Dec 29, 2010

.mreowww

Selamat siang semua.




#Salahlaser, #MalaysiaCheatLaser, #Malingsial, #MalingShit, dan #BotakBodoh. Itu antara yang penuh di timeline Indon-Indon semua masa tamat bola kelmarin. Ok hashtag #BotakBodoh yang merujuk pada Markus Rihihina (Mungkin sepupu Rihanna?) tu aku saja tambah sendiri, mana mungkin Pak-pak indon buruh kasar struktur pembinaan semua nak kutuk player mereka sendiri kan?

Mereka umpama Baphomet, Sabbatic Goat yang berupa saitan bertanduk ala-ala Black Metal, yang disanjung tinggi penyembah agama Satanism. Maksum di mata mereka. Jadi untuk membela nasib Baphomet-Baphomet mereka, laser disalahkan.

Player mereka versatile, semua ada gaya bermain yang tersendiri. Tak ada yang maling-maling (yang bermaksud pencuri). Tapi sekadar info selingan yang aku rasa semua orang tau, Christian 'El Loco' Gonzales adalah player Uruguay yang dicuri Indonesia dan diserap masuk ke dalam pasukan Indonesia.

Sekarang satu soalan, siapa yang maling sebenarnya?

3-0 Full Time. Goal pertama aku jerit macam nak pecah anak tekak. Goal kedua aku berpelukan dengan jiran kerusi sebelah tanpa segan silu dan tanpa mengira peluh jantan yang galak menitis di baju dia. Sedikit kecewa kerana bukan gadis yang duduk di sebelah aku haritu.

Dan goal ketiga, aku menangis. Ya, aku menangis terharu. Player terbaik? Mungkin ramai yang akan cakap Norshahrul Idlan atau Safee Sali, tapi bagi aku Mohamad Muslim. Defending dia cukup mantap, setiap kali serangan garuda, Muslim akan terkam mereka macam Harimau kelaparan.



Sekadar gambar selingan sebelum pintu stadium dibuka. Yang berbaju merah semuanya datang dari Jawa Barat yang datang secara izin bekerja sebagai buruh binaan di Perlis. "Mencari rejeki yang halal di Malaysyia", kata mereka. Macam mana boleh datang stadium? "Mohon cuti tahunan mas".

Dan semalam, sibuk aku melayan kerenah #indogs-#indogs yang memaki mencarut mengutuk aku dan Malaysia di Twitter. Ada jugak cewek-cewek indon yang berparas rupa Luna Maya yang bisa buat jantung pria-pria lajang gugup menghentam aku di sana dengan cacian kasar dan aku cuba mengorat, tapi malangnya diorang memang jenis jual mahal. Benci.

Tak kurang jugak yang mengugut bunuh, ajak aku bergaduh bermati-matian, tapi aku steady saja membalas secara sarkastik dan sinis. Orang tua-tua berpesan, pantang maut sebelum ajal.

Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku. Sudah, sekarang ayoh kita makan Bakso Anjing sambil nonton Sinetron Arisa. Yokkkk!

Dec 25, 2010

.diari cewek indo

Selamat siang semua.



Nama guwe Farah Quinn. Ga kenal? Ya, lho emangnya ga kenal sama guwe, kerna guwe adalah seorang chef yang ulung di Indonesia. Guwe lah yang mengelolakan rancangan masakan Ala Chef. Guwe mahu mengelola rancangan Naked Chef, tapi kayaknya suami guwe nggak bisa bagi guwe permisi, katanya nanti guwe lagi telanjang dalam rancangan itu kok.

Besok adalah harinya bertanding antara Malaysia vs Indonesia di gelanggang Bukit Jalil untuk AFF Suzuki Cup Finale. Guwe udah nempah tiket ke sana, jadi besok pagi lepas siap-siapin guwe akan ke bandara dan lepas landas ke Malaysia.

Guwe lagi nggak pasien mau nonton. Gelisah kok. Dikelilingi cowok-cowok ganteng kayak Irfan Bachdim sama Norshahrul Idlan Talaha. Kok pantatnya (baca : bontot) lagi tonggek menjadikan dada guwe bergoncang gelora. Aku lagi mau 'boo' sama lagu Malaysia masa ia dimainkan, macam seperti perlawanan pertama kelmarin.

Cowok-cowok Malaysia kayaknya ganteng-ganteng, nggak seperti cowok di Indonesia, semuanya seperti preman. Benci guwe, hodohnya bisa buat guwe muntah.

Itu semua belum dikirain semua cowok Indon yang lagi kerjain di Malaysia. Jelek bangat paras rupanya.

Guwe udah siap-siap beli baju kaos Indonesia di sini, mau dipakaiin masa lagi nonton nanti. Mesti guwe akan nampak lagi seksis dan mengghairahkan cowok-cowok ganteng Malaysia. Guwe rasa guwe akan selesa di sana, kerna di sana ada on air cerita-cerita Indonesia. Guwe suka bangat sama scene zoom in zoom out banyak kali yang biasa guwe lihat di stesen Indonesia.

Kurang-kurangin, guwe nggah kangen sama Indonesia bila di sana nanti.

Guwe dengarin, sana ada banyak kok tempat-tempat gaul rakyat Indonesia yang lagi numpang di sana. Guwe mau pertama kali jejakin kaki ke Pertama Complex, dan gaul dengan rakyat di sana. Khabarnya, di sana ada tempat rakyat Indonesia bisa beli talifon bimbit murah. Guwe juga mau ke dangdut di Jalan Ipoh, mau goyang gerudi sama cowok-cowok ganteng Malaysia persis Ashraf Sinclair. Maaf ya Bunga, guwe nggak mau rampas pacar lho. Hikhikhik.

Ah, guwe nggak sabar lagi kok!

Ayuh Indonesia, kita ganyang Malingsial!


Dec 23, 2010

.saya fail PMR, kemana hala tuju saya lepas ni?



Selamat siang semua.

Harini hari bersejarah untuk kanak-kanak yang tak berapa nak mumayyiz amek result PMR. Mungkin ada yang gembira dan mungkin ada yang bersedih. Aku tak perlu nak cakap lebih pasal gembira, sebab selalunya hala tuju yang berjaya ni cerah. Sekolah berasrama penuh atau teknik.

Mak bapak dah boleh standby gadai tanah pusaka untuk bayar pengajian diorang ni. Cuma aku nak nasihatkan jangan belikan boxer baru untuk anak-anak yang masuk asrama, sebab kebiasaanya boxer atau seluar dalam ni akan lesap ke tangan senior bila menyidai. Panties pun sama juga, budak-budak lelaki mentah ni kau faham-faham sendiri lah, nafsu serakah ingin tahu bau panties macam mana tu masih membuak-buak. Terutama yang berani pakai g-string.

Ketepikan isu panties berbau, aku nak cakap pasal ke mana hala tuju kau lepas fail PMR. Jangan ingat kau fail PMR, masa depan kau gelap. Masih ada cahaya di hujung terowong kalau ikut bidalan orang putih. Jangan gusar, aku ada di sini untuk guide kau ke arah kecemerlangan walaupun fail PMR.

Pertama sekali, kau boleh berenti belajar dan jadi penjual vcd haram. Ini aku biasa tengok budak-budak kecik umur lebih kurang 16 tahun jual vcd. Kalau dah jadi permanent staff tu, kena la ambil risiko lebih sikit, iaitu jual vcd porno. Bila dah jadi pekerja senior kena la tunjuk lebih ganas lagi, iaitu jual dvd porno. Kena ikut urutan lah, kau ingat tangga gaji semua orang sama ke?

Kedua, kau boleh bergiat cergas dalam industri permotoran. Permotoran di sini aku bukan maksudkan bercita-cita menjadi Max Biaggi atau Valentino Rossi, tapi menjadi rempit. Gaji rempit bukan main banyak sekarang, sebab permintaan terhadap industri merempit ni tinggi. On demand kata orang putih. Selain hadiah duit yang lumayan, kau jugak boleh dapat hadiah lain, iaitu boleh bawak gadis balik rumah untuk berkopulasi. Gadis-gadis seksi bertubuh mungil memang suka berkopulasi dengan sang juara, walau sekecil mana pun saiz penis kau. Dan hadiah utama yang kau bakal dapat ialah AIDS. So pandai-pandai lah kalau nak bayar bil air tertunggak eh?

Yang ketiga, kau boleh jadi perosak anak dara orang. Senang cerita playboy lah. Harini dengan Zakiah, besok dengan Zainab, lusa dengan Zain. Kenapa Zain? Alah dunia sekarang ni kan semua boleh jadi. Bak kata Azwan Ismail (Tiada kena mengena dengan Azwan Ali okay dik nun. Hamboi hamboi hamboi laser mulut engko), saya gay, saya okay.

Yang keempat, kau jugak boleh bergiat cergas dalam industri yang sedang pesat membangun di arus pemodenan ini. Cuba teka apa dia? Ala kau boleh agak. Politik? Salah. Bolasepak? Lagi la salah. Ya, industri yang paling pesat membangun di Malaysia ialah pornografi. Industri dah ada, tapi tak cukup prop dan pelakon. Come on, sampai bila kita nak rakam vidiyo (terma yang aku tiru dari Hamis Jalikha) menggunakan kamera murah kurang dari 3 megapiksel, dan berlatar belakangkan hutan belukar saja? Kita perlu membangun demi masa depan! Sekurang-kurangnya kita perlu ada seorang nama dalam industri pornografi, terutamanya ada vidiyo dia di dalam Kuntfutube.

Wan Nor Azlin? Pramugara? Babyrina? That's so yesterday okay! Kita perlukan muka baru, kalau boleh yang iras-iras Maria Ozawa.

Kelima, kau boleh join Multi Level Marketing. Apa? Skim Cepat Kaya? Skim Ponzi? Salah. MLM ialah sejenis syarikat 'profit sharing' di mana keuntungan akan dibahagi sama rata sesama ahli di mana yang atas akan kaut untuk yang lebih dari yang bawah. Jangan samakan dengan skim piramid okay! Kau kena pandai putar belit cakap, jadi kalau kau ada keturunan yang datang dari kawasan Sri Lanka dan yang sewaktu dengannya, andalah orang yang dicari! Kenal AC Mizal? Ala artis yang masuk iklan jual gelang sambil basuh motor tu. Taktik menjual gelang dia paling berjaya. Kau bayangkan beli gelang rm70 jual sampai beribu. Tak ke untung macam tu? Jangan fikirkan halal haram, janji duit masyuk. Cuma satu je aku nak nasihat, pandai-pandai la menjawab di Padang Masyar nanti.


Keenam dan terakhir, kau boleh bunuh diri.



Sekian.

Sumber : Wikileaks.


Dec 9, 2010

.tafsiran hipster

Selamat siang semua.

Mungkin ramai yang tak tau hipster ni apa kan? Kau tau hipster ni pakai kasut pegi memancing, baju seluar serba serbi topman, dan pakai topi memancing. Salah sebenarnya. Oh, dan juga ada basikal fixie.




Ini aku dapat dari urbandictionary.



"Hipsters are a subculture of men and women typically in their 20's and 30's that value independent thinking, counter-culture, progressive politics, an appreciation of art and indie-rock, creativity, intelligence, and witty banter."



Kalau tak faham, apalah salahnya kita guna gugel translate ye dok? Rugi benar kalau teknologi tu ada tapi kita tak guna. Mari aku translatekan untuk korang dalam bahasa Melayu.



"Hipsters adalah subkultur laki-laki dan perempuan biasanya dalam mereka 20 dan 30-an bahawa berfikir nilai bebas, kontra-budaya, politik progresif, apresiasi seni dan indie-rock, kreativiti, kecerdasan, dan olok-olok jenaka."



Ya, olok-olok jenaka. Aku pun tak faham kenapa ayat belakang tu olok-olok jenaka. Cuba fahamkan aku please?

Anyway, aku saja nak cakap pasal hipster ni sebab kelmarin masa aku on the way balik dari Melaka, dekat RnR Rawang kitorang berhenti kejap untuk isi minyak. Oleh kerana perjalanan jauh non stop, dan ada peraturan keras dilarang merokok di dalam kereta, aku ambil peluang beratur nak isi minyak tu untuk refill kadar nikotina dalam badan yang semakin susut.

3 jam tanpa rokok, ibarat lelaki beristeri 10 tahun tak berkopulasi ya. Gersang ya amat!

Keluar dari kereta, aku dengan tenang keluarkan kotak rokok dari dalam kocek. Aku jeling ke dalam kotak, tinggal 2 batang. Aku keluarkan sebatang dan letak dekat bibir dan ketap rakus. Feeling ketap rokok dekat bibir sebelum bakar rokok adalah sangat matang. Rasa matang. Rasa macam pubis dah beruban.

Sebelum nyalakan rokok, aku pandang sekeliling. Kawasaan yang jauh dari orang ramai, dan jauh dari stesen minyak. Depan aku ada sebijik kereta nasional tempatan windshield tak pernah elok plet Penang. Aku bakar rokok. Sebelah kereta tu ada mamat hipster. Lengkap pakaian jenama Topman dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang bergaya habis. Muka pun ala-ala Andy Estranged. Aku tengok kagum.


Dia keluarkan tangan dari kocek.


Dia tujukan tangan dia ke muka.


Dia pilih jari paling besar dan letakkan betul-betul depan hidung.


Dia korek hidung secara membabi buta.


Dia masukkan hasil perlombongan ke dalam mulut.


Dia sendawa kekenyangan.



Rokok yang baru suku dibakar tu aku buang laju-laju. Aku berlari masuk ke dalam kereta. Aku kunci pintu. Jantung berdegup kencang. Muka aku terus jadi pucat lesu.







Dec 6, 2010

.10 azam awal muharram yang takkan menjerumuskan anda ke neraka jahannam [sarcasm]



Selamat siang semua.

Salam Maal Hijrah. Sempena tahun baru Islam ni, aku nak listkan senarai 10 azam tahun baru maal hijrah yang bakal menjamin masa depan kau di dunia dan akhirat. Kita islamik-islamik sikit la untuk maal hijrah ni ye? Asik melucah je tak elok jugak.



10. "Tahun ni aku berazam nak makan di khalayak ramai di bulan Ramadhan." - @erk888, 2010.

9. "Tahun ni aku berazam nak buat anak luar nikah dan buang dalam tong sampah. Diorang boleh apsal aku tak boleh? Keyakinan diri tu kena ada baru menjadi."

8. "Azam aku tahun ni nak upload gamba yang lagi seksi dari tahun lepas dekat Facebook. Setakat tunjuk tetek sikit, dah bosan. Aku nak bogel terus"

7. "Tahun ni aku berikrar nak lebih banyak ke jom heboh dari ke forum perdana. Forum perdana mana ada artissss"

6. "Tahun ni aku berazam nak kurangkan ke masjid dan lebihkan masa bersama awek. Dia pun perlukan belaian kasih sayang aku jugak."

5. "Azam aku kali ni nak rakam 3gp dengan awek aku. Lepas tu aku nak share dengan semua orang. Kau nak tolong rakam tak?"

4. "Azam aku tahun ni taknak dah berbelah bagi dalam pilih sesuatu. Aku takkan pilih KLCC dari Han dah dohhh."

3. "Tahun ni aku ingat nak try gangbang lah. Aku tengok macam best."

2. "Tahun ni aku rasa nak try threesome lah. Ada kenal tak sapa-sapa yang jenis open relationship?"

1. "Sempena Maal Hijrah esok, bagi menghormati esok, aku akan bercuti dari segala jenis onani, kopulasi, jimak, dan menonton porno selama sehari. Lepas esok aku sambung balik. Sumpah!"



Amacam? Membawa ke syurga bukan?



Disclaimer : Semua ayat-ayat di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati kecuali yang nombor 10. Aku berdoa dia mendapat cahaya keinsafan sebab aku tak sanggup tengok kawan aku jalan-jalan dalam van mayat keliling Shah Alam. Ameen.





Dec 1, 2010

.mindset melayu

Selamat siang semua.

Mak aku antara pembenci kedai mamak yang tegar. Kau buat lah macam mana pun, mak aku memang takkan makan dekat kedai mamak. Bila tengok saja kedai mamak, mesti buat gaya geli macam mamak tu tengah kikis daki dekat tengkuk tepi kuali roti canai.

Bagi aku la, sepanjang hidup aku dekat dunia ni, yang hari-hari menjamu makanan mamak bila duduk di perantauan, tak pernah lagi aku sakit perut makan roti canai cicah kari 4 hari reheat. Sumpah tak pernah. Tapi masa asrama dulu aku pernah cirit birit sebab makan ular masak asam pedas yang melayu dining tu masak.

Ya, ular. Bukan ular @afiqsiddhartha, tapi memang ular. Sengaja kami semua panggil ular sebab tak tau ikan jenis apa dia guna untuk masak tu, tapi memang sebijik macam ular. Dengan kulit, bentuk, dan rasa.

Bila aku tanya mak aku kenapa taknak makan dekat kedai mamak, dia mesti akan jawab sebab hygiene. Apa-apa pun sebab hygiene. Padahal bila makan dekat kedai Melayu kebiasaannya lalat akan hurung makanan tanpa segan silu. Dah macam makan lalat bersalut tepung. Mak aku punya mindset, kalau melayu, bagus, kalau mamak, kotor. Melayu generasi hebat brands, mamak generasi bulu.

Kalau mamak, apa yang mak aku nampak ialah rajah di atas. Ngeri bukan?

Semalam mak aku malas masak, penat katanya. Jadi aku sebagai anak merangkap supir dan taknak kena cop anak derhaka kena pergi membeli lauk pauk untuk juadah dekat kedai melayu area rumah aku ni.

Mak aku bagi rm10, beli lauk rm6, lebih aku simpan sebagai cukai. Sampai rumah, mak aku dah siap-siap letak nasi atas meja, tunggu lauk pauk je nak hidang.

Tengah mak aku tuang lauk dalam pinggan, jatuh 3 ekor lalat sekali dengan kuah kari ikan tu. Mungkin lalat-lalat tersebut asyik sangat threesome sampai terjatuh dalam kuali dan mati dalam keaiban. Aku senyum sinis dan pandang mak aku sambil menjerit, "I told u so! In your face!!".

Ok aku tipu. Kurang ajar sangat. Aku senyum kelat je dekat mak aku.





"Tak apa, lalat ni kalau ikut sunnah nabi kita rendam balik sayap dia dalam tu dah kira boleh makan dah", ujar mak aku sambil buang lalat-lalat tu.





Agak-agak kau la, apa reaksi mak aku kalau kari tu aku beli dekat kedai mamak pulak?

Nov 29, 2010

.oops, ada orang marah saya lah

Selamat siang semua.

Masih ingat lagi entri kajian Illuminati aku yang dulu? Yang tentang nasi lemak daun pisang aku kaitkan dengan illuminati, dan mangkuk jamban yang berbentuk illuminati.

Senang cerita kau boleh baca dekat link ini.

Kenapa aku buat entri ni? Adakah aku jumpa sumber berunsurkan illuminati yang baru? Adakah semalam aku bermimpi berdialog dengan Baphomet yang memberi clue baru untuk aku macam dalam Joe Jambul untuk membongkar rahsia sebenar Priory of Sion ini?

Sebenarnya ada orang yang marah dengan kajian aku. Aku syak dia rasa dia adalah jelmaan Star Of David. Atau dia abang long illuminati tangga ke 33? Atau dia rasa dia sebenarnya Lucifer?




Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf dekat abang Lucifer/Star Of David/Baphomet (pilih mana yang berkenaan) kerana menyinggung perasaan abang yang mudah terguris dengan kata-kata dan kajian yang berunsurkan fitna semata-mata, yang menyatakan semua kajian saya hanyalah propaganda dan tidak fikir dulu sebelum buat kajian macam ni. Maafkan saya yang bongok lagi hina ini.

Abang No-War, kejap saya nak fikir dulu.

Hurmmm (sambil membuat aksi The Thinker ukiran Rodin)

In Priory of Sion we trust!

Nov 27, 2010

.timkaiaaa, tailo?

Selamat siang semua.

Harini genap seminggu aku tak update blog. Bukan aku taknak update, tapi sekarang ni aku sibuk. Banyak benda ya

Kena kemas rumah, cuci pinggan, potong bawang, masak, cat bilik, cat dapur, basuh baju, cuci laman rumah, berdeko bersama erik dengan perabut rumah, mengaji, berzikir, berqiamullail, tukar lampin anak, mandikan anak, menetekkan anak, layan kerenah suami, layan nafsu serakah suami, minum kacip fatimah, minum jusmate5, gelakkan kecomelan rambut dR Rozmi, gelakkan filem 2Alam yang kutipan langsung tak boleh memecahkan punggung, dan cuba untuk faham kenapa dia pilih KLCC dari lelaki emo rempit tersebut.

Ok aku tipu. Aku sekarang obses dengan Twitter. Semua aku dah luah dekat twitter, jadi bila bukak new post dekat sini semua idea dah habis kena perah. Maafkan aku, wahai RefJour sayang. Abang ni memang lelaki tak bertanggungjawab. Tuntutlah fasakh, abang rela.

Abang janji, lepas ni abang akan bahagikan masa bergomol di sini. Ok RefJour?

Ok abang nak sambung main twitter balik. Babai.

Nov 19, 2010

.cerpen : cinta jordan

Selamat siang semua.

Seperti biasa pada pagi tu Berd meniti kawasan pejalan kaki pagi hening di Jordan secara perlahan-lahan. Perutnya mengalunkan alunan lagu-lagu jenis padang pasir, bersesuaian dengan teman dan climate. Akibat dari ketiadaan nasi lemak dan roti canai di sana, Berd terpaksa mengisi perut yang kosong dengan mencari roti.

Ya, Roti High-5 kegemaran.

Sepanjang perjalanan Berd berfikir panjang. Teringatkan keluarga yang jauh di perantauan, duit tajaan Askar yang makin habis, dan rakan-rakan gomol semasa di Kesatria dulu.

"Ah, rindunya..."

Dihelakan nafas panjang dengan mata sedikit bergenangan. Kesejukan di pagi negara Jordan sangat berbeza dengan keadaan di Malaysia. Cepat-cepat dia lap air mata yang bergenangan di kawasan maskara dengan tisu sebelum ianya membeku.

Cinta. Ya Berd memang mempunyai masalah dengan cinta. Bukan cinta tak dicari, tapi kerana kecomelan dia cintanya selalu ditolak. Kata gadis-gadis, "Awak terlalu comel untuk saya Berd". Jatuh terduduk Berd memikirkan masalah cintanya. Acap kali dia berasa cemburu dengan kawan-kawan yang bermadu kasih di Twitter.

Untuk menghilangkan rasa bosan tidak berteman, Berd selalu curi-curi pegang pinggul gadis-gadis Arab sama course. Dikatakan tak sengaja, tapi sebenarnya memang berniat sesyaitan rupa. Mata melirik liar setiap kali ada gadis arab yang lalu lalang depan mata. Dia hanya boleh melihat sambil mengetap bibir, tanpa memikirkan dosa zina mata. Lalu hampir setiap malam Berd akan menghabiskan masa di dalam tandas. Berbekalkan sabun dan beberapa keping gambar, itu sudah cukup untuk Berd main sabun selama beberapa minit, untuk menghilangkan rasa bosan tak berteman.

Bukan Berd tak usaha mencari cinta. Habis semua laman sosial dia buat akaun dan meletakkan gambar comelnya. "Berkaca mata hitam berbingkai putih, berbaju kemeja kotak-kotak dan gambar 45 darjah ke atas. Aku pasti berjaya memikat.", motivasi diri Berd setiap kali upload profile picture baru. Salah di mata kita, tapi betul di mata dia.


Malam tu Berd lapar lagi. Habis dikorek segala benda dalam peti ais rumahnya, tapi menghampakan. Roti High-5 yang dibeli dah diberi pada babi belaannya. Yang tinggal hanya nasi putih.

Dipanaskan kuali, dan dititiskan minyak ke atas kuali setelah kuali panas. Dicampakkan nasi ke dalam kuali dengan rakus. Perut dah mainkan lagu-lagu channel ART. Tak boleh tahan. Habis masak, dia masukkan nasi dalam pinggan.

Tanpa membaca doa makan, Berd menyumbat nasi yang digoreng ke dalam mulut. Berkerut dahi dan menjerit lidah menahan kepanasan. Namun apa yang dia masak lain, lain dari nasi goreng yang dia biasa makan.

"Nasi goreng tak bubuh garam tak sedap."

Sambil perutnya diisi dengan nasi putih gaul minyak yang dia masak tadi, matanya bergenang lagi, menyesalkan diri sendiri yang tak belajar masak benda mudah macam tu.





Nov 17, 2010

.ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa

Selamat siang semua.



Maaf Zahir.



Bukan dekat kau, tapi dekat lembu yang bakal tumbang kejap lagi, aku tengok dah ada 2-3 ekor dah siap kena tambat belakang masjid tadi. Menangis teresak-esak.



Maaf Batin.



Bukan dekat kau, tapi bagi pihak lelaki aku mintak maaf batin dekat gadis-gadis bodoh yang membiarkan diri mungil dan mulus itu dikekah mat-mat rempit sebagai hadiah malam raya.




Oh ya, kalau nak jadi bodoh sangat pun, jangan la pilih batang KLCC dari batang betul ok?



Nov 14, 2010

.syurga

Selamat siang semua.

Habis final exam tadi, aku terus bergegas balik rumah. Tak ada nak bincang-bincang mana salah dah, apa yang dah tulis bukan boleh repair balik pun. Yang penting aku tak ada tulis "Sorry Maam, I tried my best" dekat penjuru kertas jawapan macam kebiasaan aku buat masa Diploma dulu.

Balik rumah terus ada housemate ajak lawan PES2011. Dengan hati yang berat-berat rela aku layankan saja. Menang? Itu perkara biasa bagi aku. Orang kata rutin, kalau kalah tu memang mengejutkan ah.

