Aug 30, 2010

.mardika

Selamat siang semua.

"Abang, cepat! Cepat!"

"Apa dia?"

"Tengok sini bang."



Aku pandang, dan mengucap panjang.


"Ini baru merdeka namanya bang...",

Kata jiran rumah depan dengan makan aiskrim pop. 1 jenis hotdog kecil, comel, dan mulus di celah kelangkangnya meliuk lentok mengikut alunan pinggul kanak-kanak belum mumayyiz itu.

Kecik-kecik dah pandai jadi stripper.

Aku geleng-geleng kepala. Tersenyum nipis tengok telatah jiran rumah. Aku tahu dia bahagia kerana terlepas beban.

"...Agaknya inilah dikatakan erti kemerdekaan." Getus aku dalam hati.


Aug 29, 2010

.osamah bean laden

Selamat siang semua.

Hari Isnin ni aku ada presentasi Engineering in Society. Oleh kerana aku junior yang tak sabar-sabar nak ambil kelas semester 7, aku tak kenal sapa-sapa untuk jadi groupmate,

Selain Osamah.

Semua dah ada group, semua kenal antara satu sama lain, yang gadis-gadis comel senior pun sudah habis dikebas. Demi hormatkan senior, aku redha saja kakak-kakak senior masuk group lain dengan hati yang duka lara.

Macam yang kau patut tahu, Osamah ni pemalas. Kerja satu apa pun malas nak buat, tapi pandai bodek lecturer. Mana ada orang present pakai bespoke. Bespoke di sini, bermaksud, berkemeja, seluar slack, tie, suit, dan kasut hitam kilat. Dah macam usahawan Arab.

Cuma satu je masalah dia ni, tak reti nak pakai syampoo. Akibatnya rambut dia berbau sangat harum.



Jadi untuk presentasi, aku dah bahagi-bahagi topic yang kami kena bentangkan. Semua kena buat sendiri, termasuk slide dengan handout.

Aku kena present subtopic, dia kena present introduction dan conclusion. Mutual agreement.

Semalam masa untuk compile semua slide dan handout, aku tunggu e-mail dari dia.

"Osamah, where is your slide for presentation tomorrow? I want to compile and check for errors.", aku tekan button dekat handphone, cari nama Osamah, dan send.

Beberapa minit lepas tu handphone berbunyi. Aku tekan read.

"Sekajap, I will e-mail to u now."

Terpegun jugak aku, sebab dah pandai guna kosa kata 'sekejap' walaupun ayat tunggang langgang.

Beberapa minit lepas tu, masuk e-mail datang dari Osamah. Aku bukak file yang dia attach.

'Engineers in Society : A Guide To Being A Professional Enginners' tertera dekat tajuk. Bagus, eja nama aku pun betul.

Slide kedua ada tulis 'Introduction' dan gambar Sears Tower dekat background.

Slide ketiga tak ada tulis apa-apa, dan gambar Burj Al-Dubai dekat background.

Slide keempat pun tak ada tulis apa-apa, kecuali gambar Shanghai Tower dekat background.


Aku syak mesti file corrupt. Aku hantar sms dekat Osamah lagi, "Is your file corrupt? Why there's no typed words on it?"

"That is my slide. No words, just pictures. Cantik?"



Badan serta merta jadi panas. Rasa nak makan chicken kaboob sambil minum tuak Barbican.

Haih, sekajap lagi aku terajang jugak muka pak Arab ni.





Aug 27, 2010

.gerimis mengundang

Selamat siang semua.

Hai awak,

Saya tak jemput pun awak datang ke blog saya. Saya tak merayu melutut pun supaya awak datang ke blog saya. Awak dengan usaha inisiatif awak sendiri untuk baca blog saya. Saya tak hingin pun awak baca.

Datang tak diundang, pergi tak dihalang.

Tak susah, awak nak baca, awak baca. Awak tak suka, awak boleh tekan pangkah dekat hujung kanan tu. Senang kan? As easy as A B C. Saya tulis apa yang saya nak tulis, dan awak boleh baca apa yang awak nak baca.

Jadi oleh itu, dengan segala hormatnya awak boleh dipersilakan pergi. Atau kalau bahasa indah-indah bak kata Afiqsiddhartha, awak boleh pergi meninggal dunia.

Sekian, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.



Yang merinduimu,

Abang dickornosaurus.

.foreigner

Selamat siang semua.

Uitm macam yang kita tau adalah Universiti khas untuk bumiputera Malaysia. Tapi mungkin ramai tak tau yang UiTM pun adalah universiti khas untuk bumiputera Bangladesh, Iran, Egypt dan Oman. Kalau ada bumiputera Mogadishu dan aku lupa sebut dekat sini, aku nak susun sepuluh jari mintak ampun dan maaf.

Alah, aku peduli apa, kalau aku tulis sini pun bukan reti baca pun diorang tu. Duduk dah dekat 3 tahun, tapi itu bahasa Melayu sepatah haram pun tarak tau.

"Sujuk (baca: sejuk)"

"Cipat (baca: cepat)"

"Panas"

"Lambat"

Itu antara beberapa ketul ayat yang diorang hafal. Ini aku syak diorang belajar khas untuk order dekat kedai makan. Lain semua hancur.

Antara bumiputera-bumiputera berkulit gelap hari-hari makan naan tandoori ni ada 2 orang yang jadi favourite antara bumiputera melayu. Osamah dan Saddam. Osamah dari Yaman, dan Saddam dari Iran.

Dua ekor mangkuk ni memang langsung tak reti cakap Bahasa Melayu selain 4 ayat atas tu. Lembab, blur dan pemalas. Tapi setiap semester result mesti 3.6 ke atas. Bila masa study entah, padahal selalu je ajak aku lepak Castle Ampang pekena Shisha.

Selain dari 2 ekor tu, aku cuba jugak nak kenal-kenal dengan foreigner lain. Gadis-gadis Iran kau faham-faham jela, muka semua cun tahap Aylar Dianati. Full package. Ada jugak aku try nak kenal dengan lelaki foreigner. Sempena bulan puasa ni elok kita rapatkan ukhuwah sesama Muslim.

Semalam aku ada tegur seorang foreigner ni. Rambut pendek tipikal arab, berbaju kemeja kotak-kotak, seluar slack, kasut hitam style orang kerja. Mata bulat, hidung mancung, dan jambang dah mula kumis-kumis bekas shave.

"Assalamualaikum, where are you from?"

Tegur aku sambil hulurkan tangan nak salam.

"Waalaikumsalam, aku mai Penang. Yang hang duk speaking English dengan aku pasaipa?"

"Err, saja."




Susah jugak nak bezakan antara foreigner dengan mamak penang ni. Bulu tangan sama panjang, bulu dada sama lebat. Bulu pubis aku tak sempat tengok, tapi aku syak kalau semut masuk, boleh sesat!

Aug 25, 2010

.ciri-ciri pengejar earning nuffnang tahap kritikal [ironic?]

Selamat siang semua.

1. Bangun pagi, bukak nuffnang, tengok earning dah berapa.

2. Tengok berapa buffered dah ada.

3. Masuk toilet, bukak shower, melutut dekat bawah pancutan shower, sambil menangis tersedu-sedu sebab buffered earning dah jadi metered.

4. Status Facebook, Twitter, YM, Oovoo, Skype, Myspace, Friendster, dan seangkatan penuh dengan status "Bila la nak dapat check nuffnang ni.", "Lagi [isikan nombor yang sesuai] hari nak dapat cheque nuffnang, tak sabarnya!".

5. Bergaul bukan main baik dengan blogger pagipagibukakmatacaritrafikcariduit. Rakan seperjuangan orang kata. You don't leave your friends behind.

6. Bukan main cepat buat entri bila dapat keyword terbaru. Selalunya kalau berkaitan dengan isu-isu agama bukan main membangkang, tapi padahal selain bukak website Nuffnang tu, sempat lagi bukak new tab Youjizz.

7. Bila dapat cheque nuffnang pertama, terus buat entri, saya dah dapat earning nuffnang pertama! sambil upload gambar cheque. Lepas tu buat-buat blur kan nilai cheque tu, padahal semua orang tau cheque pertama mesti rm50 dah tak sabar nak cashout.

8. Kalau berita yang obscure sikit (kes kambing kepala 3 ke, lembu berkote 8 ke) mesti terus buat entri. Benda kecik jadi besar, sejadah berdiri pun bukan main taksub. Padahal orang tu setting baik punya bagi sejadah tu berdiri. Tarik perhatian pembaca, duit naik.

9. Kecewa kalau orang yang dia follow, tak follow dia balik. Lepas tu unfollow sebab cinta tak berbalas.

10. Tajuk entri favourite baca "Cara nak naikkan trafik", "Cara menambah follower", "Cara menambah komen", "Cara nak main dengan SEO dengan jayanya.". Main dengan SEO bukan boleh dapat apa, tak boleh pancut dalam pun.

11. Sokong apa blogger famous cakap, even dia merapu tahap gila babi sekali pun. Biasalah orang kalau dah bercinta, kentut cirit pun bau perfume.

12. Bloglist semua blogger-blogger famous earning nuffnang tahap karma. To be the truth, entri diorang tak best tahap mana pun. Banyak lagi blog yang aku boleh personally recommend dekat kau yang langsung tak bubuh iklan nuffnang.

13. Setiap event nuffnang, semua nak pergi. Bontot Timothytiah tu kalau boleh nak tolong sagat dengan kertas tandas setiap kali dia berak. Kissass.

14. Tak henti-henti menghentam blogspot. Tak henti-henti cakap Wordpress lagi bagus. Abang kakak, sebelum kau main wordpress, tangan kau belajar tulis blogspot.com dulu. Ingat tu abang kakak dewa trafik.

15. Ayat entri bukan main suci. Macam aku cakap, cakap huhahuha bab agama, tapi senyap-senyap bukak tab Redtube.

16. Compare Alexa rank. Kecewa bila Alexa rank jatuh dari kawan baru nak naik. Itu belum masuk pegi jumpa bomoh demi nak jatuhkan kawan lagi.



Some of the few notably characteristics of them. Banyak yang aku boleh list down, tapi malas. Macam yang aku cakap, aku dah muak dengan blogosfera sekarang.

Kutuk kapitalisme, tapi apa yang kau buat ni bukan konsep kapitalisme jugak ke?



Pui.

Aug 24, 2010

.testis

Selamat siang semua.

#tidididit, tidididit

"Ok time's up. Please make sure you've stapler all your answer. Write your name and your group."

Lecturer dah kelam kabut nak mintak kertas jawapan. Apa yang kelam kabut sangat entah, waktu lunch bulan puasa takkan nak drive through McHakim Lunch kot.

Kertas jawapan aku masih ada lagi 1 jawapan tak berjawab. Bukan taknak jawab, tapi agak kucar kacir jugak lah nak tiru orang depan belakang kiri kanan. Apa guna ada kawan bijak-bijak. Itu kita namakan konsep profit sharing bak kata orang-orang MLM.

"Submit all your paper sheets in 3 minutes or else I won't accept your test paper."

Ayat lecturer memang suka main ugut-ugut.

"Ah lantaklah. Malas aku nak tulis dah."

Aku bermonolog dalam hati. Aku bangun, pow stapler kawan, dan tulis nama serta group.

Dalam kepala nampak katil saja. Dalam masa 48 jam baru 2 jam tidur memang tak bagus untuk otak. Jangan salahkan aku, salahkan Chuck Season 3. Sapa suruh buat cerita best sangat.

Aku pack pensel, pembaris, dan kertas lebihan masa jawab test dan masukkan dalam beg. Keluar kelas, semua buat-buat pandai nak compare jawapan test nak tengok sapa betul. Aku tengok dari jauh saja tingkah laku konon pandai diorang ni. Katil dah memanggil-manggil.

Aku tengok jam. 1.20pm. Kelas seterusnya pukul 4pm. Masa ni aku patut guna sebaik-baiknya untuk qada waktu tidur yang tergendala.

Sampai rumah, terus kiok.

#2 jam 50 minit lepas tu.

"Ok now I'll explain to you how concrete deterioration affects the concrete durability. Everybody have their notes right? Take it out now."

Aku bukak beg, keluarkan kotak pensel, dan beberapa helai kertas nota fotostat. Dalam helaian kertas fotostat ada beberapa helai kertas lain tersisip dalam tu. Berstapler, dan bertulis "Test 1".


#Scene seterusnya diteruskan dengan aksi aku merayu-rayu dengan lecturer supaya terima kertas test aku tadi.


"Bukan taknak hantar, terlupa miss. Sumpah!"


Aug 22, 2010

.luahan hati blogger picisan

Selamat siang semua.

Tekan nama website, ketik-ketik sana sini, scroll sikit atas bawah sana sini, tekan pangkah guna left button mouse.

Aku gelak sorang-sorang. Puas.


Bodoh.




Bodoh betul aku pergi baca blog famous-famous. Semua penulis blog famous bodoh piang.

Aku gelak sorang-sorang bila blogger-blogger famous ni cakap kita kalau ada blog kena ikut peredaran semasa, kena ikut SEO, kena selalu jaga Pagerank, kena banyakkan ilmu coding.

Lagi satu aku tak boleh terima, bila blogger-blogger famous nasihatkan blogger-blogger picisan macam aku ni supaya jangan tulis benda yang sia-sia. Yang tak ada memberi manfaat. Kalau boleh bagi penuh blog dengan info-info bermakna.

Bodoh lagi sekali.


Wahai blogger-blogger famous yang bertaraf dewa-dewa pagerank blog bawah 1000 Alexa Pagerank mengalahkan Redtube, itulah namanya personal blog. A blog is an online diary, an option for any to express themselves.

Kata dah otai dalam blog, tapi bangang tak boleh beza personal blog dengan blog pagipagibukakmatacaritrafikcariduit macam blog kau tu. Cari makan kepala hangguk kau.

Kau pernah selongkar diari kakak kau dan kau jumpa tips-tips cemerlang dalam pelajaran tercatit dalam diari dia?

Bodoh betul.








Aug 21, 2010

.santapan rohani

Selamat siang semua.



Bulan-bulan puasa ni elok tutup blog. Lagi bulan puasa lagi galak sangap batang-batang pervert ni. Ingatkan bulan puasa ada la dapat cahaya keinsafan barang secahaya dua.


Nak pergi bazaar. Gadis 36B dah cuci baju tank top dia dah. Mata aku ni nak pakai lama ni, elok pegi cuci kejap.

Selamat berbuka.

Aug 19, 2010

.counter strike

Selamat siang semua.


"Enemy spotted!" Kata pejuang satu melalu radio walkie talkie pejuang satu.

Dari jauh kelihatan musuh sedang sibuk buat hal dia. Sebagai a team of experts, kami tenang. Tak boleh ambil tindakan terburu-buru. Buruk padahnya.

"Affirmative". Aku cakap pelan-pelan dekat walkie talkie tanda setuju pada pejuang satu.

"Secure the perimeter", aku tambah lagi dengan arahan pada pejuang dua dan pejuang tiga.

"Stick together team", kata pejuang dua sambil membetulkan laras senapang M-16 dia yang dicuri.

"Roger that", tanda terima arahan. Semua orang cepat-cepat pasang peredam bunyi pada hujung senapang. Di tempat-tempat terbuka macam ni lebih elok guna silencer, supaya kalau tembak bunyi tak terlalu menarik perhatian musuh yang lain.


Secara perlahan-perlahan musuh cuba menyembunyikan diri. Cuba sorokkan senjata yang terlalu terdedah pada orang ramai.

Terlalu ramai public civillian.

"Team, fall back!"

Bahaya! Musuh dapat kesan kami semua. Detour harus dilakukan. Kata-kata a wellknown spy, "Always improvise when things get tougher".

Plan baru dirangka. Bermacam-macam option yang diutarakan. Semua boleh pakai. Aku sebagai komander hampir pening kepala nak pilih option mana yang paling bagus, cepat, dan boleh kurangkan kematian civillian.

"Storm the front!"

Para pejuang termasuk aku guna alternative lain. Musuh harus dicapture sebelum terlambat.


Detour. Kami ikut jalan lain. Jalan yang pasti meragut nyawa kami semua. Namun, perjuangan harus diteruskan, demi keamanan sejagat. Jalan yang menghadap musuh.


Pejuang satu dah standby di ceruk kiri. Pejuang dua dah siap sedia aim dengan Bullpup kegemarannya. Pejuang tiga agak kucar-kacir cari posisi yang sesuai.

"Get in position and wait for my go"

"Go-go-go!"

Semua pejuang bergerak menghampiri musuh. Senyap dan perlahan-lahan.


"Taking fire, need assistance!"

"Takbirrrr!" Pekik pejuang tiga. Salah ideologi perjuangan mungkin.


Musuh berdiri tepat di depan mata. Mata semua pejuang terpaku. Senjata M-16 dan Bullpup semua rebah ke lantai. This is the end.


Musuh cukup pandai menyembunyikan objective. Dengan rambut dia sendiri.

"Terrorist Win!"




Walaupun awak seksi pakai baju tank top nampak 1/2 dada, mana boleh lari dari mata-mata liar kami ni. Kami kan a team of experts. Dari celahan rambut menutup dada tu, let me guess, 36B?

Haih, pergi bazaar ramadhan pun nak tunjuk tetek.






Aug 17, 2010

.orang nak berniaga, dia pun nak berniaga

Selamat siang semua.

Sekarang ni bulan Ramadhan semua sibuk nak berniaga.

Gigolo, pelacur, artis, pondan, blogger, student, pengasuh, semua sibuk-sibuk nak tunjuk skill masakan diorang. Kata nak buat duit sikit nak tampung belanja raya.

Boleh pakcik, makcik, abang, kakak, nak berniaga boleh, tapi tolong lah berniaga macam orang berniaga betul. Masak elok-elok lah, bagi sedap-sedap, baru boleh jadi kaya. Ini bubuh garam lebih, sos tiram banyak sangat, susu tetek terperah dalam soya, bulu pubis gugur dalam laksa, bulu ketiak jatuh dalam kuah mee bandung, peluh ketiak dalam badak berendam. Haih.

Kalau tak reti berniaga, jangan berniaga. Jangan fikir untung saja.

Lagi satu, cuba jual masakan yang rare sikit.



Laksa, bosan.

Mee sup, bosan.

Beriyani, bosan.

Murtabak, bosan.

Nasi Tomato, bosan.

Nasi lemak ayam rempah, lagi la bosan.



Setakat 7 ramadhan ni, aku rasa belum pernah lagi nampak orang jual makanan rare macam ni.



Nasi kangkang.



Ini baru peniaga rare.

.syukran jazilan ya ustazah

Selamat siang semua.

Saya tak punya uang, tak punya kuasa, tak punya sesiapa,

Namun saya bersyukur, saya dilahirkan cukup sifat, cuma capang sedikit dari yang normal.

Saya cukup makan dan pakai, itu sudah cukup untuk saya gembira. Itu mampu mengukir senyuman untuk saya waktu tidur saya dan bersedia untuk hari esok.

Saya bersyukur saya ada teman yang rapat, bersusah dan bersenang bersama, gelak ketawa bersama.

Saya bersyukur ada kekasih yang memahami saya, perangai saya, dan kesukaan saya. Ku suka kaipop, kau suka singkong. Oi, oi. Peneman waktu suka dan duka saya, menjaga saya waktu sihat dan sakit.

After all, awak kan rusuk kiri saya yang hilang tu?

Saya tak mintak banyak, saya cuma nak awak ada di sisi saya, sepanjang masa, sebagai peneman saya yang hidup dalam kegelapan ini.



Happy anniversary sayang.

Aug 15, 2010

.maksud kebahagiaan dalam perpisahan

Selamat siang semua.


Kebahagiaan.


Air Oren
Murtabak
Nasi Beriyani
Satay
Sata
Skewer
Badak Berendam





Perpisahan.

10 minit lepas berbuka, semua berjaya tanpa gagal masuk ke lubang jamban.




Tak ada langsung yang kekal, kecuali tar 18mg hasil dari sedutan nikotina.

Macam mana nak gemuk macam ni. Haih.

Ingat orang gemuk saja ada masalah? Metabolisma tinggi ni kalau fikir banyak sangat boleh buat gila tahu?





Aug 14, 2010

.bernikah dengan tuhan?

Selamat siang semua.

Kelmarin, lepas waktu berbuka.


"Jom?"

Tegas budak rumah aku, lengkap berkain pelikat satin, baju melayu pink dan bersongkok baldu jenama Pak Mat Songkok. Full set macam nak pergi bernikah. Itu belum tengok capal Nabi dekat berandah rumah lagi.

"Pegi mana?"

Jawab aku tenang sambil hembuskan asap rokok Winston Merah. Berbuka puasa kalau makan boleh tunda sampai lewat malam, tapi rokok tu wajib jadi sajian berbuka. Abu rokok aku petik dalam plastik polisterin berisi tepung pelita RM2 5 biji rasa manis nak potong kaki. Mazhab adab mana aku belajar petik abu rokok dalam makanan entah.

"Terawih la, jom?"

"Terawih apa pakai macam ni? Macam nak pegi menikah je", tanya aku dengan nada sinis dan bersahaja.

Puntung rokok aku tekan dekat tepung pelita RM2 5 biji rasa manis nak potong kaki. Puas. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga jugak.

