Showing posts with label cerita seram. Show all posts
Showing posts with label cerita seram. Show all posts

Jan 22, 2010

.petanda yang ditinggalkan oleh penunggu rumah

Selamat siang semua.

Haritu, aku dah cakap kan, yang rumah aku macam ada paranormal aktiviti?

Memang ada pun. Entiti tu tinggalkan beberapa tanda yang sukar ditafsir oleh mata kasar.

Sejak kami sampai dah ada dah menatang tu. Cuak jugak la dengan nota yang dia tinggalkan. Letak baik punya di posisi yang strategik.

Kami beberapa kali terpaksa berjumpa bomoh santet untuk mentafsirkan petunjuk yang dia berikan. Dah beribu duit pengeras kami habiskan, dah bergantang pulut kuning kami masak, semata-mata nak cari tafsiran nota tu. Sampai jumpa bomoh Siam baru dia dapat bagitau dekat kami maksud tersembunyi tu.

Gambar ni dah lama dah aku tangkap, tapi sekarang baru berani nak tunjuk dekat kau orang semua.



Kepada yang agak-agak buta/rabun, aku dengan baik hati tulis balik apa petanda yang entiti tu cuba sampaikan.

"Selepas berak sila pam tandas
Sehingga tahi anda tidak kelihatan
Orang lain pun nak berak juga
Bukan anda sorang
Kebersihan tandas tanggungjawab bersama"

Macam tu la lebih kurang. Penggunaan ayat yang lengkap tanpa cacat cela. Cuma ada sikit penyalahgunaan kosa kata yang agak pasar. Aku syak ni entiti berpelajaran.

Oh ya, yang pasal posisi petanda dekat tempat strategik tu, dia letak depan pintu jamban, betul-betul dekat tempat nak berak!