Nov 22, 2009

.sedih kan?

Selamat siang semua.

Sejak kecik, aku tak pernah pakai jam. Bukan tak pernah, tapi aku allergik. Tak tau la allergik dekat apa, tapi semua jam yang aku pakai, mesti buat kulit aku gatal-gatal. Jadi macam kulit melepuh. Macam kena bakar.

Dan tangan jadi bau semacam. Macam bau cagu pun ada. So aku set dalam diri, tak nak pakai jam lagi.

Bagi aku, jam tak la penting sangat. Setakat nak tengok waktu, baik tengok handphone je. Jam tu aksesori saja, bukan kepentingan pun.

Semalam aku jumpa Huda. Nak setelkan apa-apa yang patut. Nak jumpa Joni. Kangen. Alhamdulillah things go well. Talk a lot of things yang bother each other. And we both agreed yang sekarang bukan masa sesuai nak get back together balik. Dia suruh aku cuba berubah. Will do. Ambil masa dulu. But kena sama-sama berubah la kan?

Pedulikan apa kau nak cakap. Kitorang memang on-off selalu. Dah berapa kali on off? Hanya readers aku yang baca dari zaman aku mula-mula blogging saja yang tau.

Balik pada jam, Huda bagi aku hadiah jam Casio as a birthday gift. Aku rasa itu je hadiah yang aku dapat untuk birthday tahun ni. Aku bukan la orang demand sangat, cukup setakat birthday aku wish je dah cukup. Tak payah nak ada gift-gift.

Terharu beb dapat jam. Lama dah aku idamkan jam. Jam mahal lak tu.

Appreciated it, and loved it, a lot.

Thanx a lot Huda.

[Ini entri sudah lama tulis, tapi sekarang baru publish, sebab ingat nak upload gamba, tapi macam haram susah gila. Nanti rajin aku upload.]

Aku tak harap komen sapa-sapa untuk entri ni. Just aku nak luahkan apa yang ada dalam hati saja.

0 journeyed together: