Feb 26, 2011

.kiblah baru?

Selamat siang semua.

Sejak insaf dan bersara dari arena lucah melucah ni, aku semakin dekatkan diri dengan tuhan.

Mungkin dah sampai seru. Mungkin lah.

Irama muzik pun dah bertukar ke arah yang lebih Islamik, misalnya melayan lagu-lagu berunsur nasyid kontemporari macam boyband Saujana dan jika jiwa lebih ke kegemaran gadis-gadis semasa, melayan lagu Maher Zain Insyallah versi Melayu yang nyanyi huruf dal tukar jadi dhot. Ada jalan jadi adha jalan tu masalah yang sangat serious okay.

Dan sekarang aku di Penang, ada site visit pegi loji rawatan air taik di sini. Boleh tahan juga sisa kumbahan yang keluar dari bontot orang Penang ni, macam-macam warna macam-macam bau. Aku syak ini terjadi akibat dari industri makanan Penang yang pelbagai rasa.

Orang sini memang hebat memasak. Aku respek!

Jadi akibat dari bajet yang kedekut dari dekan fakulti aku, kami terpaksa tidur di hostel Uitm.

Pagi tadi sebelum memulakan aktiviti aku solat subuh dahulu. Biasanya subuh ialah waktu yang paling selalu aku miss. Jenis manusia tido mati macam aku ni memang payah sikit nak bangun.

Lepas berwudhu', aku bentang sejadah. Aku niat solat dan mengangkat takbiratul ihram.

Sedang aku khusyuk membaca Al-Fatihah, kawan aku cuit bahu aku dan berkata,

"Kiblat sekarang dah tukar ke Australia ye? Aku baru tau"

Sarkastik.

Perlahan-lahan aku toleh ke belakang menghadap dia dan senyum kelat.

Merah muka aku masa nak betulkan arah kiblat aku ke arah Masjidil Haram.

Bukan salah aku woi, sapa suruh tak tunjuk arrow arah kiblat tipikal hotel dalam bilik tu?!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

9 journeyed together:

Anonymous said...

seriously aku pernah kena macam kau.
time tu kat penang gak. ahaha.
tido hotel cina.
aku suka selongkar hotel. dah la terjumpa bible.
aku tak perasan arah kiblat kat mana. main solat isyak je.
dah tahyat awal baru dengar abah aku cakap ngan mak aku aku salah kiblat.

okey terus buat2 khusyuk solat sampai abes pastu buat2 tak dengar ape dorang cakap terus tido. heh.

fd said...

aku selalu. kat rumah nenek aku sendiri.

Shahada Fauzi said...

hoi!ko cakap orang penang kuat berak eh??naseb aku tak tergolong dalam golongan kuat berak tuh..bhahaha..


lain kali ko beli jek kompas yg tunjuk arah kiblat tu..kalau p travel mana2 nak cari arah kiblat time solat senang..kebanyakan hotel kat penang nih takde tunjuk arah kiblat..dah tu majoriti orang cina yg pnya..paham2 je la..

Akulah Aqilah Itu said...

aku pernah salah kiblat. Lepas tu dengan kompidennya aku marah adik aku yang kiblat dia dah sedia betul suruh tukar arah sama dengan aku.

Bangga tak?

Berto said...

x pa sigg, niat tu penting, niat. keh2

ashraf sahdan said...

sebenarnya aku segan sikt nak komen entri-entri yang macam Islamik ni. tapi rupanya, bersepai jugak ko punya Islamik. kahkahkah.

PuanPepel said...

aku baru nk tabik spring kat ko.... tiba spring putus suda...

takpe la..aku percaya niat ko suci lagi murni...

dochi said...

jyeahhh malu tahap 47 !

cik 18 said...

ahha...jelutong ek???

aku pon baru balik dari site tuhh