Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Jan 25, 2010

.contest ayahku sayang [rare]

Selamat siang semua.

Ini kali pertama aku join mana-mana contest. Bukan apa, masih belum ada courage untuk masuk mana-mana contest. Sebab aku ni ada sangatlah low self esteem. Kali ni beranikan diri nak join, tak menang tak apa, janji ada lah jugak experience masuk contest kan. Heh.

Contest ni encik Bard yang anjurkan. Kalau ada sapa-sapa nak join boleh ke sini.



Kepada encik Bard, entri ni agak panjang. Sebab macam-macam saya nak cerita. Harap tak direjek ok. Hehe.


Aidilfitri terakhir bersama.

Saya sayang abah saya sebab selama dia hidup, dia tak pernah marah saya. Ok ini tipu lah. Faktanya abah saya sangat garang. Bukti kegarangan abah saya ada di belakang badan saya. Sampai sekarang belakang badan saya ada parut, hasil dari libasan getah paip fresh dari Pasar Mini Hwang Thai di Shatin Ipoh yang abah beli khas untuk libas saya. Sakit dia macam mana? Tak sakit pun. Macam kena cucuk besi panas yang biasa orang guna untuk tanda kuda tu. Seminggu jugak la saya tidur meniarap.

Saya dulu nakal sangat. Budak kecik, biasalah. Saya ada jugak dengar orang tua-tua kata, kalau nakal tanda bijak. Tapi sampai sekarang saya tak nampak kebijakkan saya. Mungkin bijak bukak laman web Redtube kot. Heh.

Saya sayang abah saya sebab dia berbadan besar. 120KG to be exact. Tak lah besar sangat, tapi saya takkan kena hujan kalau naik motor dengan dia. Oleh sebab saya badan kurus-kurus bermuscle, badan abah saya yang besar tu sangat aerodynamic sampai saya langsung tak kena hujan. Jadi saya jarang demam.

Saya sayang abah saya sebab dia pandai. Dia cikgu bahasa Inggeris. Terima kasih dekat dia, saya tak lah lemah Bahasa Inggeris. Setakat Yes No Alright Thank You tu memang celah gigi saja lah.
Dia juga pandai pilih ikan fresh. Dia pandai pilih durian. Dia pandai melukis. Rumah saya tu, abah saya yang design lah walaupun dia langsung tak ada ilmu architecture, even basic architecture pun.

Saya beruntung antara adik beradik saya yang lain, sebab saya sempat belajar banyak ilmu dunia dan akhirat dengan dia. Kau reti pilih durian? Kau reti pilih ikan fresh? Kau tau nama-nama condiments yang ada dekat dunia ni?

Saya sayang abah saya sebab dia kuat. Macam gambar ni.



Kuat kan dia? Tu baru sikit. Heh. Meh saya ceritakan apa lagi yang dia kuat.



Abah saya kuat merokok. Tengok lah tu, masa jamuan che'gu-che'gu pun dia boleh ambil gamba sambil tangan pegang rokok. Saya pun kuat merokok jugak. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Abah saya tahu saya hisap rokok. Dan dia tak kisah pun.



Abah saya kuat makan. Ini explain macam mana abah saya boleh jadi sampai 120KG. Hehe.


Abah saya tak pernah kedekut pasal makan. Nak makan apa saja, mesti kami dapat. Pernah sekali masa kami nak pergi berkelah, mama lupa nak sediakan makanan untuk anak-anak. Habis abah mengamuk. Sebab kesiankan anak-anak nak makan lepas penat mandi.

Saya sayang abah saya sebab masa saya sekolah dulu, setiap kali saya tidur lambat belajar, dia sanggup keluar ke Bandar Ipoh semata-mata nak belikan saya nasi lemak dengan teh ais faveret.

Saya sayang abah saya sebab bukan kerana dia, saya tak jadi orang. Orang maksudnya bukan berperangai binatang macam kebanyakan orang dekat rumah kami lah.

Tapi seberapa banyak saya sayang abah saya pun, Tuhan lagi sayangkan dia.

Abah pergi tanpa sempat saya ucapkan selamat tinggal. Saya tak sempat tatap wajah dia waktu hayat dia masih ada. Saya tak ada masa dia tengah nazak. Yang saya tahu, mama cakap abah dah tak ada. Air mata saya tak henti-henti menitik sepanjang 140KM perjalanan. Saya menyesal sebab tak ikut makan malam sama masa minggu sebelum tu. Saya menyesal sebab marah abah mengusik saya tengah cat pagar rumah. Saya marah dia dengan buat muka merengus. Saya menyesal sangat.

Waktu malam sebelum kebumi, saya tak tidur. Sepanjang malam saya bacakan yaasin dekat dia. Lepas sekali saya baca, saya cium dia lama-lama. Lepas tu saya sambung balik baca. Sepanjang malam.

Waktu lepas mandikan abah untuk kali terakhir, saya cium abah puas-puas. Saya cium ubun-ubun dia lama-lama. Saya tahu, lepas tu saya tak boleh cium dia dah. Sejuk. Waktu tu saya tahan nangis. Bukan sebab saya ego, tapi saya tak nak arwah sakit. Mama cakap, kalau air mata menitik atas badan dia, dia rasa sakit. Saya tak nak dia sakit. Cukup lah saya selalu sakitkan hati dia, saya taknak lah dia sakit waktu saat-saat akhir dia jugak.

Semakin sampai waktu kebumi, abah semakin nampak senyum. Yang tu buat saya tak boleh lupa sampai bila-bila.


Ini baju terakhir arwah sebelum dia pergi. Setiap kali balik Ipoh, saya mesti cari dalam almari, dan saya cium lama-lama. Bau abah masih ada sampai sekarang.


Inilah kubur arwah. Dia ada pesan, tanam pokok banyak-banyak dekat kubur dia masa dia tak ada. Sekarang ada banyak pokok dekat sana.

Sebab abah saya, saya jadi pencinta haiwan. Sebab abah saya, saya cukup pantang dengan orang tak ada adab. Sebab abah saya, hari-hari saya terperuk depan TV tengok channel-channel Discovery.

Abah cakap, "Belajar sampai mati"

Sudah, sebelum saya jadi bertambah emosi, baik saya henti dekat sini. Ok lah, panjang betul saya tulis.

Saya benci dengan soalan dia setiap kali kami makan dekat luar.

Dia tanya, "Sedap makan?"
Kami jawab, "Sedap!!"
Dia jawab, bersahaja, "Belajar rajin-rajin, nanti dah kaya boleh makan selalu"

Benci.

O Allah! Forgive him and have Mercy on him and give him strength and pardon him. Be generous to him and cause his entrace to be wide and wash him with water and snow and hail.
Cleanse him of his transgressions as white cloth is cleansed of stains. Give him an abode better than his home, and a family better than his family and a wife better than his wife. Take him into Paradise and protect him from the punishment of the grave (and of the fire), [Muslim; 2:663]