008

.twilight action girl (TAG)


1.The last person to tag you was ?

Rabi'atul Huda

2. Your relationship with him/her ?
My soulmate

3. Your 5 impressions towards him/her ?
i. sweet
ii. caring
iii. light hearted
iv. stubborn
v. determined

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
There is so much I cant even remember which

5. The most memorable words that he/she has said to you ?
I love you.

6. If he/she becomes your lover, you will...
be loved kuasa dua

7. If he/she becomes your enemy, you will...
be miserable for the rest of my life (been there, done that)

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...
the stubbornness

9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
because she was being stubborn

10. The most desirable things to do for him/her are...
marry her :D

11. Overall impression towards him/her is...
lovable

12. How do you think the people around you will feel about you ?
Dont know, dont care. It's my thought that matters most

13. Who is your ideal ?
Definitely Rabiatul Huda

14. What do you hate about yourself ?
I'm so skinny

16. For the people who care for you and like you, say something about them.
Terima kasih daun keladi, sampai jumpa ketemu lagi.

17. Bra or panties ?
Bra

18. Chocolate or ice-cream ?
Chocolate

19. 10 people to tag
i. kak jah
ii. niss niss
iii. perempuan kalis peluru
iv. hanafana
v. jana
vi. kak sha (tag aku haritu kau tak habiskan lagi pun)
vii. marjerin
viii. heixa
ix. abah
x. pecah kepala


Aku agak tensi hari ni. Liverpool kalah teruk semalam.

.pertanyaan 2

Selamat siang semua.

Agak-agak lah, bila aku dah kerja, aku boleh jadi orang yang berjaya tak?

Aku selalu tanya soalan ni dalam diri aku. Aku rasa aku belum cukup bersedia lagi.

Kamu rasa macam mana?

Dan pernah tak kamu tanya soalan ni dalam diri kamu?

Nov 11, 2008

.mari belajar tatabahasa 1

Selamat siang semua.

Sepanjang aku kenal opportunist, aku tak pernah lagi satu hari tak dengar dia salah cakap. Tiap-tiap hari mesti ada sekali dia salah cakap. Aku rasa dia terlalu orang putih sangat sampai nak sebut ayat dalam bahasa melayu pun boleh salah. Tapi kan, English dia teruk jugak. Ok lagi english aku.

So aku dah compile kan beberapa ayat dia yang boleh ditambah dalam Kamus Dewan Edisi ke 7.

Perkataan Betul - Perkataan Salah

Besar - Basar
Berdiri - Badiri
Sos - Cos (sebut: chos)
Fashion Show - Fesen Sow
Awek aku - Awek akau
Goyang kepala - Golang kepaya : yang ni faveret aku
Chicken Chop - Chicken Choo
Mengundi - Mengunti
Terrorist - Teweri

Banyak lagi, ni je yang aku ingat setakat ni.

Kelakar kan? Tu dia, dulu mak bapak tak bedung. Sekarang tengok ape dah jadi? Dah la perangai macam setan, tatabahasa pun fail.

Aku nak rekod semua yang dia salah, then bila dah tua nanti aku nak buat kamus sendiri. Kamus Opportunist Edisi 1

.everybody needs a hero in their life

Selamat siang semua.

Dipetik dari satu majalah. " My favourite superhero is... Hugh Marston Hefner"

Aku? Hero aku adalah Samy Vellu. Tak pun Sivaji. Oyeah.

Nov 9, 2008

.seronok

Selamat siang semua.

Kebelakangan ni aku tak dapat berak dengan tenang. Semasa tensi, secara automatik anus aku akan susah untuk berfungsi dengan baik tak seperti yang sedia ada.

Tapi petang tadi aku dapat berak dengan tenang. Buat pertama kali dalam beberapa hari ni aku rasa tenang sangat. Tahu kenapa? Sebab dua paper core aku sudah habis. Dan konklusi dari dua paper tuh? Aku rasa 1 kemungkinan lulus dan 1 aku pasti akan fail. Jangan tanya kenapa. Aku dah study betul-betul dah. Soalan macam haram.

Dan malam tadi, aku buat kali pertama dalam berapa tahun ni jejak kaki ke kolam renang. Seronok mandi dengan kawan-kawan. Tarik-tarik tight. Pakai goggle dan selam cari gadis. Ya kami pervert malam ini. Peduli apa!

Er, kalau aku lulus paper Structural Analysis nanti , aku nak ciom kaki lecturer tu terima kasih.

Nov 5, 2008

.update tentang diri

Selamat siang semua.

Aku baru habis paper paling penting dalam finals sem ni.

Penat stadi, tido pun tak cukup. Tapi berbaloi la jugak.

Sekejap lagi aku akan berangkat ke Kuantan untuk ambil Huda balik Ipoh.

Dalam bas nanti aku nak tido puas-puas. Daaaa........

Nov 1, 2008

.pertanyaan

Selamat siang semua.

Final Examination Regulations.


"Students are not allowed to leave the examination hall from the first 30 minutes and 30 minutes before the examination ends"


Boleh tak sesiapa elaborate more tentang kenapa regulations di atas ada di dalam peraturan finals?

Oct 29, 2008

.pengumuman penting

Selamat siang semua.

Sekarang aku sangat sibuk belajar. Sangat.

Finals aku mula dalam 2 hari saja lagi.

Sila beri kerjasama okay.

Terima kasih.

Oct 28, 2008

.mimpi

Selamat siang semua.

Kebelakangan ini aku banyak alami mimpi. Mungkin stressed out sebab finals dah dekat. Mungkin. Aku pun tak pasti. Banyak mimpi berkait rapat dengan future, kematian, dan kesedihan. Dan selalunya, mimpi ini aku reka sendiri. Tengah-tengah mimpi aku reka budak ni datang sini lah, benda tu jadi banyak lah, macam-macam lagi. Ya, aku sedar ketika mimpi.

Tapi kali ni aku tak mampu reka. Aku hanya dapat menonton mimpi aku.

Malang, tak ada popcorn.

Aku seratus peratus yakin aku tak mahu semua mimpi-mimpi aku tu jadi kenyataan. Kalau betul-betul jadi sekarang, dan jadi masa aku tengah finals, aku tak mampu nak menghadapi hidup dan stress itu.

Ah, mimpi mainan syaitan kan? Jangan percaya sangat kan? Nakal syaitan ni.

Nak kena babab.

Oct 27, 2008

.kampung kah aku?

Selamat siang semua.

Ramai orang panggil aku orang kampung walaupun aku duduk di Ipoh. Betul, aku memang orang kampung. Lihat sahaja kad pengenalan aku. Tertulis Kampung Seri Kinta. Aku tak kesah orang panggil aku orang kampung, kerana aku memang kampung.

Kenapa?

Sebab aku suka mainan orang kampung. Kalau mereka sezaman aku suka keluar ke shopping mall, aku lebih senang di rumah main aci duduk, aci nyorok dan seangkatan dengannya. Aku juara aci duduk tau.

Aku suka makanan kampung. Sua la dekat aku pizza ke McD ke, kalau di depan mata aku ada ikan curut goreng, sambal belacan, jantung pisang, gulai lemak dan ikan masin, aku tolak tepi pizza dan McD. Jiwa aku lebih sesuai dengan makanan kampung dari makanan bandar.

Aku masih kekok di bandar-bandar besar. Terutama Kuala Lumpur. Bukan takut sesat, sebab mereka jauh lebih membangun dan lebih berfesyen dari aku. Bagi aku, KL tak lah menarik sangat. Sebagai seorang yang sukakan nature, KL tu jauh dari memori aku untuk consider untuk vacation.

Di shopping mall, butik-butik mahal akan cuba aku jauhi untuk jengah ke dalam. Tak ada duit, orang miskin. Nak masuk pun takut-takut. Bila tengok baju-baju di dalam, paling penting aku tengok tag harga dia. Mahal, aku letak balik, walaupun baju tu cantik sangat. Setau aku tak pernah aku beli baju t-shirt harga lebih rm30. Kebanyakannya bundle dan sale saja.

Orang bandar suka ke kelab malam. Aku pernah ke kelab, sekali. Seumur hidup aku. Dan aku tak suka. Itupun sebab aku tak ada choice lain. Ingatkan ke pulau untuk lepak-lepak main arked atau tidur di Gurney Drive, tapi mereka ke kelab. Patut la pakai smart. Tapi aku duduk tepi saja lihat gelagat mereka. Kelakar aku tengok orang Melayu ke kelab. Macam tak ingat dunia. Ye lah, nak masuk bukan senang kan. Orang Melayu kalau dapat buat benda yang haram, suka.

Aku jakun. Kejutan budaya. Tapi aku masih boleh control. Kalau aku tak boleh control, aku pasti akan jadi seperti The Opportunist.

Oct 26, 2008

.bila pundi kencing penuh

Selamat siang semua.

Cik abang hensem goatee, kalau tak nak orang tengok zakar kamu yang kecil tu, jangan kencing dalam urinal ya? Lain kali kencing la dalam cubicle yang ada tuh. Kalau masuk dalam tu tak perlu abang risau lagi pasal orang ternampak zakar abang yang kecil tu.

Dan kami semua ni, tak teringin pun nak tengok zakar abang yang kecil tuh. Ye ye saya tahu, zakar abang yang kecil tu, boleh masuk Ripley's, so tak payah risau-risau ada orang mintak autograph ok?

Saya tak berminat dengan zakar abang, so lain kali jangan pandang saya macam saya ni gay. Kalau saya gay pun, tengok je zakar abang yang kecil tu, hilang selera saya. Saya datang nak kencing je. Sama macam abang jugak kan? Kita sama-sama pundi penuh, abang jangan la buat pundek tengok-tengok orang macam tuh.