Berbekalkan kayuria murah RM10, aku main secara steady. Passing sikit, gelecek sikit, rembat. Gol. Bila gol aku cepat-cepat tekan select, malas nak tengok replay sebab dah biasa sangat. Tapi kalau dah nama pun kayuria murah RM10, kebarangkalian kayuria tersebut untuk rosak sangat tinggi.

Bila tekan kiri, player pergi kanan. Tekan kanan, player pergi kiri. Kalau dekat rumah aku teknik ni dipanggil 'ketam', sempena cara ketam berjalan. Mengiring macam sakit pinggang lepas berjimak. Dan ia biasanya bersulam dengan carutan-carutan seperti "Babi", "Pundek" dan segala jenis carutan yang boleh buat warga emas geleng kepala.

Masa 2nd game, score masih 0-0, aku ada peluang cantik. Berbekalkan pengalaman, one on one dengan keeper tak perlu nak kelam kabut sangat, lagi cantik kalau dapat menganjing keeper. Jadi aku tekan R1 dan button bulat untuk chip bola lepas keeper.

Dah lepas, tapi cantik pulak kena palang.

"Ya Allah, senang macam tu pun tak boleh masuk!", serta merta terpacul dari mulut sambil melihat bola golek-golek manja ke belakang tiang gol.


Housemate aku yang baru menarik nafas lega sebab tak gol, membalas,


"Ha, time ni baru kau nak ingat tuhan"



Sinis dan mencucuk-cucuk jantung.







Serta merta aku hempas kayuria dan pergi ambil wudhu'. Solat Zohor, dan buat sujud sajdah sekali. Berdoa sambil menangis insaf.



Nov 8, 2010

.mana lagi sedap? [bukan soalan lucah]

Selamat siang semua.

Sebagai manusia kaki makan yang tegar, dekat mana aku duduk mesti aku cuba semua jenis makanan yang ada. Masa dekat Penang boleh kata semua kedai makan yang famous aku try. Orang kata kalau tak try nanti menyesal.

Macam dekat Shah Alam, aku kalau boleh nak isytihar yang bandar ni adalah neraka untuk makanan sedap. Kau pergi kedai mana pun, aku berani kerat kote kau mesti kecewa.

Dan bila aku kecewa dengan kualiti makanan, aku akan habiskan banyak masa dalam jamban untuk buang balik semua yang tak sedap tu. Nak buat macam mana, aku dengan berak memang tak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Salahkan metabolisma tinggi. Ini la salah satu punca aku jadi macam sekarang, kurus, tapi bermuscle.

Jadi malam semalam aku try makan dekat Nasi King Briyani.

Orang kata boleh tahan sedap, jadi aku pergi la cuba try test tengok sedap ke tak.

Sampai saja kedai, langsung tak ada orang. Yang ada hanyalah kucing-kucing garong yang berpeleseran. Saiz tubuh badan kucing-kucing garong tu pun agak-agak kurus kering. Aku syak perniagaan Nasi King ni yang tak maju jadi punca diucing (kalau orang, diorang, kalau kucing, diucing ikut kata @RosnizaZ) kurus macam ni.

Yang ada hanya sorang pekerja Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam yang senyum lebar sambut kami macam kami ni orang pertama datang kedai dia. Kalau ada karpet merah aku rasa mesti dia bentang dari turun kereta sampai ke meja makan.

Lepas kami duduk, dia hantar menu, dan terus tukar muzik dari lagu Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam ke lagu Matahari - Agnes Monica. Bagus, memahami.

Aku tengok menu. Ada 5 page, semua jenis makanan ada. Banyak yang berasaskan beriyani dan nasi. Ye lah, nama kedai pun Nasi King, takkan specialty dia babi panggang atau testis katak kan?

Sebab tak pernah datang kedai ni, aku jadi undecided nak makan apa. Jadi aku panggil waiter Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam tu dan tanya dia, "Sini makan apa special?"

Dengan tenang dan bersahaja dia menjawab, "ABC Special 1 aa?", sambil tulis dekat kertas order. Ah sudah.

"Eh tak-tak. Kejap", tegas aku dan tengok balik menu.

Aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Aku yakin dia boleh jawab soalan sesimple macam tu.

Jauh jugak pemikiran dia nak cakap mana lagi sedap. Muka confuse, macam aku tanya dia soalan subjektif matapelajaran Sains dan Matematik. Nasib baik tak ada calculator dekat sebelah dia, kalau ada aku rasa boleh jadi dia keletak keletuk tekan button dekat calculator tu.

Aku tanya lagi sekali, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?"

"Briyani gam ayam sedap"

Masa dia jawab aku tengah sedap tangkis jari kucing garong yang hinggapkan kaki dia dekat paha aku. Kurang ajar sungguh kucing ni nak garong-garong dengan aku. Aku tak berapa dengar waiter tu cakap apa, jadi aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Kali ni aku beri konsentrasi sepenuh masa.


"Briyani Ayam sedap", jawab dia.








Aku suruh dia tarik kerusi duduk sebelah aku, dan aku mula bersyarah tentang pentingnya bahasa Melayu dan pemahamannya dalam perniagaan kedai makan ni.



Nov 7, 2010

.prototaip menara warisan

Selamat siang semua.

Aku rasa semua orang tau pasal PM baru kita nak buat menara baru tinggi 100 tingkat. Lagi tinggi dari KLCC tu. Ramai yang sokong, ramai jugak yang bangkang sebab duit tu boleh guna untuk bayar menteri pergi bercuti senang lenang luar negara dengan beli kereta mewah-mewah.

Kalau kau tak tau pasal proposal ni dan langsung tak pernah dengar, better kau pindah duduk Kenya sekarang jugak.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana la bentuk rupa menara tu kan? Cantik ke? Tinggi mana? Berapa kos? Berapa jamban ada?

Jangan gusar.

Sekarang dah keluar prototaip untuk Menara Warisan ni. Benda ni orang kata top secret, jadi kalau kau baca ni, tolong jgn sebarkan dekat orang ramai. Aku dapat pun lepas bagi jerih perih menadah bontot dekat arkitek yang plan tower ni. Aku share ni pun secara curi-curi, kalau kena tangkap mampos aku weh.


Ingat, ini rahsia. Biar pecah di bontot, jangan pecah di mulut.





Bukan rajah atas tu, tapi dekat bawah ni.












Agak-agak ada apa dalam tu? Cuba teka.

Nov 5, 2010

.hari ini dalam sejarah

Selamat siang semua.

Sebagai yang semua maklum, harini adalah hari Jumaat, 5 November. Macam-macam peristiwa bersejarah berlaku hari ni.

1. Deepavali.

Deepavali. Kau jangan nak buat terkejut sangat. Aku tau tadi kau kucar kacir bangun pagi semata-mata nak mengelak jam pegi sembahyang raya tadi kan? Deepavali ni definisi dia hari kemenangan umat Hindu seperti Berd, Razman dan Afiqsiddhartha yang berjaya melawan saitan-saitan jahat.

Dan yang pelik aku tak ada terbaca pun fatwa dari mufti-mufti yang macam raya lepas bergaduh pasal wajib ke tak wajib semayang Jumaat lepas semayang raya.

2. Final Exam.

Aku bersimpati dengan Kuswadinata sebab terpaksa menjawab exam di hari lebaran sebegini. Aku tau kau sedih kerana Dhoti dan Saree kau hanya diguna untuk hiasan saja di hari yang mulia ini. Sebagai tanda simpati aku simpankan sikit vaday dengan tosai untuk kau makan lepas exam nanti.

3. Fifth of November.

Remember, remember, the 5th of November. Ini dari filem V for Vendetta. Apa pasal kena ingat pun aku tak tau sebab terus terang, aku tak pernah tengok filem tu sampai habis. Bosan. Yang aku ingat Natalie Portman adalah sangat hot bila botak. Mungkin Dr Rozmey pun patut ambil iktibar dari ayat aku tu.

4. Harijadi insan tersayang.

Ya, harini harijadi insan tersayang aku, Aril AF. Selamat ulang tahun sayang, shuffle Menatap Punggungmu sikitt. I peminat nombor satu u Aril Menatap Punggungmu.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.



Oct 31, 2010

.salahkan saranan doktor

Selamat siang semua.

Kelmarin aku bantai sambal udang petai. Lama tak balik ipoh tiba-tiba teringin nak makan masakan stail mak-mak. Jadi aku pergi ke kedai favourite yang masak makanan macam mak-mak. Tak, bukan kedai wanita yang masak sebagai bisnes keluarga. Pondan yang masak pun bukan. Yang aku maksudkan kedai abe pattani. Walaupun kedai penuh lipas, tapi sedap, tu yang penting. Kebersihan tolak tepi.

Kalau waktu makan, aku mesti minum sekurang-kurangnya 2 gelas air. Rakus, tapi aku ikut saranan kerajaan yang menggesa setiap umat manusia kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Oleh kerana minum banyak sangat, masa dalam perjalanan balik pundi kencing dah tak dapat menampung kapasiti air yang banyak. Dia siap ugut sebelum dia tumpahkan secara sengaja dan memalukan aku, baik aku pergi ke tandas cepat.

Aku kepit helmet darth vader dengan jari. Dengan harapan mudah-mudahan tak ada setitis pun yang keluar tanpa izin. Aku pesan dekat dia supaya jangan banyak bergerak. Penglihatan pun aku cuba kecilkan sekecil mungkin supaya tak terereksi bila terjumpa gadis-gadis comel yang seksi lalu lalang.

Sampai rumah aku terus berlari ke tandas. Tak sempat nak bukak seluar, pintu pun tutup sekerat saja, aku terus lorotkan seluar ke paras separuh pinggang guna sebelah tangan. Sebelah tangan lagi masih mengepit helmet darth vader. Aku pesan dekat dia "Sabar itu separuh dari iman". Dia mengangguk tanda setuju.

Bila dah agak-agak aim cantik punya dalam mangkuk tandas, aku lepaskan genggaman erat di helmet darth vader secara perlahan-lahan. Lega, segala usaha untuk tak dibahan budak rumah sebab kencing dalam seluar berbaloi. Helaan nafas panjang aku lepaskan disulam dengan bunyi air kencing menitis. Tak ada sekat-sekat langsung. Puas. Aku belai-belai manja helmet darth vader tanda terima kasih.

Lepas flush aku terima satu call, dari abang aku.

"Woi, kot ye pun nak kencing, handphone tu tak payah la bawak masuk jamban."

Talian diputuskan cara kasar.

Aku tengok skrin Rozana ada 1 dialled number dari aku ke abang aku, sama masa dengan waktu aku lorot seluar ke paras separuh pinggang. Aku syak dia dengar semuanya.

Macam mana aku nak tutup kemaluan sebegini rupa?


Oct 27, 2010

.teknologi kan ada

Selamat siang semua.

Lepas habis exam semalam.

"Ok semua boleh bangun dan beredar dari dewan peperiksaan ni"

"Adik, meh sini kejap"

"Lain kali nak meniru pandai-pandai la cover sikit ye? Akak nampak apa kamu buat tu. Lain kali jangan buat lagi"


#masukkan efek cengkerik


Exam subjek teori semua weyyy, mana aku nak ingat semua!




Oct 25, 2010

.checklist

Selamat siang semua.

26/10 - Durability and Deformation of Concrete

30/10 - Reinforced Concrete Design

3/11 - Further Calculus for Engineers

14/11 - Concrete Construction


Bersenggama pada waktu dan tarikh yang berdekatan pada waktu-waktu yang dinyatakan diatas amatlah ditegah sama sekali. Sebarang aktiviti berkaitan akan ditolak sama sekali.

Pada yang tengah final exam, aku ucapkan good luck. Gambatte kudasai! Itte Kudasai bak kata Sora Aoi.

Pada yang dah bekerja macam Ladynoe dan suka memperkotak-katikkan insan menimba ilmu macam aku ni, diam!


Post Scriptum : Aku kecewa sebenarnya filem Pecah Punggung 20Juta tak merangkul apa-apa title semalam. Kecewa sangat-sangat.

Oct 22, 2010

.gory gory mamchesther yunaited

Selamat siang semua.

Aku ingat lagi satu masa dulu ada kawan aku cakap, "Team Man United ni kalau tak ada Rooney memang tak hidup langsung. Passing barai, taktik lemah. Nak harapkan Berbatov macam haram. Berbatov tendang bola macam babi main bola. Ke laut."

Sekarang ni kawan yang sama cakap, "Team Man United ni kalau tak ada Rooney pun tak apa. Ada dia team tak hidup langsung. Passing barai, taktik lemah si Rooney ni. Harapkan Berbatov jela. Rooney sekarang tendang bola macam babi main bola. Ke laut."

Brader, hipokrit habis kau ni. Dulu kau sanjung macam dia macam tuhan, bila dia tak main kau rasa down, bila dia main teruk untuk England masa World Cup dulu bukan main kau backup dia, masa dia kantoi main dengan pelacur hodoh tu pun kau cakap, "Every man have their desires. Makan luar biasa la tu".


Pftt, Glory Hunters.


Dan ya, kepada gadis-gadis yang konon sokong Manchester United, Christiano Ronaldo dan David Beckham punca kau suka MU tu masih main sana lagi.


Oct 21, 2010

.bukan perbicaraan bontot saiful bukhari

Selamat siang semua.

"Dengan ini, kamu _______ bernombor matriks ________ didapati bersalah atas tuduhan tidak hadir ke kelas selama 4 kali. Kamu boleh didenda tidak melebihi RM500 atau di-bar dari menduduki peperiksaaan atau kedua-duanya sekali. Adakah kamu mengaku bersalah?"

"Ya tuan, saya _______ bernombor matriks ________ mengaku bersalah atas tuduhan tidak hadir ke kelas selama 4 kali."

"Kenapa kamu tak hadir?"

"Malas tuan."


"Ok, kami keluarkan saman RM100 atas denda. Bayar dalam masa 14 hari"



Dekat mana ada part time gigolo? Aku sanggup bekerja lebih masa.

Oct 19, 2010

.stesen radio nombor satu negara

Selamat siang semua.

Masa nak pegi makan dekat Lanun Uptown tadi baru aku tau rupa-rupanya Suria FM ada menyediakan sejenis segmen celaka iaitu membaca nota-nota jiwang yang dihantar mamat jiwang karat.

Sepanjang perjalanan tadi aku teliti baik-baik nama penghantar nota-nota jiwang tersebut. Mana tau kalau-kalau ada yang dihantar dari seorang bernama Mofasad.com kepada Bidadara Besinya yang jauh di Mesir.

"Kepada ayang yang berada di Johor, abang nak ucapkan yang abang hanya cintakan sayang seorang saja. Ayang la penawar segala suka duka abang"

"Mama, papa cintakan mama, sampai akhir hayat. Nanti papa ada duit papa masuk meminang ok. Mama jahat, papa lagi jahat."

Sekadar menyebut beberapa ayat yang aku dengar. Selebihnya aku banyak habiskan masa untuk muntah, muntah dan muntah.

Penyampai tu bukan main feeling lagi baca, suara syahdu dan romantika di Tampoi habis. Aku bajet dia gosok-gosok labia majora dan labia minora sebab suara macam nak sampai orgasma.

Sedih, tapi itulah stesen radio nombor satu negara.




Oct 17, 2010

.pergi tak kembali

Selamat siang semua.

Aku sekarang ni banyak dengar desas desus yang di alam blogosfera ni ada kucar kacir sikit. Maksud aku, seluruh blogosfera. Banyak tuduhan meliar yang dilemparkan, tapi aku harap tu hanya gosip semata-mata.

Hampir semua orang update pasal benda ni. Kecoh satu dunia. Kalau kau bukak google pun ada satu macam bug dekat website dia. Mungkin crawler semua pening kepala nak crawl mana satu sebab isu ni baru saja dibangkitkan, dan nampaknya tak ada ura-ura nak menyusut.

Evan William pengasas blogspot yang menjual Pyra Labs dekat Google pun sekarang diambil kerja balik bagi mengatasi isu berbangkit ni. Aku pun tak pasti, tapi ada dengar gosip liar yang menyatakan bahawa Steve Jobs dengan Bill Gates nak berganding bahu dan menggembeling tenaga bagi mencari penyelesaian masalah yang meruncing dalam alam maya ni.

Ada yang hampir nak delete blog pasal isu ni, tapi aku berharap sangat-sangat kau tak delete blog. Come on, takkan kerana isu macam ni terus nak delete blog. Aku nak nasihatkan jangan takut dengan benda-benda macam ni, sebab ia macam perkara biasa dalam dunia blogspot.

Jadi, di sini aku nak mengucapkan selamat tinggal pada mofasad yang ingin pencen awal dalam dunia blogspot dan seterusnya berpindah ke .com.

Selamat pergi ke atas, doakan kejayaan kami di bawah ni.

Terbanglah mofasad, terbang tinggi-tinggi sampai menggapai awan, menuju cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami dan tolong jangan terbang rendah lagi. Pipit sama Enggang, mana mungkin terbang seiring. Kami takkan lupa jasa baik anda terhadap blogspot satu ketika dulu.

Sebagai penutup kata, aku nak dendangkan sepotong lagu dipetik dari Akademi Fantatsia iaitu Menuju Puncak, lengkap dengan koreografi tarian oleh Cikgu Linda Jasmine, dengan air mata yang menitis hingga ke bahu.

5!, 6! , 7!, 8!

Pasti berjaya di Akademi Fantatsia......


