( • )( •ԅ(ˆ⌣ˆԅ)
Jun 22, 2011
Jun 15, 2011
Jun 7, 2011
.kuota
Selamat siang semua.
Hari Ahad lepas kekasih saya ada beri satu mesej beri hitam yang berbunyi lebih kurang macam ni,
"Saya tak kesah kalau awak kahwin lebih dari satu, saya tak kesah berpoligami."
Lepas baca, aku tak fikir apa dah, terus capai kertas dan mula membuat draf kertas kerja untuk berkahwin lebih. Satu persatu aku nilai, dari anak dara ke janda, dari anak dara tak berapa nak dara (baca: Adinda Evans) hingga ke ibu gula (baca: Sugar Mummy).
Tapi yang pasti Ayu Raudhah ada dalam senarai. Bini orang tak bini orang, aku peduli apa?
Aku juga berjaya membuat jadual waktu macam malam ni rumah sapa, malam besok rumah sapa, malam mana kena pekena tongkat ali sekarton, dan malam mana kena pakai kondom. Biasalah, arus pembangunan ni kita kena merancang keluarga demi kesejahteraan bersama. Lagipun, pancut luar pun masih menikmati nikmat yang sama juga kan?
Setelah berpuas hati dengan kertas kerja, dan sudah yakin jadual tidak akan mematahkan zakar aku setelah kena kerah setiap hari, aku simpan cermat-cermat kertas tu.
Aku bukak tuiter, dan keluar tuit dari kekasih hati.
"Tapi si jejaka, kena lah kasik semua mencukupi. Pastu ada duit lebih lebih rasa nak buang buang je tu, haaaa boleh la kahwin lain.Tapi kalau isteri sorang pun susah nak jaga, janganlah berangan weh."
Aku bukak wallet, ada beberapa keping note rm1. Aku bukak balik resit last transaksi bank aku. Baki ada rm11.
Aku bukak balik tempat simpan kertas kerja tadi. Aku carik halus-halus sambil air mata bergenang di tepian kelopak mata.
Maafkan abang, Ayu Raudhah.
T__T
Jun 4, 2011
.lembu merah
Selamat siang semua.
Saya baru saja pulang dari 7 Eleven. Tak ada apa-apa yang menarik pun di 7 Eleven, hanya ada makanan, minuman, kondom pelbagai perisa dan bentuk (saya rasa saya nampak perisa durian/tempoyak), dan 'makwe-makwe' penjaga 7 Eleven atau dalam erti kata lainnya, pondan.
Saya singgah ke sana, seperti manusia lain, adalah untuk membeli air minuman untuk menghilangkan dahaga. Biasalah lepas mengharungi seharian yang penuh sibuk, saya perlukan air untuk mengisi balik kekurangan air dalam badan. Oh ya, seharian yang penuh sibuk saya maksudkan tidur seharian.
Saya masuk ke dalam 7 Eleven tadi, saya terus tuju ke kawasan air tin. Macam-macam jenis ada, dan saya sebenarnya agak kecewa kerana air minuman bir halal tak berapa nak halal sudah tidak dijual di 7 Eleven. Baru nak merasa mabuk-mabuk, rupanya dah tak ada. Kecewa betul.
Jadi saya ambil pilihan lain, yakni air minuman bertenaga. Satu persatu saya belek, untuk mencari mana minuman yang terbaik. Hampir-hampir saya mengambil air tin jenama Manjakani, tapi mengenangkan zakar saya yang berperatusan tinggi untuk kecut lepas minum air tersebut, saya batalkan niat saya.
Sedang saya membelek, mata saya tertumpu dekat air jenama Red Bull. Jenis dia jenis tin macam tin milo tu, rare dan cantik.
Saya capai, dan tanpa membelek harga terlebih dahulu saya terus ke kaunter untuk bayar. 200ml saja, takkan lah mahal sangat kan? 100ml pun hanya RM2 saja setin.
Makwe (baca: bapok) yang dengan suara garau kepit bertanya kepada saya, "Ni je bang?". Saya yang rasa langsung tak bernafsu hanya mengangguk. Saya terasa macam dia ada kenyit mata dekat saya, tapi orang tua kata benda pelik jangan ditegur.
Makwe 7 Eleven tu scan air Red Bull tersebut dengan badan meliuk lenggok. Mungkin taktik pemasaran dia memancing lelaki yang lemah iman, saya pun kurang pasti. Harga serta merta terpacul di skrin. Saya jeling sikit sambil mengeluarkan wallet.
"Amount due : RM6.80"
Terketar tangan saya hulurkan note kertas RM10. Dan sekarang saya mahu hirup air ni hanya sekali seminggu. Rugi kalau minum habis semua dalam sehari.
Subscribe to:
Posts (Atom)