Aug 2, 2010

.isu kelas di bulan puasa

Selamat siang semua.

Waktu menunjukkan pukul 7.20PM. 28 dari 30 budak dalam kelas semua muka tepu. 2 sudah hilang dari tempat duduk asal. Aku nak kata diorang pergi break untuk solat, tak baik menipu. Dari tingkap kelas aku nampak mereka tengah syok isi nikotina dalam jantung di tangga Block 2.

"For the next class, we will be on the fasting month."

Ujar Encik Abdul Aziz Samson. Ya, Samson. Setiap kali dengar nama dia, Kenangan Terindah bermain-main dalam kepala otak aku ni.

"So I think we need to replace the classes. It's not convenient for us having a class when people were breaking fast."

Muka 28 dari 30 budak dalam kelas bertukar dari tepu ke sedikit gembira. Bayangan pergi bazaar ramadhan untuk tonton gadis-gadis seksi dah terbayang dalam otak masing-masing. Hari Isnin kebiasaannya gadis-gadis akan pakai baju Kebaya ketat. Pahala puasa semakin pudar dalam diri masing-masing.

"How about we change the time to 8.30-1030PM, and replace the classes on 6.00-8.00pm?"

Ujar Encik Abdul Aziz Samson lagi sambil betul-betulkan spek mata dia. Slang british dia sangat pekat. Lagi pekat dari Jenson Button/Keira Knightley order A plate of scone sambil minum teh Darjeeling pagi-pagi.

"Any suggestion, anyone?"

Tanya Encik Abdul Aziz Samson. Kenangan Terindah dah penghujung chorus nak masuk bridge.

"How about we break the fast before 6PM? That way we don't have to change the class' time"

Ujar seorang pelajar,

dalam hati.




Pelajar yang menulis entri ni sekarang.




.imam muda

Selamat siang semua.

"Boleh tahan handsome jugak peserta-peserta Imam Muda ni kan? Kalau la aku dapat, fuhh sumpah tak tinggal. Dah la handsome, pandai pasal agama lagi. Memang sayu aku kalau dia imamkan aku bila dah kahwin dengan dia nanti."

Bersungguh betul gaya pertuturan awek tu dekat kawan dia masa aku tengah makan dekat Hailam Kopitiam Seksyen 7 petang tadi. Betul jugak apa dia cakap tu, tugas imam memimpin.

Bagus, ini satu petanda baik bagi memartabatkan nilai-nilai Islamik dalam diri rakyat Malaysia. Program realiti berkonsepkan kerohanian macam ni sangat lah bagus sebab boleh mengenalpasti potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa pada zaman sekularisma ni.

Awek tu pun boleh tahan seksi. Aku harap lah kalau dia betul dapat salah sorang peserta Imam Muda tu, dia dapat menemui nur keinsafan supaya kembali ke pangkal jalan.

Aku harap lepas ni dia tak pakai dah baju yang menampakkan lurah dendam, tak pakai dah low cut jeans yang nampak lurah bontot beserta panties belang-belang warna pink.

Ameen.






Oh lupa aku nak cakap, yang awek tu sebenarnya androgynous, atau dengan erti kata lain,


Pondan.


Dan dia sangat berani pasang angan-angan nak kahwin dengan peserta Imam Muda.

Cukur jambang bagi licin dulu boleh bang?





Aug 1, 2010

.the new

Selamat siang semua.

Apa kena RefJour entah. Bunyi macam orang cendekiawan Perancis lepak-lepak dekat kafeh (baca : cafe) sambil pekena kopi cicah biskut mayat.

Intipati masih sama. Sarkastik dan sedikit pornografi. Sedikit tu bergantung pada berapa tinggi tahap air barli dalam skrotum.

Cuma tolong, jangan suruh adik-adik kau yang belum mumayyiz dan mimpi basah baca blog ini. Please?