Ke abang ni yang gay? Oh abang la yang selalu conteng dalam cubicle tulis "Man gay - 0175xxxxxx" tuh eyh? Takpe saya ada sorang kawan(rujuk entry sebelum) yang gerenti nak dekat abang.

Lain kali, ubah la perangai ye abang. Jangan takut-takut. Kita datang nak kencing, bukan pertunjukan zakar siapa paling kecil.

Tahniah, abang nombor satu.

Oct 22, 2008

.wth

Remember my friend, the sucky one? The opportunist one?

He's starting to get on my very last nerves. He's breaking my gait. Dia dah menempah kubur. Sekarang, semua yang aku kenal dah benci dia. Bukan aku yang cucuk diorang, tapi diorang sedar sendiri.

Kami mahu set up satu front menentang dia. Tunggu masa sahaja lagi. Aku betul-betul berharap bila aku baca surat khabar esok, keluar berita kerajaan Malaysia menghalalkan pembunuhan bersebab. Ataupun berita dia mati dilanggar, atau berita dia mati minum banyak sangat arak.

Terima kasih tabloid.

Oct 20, 2008

.entry carutan

Selamat siang semua.

Serius, kalau aku tau paper exam kali ni macam haram susah gila babi, takkan aku sengkang mata tak tidur semalam. Sedih gila weh paper susah sangat. Topik yang cakap tak masuk semua masuk. Masa buat test mata macam panda, merah je. Baju tak ada masa nak basuh, nak berak pun tak ada masa. Pukimak betul!

8.30 malam - 10.00 malam Basic Hydraulic
8.00 pagi - 10.00 pagi Quantities
12.00 tgh hari - Structural Analysis

Jadual yang perfect.

Lecturer macam babi tak nak langsung consider budak-budak nak study. Pastu nanti kalau fail, salahkan kami tak belajar. Pukimak dah gap sikit-sikit pastu expect budak-budak dapat high score jawab soalan susah-susah.

Sumpah aku benci lecturer-lecturer subjek tu semua. Paling aku benci lecturer quantities. Bagi info salah.

Sampai mati aku takkan amek kelas kau dah!

Oct 16, 2008

.selamat ulang tahun

Selamat siang semua.

Hari ni officially birthday aku.

Aku sebenarnya tak kesah dengan birthday aku. Aku tak kesah kalau tak ada sapa-sapa wish. Aku tak kesah kalau tak dapat hadiah pun. Seriusly, aku tak kesah.

Dari kecik, kalau masa hari jadi, keluarga aku cuma sambut dengan wish awal-awal pagi saja. Tak ada makan-makan, tak ada surprise party, tak ada kenduri doa selamat, tak ada hadiah-hadiah. Bukan hari Natal nak bagi-bagi hadiah. Dalam keluarga aku birthday sorang saja yang disambut iaitu kakak kesayangan Encik Ariffin dan Puan Hamizah. Masa birthday dia akan disambut grand-grand, siap belon bagai.

Tapi aku tak kesah. Aku tak rugi apa-apa pun. Aku dapat makan, kenyang, sudah. Dan perangai tak kesah ni terbawa-bawa sampai aku besar. Masa birthday aku tahun 2002 aku sampai terlupa birthday aku. 3 hari lepas tu baru aku sedar.

Kalau tak ada sapa-sapa wish, aku bukan mati pun. Aku memang tak suka sambut ulang-ulang tahun macam ni. Macam tahun baru jugak. Semakin banyak kali kita sambut, semakin hampir kita dengan kematian. Aku takut mati. Sapa tak takut mati beb. Kalau kau alim ya amat, takpa lah. Ni dosa dah tinggalkan jauh pahala.

Resolusi aku tahun ni? Aku nak cepat-cepat habiskan diploma ni supaya aku dapat sambung degree dan terus bekerja. Aku nak jadi kaya.

Buat masa sekarang ni, aku miskin. So sapa-sapa terasa nak bagi hadiah dekat aku, bagi la yang grand-grand ya. Aku sedia menanti. Haha.

Ucapan terima kasih aku dahulukan

Oct 15, 2008

.pencuri

Selamat siang semua.

Mesti masa kecik-kecik kamu benci pencuri. Atas didikan kanak-kanak aku juga benci pencuri. Tapi sekarang zaman duit. Semua duit. Nak berak pun kena duit. Tapi kalau kamu merompak bank, tahukah kamu berapa banyak yang kamu boleh curi sekali harung? Aku baru tau tadi.


$4,032,080 Quiz brought to you by money.co.uk



Jutawan jugak aku kan. Letih nak bayar zakat harta weh.

Oct 14, 2008

.choosy

Selamat Siang semua.

Things that occurs to me in my almost 20 years of life had shape me up to who I am right now. I don't need anybody to guide me anymore, I think so. I really think that I had enough experience to face the world.

In these 20 years, I've been laughed at, been poked fun of, but none of that scares me. I am strong, stronger than you would ever imagined. But sometimes I had my limitations.

Sometimes people just can't accept who I am and for what it may, I just seems to ignored all those things. I don't want to make a big deal out of it because I know that it would never affects me.

For who that knows me inside and out, they know that I am a really patient person. I kept all my thoughts to myself and when the day comes, I burst out into flames. I don't want to, but I had to.

I like privacy. I also respects other people's privacy. I am not a good talker so most of the day I stay out of people and just live my life in my room. Even my friends always says that my room is tempat jin bertendang, but I liked it. I usually don't care if someone comes into my room and talk to me or plays my games or use the internet but it all have a limit. But when a fucker comes barging into my room and started to violating my privacy, that really pissed me off.

That fucker that I barely knows, comes into my room and digs deep into it like he knows me for a long time. He almost found out my blog and other private stuffs in my room.

Hello fucker, how does my penumbuk tasted like? It is sweet? Or sour? Or bitter? If you want to taste that again, please come pay me a visit. I will wait for you.

I hate that fucker, I really do.

Aku mahu kau mintak maaf.

Oct 11, 2008

.sedih sorrow sad misery kecewa

Itu aku.

Oct 10, 2008

.kenapa?

Selamat siang semua.

Lepas-lepas raya ni, ramai blogger dah delete blog mereka. Ada jugak yang tak delete blog tapi delete semua entry. Kenapa ya?

Adik beradik tau kamu ada blog ke? Ketika kamu makan rendang kamu terdengar pak menakan kamu sembang pasal blog kamu ke? Atau ayat-ayat trademark kamu disebut-sebut semasa orang lain tengah sembang ke?

Aku tak faham. Macam mana pun, banyak sangat blog yang seronok dibaca dah didelete. Blog feed dalam mozilla aku dah banyak aku terpaksa delete. Bookmark aku dah hampir kosong.

Blogosfera sudah sunyi.

.6 hari lagi

Selamat siang semua.

Birthday aku dah dekat. Dah around the corner dah.

Korang dah prepare surprise party untuk aku ke belum?

Dah prepare stripper yang keluar dari kek besar?

Dah belikan aku Nissan Skyline sebijik?

Dah belikan aku chocolate indulgence kat secret recipe?

Dah belikan lilin besar 2 untuk 20 tahun?

Aku tak kesah mana satu. Janji korang belikan. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Heh.

Oct 8, 2008

.mari mengsibukkan diri

Selamat siang semua.


Reinforced Concrete - Structural Design

Structural Analysis

Civil Engineering Materials - Quantities

Surveying

Survey Practical

Highway Planning and Designing

Fluid Mechanics - Second

Semua tu akan buat aku gila dalam sebulan ini. Orang suruh belajar, main. Tanggung akibat dia.

Menyesal tau!

.raya mood?bukan

Selamat siang semua.

Lepas raya ni, aku agak kemalasan untuk menaip blog. Aku tak tahu kenapa, tapi malas. Dan dalam jangka masa itu banyak perkara dah berlaku dekat aku dengan sengaja atau tidak sengaja.

1. Raya aku sibuk.

Sibuk sangat. Ramai sangat orang datang rumah kami sampai makanan semua habis dan semua orang terbongkang kepenatan malam tu. Sedihnya duit raya sekeping dua je yang dapat. Tahi betul.

2. Handphone aku rosak.

Dua kali! Sekali sebelum raya dan sekali malam raya. Akibatnya duit aku terbang rm150 dan tiada gambar raya di dalam handphone aku. Bukan kali pertama handphone aku rosak begini. Aku sekarang dalam proses mencari handphone baru. Aku tak sanggup dah repair handphone cabok ni.

3. Aku dapat tau saudara aku seorang po-en di Penang.

Betul. Tak tipu. Aku tanya dia sendiri. Tapi kalau tengok, serious boleh muntah. Tak nak elaborate lebih tentang dia.

4. Aku kini berpunya kembali.

Sedozen ros, sekali dating, kami bersatu kembali. 4 Haribulan 10 2008. Raya keempat. Cinta datang dan pergi dan kali ni ia datang kembali. Aku tak mahu dah dia pergi lagi. Kamu, kite sayang kamu sangat- sangat. Aku seronok berjumpa dia. Yang aku terkilan dia terpaksa balik awal dan kami tidak dapat tonton wayang bersama. Benda yang ada dalam wishlist dia aku tak dapat tunaikan.
Sori sayang.

Banyak lagi yang ada dalam kepala otak aku ni. Tapi aku tak dapat keluarkan. Mungkin nanti.

Sep 27, 2008

.perlu kah?

Selamat siang semua.

Lagi 3 hari nak puasa. Makin sibuk dengan urusan persiapan untuk raya. Order lemang sini, ambil daging sana. Betul-betul macam ketua keluarga.

Tadi aku dengar satu perbualan telefon antara pemanggil dengan deejay radio terkemuka tempatan.