"Aku nak pegi menikah dengan Tuhan, takkan tak boleh pakai cantik-cantik kot? Jumpa kekasih boleh pulak pakai cantik-cantik."

Sinis dan menusuk kholbu.

Dengan serta merta aku rasa macam ada benda berat jatuh atas kepala. Berat ya amat. Air liur rasa tebal nak telan. Kelat dan payau. Aku yakin perasaan ni bukan efek dari nikotina, racun tikus, atau pewarna yang dibenarkan.

Aku pandang pakaian aku. Jeans lusuh 3 bulan tak basuh, t-shirt ungu koyak di bahagian ketiak, dan boxer kepam seminggu.




Cepat-cepat aku tukar baju melayu lengkap, sematkan kopiah dekat kepala, ambil handphone dan hantar pesanan ringkas dekat Huda Luna Moonfang, "You, I pegi terawih tau. Lepas ni you jangan bising-bising I pakai baju serabai waktu dating."





Aug 12, 2010

.bukan situasi bunkface

Selamat siang semua.

3 situasi.

Bulatkan mana yang berkenaan ;


1. Tidur sepanjang hari.

2. Kerja sepanjang hari, tapi mencarut sepenuh masa.

3. Kerja sepanjang hari, ibadah sepanjang hari, tapi mata penuh meliar ke dada-dada gadis terkemuka tanahair waktu bazaar.



Apakah perkara yang paling mengurangkan pahala puasa?


Shah Alam ni satu saja yang aku kecewa, bazaar bukan main banyak, tapi tak ada satu pun yang provide makanan yang sedap. Dia antara boleh tahan, atau memang sampah langsung.

Tapi tak apa, bila berbuka, kenikmatan letak rokok di hujung bibir dan bakar, itu nikmat terbaik waktu berbuka. Nicotine rush and in a state of trance, macam baru lepas pekena Eramine 5.



Aug 11, 2010

.happy romadhon

Selamat siang semua.

Budak-budak rumah aku masa pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja tadi kelam kabut berdoa supaya Ramadhan ditunda. Macam celaka perangai.


Time-time ni la ramai tiba-tiba sakit perut, senggugut, gastriks, mula tunjuk taring. Aku nak ingatkan, jangan menggatal makan depan aku kalau taknak kena terajang.

Aku harap toilet rumah aku tak berbau nikotina terbakar waktu siang.

Aku harap van mayat tak terlalu bergiat cergas bulan-bulan puasa ni ronda-ronda keliling bandar.

Aku harap manusia bawak plastik hitam berkurang kali ni terutama yang ikut pintu belakang mamak-mamak berdekatan.

Rajin-rajin lah ke tarawikh.

Dan aku harap aku tak cuba curi wifi jiran lepas ni. Curi = dosa. Ini aku tak berapa pasti batal puasa ke tak.


Gadis-gadis, pakai kasi sopan sikit kali ni ok. Tetek tu bagi simpan sikit sampai raya.



Salam Romadhon.


Niat ingat lagi tak? Ikut pelan-pelan ok. Nawaitu, raf'al, hadasi...











Aug 10, 2010

.2000

Selamat siang semua.

2000 hari.


Till death do us part :)


Aug 9, 2010

.glory hunter tipikal

Selamat siang semua.

"Semalam ada orang nak kencing aku."

Kata rakan sekursus aku masa tengah sedap-sedap nak setting bantal untuk parking kepala. Baru 5 minit perlawanan sumbangsih berlangsung. Dah sedap-sedap empuk kepala, aku tanya balik rakan sekursus, "Sapa kencing kau?"

"Ada sapa tah mamat tu, nak jual jersi Man Utd tak ori. Ingat aku bodoh sangat ke?"

Bentak rakan sekursus sambil hirup teh ais kurang manis. Aku jeling tajam. Hirup-hirup jugak, pandai order pandai la bayar balik. Hutang piutang tak boleh buat main, rm1.20 pun boleh sampai bunuh-bunuh.

"Apa yang dia nak tipu kau?"


"Ingat aku bodoh sangat ke, aku kenal la baju Man Utd macam mana. Ada ke dia nak jual aku jersi yang ada tulis iklan AON. Aku ni true Man Utd kot nak tipu-tipu aku. Cibai betul."

Tegas dan serius, sambil hirup air lagi.

