Nov 5, 2006

.a time to kill

Smokers kata, orang yang smoke lebih nampak macho. Baru nampak kelakiannya. I don't see any resemblance.



Yeah, rokok itu membunuh, a slow killer. Fakta itu dengan jelas diterangkan oleh penasihat-penasihat kesihatan serta media. Tapi, itu semua tidak menghalang para smokers untuk terus berbakti mengekalkan semangat setia kawan antara rokok dengan diri mereka sendiri.

Bagi aku, rokok itu sudah sebati dengan diri aku. Sebati bagai aur dengan tebing, ketiadaannya disisi aku membuat aku jadi kekok. Semua yang dilakukan serba tak kena dan yang penting sekali, resdung aku pasti menonjolkan dirinya semasa ketiadaan rokok. Pelik kan?Tak tau kenapa, tapi rokok itu telah meng"cure"kan penyakit resdung aku. Selsema hilang dan hidung tidak lagi terasa gatal.

Ah, mungkin kamu pasti kata yang itu semua alasan untuk aku merokok. Mungkin juga. Tetapi, believe me, it's true.

Permulaan aku merokok sejak aku dari tingkatan 3 lagi. Pengaruh rakan? Mungkin juga. Cuma faktor yang paling utama adalah kerosakan akhlak aku pada masa itu. Disuruh mengaji, aku lari ke cyber cafe main game. Disuruh solat, aku ambil air solat dan kunci pintu untuk kira masa 5 minit dan keluar bilik. Mengaburi mata ibu bapa dengan berlaku baik di depan mereka.

Rokok pertama hasil dari masalah keluarga aku. Aku tensi. Kawan cakap pada aku yang rokok boleh meriliskan tensti. Aku termakan pujuk rayu syaitan tahap penthouse itu dan mula merokok. Sedutan pertama agak memeritkan. Rasa pahit menyelubungi seluruh rongga pernafasan badanku. Terbatuk-batuk aku buat kali pertama. Habis sebatang, aku dah mula weng. Rasa pening yang teramat sangat. Itulah nikmat merokok pertama (bodoh!.

Sekarang, aku menyesal. If I din't start smoking that day, things will be much better for my health. I am really addicted to smoking. Cubaan aku untuk quit smoking hanya bertahan selama 2 minggu. Itu adalah masa paling lama aku bertahan tanpa merokok. Thanx to my sweet friend, Bella for helping me out in quitting. You will always be my best friend. Ever! Love ya babe.

Aku dah jelak dengan merokok. Hidup ini pasti indah tanpa rokok kan? Pasti lebih ceria, lebih bersih. Aku mahu menjadi seperti itu.

2 journeyed together:

heyxa said...

yeke bleh cure resdung..? tp, nnti ur lungs rosak tau! so, bljr2 laa benti rokok tu plahan2 yea~~

Anonymous said...

aha..
sgt bagos!
dak kecik mmg takleh isap rokok..
haha~
:p