Feb 11, 2011

.sigeret 101

Selamat siang semua.

Dalam arena penghisap rokokan ni, ada beberapa jenis rokok yang kau perlu kenal untuk mengelak dari dicop noob rokok. Ada beberapa kategori rokok yang kau perlu kenal, baik dari segi kualiti, harga dan berapa efektifnya dia untuk sesetengah situasi.

Mari kita mengupas isu ini satu persatu.

Untuk klasifikasi rokok sedap, atau rokok high end, atau lebih dikenali sebagai rokok mahal, dan lebih tepat lagi rokok orang bekerja, ialah rokok Dunhill atau Marlboro. Jika kau masih belajar dan hisap antara 2 rokok di atas on a daily basis, syabas, andalah penghabis duit mak bapak yang paling berjaya. Rokok jenis ini memang sedap dia lain macam, kadang-kadang boleh menyebabkan inzal yang tak terhingga pada si penghisap.

Rokok kelas sederhana pulak ada banyak dan rasanya macam sedap-sedap mulut saja, yang paling tipikal pelajar marhaen tak ada mak bapak gaji lebih 2k macam aku ni biasanya akan isap rokok Winston. Ingin aku ingatkan, biasanya rokok ini adalah rokok pelajar marhaen, tapi tak pula wajib dinikmati oleh golongan sebegini saja. Rokok ini juga misalnya menjadi kegemaran orang bekerja yang baru membeli #gen2baru. #justsaying

Rokok kelas rendah, yakni rokok seludup. Antara jenama rokok-rokok murah ni adalah rokok Modeng, Luffman, Astro dan Halftime 5. Rasa dia sukar jugak untuk digambarkan, tapi aku syak dia menggunakan tikus mati, lipas madagaskar dan hidung khinzir untuk dihancur lumatbuat jadi tembakau. Rokok-rokok ni biasanya sukar untuk dicari, tapi bila kau dah jumpa lubuk mana yang jual, kau boleh bergembira sepanjang hayat kau. Sebenarnya terma sepanjang hayat aku tu aku betul-betul serious, sebab bila kau isap rokok ni on a daily basis, berani kerat helmet darth vader aku la, hayat kau tinggal setahun saja.

Rokok jenama Saat aku tak tahu nak klasifikasikan dalam kategori mana sebab rasa dia macam guna kulit babi buat tembakau, tapi harga masih mahal macam jilaka.

Tapi dalam banyak-banyak rokok, Rokok Surya paling bertakhta di hati bila masuk isu rokok mana paling sedap dilayan bila sedang berak. Tekstur, rasa, asap dan bau dia sangat kondusif untuk dinikmati di dalam jamban, terutama ketika sedang mencirit kerana dia boleh memotong bau cirit kau sendiri.

Tapi paling bahaya ialah bara api dia. Oleh kerana bara api yang jenis besar dan susah untuk terpadam, sekarang sapa nak bayar ganti rugi boxer aku yang berlubang ni?

Dan lebih gampang dan sadis lagi, sapa nak bayar ganti rugi paha aku yang berlubang ni?

Surya Nepal Pvt. Ltd. boleh tolong jawab?

17 journeyed together:

Wanturd™ said...

mber aku kne marah ngn doc sbb isap rokok john. sbb cam ura2 nak kena kanser tekak da tu

eszol raar said...

utk bebudak kecik mcm gua, nusan ijau dan peter masih bertakhta di tekak

rokok mahal mcm marl n dunhill lembut sgt sampai x inzal kpale

nak lg bes,try naik moto sambil si pembawa moto isap kretek,berlubang tgn n muka dol

Berd said...

Comotnyew abang icap wokok.

Akulah Aqilah Itu said...

Ok aku tak paham.
Rokok kulit babi tu, rasa macam chewing gum ke?

little ain said...

konklusinya, jangan hisap rokok :)

huhu!

Fifi Hanie said...

haaa. rokok john category mane pulak?
june? kwn aku kate mcm rokok pelacur. hahah, and he's a guy.

wannurfazrini said...

rokok daun dah cuba x ? haha

ENCIK TIKUS said...

rokok murah nie biasanya sakit tekak kalau di hisap... grrr

alepridz said...

aku dah tobat ngan rokok.... say no to rokok... aku rasa cam kaya jer sentiasa bila dah quit rokok nih.... serius tak tipu....

meh tempiaran kat sini...
http://alepcrazy.blogspot.com

Razman said...

winston bukak rokok marhaen. winston adalah rokok legend. dunhill rasa mcm lipas hidup. marlboro rasa macam lipas kering. winston juga yg bertakhta di hati.

|.a.r.i.e.z.a.| said...

haha tu mujur kena paha.. di jawabnye kena benda lain :p merana beb :p

Ainee Cumi said...

Patut ahh adik aku selalu isap Malboro. Sedap beno rupanya. rasa macam orang kaya ehh??

Bapak aku pula baru je berhenti isap rokok sebabnya doktor dah kesan salah satu injap dia tersumbat. Ni aku rasa penangan rokok seludup. Tapi takpe sebab rokok seludup bapak aku akhirnya berhenti merokok. ALHAMDULLILAH!

Adik aku? Cehh tak sedar sedar lagi. Takpe biar enjoi life dulu kata hidup masih muda kan so aku bagi ahh dia isap rokok dulu nanti dah tiba masa mesti otak sendiri set untuk berhenti rokok. Macam kau! Kau pun aku kasi chance ahh isap rokok malas nak bising. Heheheheh!

k.e.r.i. said...

gua terbalik.
zaman student isap dunhill.
zaman kerja isap winston.

Jard The Great said...

suka komen keri. haha

Anonymous said...

kenapa merokok?

Fatin Aliyya said...

itulah memandai sngt cuab yg low class.haha :)sengal

Anonymous said...

rokok adlh teman n0m 1...so smoke on the water with surya...Op psl kulit babi tu .Cam deme prnah mkan kulit aje...Imagine