Aku hanya mampu jawab "Owh" sambil gelak dalam hati. Ilmu berperangai elok bila pergi rumah orang masih tersemat dalam diri. Kurang ajar melebih karang, tak pasal-pasal aku kena halau.



Tak apa lah rakan sekursus, aku halalkan saja teh ais kurang manis kau.


Tipikal Glory Hunters.



Aug 8, 2010

.jangan pandang tingkap

Selamat siang semua.

Semalam, semua perancangan baik.

Aku dah siap-siap comfirmkan pinjam motor member. Baju pun dah siap-siap hantar dobi, so pagi dah ada baju untuk pakai. Boxer memang pakaian dalam, tapi kalau dah 3-4 kali recycle pakai memang menempa sifilis.

Aku janji dengan diri malam semalam sebelum tidur, esok mesti bangun awal. Mesti siap-siap sebelum pukul 8 pagi.

Kelas encik Abdul Aziz Samson tak boleh tertinggal. Aku suka dengan bahasa slanga Britpop dia. Macam Noel Gallagher ajar Calculus dekat depan.

Kunci jam pukul 7.15. Tutup lampu bilik. Baca doa tidur. "bismikallahumma ahya wa amut" terpacul dari mulut waktu kelopak mata dah 80% nak tertutup. Berkat didikan agama Puan Hamizah, ayat tu jadi ayat lazim aku sebelum tidur, selain dari "Pundek la internet tak dapat" akibat dari koneksi internet yang mintak terajang.

Cuaca agak panas. Aku tidur berbekalkan bantal busuk seketul, dan boxer sahaja. Baju entah mana aku campak. Kalau pakai baju aku yakin mesti berpeluh macam malam pertama.

Beberapa minit lepas tidur, aku tersentak. Rasa macam tak selesa sikit. Badan jadi seram sejuk. Aku toleh tingkap, tak tutup rupanya. Bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan. Mungkin anjing jiran belakang rumah nampak sesuatu.

Di hujung tingkap, samar-samar aku nampak kelibat sesuatu. Yang biasa aku lihat, dan tak mahu lihat.

Rasa tak selesa tu masih ada menyerigai seluruh tubuh. Ada satu tempat di tubuh yang rasa tu cukup tak selesa.

Aku hulurkan tangan ke tempat tu. Berdegup-degup jantung aku bila cuba menyentuh. Sahutan anjing makin galak.

Aku beranikan diri. Hujung jari sampai ke destinasi yang dituju. Rasa takut yang menyelubungi diri semakin dalam.








Aku garu.


Celaka punya nyamuk, memang menempa maut gigit skrotum aku.

Aug 6, 2010

.fahamkan aku

Selamat siang semua.

Petang tadi aku nampak seorang gadis bertudung, berpakaian penuh. Lengkap bertudung, dengan seluar tracksuit hitam, dan hoodies jenama tipikal UiTM.

Sekarang cuba fahamkan aku, kenapa gadis yang lengkap berhoodies tu, buat-buat macam gosok-gosok tangan macam kondisi cuaca musim sejuk?

Dan aku boleh nampak yang bibir dia ada terketap-ketap sikit bergetar.

Cuaca masa tu seingat aku cukup untuk memasak telur setengah masak, dan testis separuh masak.

Boleh fahamkan aku kenapa jadi macam tu?

Aug 5, 2010

.kawan azita osman pulak buat hal?

Selamat siang semua.



Ini dah melampau dah ni.

Berani dia kutuk Kg Seri Kinta belum maju?

Aku dah print screen apa dia tulis. Apa lagi lepas ni jom kita buat group "Kami benci [isikan nama] kerana [isikan sebab]" dan ajak semua orang join. Jom kita bangkang budak ni.

Sesuka hati mak bapak dia je cakap Kg Seri Kinta belum maju. Kg Seri Kinta sekarang ada cyber cafe lah. Streamyx pun boleh pasang dah, tak macam dulu.

Sesuka hati mak bapak dia je kutuk Kg Seri Kinta tak ada Famous Amos. Come on lah dik, Famous Amos kalau nak dibandingkan biskut Marry homemade Makcik Zah Lorong 13, lagi sedap dia punya lah.

Aku kutuk negeri lain tak apa, tapi pantang nenek moyang aku kalau kutuk negeri aku sendiri.

Aku kutuk bangsa lain tak apa, tapi pantang nenek moyang aku kalau kutuk bangsa aku sendiri.