.pergi tak kembali

Selamat siang semua.

Aku sekarang ni banyak dengar desas desus yang di alam blogosfera ni ada kucar kacir sikit. Maksud aku, seluruh blogosfera. Banyak tuduhan meliar yang dilemparkan, tapi aku harap tu hanya gosip semata-mata.

Hampir semua orang update pasal benda ni. Kecoh satu dunia. Kalau kau bukak google pun ada satu macam bug dekat website dia. Mungkin crawler semua pening kepala nak crawl mana satu sebab isu ni baru saja dibangkitkan, dan nampaknya tak ada ura-ura nak menyusut.

Evan William pengasas blogspot yang menjual Pyra Labs dekat Google pun sekarang diambil kerja balik bagi mengatasi isu berbangkit ni. Aku pun tak pasti, tapi ada dengar gosip liar yang menyatakan bahawa Steve Jobs dengan Bill Gates nak berganding bahu dan menggembeling tenaga bagi mencari penyelesaian masalah yang meruncing dalam alam maya ni.

Ada yang hampir nak delete blog pasal isu ni, tapi aku berharap sangat-sangat kau tak delete blog. Come on, takkan kerana isu macam ni terus nak delete blog. Aku nak nasihatkan jangan takut dengan benda-benda macam ni, sebab ia macam perkara biasa dalam dunia blogspot.

Jadi, di sini aku nak mengucapkan selamat tinggal pada mofasad yang ingin pencen awal dalam dunia blogspot dan seterusnya berpindah ke .com.

Selamat pergi ke atas, doakan kejayaan kami di bawah ni.

Terbanglah mofasad, terbang tinggi-tinggi sampai menggapai awan, menuju cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami dan tolong jangan terbang rendah lagi. Pipit sama Enggang, mana mungkin terbang seiring. Kami takkan lupa jasa baik anda terhadap blogspot satu ketika dulu.

Sebagai penutup kata, aku nak dendangkan sepotong lagu dipetik dari Akademi Fantatsia iaitu Menuju Puncak, lengkap dengan koreografi tarian oleh Cikgu Linda Jasmine, dengan air mata yang menitis hingga ke bahu.

3, 4,

Pasti berjaya di Akademi Fantatsia......


Oct 15, 2010

.ctrl + A





















Oct 11, 2010

.surau



Selamat siang semua.

Akibat dari jadual kelas bersama Encik Samson hari ni dari pukul 6.00 petang - 10.00 malam, segala usaha nak dekatkan diri ke Tuhan semuanya berlaku secara berjemaah. Even kelas 4 jam, tanggungjawab menghadap Ilahi mana boleh tinggal. Tuntut ilmu tuntut ilmu jugak.

Kalau ada yang jenis duduk depan pintu surau cakap pumpangpumpang sambil hisap rokok tu cerita lain, biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Encik Samson ni memang hormat waktu solat betul, bila azan saja mesti postpone kelas sampai semua dah solat Maghrib. Tapi yang pelik, dia tak pernah jadi imam, dan aku langsung tak pernah dia jejak kaki dekat surau tu, walaupun sekali. Dia pergi menyorok mana entah, biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Yang jenis taknak berjemaah pun ada. Dah elok semua berjemaah sekali 3 saf, dia boleh syok layan solat sendiri dekat tengah-tengah. Come on lah, apa salahnya berjemaah sekali.

Yang jenis lelaki buat-buat period pun ada. Asal maghrib, menyorok dalam jamban. Memang menepati ciri-ciri saitan betul. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Yang jenis lembut macam sotong rendam 4 jam gatal nak cuba solat dekat surau wanita pun ada. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.

Lepas solat berjemaah berimamkan kawan Osamah Bean Laden, selesai saja doa dan zikir yang berlarutan selama beberapa minit, aku toleh ke kanan aku. Di sudut kanan ada sorang kawan aku ni, muka muram, sedih, dan macam sikit lagi nak tumpah air mata.

Aku mengengsot pergi dekat dia dengan stail malas nak bangun, sambil tanya, "Kau kenapa sedih semacam? First time solat ke apa?"

Sinis.

"Bukan, dari lepas solat tadi aku try, tak dapat-dapat jugak wifi uitm ni. Yang ada uitmsalamstaff, uitmsalamguest je, tak ada pun uitmsalamstudent. Padahal Router dekat sebelah pintu ni je kan?" sambil belek-belek handphone Nokia E72 beli time raya.


Pelan-pelan aku azan dekat telinga dia dengan sepenuh hati.

Oct 10, 2010

.gangguan seksual - sexual harassment

Selamat siang semua.

Dah berapa hari tak hujan. Kalau hujan pun jenis segan-segan. Jatuh setitik dua dah malu-malu.

Aku ada jugak terfikir nak buat tarian mintak hujan ala-ala penduduk Zimbabwe, tapi mengenangkan konsep syirik khafi dan syirik jali ajaran cikgu sekolah dulu, aku batalkan niat majusi tu.

Oleh kerana panas yang terlampau sangat, tanah jadi tandus. Pokok tak dapat air yang mencukupi. Manusia lebih senang sakit sebab dehydration. Sawah padi gersang. Gadis-gadis jadi bertambah gersang.

Harini panas sangat. Jadi malam ni aku bukak tingkap luas-luas dan tarik langsir ke atas. Dengan cara ni bilik tak ada lah panas sangat, prinsip Bernoulli yang disemai cikgu fizik masih tersemat dalam diri. Walaupun hanya membantu sejukkan bilik 10% saja, jadi lah.

Jadi bila musim panas macam ni aku jadi terlebih aktif mandi. Aku bukak seluar, dan selingsing tuala di paras pinggang, dan menuju ke tandas. Masa nak mandi tadi, aku dengan berpakaian tuala saja yang membaluti tubuh mulus, montok dan mungil ni lalu tepi tingkap untuk ke tandas.

Silap besar.

Jiran belakang rumah yang aku syak bibik pada Kassim Selamat yang selalu ganggu waktu tidur orang dengan main seksofon malam-malam renung tajam dekat aku, sambil ketap bibir.

Celaka. Gadis bukan muhrim dah melihat tubuh seksi bergetah ni tanpa izin. My body is my temple.

Contoh lelaki bertubuh mungil - Lady Ga-go. His body is his temple.

Kan aku dah cakap, cuaca panas buat gadis-gadis jadi gersang.

Esok aku nak suruh dia masuk meminang, gangguan seksual macam ni tak boleh dibiarkan begitu saja. Teruna aku dah terjejas!

Oct 8, 2010

.kita harus mengamalkan konsep sabar dalam diri

Selamat siang semua.

Kita boleh tahan marah bila masa nak berak, tiba-tiba terputus bekalan air. Kita guna opsyen lain, yakni beristinjak, atau lebih teruk mengikut fahaman bangsa cina yang menggunakan tisu tandas. Seriously, sanggup ke biar jadi berkerak? Yes i am racist, kebiasaannya. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila masuk tandas awam, ada taik terpalit di dinding, dan celaka yang memalit tahi di dinding itu boleh buat art piece dengan conteng dinding tu dengan cara menulis nama Gadis Horny beserta dengan nombor telefon sekali. Aku syak nombor pondan, tapi seriously, perangai apa sanggup kotorkan jari dengan main tahi? Ok kalau kau seekor Indon, aku mintak maaf, itu memang mainan kau pun kan? Marah sangat terutama jamban tu ada satu saja, dan kepala taik dah nak keluar sangat-sangat dah, tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila ada orang berak tak flush, dan komposisi najis adalah jenis cirit tak cukup hadam. Tak cukup hadam di sini bermaksud ketulan-ketulan yang dipotong dadu seperti jagung, biji tembikai, dan kacang buncis. Komposisi macam ni biasanya menghasilkan bau dan gas yang boleh membunuh. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila ada bulu pubis yang kurang dikenali melekat dekat bath sponge kita. Ya, bulu pubis yang kita tak kenal, dan kita pasti bukan berasal dari keluarga bulu pubis kita sendiri. Come on lah, takkan bulu pubis aku berpintal-pintal macam rambut Alleycats, dan ada sedikit uban? Teknik rebonding kan ada? Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila masa nak cuci muka, air secara tiba-tiba mengeluarkan warna kuning keemasan. Efek ferum oksida kalau dicampur dengan air dan diletak atas kulit muka, boleh menyebabkan masalah kancing gigi yang serius. Ini kita patut salahkan Jabatan Air, sebab tak filter air dengan baik. Tapi kita sabar.

Kita boleh tahan marah bila tengah sedap-sedap mandi, urut badan, pamper badan dengan minyak bayi, pamper helmet darth vader dengan urutan erotis, secara tiba-tiba ada orang tolak daun pintu, dan jerit, "Woi melancap!" secara terang-terangan dengan niat memalukan walaupun masa tu kita sedang sibuk ambil wudhu sambil berbogel. Salahkan diri sendiri sebab tak kunci pintu dengan kemas sebelum mandi. Tapi kita sabar.