Gadis Melayu : I dedicate this song to myself because this is the month of Ramadhan so I cant go clubbing, so I want to dance at home. I really love to dance in the club.

*Lagu dance trance apekejadah plays.*

Hai cik gadis yang suka menari, bulan bukan Ramadhan boleh ke club kah? Halal kah?

Sigh

Sep 26, 2008

.Salam Lebaran


Andai terkasar bahasa, terlanjur kata, terguris hati, harap dapat dimaafkan. Salam Aidilfitri, Salam Lebaran. Aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua. Tidak terlintas di hati ingin mengguris.
Selamat menjamu selera. Jangan sampai lepas raya saiz pinggang bertambah 5 inci. Berpada-padalah.

.pulang

Selamat siang semua.

Semalam hari last aku berbuka di Penang. Tadi sahur terakhir. Pukul 10 nanti aku akan bertolak balik ke Ipoh.

Puasa dekat rumah satu saja yang best. Boleh mintak apa kita nak makan. Boleh borong makanan dekat bazaar tanpa perlu fikir bajet. Petang ni aku nak pergi bazaar terbesar dekat Ipoh. Borong semua.

Seronok? Sikit saja. Seperti entry lepas, aku sudah cakap raya kali ni bosan. Ya bosan. Tak ada Encik Ariffin. Tak ada abang kegemaran. Kakak balik malam raya.

Aku tak shopping raya pun lagi. Tak terfikir. Kalau rotate baju raya (bukan baju melayu raya) tahun-tahun lepas, agak-agak orang perasan tak? Baju melayu kakak aku dah belikan. Aku mintak dia beli. Hehe.

Pakai baju melayu dengan skinny jeans boleh?

Sep 24, 2008

.banyak, ramai

Selamat siang semua.

Ni entry ke 30 aku untuk bulan ni. Tak pernah aku capai banyak ni dalam masa sebulan. Dulu sebulan 1 je. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan baru dapat 1 entry.

Orang cakap kita kena selalu buat entry baru. So idea tak berkarat. Aku setuju.

Lepas aku selalu update, idea datang melimpah ruah. Rejeki.

Banyak yang aku nak cakap dalam blog ni, cuma aku tak punya banyak masa untuk menulis. Dan aku sekarang amat sibuk dengan assignment yang berlambak-lambak serta final project yang due selepas raya.

Aku tak tau macam mana aku nak siapkan semua dalam masa yang singkat ini. Raya kali ni tak best, lagi teruk dari masa SPM dulu. Aku raya semasa SPM. Kali ni aku dapat bersuka ria sekejap sahaja.

Aku nak kembali ke zaman aku sekolah rendah dulu. Raya sungguh bermakna pada aku.

Sekarang tak lagi.

Abang aku tak balik raya pertama sebab beraya rumah mentua dan Encik Ariffin pun tiada. Sunyi tanpa suara lelaki dalam rumah.

Aku terpaksa jadi ketua keluarga untuk raya kali ni. Bosannya. Kena beli lemang semua. Kena layan tetamu yang aku jarang atau tak pernah jumpa.

Bila aku ada masa untuk main meriam buluh?

Sep 23, 2008

.sakit kepala

Selamat siang semua.

Hari ni aku sakit kepala. Sakit kepala yang teramat sangat. Rasa macam ada satu blok batu diletak atas kepala. Serious tak pernah aku sakit kepala macam ni. Aku rasa aku tak ada penyakit selalu sakit kepala. Tapi entah la hari ni sakit yang amat sangat.

Mula dari masa tengah buat field work tadi, mata aku dah mula berpinar-pinar. Mungkin panas tapi aku dah pakai topi dah.

Tengah wat field work, aku rasa nak pengsan. Lepas kelas tu terus balik. Burn semua kelas aku lepas tu.

Aku tido sampai waktu berbuka tadi. Makanan pun aku tak sempat beli. Sekarang pukul 8.40, aku tak makan lagi. Bangun-bangun tadi minum air je.

Lepas ni, nak mandi, nak makan ubat, nak sambung tido.

Selamat malam.

Sep 22, 2008

.sakit

Selamat siang semua.

Kamu tahu sakit apa yang paling sakit dalam dunia? Sakit tahan berak? Salah. Aku pasti siapa yang duduk di kawasan sawah padi mesti pernah merasa sakit ni.

Sakit yang paling sakit dalam dunia ialah ini. Terutama kalau sakit tu kena tepat-tepat di kawasan alat pembiakan anda. Lebih sakit kalau dia kena dekat skrotum. Kalau bergesel dengan boxer, pedih dia yang teramat sangat datang dengan sepantas kilat.

Kalau kamu kena tak cakap "Uhh, sakitnya" sambil jalan terkengkang-kengkang, kamu memang dasyat. Kamu memang jantan, tahan kuat.

Bubuh dengan ubat dia, tak ada efek. Bubuh ubat gigi, tak ada efek jugak. Tunggu masa dia baik sendiri je.

Untuk aku, aku rasa seminggu lagi aku akan jalan terkengkang-kengkang.

Uhh, sakitnya.

Sep 20, 2008

.accomplishment

Selamat siang semua.

Selamat berbuka. Mesti semua sudah terbongkang kekenyangan kan? Tu la, makan banyak-banyak lagi.

Hari ni aku mencapai satu benda. Aku berjaya jumpa karipap yang sedap. Biasa kalau kita beli karipap, mesti 90% inti dia kentang dan 5% kuah dia da 5 lagi baru either daging, ayam atau sardin. Kali ni tak. Kali ni 50% kentang dan 50% ayam. Puas hati teramat sangat. Boleh rasa chunk ayam tu.

Dia tau hari ni aku mengidam karipap. Macam orang mengandung. Aku berjalan di bazaar sambil mulut cakap karipap berulang-ulang. Gila. Tapi, at least aku mencapai tujuan aku.

Apa yang kamu dah capai hari ni?

Sep 19, 2008

.putih

Selamat Siang semua.

Pukul 6 petang, semalam. Di bazaar Ramadhan. Aku terserempak sorang kawan perempuan ni dengan boyfriend dia. Aku tak suka dia, mulut macam haram.

"U puasa ke?", dia tanya. Aku jawab, "Mesti la". Aku jawab acuh- tak acuh sebab mata aku dah tertumpu dekat murtabak kedai Abang Tonggek tu. Aku tanya pulak, " U tu tanya orang, u puasa ke?", Dia mengangguk.

Aku cakap lagi, "Cili kat gigi tu buang dulu kalau nak cakap puasa". Muka dia dah merah padam. Terbakar tudung putih ropol-ropol dia. Dia blah laju-laju. Nak tipu orang yang expert bab-bab ponteng puasa ni. Dia tak tahu ke, mamak kat area seberang ni semua kenal aku bulan-bulan puasa ni tau. Siap dah boleh cakap, "Mamak! Biasa!". Tapi tahun ni tak la, tahun ni aku baik. Baru sehari okey.

Cili kat mulut, berkopulasi pun ke sebelum ke bazar tuh?

Sep 18, 2008

.hai

Selamat siang semua.

Aku sudah tidak ada idea untuk mengarang sekarang. Tak tahu kenapa. Kalau mengerang, boleh sahaja. Haha.

Dia sudah kembali pada aku. So buat masa ni aku nak concentrate sepenuhnya pada dia. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayang dengan dia.

Kite sayang kamu tau!

Sep 17, 2008

.stylo

Selamat siang semua.

Tadi, kawan aku cakap, "Makin maju trend zaman sekarang, makin bogel orang sekarang".

Betul kut.

Kalau dulu, nampak je Melayu pakai minishorts, mesti kena cop bohsia. Sekarang, pergi bazaar ramadhan pakai macam tu orang dah macam tak kesah dah.

Bila pulak yek zaman pakai bra dan panties sahaja untuk ke bazaar?

Sigh.

.dosa

Selamat siang semua.

Sekarang pukul 6. Aku baru nak pergi beli makanan berbuka.

Daripada aku tambah dosa, lebih baik aku berbuka luar hari ni.

Sep 16, 2008

.flat broke

Selamat siang semua.

Bila aku dah mula korek syiling untuk ditukar dan beli makanan berbuka, petanda kemiskinan sudah dekat. Bukan sudah dekat, memang sudah pun.

Macam mana aku nak balik raya ni?

Selamat berbuka puasa semua.

.tauhu ke, topu ke, takua ke, sama je..

Selamat siang semua.

Pernah baca berita tentang penyerbuan MPKJ ke kilang tauhu di Kajang? Mesti tau kan. Ala yang dia guna air berlumut untuk proses tauhu dan kilang tuh kotor dengan tahi anjing dan lalat tuh.

Aku tau ramai yang suka makan tauhu. Nak nak kalau buat masak lemak kan. Tapi aku lain. Aku tak pernah suka tauhu. Bagi aku rasa dia pelik. Banyak-banyak benda lain aku dah makan, tauhu still top ranking aku makanan paling tak sedap. Benda-benda pelik yang aku dah makan ialah jantung pisang cicah sambal belacan (sedap!), mengkudu (pahit tapi boleh terima) dan ulat Sarawak (rasa susu, tapi sedap). Dan benda berasas tauhu pun bagi aku semua tak sedap, macam tempeh, su'un , dan taufu fa.

Kalau aku order megi goreng dekat mamak, aku akan mintak tak nak tauhu. Aku tak nak bila aku makan nanti aku terkunyah. Dan rasa itu akan spoil mood aku makan.

Blog ni dah jadi macam blog kak jah pulak kan. Haha.

Aku mahu buat special front yang anti tauhu. Kami akan menentang pemakanan tauhu di dalam dunia ini. Mungkin ia akan jadi sehebat Greenpeace.

Aku benci tauhu.

Sep 14, 2008

.kembali

Selamat siang semua.

