Dec 15, 2009

.musim sejuk, musim mengawan

Salam sengal-sengal sekalian (muahahahaha)

Waktu paling syok waktu hujan adalah boleh tidur dengan nyenyak. Tak ada nyamuk nak kacau main gigit-gigit. Tarik selimut ketat-ketat pun boleh rasa breeze hujan tu. Memang syok lah.

Dan bukan setakat tu je.

Aku nak cerita benda best kau boleh buat time kau susah nak tidur waktu hujan.

Waktu hujan lebat, kau boleh tenung modem P1 lama-lama. Masih blinking-blinking warna merah. Rasa macam hari raya. Kau tunggu lama mana pun untuk dapatkan dia jadi warna hijau, dia takkan jadi macam kau nak. Syahdu.

Dan bukan setakat tu je.

Waktu hujan lebat, kau boleh tenung decoder Astro tu. Tenung lama-lama. Kau bukak, dekat top right corner ada benda kecik comel je. Warna dia hijau kotak-kotak. Syok kan?

Celaka, aku dah termiss Roda Impian. Dah tak tau hari ni si Fouziah Ghous pakai night gown macam mana. Cis!

0 journeyed together: