Dec 3, 2009

.kenapa?

Selamat siang semua.

Lately, aku banyak dengar orang mengeluh, mengeluh sebab ada orang suka membeza-beza. Ada orang kata, "Eleh budak ni, baru je buat blog dah sebok nak ajar orang lain". Aku dengar, aku menyirap. Kenapa perlu macam tu?

Kenapa kau nak jadi macam budak-budak. Kenapa perlu jadi macam budak asrama? Kau dah senior kau boleh buat kepala kau la? Dah boleh roll call junior tengah malam sebab budak tu ngorat junior yang kau suka? Macam tu?

Tak ada beza pun kalau kau blogger baru ke lama. Yang penting di sini (jari aku tunjuk otak).

Kenapa mesti kau tolak apa yang budak tu nak cakap? Budak baru, tak semestinya dia tak tau apa-apa.

Tak ada salah pun kalau dia nak share apa-apa. Knowledge is universal. Dan kau tak ada hak pun nak kutuk ilmu yang dia bagi hanya kerana dia budak baru. Get this, new blogger needs old bloggers, and vice versa. Without it, ilmu tak boleh nak passed on to generations.

Ilmu takat kau tau coding HTML, tau buat script MiRC saja tak cukup untuk masa sekarang ni. Orang sekarang dah terer Javascript dah, dah reti hack website UiTM dah. Dah pandai ejas lipatan sejadah bagi macam sujud dah. Tu semua budak-budak muda aka newbie yang kau kondem sangat tu la yang buat. Sapa lagi terer sekarang?

Dan even kau otai mana pun dalam blog, ilmu blogging ni macam barang-barang teknologi jugak. Hari ni kau beli handphone ada warna, esok dah keluar handphone ada warna ada camera. Sains dan teknologi, kalau kau dah lama tak brush, akan jadi obsolete.

Contoh, kau amek medicine. Half of the things kau belajar masa 10 tahun dulu akan jadi obsolete kalau kau tak modified habit kau tak nak belajar benda baru. Sekarang mana ada orang buat IJ Cutdown, orang sekarang guna Modified Seldinger dah (Student medicine, do correct me if I'm wrong).

Kerja nak kondem je blogger baru. Jangan berlagak otai sangat, takut nanti tersungkur, orang tak tolong, tapi gelakkan ramai-ramai. Masa tu baru kau nak sedar. Heh.

Sebab apa bangsa kita susah nak maju? Sebab ni la. Orang lama berlagak pandai taknak terima ilmu orang baru. Kau nak kondem boleh, tapi cuba dengan cara yang membina. Bukan kau kasi dia ayat macam kau buat piledriver dekat dia. Talk wise please, tunjuk attitude bukan caranya.

Kalau rasa dah lama dah otai sangat, buat la persiapan menyambut kematian, kau dah dekat sangat nak mati tu.

Aku boleh supply kapur barus, nak?

Otai apa? Otaik!

0 journeyed together: