Jun 4, 2011

.lembu merah

Selamat siang semua.

Saya baru saja pulang dari 7 Eleven. Tak ada apa-apa yang menarik pun di 7 Eleven, hanya ada makanan, minuman, kondom pelbagai perisa dan bentuk (saya rasa saya nampak perisa durian/tempoyak), dan 'makwe-makwe' penjaga 7 Eleven atau dalam erti kata lainnya, pondan.

Saya singgah ke sana, seperti manusia lain, adalah untuk membeli air minuman untuk menghilangkan dahaga. Biasalah lepas mengharungi seharian yang penuh sibuk, saya perlukan air untuk mengisi balik kekurangan air dalam badan. Oh ya, seharian yang penuh sibuk saya maksudkan tidur seharian.

Saya masuk ke dalam 7 Eleven tadi, saya terus tuju ke kawasan air tin. Macam-macam jenis ada, dan saya sebenarnya agak kecewa kerana air minuman bir halal tak berapa nak halal sudah tidak dijual di 7 Eleven. Baru nak merasa mabuk-mabuk, rupanya dah tak ada. Kecewa betul.

Jadi saya ambil pilihan lain, yakni air minuman bertenaga. Satu persatu saya belek, untuk mencari mana minuman yang terbaik. Hampir-hampir saya mengambil air tin jenama Manjakani, tapi mengenangkan zakar saya yang berperatusan tinggi untuk kecut lepas minum air tersebut, saya batalkan niat saya.

Sedang saya membelek, mata saya tertumpu dekat air jenama Red Bull. Jenis dia jenis tin macam tin milo tu, rare dan cantik.

Saya capai, dan tanpa membelek harga terlebih dahulu saya terus ke kaunter untuk bayar. 200ml saja, takkan lah mahal sangat kan? 100ml pun hanya RM2 saja setin.

Makwe (baca: bapok) yang dengan suara garau kepit bertanya kepada saya, "Ni je bang?". Saya yang rasa langsung tak bernafsu hanya mengangguk. Saya terasa macam dia ada kenyit mata dekat saya, tapi orang tua kata benda pelik jangan ditegur.

Makwe 7 Eleven tu scan air Red Bull tersebut dengan badan meliuk lenggok. Mungkin taktik pemasaran dia memancing lelaki yang lemah iman, saya pun kurang pasti. Harga serta merta terpacul di skrin. Saya jeling sikit sambil mengeluarkan wallet.




"Amount due : RM6.80"






Terketar tangan saya hulurkan note kertas RM10. Dan sekarang saya mahu hirup air ni hanya sekali seminggu. Rugi kalau minum habis semua dalam sehari.



12 journeyed together:

Aifaa R. said...

nice entry. i have click ur nuff anyway.

bact. said...

nice entry. i have click ur nuff anyway.

kahkahkah

rare dan cantik mmg la mahal..
kih2

AKMA said...

hahaha. hirup la air tu seminggu sekali.jangan lupa taruk ais nampak la air tu cam banyak sikit

a little less conversation said...

jgn lupa mkn tin redbull tu sket2..bru la kenyang

little ain said...

hahaha gilos air tuh

kurosagi said...

r u serius ?? 250ml redbull yg ak biasa minum pon rm2.50 kalau kt &E dekat2 cni cume RM3 lebih mcm tu je~

7E mane ni ??

lini hasnan said...

aah la, red bull yang 250ml tu dalam rm3 je la. mane kau beli.?? anyway, yang part bapok jeling-jeling tu i likee.. ekeke ;p

al-jambz said...

nice blogg. i like.

Nurul Huda Rahim said...

nice entry. i have click ur nuff anyway.

oh, i oso follow u. follow me back. thanks. lots of love.

KAH KAH KAH.

Pa'tam said...

hidup lagi yek blog ni siggplus?

Pa'tam said...

lupa tambah. nice entry. i have click ur nuff anyway.

Aifaa R. said...

i have click ur nuff for the 2nd time anyway.