Apr 27, 2011

.rutin hujung semester

Selamat siang semua.

"Hello, Abdul Siggplus, ni Dr Halim lecturer Law awak, tadi saya check attendance awak, saya tengok awak dah tak hadir sampai 4 kali sepanjang sem ni."

"Ini kalau ikutkan peraturan uitm ni awak dah boleh kena bar dah ni. Apa cerita ni?"

Nada tegas dan penuh garang. Sila gantikan nama Abdul Siggplus dengan nama aku sendiri.

"Err, saya ada MC Dr. Boleh saya jumpa Dr petang ni? Saya terlupa nak bagi dekat Dr masa class haritu"

Gugup aku jawab. Kalau kena bar, mati. Serious mati.

Dalam gugup, terukir juga senyuman di bibir akibat dari penipuan yang hampir berjaya.

"Hmm, baiklah. Tapi petang ni saya tak ada, awak letak salinan mc tu bawah pintu bilik saya"

Senyuman aku makin lebar. Tanduk saitan serta merta tumbuh di atas kepala. Lucifer dan Iblis sudah berbisik di telinga mengajak aku berparti liar meraikan kejayaan. Sekor suruh orgy, sekor lagi suruh parti buih. Nasib baik iman masih teguh.
Sebenarnya 4-4 kali aku tak datang tu, 4-4 kali aku ponteng dengan sengaja. Jangan salahkan aku, salahkan teknik pembelajaran lecturer itu yang bosan nak mati. Kelas 3 jam, 5 minit pertama aku dah menguap 30 kali. Ok, hiperbola. Tapi itulah yang selalu terjadi.

Cepat-cepat aku selongkar almari, mencari mc terpakai kawan-kawan yang memang aku dah standby untuk diguna pakai di waktu-waktu getir macam ni. Aku capai 2 helai mc, 1 nama aku sendiri, 1 lagi nama kawan aku.

Mandi cepat-cepat. Entah bersih ke tidak celah kelangkang aku kurang pasti. Alah, bukan ada sapa-sapa nak jumpa aku salam lepas tu terus cium kelangkang aku pun kan? Ala kadar sudah.

Sarungkan sehelai t-shirt berkolar, dan seluar jeans lusuh. Boxer pun aku tengok belum bertukar kekuningan, jadi aku sarungkan saja. Time is money. Time is mani pun boleh.

Aku panaskan enjin kereta, dan terus menuju ke kedai fotostat berhampiran. Tak sia-sia aku catit tarikh aku ponteng. Berguna.

Mc pertama aku tukar tarikh, mc kedua aku liquid nama kawan aku dan tukar jadi nama aku dan tarikh. Genius!

Aku yakin, kedai fotostat milik orang cina ni mesti jenis tak kisah aku fotostat mc penuh dengan liquid dan tulisan tangan sendiri. Jenis kapitalis kau faham sajalah, asalkan untung sudah.

"Apek, fotostat ini 2 helai kertas, 2 set aa."

Apek ambil mc aku dan teliti satu persatu. Kagum dengan tulisan tangan aku yang cantik mungkin.


.......


"Aiya, ini macam lu mau tipu ah? Saya tamau fotostat, saya tamau tanggung dosa."

Baru aku perasan dalam kedai dia tak ada limau-limau mandarin, colok dan patung tuhan perut boroi baring sambil tersenyum.

Cina muallaf. Jimbit.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

13 journeyed together:

Hellioz said...

lu memang jimbit

Razman said...

wow..nice blog...dah komen entri awak,jangan lupa komen entri saya..hikhik..

Fiffy said...

kalau la uni aku macam ni, memang semua subjek kena ban

eiffel said...

dasar jimbit!

wow..nice blog...dah komen entri awak,jangan lupa komen entri saya..hikhik

♥CIK SHA♥ said...

kah3..cer ko try g kedai potostat melayu..ko rase2 dorang nak tak potostat?

Erin Azizan said...

eh s.alam tak pakai sisitem mc yg dihantar terus ke lecturer ke?

padeli said...

jimbit. kerja kerja adventure camni orang jarang buat guna mesin fotostate kedai lah.

Aifaa R. said...

takleh guna mesin fotostat kedai ke? aku selamba je fotostat sampai 3 kali. 1st aku fotostat original. 2nd aku liquid nama and fotostat lagi. 3rd aku tulis nama aku then fotostat lagi sekali. see? haha :D tapi aku buat tu banggla yg fotostat. dia relaks je.

btw ni semua pon sigg yang ajar :p

nottasingleword said...

hahaha. lawak ahh.

norshila ibrahim said...

haha..so?apa jd pastu?

Berto said...

cc @Dr.Sahol

| cik azeya | said...

la. apsal tak fotostat kat bilik aku? haha

areleaf said...

syaitan syaitan..