Negeri aku paling bagus, dan bangsa aku paling bagus, walaupun jauh di sudut hati aku tau bangsa aku [meleis] pemalas.

Sudah, aku nak bukak group "Kami benci [isikan nama] kerana [isikan sebab]", cepat join weh.


Aug 4, 2010

.kempen jangan membazir

Selamat siang semua.

Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.


Masalahnya sekarang, sapa nak jawab aku berak dalam gelap tadi?


Housemate yang main-main tutup lampu boleh tolong jawab, sebelum aku sumbat mulut dengan najis muttawasitah?


Saitan.

Aug 2, 2010

.isu kelas di bulan puasa

Selamat siang semua.

Waktu menunjukkan pukul 7.20PM. 28 dari 30 budak dalam kelas semua muka tepu. 2 sudah hilang dari tempat duduk asal. Aku nak kata diorang pergi break untuk solat, tak baik menipu. Dari tingkap kelas aku nampak mereka tengah syok isi nikotina dalam jantung di tangga Block 2.

"For the next class, we will be on the fasting month."

Ujar Encik Abdul Aziz Samson. Ya, Samson. Setiap kali dengar nama dia, Kenangan Terindah bermain-main dalam kepala otak aku ni.

"So I think we need to replace the classes. It's not convenient for us having a class when people were breaking fast."

Muka 28 dari 30 budak dalam kelas bertukar dari tepu ke sedikit gembira. Bayangan pergi bazaar ramadhan untuk tonton gadis-gadis seksi dah terbayang dalam otak masing-masing. Hari Isnin kebiasaannya gadis-gadis akan pakai baju Kebaya ketat. Pahala puasa semakin pudar dalam diri masing-masing.

"How about we change the time to 8.30-1030PM, and replace the classes on 6.00-8.00pm?"

Ujar Encik Abdul Aziz Samson lagi sambil betul-betulkan spek mata dia. Slang british dia sangat pekat. Lagi pekat dari Jenson Button/Keira Knightley order A plate of scone sambil minum teh Darjeeling pagi-pagi.

"Any suggestion, anyone?"

Tanya Encik Abdul Aziz Samson. Kenangan Terindah dah penghujung chorus nak masuk bridge.

"How about we break the fast before 6PM? That way we don't have to change the class' time"

Ujar seorang pelajar,

dalam hati.




Pelajar yang menulis entri ni sekarang.




.imam muda

Selamat siang semua.

"Boleh tahan handsome jugak peserta-peserta Imam Muda ni kan? Kalau la aku dapat, fuhh sumpah tak tinggal. Dah la handsome, pandai pasal agama lagi. Memang sayu aku kalau dia imamkan aku bila dah kahwin dengan dia nanti."

Bersungguh betul gaya pertuturan awek tu dekat kawan dia masa aku tengah makan dekat Hailam Kopitiam Seksyen 7 petang tadi. Betul jugak apa dia cakap tu, tugas imam memimpin.

Bagus, ini satu petanda baik bagi memartabatkan nilai-nilai Islamik dalam diri rakyat Malaysia. Program realiti berkonsepkan kerohanian macam ni sangat lah bagus sebab boleh mengenalpasti potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa pada zaman sekularisma ni.

Awek tu pun boleh tahan seksi. Aku harap lah kalau dia betul dapat salah sorang peserta Imam Muda tu, dia dapat menemui nur keinsafan supaya kembali ke pangkal jalan.

Aku harap lepas ni dia tak pakai dah baju yang menampakkan lurah dendam, tak pakai dah low cut jeans yang nampak lurah bontot beserta panties belang-belang warna pink.

Ameen.






Oh lupa aku nak cakap, yang awek tu sebenarnya androgynous, atau dengan erti kata lain,


Pondan.


Dan dia sangat berani pasang angan-angan nak kahwin dengan peserta Imam Muda.

Cukur jambang bagi licin dulu boleh bang?





Aug 1, 2010

.the new

Selamat siang semua.

Apa kena RefJour entah. Bunyi macam orang cendekiawan Perancis lepak-lepak dekat kafeh (baca : cafe) sambil pekena kopi cicah biskut mayat.

Intipati masih sama. Sarkastik dan sedikit pornografi. Sedikit tu bergantung pada berapa tinggi tahap air barli dalam skrotum.

Cuma tolong, jangan suruh adik-adik kau yang belum mumayyiz dan mimpi basah baca blog ini. Please?