Hari ni hari kurang produktif aku. Mungkin semen-semen senyawa aku tidur hari ni. Atau mungkin aku malas untuk berfikir hari ni. Atau mungkin satu blog yang best sudah terkubur.

Aku tak suka macam ni.

Tapi yang pasti hari ni, dia kembali. Adakah ianya akan jadi seperti dahulu kala? Itu terpulang pada kedua-duanya. Yang pasti, aku mahu. Aku suka macam itu. Macam dahulu kala. Kalau dia ibarat mercun, aku nak bunga api besi jenama Black Cat. Aku tak mahu bunga api belang-belang yang sekarang ini makin kerap meletup bila terbakar. Belerang lebih, baru kick?

Hilang tangan, baru kick.

.you will never walk alone

Selamat siang semua.

Seronok tengok bola tadi. Walaupun berbuka di mamak dengan penggunaan duit yang banyak hanya untuk sepinggan nasi dan seketul ayam, berbaloi.

Ditemani dengan segerombolan penyokong Manchester United, aku tenang. Aku yakin malam ni malam Liverpool. Kita Liverpool, kita skinhead, takda hal lah!

Ada Berbatov? Aku tak goyah. Lihat saja permainan Berbatov tadi. Seketika aku sangkakan dia tidak bermain. Mungkin dia sekadar ball picker saja di padang tadi.

Gol pertama dari Tevez, aku tenang. Baru 3 minit masa berlalu. Liverpool late picker. Pelan-pelan kayuh. Bukan main sorak depan mata aku bila Tevez score tadi. Aku cakap, tunggu. Bukan main lebar senyum mereka. Sampai ke telinga.

Van Der Sar? Kesilapan bodoh. Tiba giliran aku untuk sorak depan mata mereka.

Gol sendiri Brown dan cara permainan mereka sepanjang perlawanan sudah cukup buktikan season ini bukan season Manchester United.

Masuk Babel beberapa minit sudah cukup untuk score gol. Kawan-kawan yang seronok habis tadi terdiam. Aku melompat keseronokan. Kalau handphone aku ada loudspeaker besar serta amplifier, akan aku mainkan lagu Liverpool kuat-kuat.

Sebelum tamat masa, kawan-kawan aku tadi sudah beransur pulang. Aku kata tunggu, tidak diendahkan.

Rileks la bro, bola je kan. Apsal nak tarik muka? Siapa yang senyum lebar sampai ke telinga sekarang?

Your lips, my ass, they should meet.

Say hi to my ass.

Sep 12, 2008

.gatal kah?

Selamat siang semua.

AMARAN : Tidak sesuai ditonton ketika anda sedang berpuasa.

Lihat ini.

Aku hanya dapat bayangkan yang pengadil bagi pertandingan ini adalah seorang maniac pervert dan seorang lelaki tua yang rajin ke dangdut untuk cari gadis-gadis muda bergetah.

Salah seorang dari mereka secara senyap-senyap burn dvd video-video gadis yang hantar entry mereka untuk future use (if u know what i mean).

Pervert. Heh.

.wonders of me

Selamat siang semua.

Kelmarin, aku di-tag oleh PKP dan Adik Jah (adik ke?haha..) untuk jawab tag mereka. Aku agak sibuk untuk type semua semalam sebab aku dipanggil untuk bermain futsal dan tadi aku tidur sepanjang hari sehingga pukul 6 petang tadi. Itupun dikejut housemate, kalau tak, lebuh sampai berbuka.

Ok peraturan tag ni senang je, macam ni :

The rules:
Link to your tagger and post these rules on your blog
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Diri saya adalah seperti berikut;

1. Saya seorang perenang.

Aku sangat suka berenang. Dulu aku wakil sekolah dan negeri. pernah berenang dengan Lim Keng Liat dan Daniel Bego. Bukan pertandingan, tetapi training bersama. Kalau nak lawan mereka, sudah pasti aku kalah. Itu zaman sekolah menengah dekat ACS dulu. Lepas masuk teknik, aku dah retired. Bukan apa, tak ada siapa nak bimbing aku. Aku rindu dengan cikgu yang dedahkan aku dekat sukan renang ni. Kalau Cikgu Razak Malek Taharim baca, sila contact saya ok! Saya rindu dengan cikgu.

2. Seorang yang sangat pemalu.

Kalau di dalam blog lain, bila jumpa lain. Aku agak gagal dalam meluahkan perasaan muka antara muka. Mungkin kerana dari kecil aku susah untuk bergaul dengan orang lain kerana aku hidup terkongkong di rumah. Aku hanya mengenali wanita sejak aku masuk sekolah teknik. Kalau di luar negara sudah pasti aku di-cop GAY. Tidak sama sekali. Aku masih horny melihat buah dada, perempuan seksi dan muka putih licin. Jangan tersentak, itu normal bagi naluri lelaki.

3. Seorang yang panas baran.

Kalau tengah marah, aku akan buat perkara yang tidak dijangka even aku sendiri pun tak jangka. Puan Hamizah cakap, kuat MEGHAMPOIH. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Puan Hamizah pun sama. Suka bawak kereta laju-laju kalau marah. Tidak fikir benda lain kalau marah. Muka kerut dan cakap sepatah-sepatah. Siapa yang kenal aku tau perangai aku ni.

4. Tidak suka menunggu.

Aku paling marah kalau tunggu orang lama-lama. Kalau janji, biar tepat. Masa itu emas kan, tak elok bazir. Dan sejak kecil aku diasuh untuk datang awal tunggu orang. Tambah kalau kita tumpang orang. Jangan buat orang tu tunggu kita. Biar kita tunggu lama takpa. Itu pesan Encik Ariffin pada aku.

5. Tidak boleh hidup tanpa muzik.

Kawan aku pernah tanya aku macam mana boleh aku hafal lirik setiap lagu yang keluar dari radio. Aku tersenyum. 60% hidup aku habiskan dengan dengar lagu. Tanpa muzik dunia aku tidak sempurna. Aku dengar lagu dari zaman 50-an sampai sekarang. Tanya saja lagu apa pasti aku tau, walaupun sedikit. Agak-agak boleh tak kalau aku nak masuk Jangan Lupa Lirik? :D

6. Seorang melayu kurang konservatif.

Aku tidak percaya taboo. Aku tidak percaya dengan kepercayaan karut. Tau tak masa dulu (sekitar 70-80an) orang Melayu selalu buat upacara pemujaan roh? Mereka akan sediakan pulut kuning, daging ayam dan bahan-bahan lain dan diletak di atas 'ancak' dan baca mantera-mantera. Aku tidak percaya dengan perkara-perkara yang belum tentu seperti meniarap dan silang kaki, tak boleh cium dari atas kepala bayi, cuci kaki sebelum tidur, dan petua-petua lain seperti buang bau ketiak dengan cara gosok ketiak dekat lutut masa mandi. Zaman sekarang pakai deodoran sudah. Aku banyak tau petua tetapi aku tidak amalkan.


7. Saya suka berak.

Berak adalah macam makan nasi. Hari-hari mesti. Tambah-tambah kalau baru lepas hisap rokok. Kalau berjalan ke tempat yang tenang dan sejuk, otak merembeskan usus aku untuk pergi ke tandas dan berak. Tapi sejak-sejak aku kena usus berdarah ni, aku disuruh doktor untuk kurangkan. Dan aku suka berak sambil membaca. Apa-apa sahaja bahan bacaan, even brochure pun jadi asalkan aku membaca.

Itu semua sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku masih muda dan sedang dalam proses mengenali diri aku lagi. Banyak yang aku tak sedar tentang diri aku. Hehe

I'm gonna tag these people :

i. Sha
ii. Abah
iii. Huda
iv. Heixa
v. Marjerin
vi. Nashrex
vii. Paraxixth

Sep 10, 2008

.rindu abah

Selamat siang semua.

Bila baca blog perempuan jomblo, saya sebak. Teringat Encik Ariffin. Oleh itu saya tulis pasal dia hari ini.

Sepanjang hidup saya dengan Encik Ariffin, saya tidak pernah lihat dia marah sangat-sangat pasal benda kecik. Hal tu kerja Puan Hamizah. Encik Ariffin lebih tenang. Typical lelaki, tenang dalam semua hal. Bila aku kantoi ponteng mengaji, dia diam. Bila aku kantoi dapat result masa sekolah dapat corot, dia diam. Bila dia dapat tau aku merokok, dia diam. Mungkin kerana dia perokok lebih tegar dari aku, aku tidak pasti.

Tapi ada satu kali tu aku buat kesalahan terbesar dalam diri aku. Dia mengamuk habis. Berbirat habis badan aku kena dengan batang mop. Sakit tak dapat digambar. Seminggu aku tak dapat berjalan dengan elok. Belakang badan, ada kesan kena libas dengan getah paip. Sampai sekarang masih ada. Kalau orang tanya, aku jawab selulit. Dan selepas itu aku marah sangat dengan dia. Ye la kan masa tu zaman tengah rebellious. Sekarang, aku berterima kasih dekat dia. Kerana itu lah aku tidak akan lupa kesalahan yang aku buat tu.

Dia sayang.

Kalau dia tak sayang, aku takkan jadi manusia berguna macam sekarang. Kawasan perumahan aku ghetto beb! Kalau hisap dadah tu, depan-depan je tak payah nak berselindung belakang rumah. Curi-curi pecah masuk ni dah macam perkara biasa.

Tapi dia bijak. Dia masukkan kami ke sekolah-sekolah di bandar.

Aku pernah dengar saudara sekampung aku dulu cakap buang masa je hantar kami sekolah jauh-jauh. Dia boleh cium bontot aku sekarang. Anak dia, dengan anak Encik Ariffin sekarang, jauh berbeza. Kami lebih bertamadun, kerja lagi bagus-bagus. Bukan nak bangga, tapi it's a matter of fact. Kalau kami dihantar ke sekolah cabuk dekat rumah kami tu, pasti kami sama je dengan saudara sekampung itu.

Sejak kecil, Encik Ariffin tatang kami bagai minyak yang penuh. Anak dia diberi pakaian mahal-mahal. Susu first class. Makan sedap-sedap. Dia seorang yang berfikiran jauh. Tetapi satu saja yang kami tidak dapat masa dulu. Kami miskin, jadi semua terbatas. Namun Encik Ariffin tetap berusaha bagi semua pada kami. Makan, cakap aja apa mesti dapat. Walaupun ambil masa yang lama. Kalau nak makan KFC, kena tunggu birthday Angah baru dapat. Angah ni dulu kesayangan Encik Ariffin. Bijak.

Alhamdulillah kami berjaya ( Aku hampir, Insyaallah). Sekarang anak-anak dia semua dah ada kerja bagus. Gaji rm2k ke atas. Masa ni, adik beradik yang dah kerja balas balik pengorbanan mereka. Mereka semua sudah merasa belanja Encik Ariffin dan Puan Hamizah.

Aku tak sempat.

Encik Ariffin pergi 11 April 2007. Tuhan lagi sayang dia. Aku harap dia di atas sana tersenyum tengok anak-anak dia berjaya. Itu yang dia mahukan dari dulu.

Puan Hamizah ada cakap kat aku sebelum Encik Ariffin pergi dia pernah cakap yang dia nak ada anak dia yang jadi engineer. Aku masih ke jalan tersebut. Aku mesti berusaha ke jalan tersebut. Aku nak buat Encik Ariffin senyum lebar sampai ke telinga.

Abah apa khabar? Baik? Baca paper Star ke kat atas sana? Sekarang bulan puasa abah. Makan semua sedap-sedap. Walaupun semua tak sama lepas abah takda, adik still cuba untuk dapatkan ritma yang sama masa abah ada. Puasa kali ni adik ponteng sekali. Silap besar kan abah? Sorry.

Abah, adik sayang abah sangat-sangat. Sorry adik tak sempat nak bagi abah apa-apa. Abah pergi cepat sangat. Adik tak sempat nak tengok abah sebelum abah pergi.

Adik rindu abah. Adik rindu lullaby yang abah nyanyi kat kami masa dulu. Adik rindu nak peluk abah masa naik motor. Adik rindu nak pergi makan tengah malam dengan abah. Adik rindu dengan lawak bosan abah. Adik rindu nak hulur tangan salam abah, cium tangan abah. Adik rindu dengan bantal busuk abah. Dah puas adik cari tapi tak jumpa.

Abah jaga diri baik-baik tau. Jangan ngusik budak-budak kecik kat sana tau. Cinta sejati abah rajin sedekahkan bacaan Quran untuk abah. Adik rasa setiap hari. Kenyang abah kat sana.

<3 Encik Ariffin
Selamat siang semua.

Aku tersedar dari tidur. Aku lihat jam di handphone aku. 7.33pm. Damn! Aku terlepas waktu berbuka.

Dan yang paling best antara semua, aku terlupa pergi beli makanan untuk berbuka.

Bukak air paip, baca doa dan minum.

Capai sebatang rokok, bakar, hisap.

Tengok siapa yang ada di ruang tamu, tiada siapa. Nich. Nada.

Mereka tinggalkan aku. Pukimak.

Baru lepas cuci muka.

Off to mamak!

.cepatnya

Selamat siang semua.

Semalam aku download 1GB Prison Break Season 4, hari ni dah habis. Cepat betul. Exactly 13hours sudah habis 100%.

Aku kagum dengan Celcom Broadband sekarang. Mesra, Cepat dan Betul. Tak sia-sia selama ni Celcom macam haram slow sebab nak upgrade service dia.

Kalau dulu, 1GB ambil masa cikai-cikai 4 hari. Itu pun bila seed banyak. Sekarang seed sikit dah boleh capai download speed 50-70kbps.

Aku cintakan torrent, aku cintakan Celcom Broadband.

Valentine nanti aku nak beri mereka hadiah.

Sep 9, 2008

.temporarily closed

Selamat siang semua.

I am hereby announcing that this blog will be temporarily be on hiatus for a few days.

I am currently downloading the fourth season of Prison Break. All my internet connection will solely be focused on downloading it.

Seronok weh tengok Prison Break!

.leboh wei

Selamat siang semua.

Udoh leboh kome wei.

Ngatenye nak tahan sampai sebulan, alih-alih hari ni udoh leboh. Teman tak tahan dugaan hari ni. Deme tu kalau tak posa deme mesti ngajak teman makan sekali. Kalau takat makan megi idok le teman sior nak join.

Ni deme nyaden je makan sedap-sedap depan teman. Nasi kandar Zahir & Nordin Bukit Mertajam tu memang terbaik la. Ayam goreng dia je dah wat teman kecor ayor lior.

Memule teman tahan le. Tapi deme tu asyik ajok teman makan je. Siap hulor-hulor makanan tu depan mata. Bau tu.

Lepaih tu deme ngisap rokok pulak. Tak boleh jadi. Teman teruih pergi beli.

Leboh teman hari ni.

p/s : Bahasa dalam bahasa orang Parit, Perak. Kalau tak faham, tak payah baca.

Sep 8, 2008

.fatigue!

Selamat siang semua.

Main futsal, kalau dah lama tak main, berkarat weh. Malu sungguh sepak tak kena. Malu sungguh gelecek terjatuh. Tercabar kejantanan.

Kalau tak main bola, tak jantan la weh. Takkan duduk rumah anyam tikar jahit baju je. Tu keje Tom Abang Saufi. Sampai sekarang aku still tak pasti dia tu lelaki ke perempuan. Kalau salah, mintak maaf.

Nasib baik menang.

Mendidih-didih testis aku kena tackle. Nasib baik kawan. Main macam aram. Baca dulu peraturan Fifa untuk game futsal. Mana sama beb dengan bola padang. Kalau hang nak tackle keras, pergi main dekat padang besar la bongok.

Mau fight? 70-30. Mau?

Sep 7, 2008

.mana satu ni?

Selamat siang semua.

Terawikh atau futsal?

Aku berbelah bagi ni.

Pahala or nothing?

.rindu

Selamat siang semua.

Saya gelak, saya marah dan saya menangis bila lihat video ini.




Saya rindu Encik Ariffin

Sep 6, 2008

.damn!

Selamat siang semua.

Aku baru selesai format laptop. Kenapa? Ada monyet dalam rumah yang pandai-pandai bukak website yang dia pon sudah tahu bila dibuka, pasti akan kena virus atau malware. Lepas tu buat muka sengih kunun tak bersalah. Kaki masuk mulut mau?

Biasanya laptop aku ni ok je. Laptop tough. Tapi kali ini kondisinya lebih teruk! Sampai nak bukak explorer pun susah. Aku menyumpah dalam hati. Kalau lah Malaysia menghalalkan pembunuhan, seronok aku.

Dalam minggu ni dah 3 kali aku kena format laptop. Semua angkara virus dan malware durjana. Nak buang, rumit. Aku ambil keputusan format je. Bukan ada apa-apa benda yang penting pun dalam laptop ni kecuali games dan porno..

Nasib baik hari tu aku belajar format laptop. Kalau tak setiap kali format = rm80. 3 kali dah berapa? rm240 terbang macam tu je. Dulu yang aku sangka susah sangat padahal senang nak mampos!

Kamu nak format laptop? Beri pada saya. Saya kasi murah-murah.

Sudah masuk hari ke-7 puasa. Aku masih bertahan gagah, tidak seperti musim puasa dulu.

.bah

Selamat siang semua.

Tadi aku ada test. Boleh tahan la susah. Aku banyak meniru tadi. Agak-agak kalau meniru bulan puasa, batal tak?
Lepas test ada kelas. Tido saje dalam kelas. Mengantuk beb kelas sejuk-sejuk dalam aircond ni. Tambah-tambah pulak hujan dan semalam aku tidur beberapa jam je.

Balik rumah, bilik banjir. Habis bilik ada lopak-lopak air. Tilam dan bantal basah. Pukimak betoi.
Aku cari punca mana air datang tapi tak ada. Pelik

Tingkat 10 macam tingkat bawah je. Fuck ah!

Housemate aku tengok dan sempat lagi perli aku kata banjir sebab setan-setan dalam bilik ni yang kencing.

Mari aku kencing dekat muka kamu.

Sep 5, 2008

.hai rokok

Selamat siang semua.

Berbuka puasa, tanpa rokok lepas itu, adalah bagai berak tak flush. Macam kencing tak basuh. Berjimak tanpa pancut.

Kenapa la harga rokok sekarang mahal sangat-sangat. Aku rasa nanti rokok tu akan jadi macam cuban cigar. Nak beli pun kena tunggu import sampai.

Ada sesiapa nak bagi aku duduk kat Langkawi? Atau mana-mana tempat yang bebas cukai. Boleh hisap rokok murah. Air tin cap rimau pon murah. Baru berak ber-flush, kencing berbasuh dan berjimak berpancut.

.gadis

Muka cantik, berkulit putih suci, bermata galak, berbaju seksi, berbuah dada besar, berbadan lentik, berambut panjang, berkereta mahal.

Tapi sayang, sekarang bulan puasa.

CHO-BA-AN........

Sep 4, 2008

.mengidam

Selamat siang semua.

Aku mengidam macam-macam sepanjang bulan puasa ni. Tapi dalam banyak-banyak makanan dan dah berapa hari puasa ni aku masih belum mengidam laksa. Adakah laksa tidak lagi sebati dengan jiwa aku?

