Showing posts with label barang rare. Show all posts
Showing posts with label barang rare. Show all posts

Jan 5, 2011

.barang rare ni bro

Selamat siang semua.

Macam biasa lepas kembali ke sekolah, lepas tulis karangan yang bermula dengan "Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga saya telah.....", mesti ada sesi beramas mesra antara classmates balik.

Jadi banyak la isu yang dibincangkan, dari isu Saya Gay, Saya Okay, aksi angkat Anugerah Skrin secara berkemban/nyaris bogel hingga ke Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Senang cerita semua isu semasa lah, termasuk isu fesyen.

Kawan aku yang sorang ni cakap, dia tak layan brand murah-murah, tak layan Padini, tak layan Giordano, tak layan segala benda fesyen yang berharga rm100 ke bawah. Senang cerita, semua brand fesyen untuk golongan marhaen macam aku ni.

"Tak rare bro, mana cool kalau pakai masuk Zouk. Orang kampung je pakai tu semua."

Dia layan Louis Vuitton, layan Massimo Dutti, Raoul dan segala macam lagi kedai pakaian yang rare dan dengar saja dah buat diri rasa hina, rasa macam fakir miskin. Rasa macam nak jadi gigolo.

Tapi aku tau, dia berfesyen pun guna duit mak bapak jugak. Mak bapak susah payah kerja makan gaji dekat kampung, susah payah banting tulang untuk bagi anak senang lenang, kau boleh pergi bantai beli pakaian mahal-mahal. Tapi itu hak kau la. Cuma satu saja masalah aku dengan kau, beli mahal-mahal baju semua, buku nota rm3.50 sebuku pun tak mampu nak beli. Kertas A4 jenama Indah Kiat pun kau nak pow aku. Minum teh ais pun mintak aku bayar.

Jadi tanpa segan silu, aku menjawab kenyataan "Aku layan benda rare saja bro" tadi dengan "Kalau kau ni jenis sukakan barang rare, kau cuba cari perempuan ada bulu ketiak panjang 13cm, dan bertetek 0.5. Benda rare tu bro."

Tenang dan sinikal, sambil mendabik dada tunjuk baju aku berjenama Giordano yang kolar dah koyak dan lusuh.