Tapi kita memang tak boleh tahan sabar bila masuk jamban, kunci pintu serapat mungkin, tanggalkan tuala, pulas shower bagi penuh, dan menyedari yang dalam toilet tu ada chewing gum, dan kita dah terpijak mereka tanpa disedari.

Pundek mana makan chewing gum dalam jamban ni? Tak ada adab makan ke apa?

Oct 6, 2010

.not worth it

Selamat siang semua.

Panaskan enjin kereta, masuk gear satu, tekan minyak menuju ke destinasi.

Sampai destinasi, 213213412431431421321321312 bijik kereta sedang tunggu turn nak parkir.

Dekat kaunter, 21321321321321321321321321321321 manusia sedang beratur panjang. Macam main game ular dekat Nokia 3310. Makin lama makin panjang, kadang-kadang ada bonus untuk dimakan. Angin kentut misalnya.

Semuanya kerana nak makan burger RM1. Bukan RM1 sebenarnya, tapi RM4.20. Ini taktik pemasaran kapitalis. Itu belum kira duit minyak dengan peluh tunggu turn dekat kaunter lagi.

Berbaloi ke tak?

Berbaloi jugak la kalau masa beratur tu depan dengan belakang kau, gadis seksi semua nak tersembul.

Double decker pussy sandwich, itu baru whopper sebenar!


Oct 4, 2010

.program korek-korek uitm

Selamat siang semua.

Aku dah kata, bahasa inggeris kalau nak melayukan pun beragak la sikit.

"Weh, jom pegi aktiviti korek mengorek?"

"Korek-korek? Dekat mana? Ada po'en ke?"

"Ni ha, aktiviti ni la. Macam best je main korek-korek dekat situ."





Oct 3, 2010

.tips menjadi hos rumah terbuka

Selamat siang semua.


Kesilapan satu : "Korang semua makan la, jangan kisahkan pakcik ni"

Akibat : Semua makanan habis dilahap dalam masa tak sampai 10 minit. Licin sampai tak payah basuh pinggan. Pakcik tuan rumah hanya sempat minum teh tarik sechewen saja.


Kesilapan dua : "Rumah pakcik ni ada mempelam epal, kalau nak ambil la"

Akibat : 3 biji mempelam epal selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan tiga : Kuih raya yang masih diseal dengan kemas jangan dibiarkan bertaburan atas meja.

Akibat : 2 balang kuih raya belum bukak dah selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan empat : "Aku tak sangka korang macam ni, aku ingt korang malu-malu taknak makan."

Akibat : Kebarangkalian untuk tak dijemput rumah terbuka tahun depan sangatlah tinggi, hampir 99.9%.


Kesilapan kelima : "Ni ada udang masak apa entah dah siap kupas kulit"

Akibat : Licin dari dalam pinggan hidang dalam masa tak sampai seminit.



Kesimpulan : Pastikan makanan mencukupi, jangan ingat mahasiswa semua jenis segan, dan jangan ceritakan pasal buah-buahan tempatan yang ada ditanam di sekeliling rumah.



Nazri, kalau kau baca ni, aku nak mintak maaf sebab makan 2 pinggan nasi, 4 cedok rendang daging, 3 ketul ketupat Illuminati, 2 cawan air Ribena, 2 cawan air teh tarik, sepinggan mee, sepotong ikan tongkol masak cuka, 1 biji mempelam epal, 5 ketul udang masak apa entah, dan sebatang rokok Winston Light.

Aku selalu makan tak serakus ni, tapi kalau dah seharian berlapar, ikan sebesar tong dram pun aku boleh telan sekali suap.


Sep 29, 2010

.habis, nak suruh menipu?

Selamat siang semua.

Dikoyakkan kertas yang aku bagi pada dia depan mata aku.

"Tapi Doktor....", kata aku dengan suara sayu sambil mata bersinar-sinar mengharapkan simpati.

#zrupppppp (flashback)

28 September 2010, Pukul 6 pagi.

Kombinasi yang baik. Tilam yang boleh berubah mengikut kontur badan jenama Sultan palsu, bantal bulu itik yang empuk dan kenyal, bantal busuk yang baru dicipta tahun ni hasil dari penat lelah memerah keringat menitiskan peluh, taik hidung, kentut, dan air liur basi ke atas bantal tersebut, selimut yang tebal dan berangin, nyamuk yang ambil cuti bersalin, dan hujan lebat.

Ya, hujan lebat menitis membasahi bumi, serta angin yang sepoi-sepoi bahasa mengalunkan lagunya terus ke kamar tempat aku beradu.

Alarm pukul 7.50 berbunyi. Dalam mamai-mamai aku berfikir dalam otak, ada kelas pukul 830.

Aku tarik selimut sampai ke hidung, dan tekan "Turn off" alarm terus. Sejuk-sejuk macam ni mana boleh tolak nikmat dia. Kalau pergi kelas pun mandi macam orang Cina nak buat apa, baik sambung tidur.

Ditambah dengan tidur yang nyenyak bermimpikan Bree Olson (ya Afiqsiddhartha, tak perlu ritual Moksha untuk bermimpikan Bree Olson), memang kombinasi yang tak ada tolok bandingnya.


Pukul 12, aku terbangun sebab ada pesanan ringkas yang masuk dalam Rozana.

"Weh, Doktor Zakiah nak jumpa, kau dah banyak ponteng. Mati kau."

Terus on laptop, dan print out surat rasmi yang menyatakan aku tak hadir kelas sebab overslept. Memang saja aku sediakan awal-awal, senang bila-bila masa nak guna terus print out. Hanya perlu tukar tarikh dan nama Lecturer saja.

Pukul 1230, aku dah ada dekat kampus berkat dari kebiasaaan diri untuk mandi kambing. Mandi lama-lama pun beberapa jam lepas tu busuk jugak, rugi bayar bil air saja.

"Doktor, ni surat saya.", sambil aku serahkan kertas surat rasmi tak rasmi sangat ke tangan dia.

Doktor Zakiah baca dengan teliti.

"Ah kamu, overslept bukan alasan untuk kamu tak datang kelas!", dikoyakkan kertas yang aku bagi pada dia depan mata aku.

"Tapi Doktor....", kata aku dengan suara sayu sambil mata bersinar-sinar mengharapkan simpati.

Doktor Zakiah menjegilkan matanya sambil menahan kemarahan.

"Habis Doktor nak suruh saya menipu?"






Jadi penghabisannya aku terpaksa cari Medical Certificate rakan-rakan untuk diedit supaya nampak macam aku yang sakit.

Nak buat macam mana, dah lecturer sendiri suruh menipu. Sekarang jawab, berkat ke tak berkat belajar main tipu-tipu macam ni?






Sep 28, 2010

.trankuiliti

Selamat siang semua.

Aku rasa, semua orang perlukan ketenangan, or some would like to call them, their happy place. Semua orang ada tempat untuk dapatkan ketenangan. Ada yang suka mencari ketenangan dengan belanja kawan-kawan makan, ada yang suka menjerit kuat-kuat sampai nak pecah anak tekak sambil kaki setengah tenggelam dalam sawah padi (cerita lain), ada jugak suka splurge dengan menjadi shopaholic, dan ada yang suka mencari ketenangan dengan beribadah sepenuh hati.

Untuk aku pulak, aku dapat ketenangan bila ada dalam tandas. Tandas, atau secara spesifiknya dalam jamban. Bila aku duduk dalam lubang berbentuk bujur tu, sambil hisap rokok, dan menggunakan muscle untuk menekan-nekan perut, aku rasa sangat tenang. Umpama dunia ana yang punya.

Ada orang suka pelik bila aku cakap pasal berak. Ada orang mula buat-buat muka jijik bila aku cakap pasal berak. Aku nak tanya, kenapa jijik?

Kau semua tak berak ke nak jijik-jijik? Taboo sangat ke kalau cakap pasal berak? Tak sopan ke?

Oh ya, ada aku cakap yang aku langsung tak percaya benda-benda taboo? Sorry to say lah, aku memang tak percaya petua-petua orang dulu-dulu. Jadah apa masa nak kahwin buang baju tido atas bumbung untuk elak hujan masa kenduri? Macam bodoh.

Berak mungkin salah satu sebab kenapa badan aku tak naik-naik. Ye lah, kalau sehari berak 5x, macam mana badan nak dapat nutrien yang secukupnya? Tapi biarlah, itu passion aku. Aku dapat rasa trankuiliti yang teramat masa berak.

Cuma satu saja yang boleh mengganggu kitaran trankuiliti aku. Semalam aku tak tahan sangat nak berak sampai aku berak dalam jamban kampus. Busuk dia bukan main, tapi demi tugas yang mesti dilaksanakan aku akur.

Tapi potong, mamat sebelah aku berak cirit. Sepanjang aku berak aku tak henti-henti kena tahan telinga dengar bunyi prett prett prettt dengan nada dan ikut tune Symphony No. 5 in C minor gubahan Beethoven. Itu belum dicampur dengan irama Ahh Ahh Ahh hasil dari kelegaan dia.

Celaka, rosak trankuiliti aku.

Sep 27, 2010

.freedom?

Selamat siang semua.

By default, we are such indolent creatures that the very idea of taking control of our lives and moving with it sends spasms of agony. We can wish, but so does how mother nature do their thing.

Its unfortunate that the primordial social consciousness of our forebears, and their idealistic willingness to act, are seldom seen in the so-called ourselves.

I lead a life of constant flux. I have not yet be able to put my roots down anywhere for long, like a boat in a storm. But everything I've been privileged to see and experience in my life have been a lesson in personal freedom.

I can immerse myself in the cultural millieus that produce the works we like to idealise.

Sometimes, I question why, we often remain in idolization mode even as we fail to produce stuff that approximate our idols. It speaks much of weakness.

I've learnt not to assume that anything is ever greener on the other side. There aren't too many differences between here and there.

We champion the Palestinian cause, not because we know their history, but mostly out of a false sense of kinship.

Now what is your freedom? Is it equitable to freedom, and if so, what sort of freed0m are you thinking about? Freedom from pain? From dictatorship? From bigotry? From self imposed mental shackles?

Think about it. Don't ever tell me you've achieved your freedom because we are always lived in a constant self-imposed mental shackles. We are bound from top to toe, no matter how hard you tried.

Sep 26, 2010

.isu mekdonald

Selamat siang semua.


Haritu semua duk kecoh yang McDonalds tu sebenarnya haram.

Haih.

Kita cerita pasal KFC pulak ye, kau yakin KFC tu halal?

Kau perasan tak KFC tak ada mana-mana tanda Registered Trademark dekat logo dia?


Kau tau kenapa?

Sebab dia memang tak register dan patentkan makanan-makanan dia. Dan untuk register dan patentkan makanan-makanan dia, dia kena senaraikan bahan-bahan yang dia guna. So kalau dah senaraikan semua, tak boleh lah ada tagline "Colonel Sanders Secret Recipe" kan?

Kalau dia patentkan makanan dia, semua orang boleh tahu apa secret recipe dia, dan tiru sebijik-sebijik tepung secret recipe tu.

Cuma yang aku pelik, setahu aku lah, kalau nak dapat sijil halal, konsep dia sama macam nak patentkan makanan. Memang ayam dia halal dan sembelih, tapi serbuk secret recipe yang dia guna untuk salut ayam tu?

Tak perlulah percaya info yang dari mulut ke mulut. Info yang aku bagi ni pun tak semestinya tepat. Ini hanya food for thought kau saja.

Sekarang rasa nak finger lickin good lagi?

Bytheway, sapa-sapa yang belum try Triple Cheeseburger lagi, silalah cuba. Aku berani bertaruh dengan potong helmet darth vader aku kalau kau tak rasa tu sedap.

Sep 24, 2010

.makanan eksotik

Selamat siang semua.

Malam semalam, perut aku secara tiba-tiba menghantar isyarat kecemasan dekat medula oblongata aku dan terus ke otak. Ini bukan isu sakit perut, sebab kalau perut dia bukan kecemasan. Ye, ini fakta, aku berak 5x sehari purata.

Lapar.

Aku pandang jam, pukul 4 pagi. Aku syak budak rumah aku ni ada sorok-sorok makanan, jadi aku cuba korek-korek almari diorang untuk cari mana-mana yang boleh disumbat dalam perut.

Yang ada serbuk kerepek yang diorang bantai malam sebelum tu. Celaka betul, bukan nak simpan sikit.

Perut aku dah keriuk keriuk bunyi, lapar sangat. Tak boleh jadi, aku kena jugak pegi makan.

Lepas siap pakai sweater, baju 2 lapis, panties 3 lapis, sehelai Lebreeze night wing dan sekeping kertas yang ada ayat-ayat Koran untuk pendinding. Lepas raya hantu makin meliar dekat Shah Alam ni. Polis nak tembak belakang tengkuk pun ramai. Jadi kena berhati-hati.

Alang-alang dah keluar malam, kedai semua tutup, baik aku pergi makan makanan yang rare sikit. Jadi dalam fikiran aku terbayangkan makan Burger King dekat tepi Stadium Shah Alam. Lapar punya pasal sanggup.

Jadi aku curi-curi pakai motor member aku. Bukan taknak mintak, tapi malas nak kacau dia tidur. Kesian. Kalau dia jenis macam aku yang insomnia ni tak apa la, jenis tido tak ada timing.

Aku start motor pun pelan-pelan. Kalau boleh nak pekup eksos dengan bantal taknak bagi bunyi. Lepas panas enjin secara tak ikhlas, aku memulakan perjalanan.

Sejuk, sebab keliling pokok. Mulut aku terkumat kamit baca ayat Qursi tunggang langgang sambil mata meliar cari kalau-kalau ada lembaga putih. Makin kuat aku baca lepas lalu pokok kemboja, bau macam dekat kubur.

Lepas saja kawasan yang agak gothic tu, hati terus rasa lega. Fikiran memang dah melayang nak makan makanan exotic, Burger King. Perjalanan jauh, jadi aku cuba hiburkan hati dengan berkaraoke atas motor.

Habis lagu bermula dari Maher Zain sampai ke Anuar Zain, Ariel AF Menatap Punggungmu sampailah ke lagu Babi Justin Bibir aku balun nyanyi, nak hilang bosan punya hal.

Masa tengah nak masuk chorus lagu Babi, aku jadi terlebih excited pulak sampai menyanyi kuat-kuat. Aku siap angkat Visor helmet ke atas supaya dapat hirup udara segar sambil menganga nyanyi kuat-kuat.



Itu ialah tindakan kurang bijak ya adik-adik. Kita perlu ingat yang waktu malam adalah waktu paling ideal untuk kumbang-kumbang, siput babi, kunang-kunang serta kelip-kelip untuk meliar terbang masuk ke dalam mulut.


Sampai Burger King, tutup. Aku terlupa dia tutup pukul 3.


Tapi tak apa lah, at least aku ada jugak makan makanan exotic kan? Lalu aku start balik motor, sebelum pulas minyak, aku sempat sendawa kekenyangan makan kunang-kunang.

Celaka, lepas ni aku takkan nyanyi atas motor lagi.

Sep 21, 2010

.perihal lecturer kesayangan

Selamat siang semua.

Sepanjang degree ni, aku ada sorang lecturer kesayangan. Senang cerita, aku panggil dia miss quantitties. Kenapa quanTITties? Sebab dia ajar Civil Engineering Quantities, dan mempunyai sepasang buah dada yang mengancam. Ye, aku sebut mengancam, sebab memang sangat-sangat mengancam. Muka pun comel, belajar pun sampai luar negara, kerja pun pernah dekat luar negara.

Setiap kali kelas mesti pakai kebaya ketat seketat-ketatnya. Nampak habis seluruh pelusuk tubuh.

Dia ajar pun boleh tahan seronok. Biasanya budak-budak kelas aku memang waktu kelas dia fully concentrate dia mengajar dekat depan. Aku tak pasti concentrate dekat mana, tapi aku tak la concentrate dekat dada dia. Dia pun maintain rapport with the students. Setiap kali aku hai, mesti dia hai balik dengan gaya macam orang jepun kawaii buat hai badan senget sikit. Cayaqqq habaq hang!

Sebagai stalker yang berjaya, aku dapat tau mana dia duduk, mana tempat asal dia, bilik dia tower berapa tingkat berapa, berapa kali dia pergi tandas secara purata sehari, pukul berapa dia balik, apa nombor plet kereta dia, dan berapa gaji dia sebulan.

Tapi sekarang aku rasa sangat kecewa, sebab lecturer kesayangan aku dimark sebagai pemandu kereta yang tak berkaliber. Tadi aku saja-saja google nombor plet kereta dia, ada forum ni tak henti-henti cakap pasal kereta dia. Ramai pulak tu yang jadi mangsa kekejaman dia, tak reti bagi signal lah, parking double lah.

Kesian miss, ramai orang tak suka cara miss bawak kereta.

Miss, kalau miss kahwin dengan saya kan senang, saya akan pastikan masalah miss settle. Saya sanggup jadi supir miss hari-hari hantar amek kerja. Dan saya akan pastikan miss tak pakai kebaya ketat-ketat lagi. Semua tu hanya untuk tatapan saya sorang saja. Mana boleh sharing-sharing, saya kuat jeles.

Miss, marry me, please?