Ni beberapa menu yang aku mengidam dan pasti beli esok, jika aku puasa. :D

1. Tepung bungkus.
2. Kuih bulat warna hijau hingus yang ada bubuh ayam or daging di dalam. Aku tak tau nama dia.
3. Rojak Pasembor.
4. Murtabak.
5. Karipap yang besar.

Di bulan puasa aku selalu mengidam kuih. Tapi kalau bukan bulan puasa aku paling liat nak makan kuih. Ada siapa mahu bawa aku ke bazaar ramadhan dan belanja aku?

Silakan.

.dugaan dugaan

Selamat Siang semua.

Lepas-lepas field work yang panas gila ni, alangkah seronoknya bila dapat menghilangkan penat dengan air bergas dan ditemani dengan rokok sebatang.

Alangkah seronoknya. Sempurna hidup ini.

Bulan puasa, harga rokok naik.

Kombinasi yang terbaik untuk hari kesedihan aku.




Semalam aku bersedih lagi. Aku rindu dia. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayang dia. Setiap hari aku berdoa dia lembutkan hati untuk aku.

Sep 1, 2008

.sayang! <3

Selamat Siang semua.


Farid

Ini cinta baru saya. Betta Splenden warna merah. Saya cintakan dia. Saya namakan dia Farid kerana warna dia merah menyala, jadi ingin namakan dia Infrared. Tetapi kerana saya orang Melayu, saya namakan dia Farid. Farid seorang yang sangat aktif, rajin mundar mandir ke sana ke mari.

Dia pandai ambil hati saya, terutama ketika dia sangat lapar. Saya rasa dia bulimic kerana apabila dia pandang cermin dan ternampak muka dia, dia jadi berang dan mengembangkan diri. Atau dia bangga diri, saya tidak pasti.

Saya berharap sangat cinta kami ini berkekalan. Buat masa ini tiada siapa dapat pisahkan kami. Itu JANJI kami.

Selamat berpuasa semua. Banyakkan bersabar. Bulan puasa banyak dugaannya, jangan pula tonton porno, tengok boobs dan yang penting tahan lapar tu. Kalau banyak masa, pergi terawikh. Lepas witir ada makan-makan. Dah dapat jimat duit kan? Sebulan je beb!

Aug 29, 2008

.heh

Selamat siang semua.

Nuff said about heartbreak. Now i have a new one to love with. The one who would take care of me. The one that i love so much. The one that keeps me company when i'm bored. The one that can look at me for the whole day and not get bored.

I will introduce my sayang next time.

Oh yeah, endoscopy hurts, big time!

Aug 26, 2008

.sigh

Sedihnya hidup lonely.

Tak ada sapa nak kongsi suka duka.
Tak ada sapa nak kongsi kegembiraan.
Tak ada sapa nak kongsi kejutan.

Sayang, tak ada sapa dapat ganti kamu dalam hati saya ni. Saya tak gembira tanpa kamu.

Saya rindu kamu.

Aug 25, 2008

.bila blog aku ada benda ni?

Selamat siang semua.

Aku lihat sitemeter aku tadi. Macam biasa tak ada orang yang mahu baca blog aku. Tapi apabila membuka bahagian referrals, aku terkejut.

http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&rlz=1T4HPAB_en___MY260&q=nombor%20telefon%20awek%20gersang

Kerana ada orang mencari di google nombor telefon awek gersang dan google mengesyorkan blog aku. WTF?

Blog aku tidak pernah memberi nombor telefon awek gersang dan tentu sama sekali tidak aku adalah awek gersang tersebut.

Google bodoh

Aug 23, 2008

Selamat siang semua.

Di stesen bas. Selepas puas bertanya dari kaunter ke kaunter untuk membeli tiket kakak aku, tinggal satu lagi kaunter yang ada seorang gadis tembam sedang jerit-jerit cuba mencari pembeli tiket untuk ke KL.

Aku : Kak, tiket untuk ke KL ada lagi tak untuk esok?

Gadis : Tak ada! Nak cari orang untuk tiket sekarang je!! (dengan nada marah dan kurang ajar)

Aku : Fuck you! (berlalu sambil menunjuk middle finger)

Wei gemok, kalau nak berniaga tu, buat la cara nak berniaga! Jangan kurang ajar sangat! Aku tanya elok-elok je kan yang hang nak pegi tinggi suara dengan aku kenapa? Ingat hang seorang je ke yang boleh tunjuk marah hang tuh? Sumbat kepala hang dalam bontot berdarah aku karang.

Typical Malay.

Pukimak.

P/s: Sekali lagi aku cakap aku tiada diskriminasi dengan orang gemuk. Perangai dia yang masalah.

.mari

Selamat siang semua.

Menjadi supir (
driver) kepada Pn. Hamizah ketika hati robek, otak tensi, demam dan berak berdarah adalah resepi untuk kecelakaan. Ya aku berak darah, kenapa? Tak tahu apa yang berlaku pada diri aku ni. Ini kali kedua. Pertama kali pun jadi ketika tensi sangat-sangat tetapi kali ni lagi teruk.

Oh Puan Hamizah, berilah gaji, aku dah tak ada duit sekarang ni.

Ada pantyliner tak untuk aku pakai?

Aug 22, 2008

.ketensian

Selamat siang semua.

I need some tips from anyone for my relationship problems. Aku betul-betul tensi sekarang. Kenapa benda ni jadi dekat aku dalam waktu-waktu macam ni? Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat selama ni. Aku mahukan semua jadi seperti sedia kala, cuma mahu perbaiki semua kelemahan aku.

Kenapa tak nak bagi aku peluang? Aku janji akan berubah. :(

Currently listening : Ada Band - Haruskah Aku Mati

Haruskah aku mati?

Aug 19, 2008

.di-tagged heixa

1. Nama-nama timangan oleh orang yang tersayang:
azmi, swimmer, mi..yg lain2 rahsia

2. Anda seorang yang.........
pemalu sebenarnya di kalangan pompuan, tapi kalau dah rapat, mulut xkn berhenti cakap

3. Insan teristimewa?
tiada siapa.

4. My favourite food?
L A K S A!

5. Favourite Colour?
coklat. once aku masuk pertandingan mewarna masa kecik-kecik dulu aku warnakan almost 70% kertas lukisan tu coklat

6. Favourite Song?
polaroid-oh! chentaku

7. Sikap Yang Membuatkan Anda Stress
sikap suka kentut di dalam lif, its so annoying

8. 3 Benda Yang Mesti Ada Dalam Handbag?
aku paaaaaaakaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiii handbang...

9. Kali terakhir anda menangis beria-ria?
tadi..cinta ni menyeksakan

.

Selamat siang semua.

Kena la terima semua yang berlaku. Kita tak boleh melawan takdir. Sekuat mana kita usaha pun, kalau tak diendah, tak ada bezanya.

Terima lah semua yang berlaku. Walau seteruk mana pun hati ni, seremuk mana pun hati ini, jangan salahkan dia dan DIA, salahkan diri sendiri.

Kita sayang dia, orang lain lagi sayang dia. Berserah lah pada takdir.

Jul 31, 2008

.the opportunist strikes back!

Selamat siang semua.

Semalam, lepas kelas, aku lapar sangat-sangat. Aku makan macam tak ada hari esok dah. Mamat opportunist itu ikut sekali aku sebab dia satu kelas dengan aku. Aku tak dapat mengelak dari dia kerana jadual kelas semester ini diatur oleh kawan aku yang lagi satu yang merupakan kawan baik si opportunist.

Seperti biasa, sepanjang semester ini, dia tidak pernah contribute duit untuk isi minyak. Sabar, sebab tu tuntutan agama. Jangan sampai aku meletup dan pukul dia sudah.

Kamu pernah lihat kan dengan lelaki tua yang selalu ke masjid, dia memakai kain berwarna-warni yang letak di tengkuk? Pasti kamu pernah lihat. Kalau tak pernah, consider diri kamu tak pernah ke masjid. Kalau tak silap aku, nama kain tu mafla. Ke salah? betulkan.

Mamat opportunist ini memakai kain itu ke kelas! Kalau di waktu pagi, mungkin boleh dimaafkan kalau alasannya tengkuk sejuk. Tapi dia pakai waktu matahari rembang, di kala matahari tegak di atas kepala. Aku pun macam, WTF??!!!

Aku tahu kau stylo dan hensem, tetapi, dressing up ada batasannya. Menggelikan lah! Selepas keluar kereta, aku biarkan dia jalan jauh dulu dan aku serta rakan-rakan lain ikut jauh di belakang.

Aku benci dia. Kalau Malaysia halalkan bunuh, dia orang pertama aku bunuh.

Nanti aku ceritakan pandangan si opportunist terhadap orang lain yang pernah aku dengar ya.

Jul 24, 2008

.yuna fever

Selamat siang semua.

Buat masa ini, aku ada chenta baru. Ya dia seorang gadis, aku masih straight, thank you very much. Dia gadis bernama Yuna.

Aku rasa tenang bila bersamanya. Lagu-lagunya boleh membuat aku horny. Aku rasa dia mesti boleh pergi jauh. Just give it time and space. Suara lunak seperti itu mampu membuat semua jantan jatuh hati. Aku salah satunya.

Bila dengar lagu rocket-nya, aku rasa seperti sedang kayuh basikal di tepi pantai sambil menyanyi lagu itu. Asyiknya!

Jul 23, 2008

.nikotina

Selamat siang semua.

Sudah lama tidak meng-update blog aku. Mungkin kerana aku sibuk dengan kelas, malas mahu menulis atau insiden sedih yang baru berlaku pada diriku.

Kata orang, life must goes on no matter what happens, the world doesn't wait for your grief. Mungkin betul. Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. Kini aku rasa bebas, tenang dan sudah sober dari masalah-masalah yang melanda.

