May 6, 2011

.sembilu


Selamat siang semua.

Tajuk sebenarnya tak ada kaitan dengan pergolakan cinta tiga segi antara Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie. Langsung tiada kaitan. Cuma bunyi dia lebih sedap sikit lah dari tajuk sebenar yang aku akan ceritakan dalam entri ni.

Sebenarnya dalam beberapa hari sebelum ni aku terlalu sibuk. Aku rasa semester ni lah jadual paling babi sekali antara semua. 29 haribulan, 3, 4 dan 5 haribulan straight paper. Tidur entah ke mana, makan entah ke mana, berak lagi entah ke mana.

Kebelakangan ni aku selalu mengalami kesukaran. Kesulitan ni aku tak pasti lah semua orang pernah alami atau tak, tapi bagi aku kesukaran ni memang efek seluruh dunia sekeliling kau. Kesukaran apa?

Kesukaran untuk berak. Sebagai seorang pencinta berak, isu ni amat mendukacitakan. Sangat-sangat mendukacitakan.

Aku pun tak faham kenapa, biasanya bila aku terfikirkan nak berak, mesti perjalanan aku lancar saja. Flow dan tanpa tersekat-sekat. Tapi kali ni lain, tak berjaya!

Bukan aku tak cuba, tapi beliau memang tak sudi untuk keluar. Selalunya bila aku dah setting baik punya mencangkung atas mangkuk jamban, lubang bontot pun dah aim cantik tepat-tepat dalam lubang supaya bila jatuh ia tidaklah terpalit dan melekat di sekitar lubang jamban tu. Rokok dah sedut, tapi tak keluar jugak. Tapi berapa kali aku cuba pun, mesti tak keluar. Kalau ada pun, hanyalah seketul kecil. Mana nak datang kepuasan kalau kita nakkan sesuatu yang magical tapi yang dapat hanyalah biasa-biasa saja?

Aku cuba dan terus mencuba tanpa mengenal erti mengalah. Pantang maut sebelum ajal, apa yang terbuku di hati, atau dalam kes ni, apa yang berkampung di dalam usus, harus dikeluarkan. By hook or by crook kata orang putih.

Tapi masih tak berjaya. Beberapa hari jugak lah aku cuba, tapi tak boleh jugak. Perasaan kecewa di dalam hati tak usah disebut lagi, gundah gulana yang teramat sangat. Jadi dalam beberapa hari ni aku jadi murung dan kurang bercakap.

Lepas beberapa sesi monolog dalaman untuk mengenal pasti punca masalah ni, aku syak puncanya ialah stress sebab exam gap dekat-dekat. Jadi aku berjanji dengan diri, lepas saja exam tamat, aku akan pastikan jamban ialah destinasi pertama yang aku tuju.

Habis saja exam yang dinantikan, aku terus ke destinasi yang dituju. Aku kunci pintu kemas-kemas, aku lorotkan seluar dan duduk di atas mangkuk jamban. Belum sempat pasang air di pili,

Buk..buk..bruuuuttttttt. Habis berterabur.

Aku senyum puas.


15 journeyed together:

M.E.O said...

kakaka. jijik woi! jijik!

M.E.O said...

wtf? aku dapat 1st dekat blog follower beribu?kakaka

M.E.O said...

3rd!

M.E.O said...

4th!

M.E.O said...

dah tu je.kbai

al-jambz said...

nice entri. i have click ur nuff anyway.

Aimi dan Pakcik Hashim said...

ahahahaha
mcm cilaka

asip محمد said...

sungguh bangsat..

areleaf said...

orang berak!

Berto said...

ahhh kau dah habis siksa, bila lah turn aku plak. neraka betul

EkaBukanMakcikKau said...

sumpah best .

Pisey said...

haha. rilek lagi tu. aku nam paper. 5 6 7 deret. pastu 9. then 11 ade 2 paper.

naya.

shandye. said...

cibs.
aku baca sambil tengah hirup teh panas.
nyaris tersembur lewat nostril.

dayyumn!!!

little ain said...

makan betik banyak banyak.
huhu. kes stiff lain pulak citenye.
siap cirit tengah exam.
aduhhh.

Titel said...

busuk betul cerita pasal berak?