Aku telah mengambil keputusan untuk tidak lagi berusaha berhenti merokok. Biarlah apa orang nak cakap. Badan aku, bukan badan kau. Kalau kau tak puas hati kau boleh mampos!

Life is too short to be wasted. True. Rokok adalah salah satu nikmat dunia. Diri aku sudah sebati dengan rokok.

Untuk berhenti, tunggulah sehingga aku hidap lung cancer atau sakit jantung ya!

Jul 6, 2008

.benci gemuk

Selamat siang semua.

Aku tak faham, kenapa kalau orang tu gemuk, dia mesti bau busuk? Persoalan ni macam tak masuk akal sebab as we know kalau gemuk mesti la cepat berpeluh dan berbau.1 lagi, kalau berbau, tak boleh ke pakai wangi-wangian untuk lawan balik bau busuk tu?

Mandi la banyak-banyak. Pakai shower gel banyak-banyak. Bawak tuala ke mana pergi dan lap badan setiap kali berpeluh. Pakai la perfume banyak-banyak, biar la pakai sekali satu botol pun janji hilang bau.

Kawan aku pun gemuk jugak, tapi aku tak pernah pun bau dari badan dia. Kalau tengok dia bukan ada pakai perfume pun, just pakai deodorant je. Cuba la contohi dia busuk oi.

Daki dekat tengkuk ko yang berkerak tu? Oh jangan buat aku mual. Guna berus dawai pun belum tentu boleh hilangkan daki ko tu.

Dengan hygiene macam tu ko nak gadis-gadis comel?
(Sorry, aku bukan prejudis pada orang berbadan besar ni. Aku langsung tidak.)

Jul 2, 2008

.sabar?

Selamat Siang semua.

"Hey ko ni cuba la bawak bersabar sikit..Tak reti nak bersabar ke?"

Aku tersentak.

Aku memang pemalas. Malas untuk sabar. Sudah cukup masa aku bersabar.

Aku diam. Aku biarkan masa berlalu agak lama sehingga dia beransur pergi. Tahan, ego mesti tahan. Kalau kau nak tahu, ego aku setebal lapisan ozon yang membalut bumi ini. Yang dahulu, bukan lapisan sekarang. Lapisan yang sekarang macam dara gadis Melayu sekarang.

Kamu ni CFC.

Air liur kamu bagai kereta ber-air cond. Sedikit demi sedikit kamu menghakis.

Angin dari mulutmu bagai peti ais. Namun peti ais itu tidak berbau busuk seperti mulut kamu.


Kamu nasib baik, hari ini aku mood bagus. Kalau tak, siap lah kamu. Aku ada 'Abang Long' tahu? Mahu cari pasal dengan aku? Aku kenal Awie.

Sudah awal pagi, aku tidak tidur dari semalam.

Mari kita beradu

Jun 30, 2008

.hey ho

Selamat siang semua.

Celcom promised to finish their broadband upgrading works until 12am tonight.

We'll see about that.

I am deeply frustrated of their broadband connection these past two weeks. Opening a small size website took hours!

Please recover, I'm tired of using very-low-lower-than-dialup internet connection.

Bullshit

.gimme answers 1

Selamat siang semua.

Kenapa di dalam tandas awam di mana-mana di Malaysia akan ada iklan ubat zakar kuat, pinjam duit, contengan nombor gadis-gadis pelacur dan pondan?

Adakah ia salah satu protokol serta adab-adab baru tandas awam?

Dan nombor pelacur-pelacur call girl ini adakah betul atau diconteng mat-mat rempit yang frust direject gadis-gadis tersebut?

Jun 26, 2008

.pekida

Selamat Siang semua.

Aku nak cakap pasal isu sensitif kali ni. Pernah dengar Pekida Malaysia? Kumpulan yang diasaskan oleh PM kita Pak Lah dengan tujuan menjaga nama baik serta martabat orang Melayu. Terus terang aku cakap aku tak nampak apa bezanya ada Pekida dengan tak. Melayu tetap sama, envy Melayu lain, still tidak mengamalkan " Amar makruf, nahyil mungkar".

Dari Pekida, terbit pulak pertubuhan belakang Pekida yang disebut 3 line. Seriously, aku tak faham apa yang bagus sangat kalau join 3 line ni. Cara kekerasan bukan cara hidup aku, diplomatik lah beb! Mesti ke semua masalah di-setelkan dengan cara kekerasan.

Dulu aku pernah diapproach oleh sorang ahli 3-line ni,tapi aku tolak directly. Dengan bayaran, pulut kuning bagai dah boleh masuk persatuan. Dia guna alasan kalau ada apa-apa masalah 'abang-abang' boleh tolong. Even masalah awek. Come on lah weh, desperate sangat ke korang sampai masalah awek pun korang nak rujuk 3-line?

Pekida tolong Melayu? Setahu aku 80% pergaduhan dalam 3-line ni adalah Melayu dengan Melayu. Jarang sangat aku dengar dari sorang kawan aku ni yang obses gila babi cakap pasal Melayu gaduh dengan kaum lain.

Cuba korang bayangkan, sorang mamat ni asal Sungai Petani, sorang ahli persatuan, nak gaduh dengan sorang mamat lain asal Kulim, juga ahli persatuan. Kedua-duanya panggil 'abang' diorang untuk setel dengan cara bergaduh. Tak marah pulak ke 'abah' diorang adik beradik gaduh?

Tak payah la nak tunjuk samseng weh. Malaysia ni dah cukup aman dah. Tak perlu polis-polis bantuan ni.

Oh ya, 'abang-abang' yang di-obses sangat tu juga suka clubbing dan minum arak. Satu contoh yang baik bagi orang Melayu.

Show me one thing that's good about this 3-line and i will kiss your ass

Sekian, terima kasih.

.favourite artist

Selamat Siang semua.

Aku sangat suka menonton movie. Tak kira lah sekiranya ia ditonton di panggung wayang atau melalui cetak rompak. Jadi di sini aku ingin senaraikan list pelakon-pelakon yang aku suka.

1. Adam Sandler
Big Daddy merupakan antara cerita terawal yang aku tonton dan ingat sampai sekarang. Funny dan sejak itu aku mula meminati semua cerita yang dia berlakon. Orang sekarang baru nak cerita pasal kehebatan dia. Aku hanya senyum sinis, atas kebodohan mereka yang anti dia kerana dia seorang berbangsa Yahudi.

Recommend : Big Daddy, The Longest Yard, The Waterboy dan Mr Deeds

2. Jessica Alba
Sekiranya cerita itu hanya dia sahaja berdiri tegak sepanjang cerita dan memakai bikini yang hot, aku sanggup tonton. No questions about that.

Kalau sesiapa ada nombor telefon dia, sila la berikan pada aku ya. Aku bayar lah!

Recommend : Honey, Good Luck Chuck dan Fantastic Four (bukan ceritanya tetapi pakaian leather ketatnya. Terliur!)

3. Johnny Depp
Terus terang aku cakap, cerita dia semua menjadi. Dari Blow ke Pirates of The Caribbean, watak yang dia ambil semua jadi. Bila menonton aku rasakan seperti aku ada sebelah dia,macam masuk dalam dunia tu.

Recommend : Blow, Chocolat, Charlie and The Chocolate Factory(buat aku sukakan coklat kembali), dan Edward Scissorhands.

Untuk pelakon Malaysia, maaf aku belum ada lagi. Selagi Yusoff Haslam dan Prof A. Razak Mohaideen ada, selagi tu lah aku takkan suka pada cerita-cerita atau pelakon Malaysia.

Anda sanggup bayar rm10 untuk tonton Main-Main Cinta atau Kl Drift?pffttt

Jun 22, 2008

.verloren Holland!

Mereka bermain macam puk* hari ni. Satu-satunya team yang diramal akan advance ke Final Euro 2008 pada peringkat awal Euro 2008 kerana prestasi baik untuk 2 match terawal sungkur di tangan Russia 3-1.

Gol Van Nistelrooy hanya gol untuk melambatkan masa kemenangan Russia. Gol pun gol sampah. Bermain extra time hanya melengkapkan masa.

Adakah ia badi untuk negara yang rehatkan pemain pada match ketiga masing-masing?

Atau badi negara underdog akan memenangi Euro 2008 seperti mana yang berlaku kepada Greece Euro 2004?
Hmm..Yang pasti Holland memalukan.

Kecewa.

Selepas ini nasib siapa? Spain?

Jun 20, 2008

.sakit

Selamat siang semua.

Aku benci sakit. Sakit boleh buat aku tak senang duduk. Makan tak senang. Tidur tak senang. Mandi tak senang.

Terbaru gusi bengkak. Seminggu lepas area gusi bawah belakang gigi kanan aku bengkak. Nak makan rasa perit yang teramat. Kunyah pelan-pelan pun sakit. Beli ubat, macam tak ada efek langsung. Hari-hari makan nasi dengan telur, sebab tak nak bertambah sakit masa nak kunyah.

Petua apa yang aku tak buat untuk kurangkan sakit? Semua aku buat. Kumur dengan air garam pun tak menjadi.

3 hari lepas sakit tu reda. Semalam jadi balik, tapi belah kiri. Sakit hati, sakit gusi. Rasa nak je cabut gigi tu biar gigi bongsu dapat tumbuh dengan tenang. Tapi aku cinta gigi geraham lama aku ni. Banyak jasa dia. Ada dia aku boleh menikmati rendang tok yang liat. Ada dia aku boleh kunyah tebu yang dicuri di kebun. Aku sayang dia.

Mama cakap, kalau gusi sakit tanda dah mula membesar. Dah mula dewasa. Dah tak boleh bertambah tinggi dah.

Sial. Aku nak tinggi macam Mertesacker.

.pervert

Selamat siang semua.

Ketika semua orang sedang menonton perlawanan bola sepak antara Germany dengan Portugal, seorang lelaki tua cina datang membawa laptop murahannya dan duduk di tengah- tengah penonton di McD. Aku berada di situ bersama rakan-rakan selepas kecewa tiada siaran di stesen televisyen tempatan.

Dicucuknya plug laptop ke kepala soket yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk diguna pengunjung dan memasang laptopnya. Dibukanya browser internetnya satu persatu. Nampak macam orang kaya yang kedekut duit untuk memasang internet di rumah. Ber-wallpaper-kan gambar anak-anaknya yang comel bersama isterinya yang tua kerepot. Kata orang kalau nak tahu seorang itu tua atau tidak, lihat lehernya. Kalau berkedut seperti ayam belanda, tualah dia walau mukanya licin suci bersih seperti gadis-gadis belasan tahun.

Browser yang dibuka adalah gambar-gambar gadis cina beraksi lucah. Tanpa segan silu. Siap meng-save-kan lagi gambar-gambar tersebut di dalam folder yang berlambak-lambak di dalam laptop-nya. Semua orang memandangnya. Dia selamba. Ditegur oleh budak-budak yang menonton bola di situ. Dia selamba. Aku tidak tahu laman web yang dia buka. Aku tak faham bahasa Cina.

Terima kasih uncle, terima kasih kerana mengganggu konsentrasi kami. Kami sayang uncle.

Oh ya, aku menang bet tadi. Syaratnya setiap kupon gol bola free yang diperoleh akan ditaruhkan untuk pemenang. Aku sokong Jerman. Jerman menang 3-2. Kepada yang kalah,lain kali, pilih team berdasarkan statistik, bukan kerana anda suka Christiano Ronaldo rempit gay itu. Kepada siapa yang tidak tahu dia siapa, Sila kategorikan diri anda sebagai seorang capital 'L'. Bukan kerana anda suka dia di Manchester United bermakna anda mesti sokong dia di Portugal. Jauh bezanya ya sayang.

Ya ya judi itu haram.

Jun 17, 2008

.egois

Ya ya aku ego.





Ada masalah?

Jun 16, 2008

.kenapa kemiskinan melanda


Selamat siang semua.

Setiap tengah bulan, duit belanja aku akan habis sebanyak 80%. Kadang kala aku tidak tahu kenapa duit boleh habis dalam masa yang agak singkat. Oleh itu ketika akhir bulan aku hanya makan nasi putih,telur mata dengan sup kosong sahaja beserta air kosong. Kalau kaya sikit tu merasa lah makan sambal belacan.

Sedih kan?

Kalau nak dilihatkan kawan-kawan aku yang lain bukan kaya pun, tetapi duit mereka tidak habis sebelum hujung bulan. Oleh itu aku ingin menyenaraikan 5 sebab mengapa aku ketandusan duit ketika hujung-hujung bulan.

1. Aku perokok.
Terus terang aku cakap aku ni boleh dikatakan seorang perokok tegar. Setiap 2 hari rokok 14s akan dibeli di kedai runcit di bawah rumah ( Mereka menggunakan bahasa yang pelik ketika bercakap antara mereka, boleh tau tak bahasa apa yang mereka gunakan?). So kalau 2 hari rm4.9, didarab 15, berapa ya aku habiskan untuk rokok sebulan? Kalau nak kata nak berhenti merokok, dah lama dah aku tanamkan niat tu. Tapi sampai sekarang hasrat belum tercapai. Belum sampai seru.

2.Aku kuat makan.
Berbadan kurus tidak bermakna tahap guzzing down food aku rendah. Tangki perut aku sama je dengan tangki perut manusia lain. Malah mungkin lebih. Mungkin perut gajah. Tahap metabolisma dalam badan aku tinggi, oleh itu bila aku makan sekejap sahaja jadi lapar balik.Atau aku makan tak baca bismillah?hmm...

3. Aku seorang bersifat envy.
Pantang aku kalau ada orang yang lebih dari aku, terutama orang yang dekat dengan aku. Ye lah, bak kata Mahathir "Dasar Pandang Ke Timur". Kita mesti hidup berdaya saing. Kalau tak ada daya saing, macam mana kita nak maju kan? Kalau orang lain beli handphone baru, aku pun mesti ada handphone baru. Kalau ada orang beli aksesori kereta baru, aku pun mesti beli aksesori kereta baru. Ya, aku ego.

4. Aku seorang geek.
Lelaki mana yang tak sukakan gajet-gajet terbaru. Mesti teruja nak beli. Kata orang kalau perempuan gila dengan pakaian dan kasutnya, lelaki dengan aksesori keretanya dan handphonenya. Pendek kata semua barangan elektronik lah. Namun ada juga lelaki sekarang yang gila pakaian. Baju designer ber-font besar gedabak tu lah, skinny jeans lah. Baru hipster kan? Nasib baik aku tak termasuk. Aku bukan Anuar Zain atau David Beckham. Aku sukakan simplicity dalam berpakaian.

5.Harga minyak naik.
Sebenarnya sebelum harga minyak naik lagi aku dah tergolong dalam golongan orang yang boros. Saja untuk memenuhkan list sahaja. Hehe.

Kalau aku dapat overcome semua isu ini dalam diri aku, aku rasa aku akan jadi orang kaya. Berumah besar berharga USD 20 Juta, berkereta Bugati Veyron, dan tersenarai dalam majalah Forbes (baca : forbs, bukan for-bes). Kawan-kawan aku bukan seorang yang opportunist dan pendengar satu lagu sahaja, tetapi Bill Gates, Roman Avramovich dan John Arnold. Setakat Ananda Krishnan dan Robert Kuok tu celah gigi aku je.


Indahnya kalau kaya.




Jun 13, 2008


Selamat Siang semua.

Pagi ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon anonymous(ya bukan anonengmous). Nada dering A certain Romance kegemaranku berbunyi selama 5 saat (atau lebih kerana aku tidur mati). Ketika sedang mamai dan baru ingin menekan butang answer nada dering berhenti.

Aku terus terbangun. Penat setelah menonton bola sepak di McD antara German dan Croatia yang dijanjikan 1 gol 1 kupon tetapi mereka menipu dengan hanya memberi dua kupon yang sepatutnya tiga. Itu pun setelah aku menunggu selama 10minit selepas tamat perlawanan. McD penipu.

Berbalik pada panggilan tadi, aku tunggu sebentar untuk panggilan berbunyi kembali tetapi tidak ada. Hari ini jumaat, mana lah tahu kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari famili - Opah aku hanya menunggu masa untuk meninggal, hatinya sudah kecut dan buah pinggang sudah tidak berfungsi. Kata doktor kepada Mama ialah "There's nothing we can do about her health due to her age. If any medical procedure were to be done on her, that will result in death. Just make her happy". Sedih tapi kenyataan, setiap akhir semester akan ada dari kalangan ahli keluarga aku yang akan pergi. April 2007, Abah, November 2007, Alang. Alhamdulillah akhir semester ini tiada tetapi dari keluarga kawan aku.

Setelah lebih kurang 5 minit sejak panggilan tadi, tiada panggilan kembali. Aku tiada kredit untuk call sebab nombor celcom, so aku message "Siapa ni? Ada pape hal penting ke?".
Conversation dia seperti begini. Aku namakan dia bodoh sebab dia bodoh.

Bodoh : Owg la..awk ni sape name?

menyirap. menyampah.

Me : Tak tahu adab ke? Aku tanye sape kan..Ko yang call aku dulu..
Bodoh : Aik jgn la mrah..sy gurau jela..sy nk tanye awk dok mn n sape nama?sy cuma nk tau je..sbb sy tk brapa ingt no mmbr sy..

Whut?wtf budak ni pukul 7pagi dah gersang. Aku selalu dapat panggilan macam ni dan selalunya akan berakhir dengan aku menyekolahkan balik orang-orang tu.

Me : Sori lah aku xda masa nk lyn ko..Jantan gersang(aku agak laki je,mampos lah) mcm ko ni ptt blaja adab guna hp. Xtau?maksudnye ko bodo sebab xtau.
Bodoh : Ko 2 yg xpandai gn hp. Ko ni bangsa apa aku pon xtau. Aku ingt mak ko lhirkan ko kt longkang kut.
Me : Sori lah setau aku, aku tau adab gn hp. Aku bangsa Melayu, Islam. Mak aku lahirkan aku kat hospital. Ok lah kerana ko bodo sangat, meh aku aja ko adab gn hp.
1. Call sampai org tu angkt.
2. Bgtau nama n tujuan.
3. Jangan jadi jantan gersang.
Bodoh : pukimak ko.
Me : Malas aku nk lyn. Org mcm ko ni ptt jual hp cabok ko tu then pkai telefon satelit askar tu. Xtau sbb bodo? Google "army satellite phone". Dah jgn kaco aku mimpi2 indah bersama gadis. Selamat belajar..Bye

No replies since. Aku paling benci panggilan sebegitu. Hanya orang-orang bodoh dan gersang sahaja yang buat sebegitu. Ataupun kamu rempit kalah race semalam. Kamu tidak perlu buat taktik salah call atau cari orang/kawan hanya untuk mendapat gadis. Mungkin atas rupa paras kamu yang hodoh hitam berjerawat penuh muka dan penis berkudis baru kamu buat sebegini. Ataupun kamu gemuk dan tiada siapa hendakkan kamu. Kalau iya pun kamu gersang sangat, buat pada masa yang sesuai, ikut adab-adab menggunakan telefon dan yang penting, jangan sekali-kali guna taktik salah call dan cari orang/kawan.

Aku dah jelak!