Jun 26, 2009

.sheesh

Aku dah create new post pasal Jeni tapi oleh kerana internet cacat aku tak boleh upload gambar jadi aku drafkan dulu post tu sampai internet ok balik.

Jun 22, 2009

.kenapa?

Selamat siang semua.

Kenapa blog list punya application macam haram sekarang ni? Update blog sampai 1-2 jam baru ada dalam blog list. Server RSS Feed rosak ke?

Ke sebab dia guna Celcom Broadband jugak? Tu la, download porno banyak sangat sampai lebih kuota 5GB. Kan dah kena slow speed.

.memey suhaiza

Selamat siang semua.

Asyik sebut tag je. Sekali sekala nak jugak sebut meme. Dah lama kot tak ada orang sebut "Anda dapat meme" di chatbox atau di komen. Mungkin selepas peromenan Memey dan Norman term meme itu tidak lagi valid. Difatwakan haram barangkali.

1. apa perasan sekarang.

Mengantuk dan tak sabar. Aku tak sabar nak tengok Mesir main malam ni. Permainan yang bermutu tinggi. Kata pundits (baca:bukan pundek), the beautiful game.

2. saya nak makan
Kuih muih di bulan Ramadhan. Cuti period tahun lepas masih belum berganti. Bayar fidyah boleh?

3. saya x suka
Makcik-makcik dan kakak-kakak dan abang-abang di kaunter pembayaran
pasaraya-pasaraya terkemuka yang layan macam haram, muka nak ketat.
Juga makcik-makcik dan kakak-kakak dan abang-abang yang bermuka ketat layan macam haram di kaunter-kaunter kerajaan.

4. impian saya
-Lomo Kompakt Automat (Russian Lens)
-Canon DSLR Kiss Digital X (400D)
-Mini Cooper (yang versi lama, tapi perform macam Ferrari)
-Kahwin
-Berhenti merokok (Ini wajib. Tapi sampai sekarang masih belum berjaya)

5. haiwan yg saya tidak suka
Ular. Takut dan geli. Pernah pegang sekali. Badan dia sangat slimy. Yek.

6. saya harapkan
Joni akan menghasilkan anak yang banyak. Supaya bila saya tak ada duit, saya boleh jual seekor-seekor. Mengikut saiz testis Joni, saya yakin dia boleh.

7. jika boleh diputarkan masa
Saya tidak mahu main tanam-tanam mainan pada satu masa dulu walaupun dipancing jiran dengan baik.

8. saya pada 10 thn akan datang
Zakar saya kental melayan kerenah nafsu batin si isteri.

9. hp saya adalah
Nyawa saya. Banyak kali menyelamatkan saya dari masalah.

10. saya pernah bercinta sebanyak
2 kali sahaja.

Huda
duration : 17022005-∞.

Bella
duration: semasa perang besar aku dan Huda satu ketika dulu.

Aku sekolah all boys dulu. Jadi tidak pernah pasang hati pada gadis. Juga tidak pernah pasang hati pada lelaki.

11. saya suka pada

Benda-benda lucah.

12. kawan2 saya (sekadar nama timangan)

Hasbi (paraxixth)
Akmal (kemai)
Fahmi (lowerd)

Tiga ekor ni memang teman seumur hidup aku. Kencing berak kentut sama-sama.

Kawan-kawan blog.

Kawan-kawan Uitm.


13. pernah dikhianati
Siapa yang tidak pernah? Rubbish question.

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
Bogelkan, dan ikat dekat pokok yang banyak kerengga. Bubuh seekor dua di atas kemaluan sebagai mukadimah.

Jun 21, 2009

.zakar afrika

Selamat siang semua.

Sekitar pertengahan tahun 1997.
Waktu petang, hampir senja. Aku sedang sibuk bermain tanam-tanam mainan di rumah jiran sebelah. Mainan itu ditanam dengan harapan esok akan tumbuh pokok berbuahkan mainan. Boleh main banyak-banyak.

Encik Ariffin sedang pandang di balkoni sambil hisap rokok. Berkepul-kepul asap rokok dihembus ke udara segar petang. Memenuhi segenap laman rumah. Aku rasa Encik Ariffin baru lepas pekena kopi 'o' dengan biskut lutut. Aku nak merasa? Jangan harap. Puan Hamizah takkan bagi aku minum kopi. Tu sebab bila tua-tua ni aku sebat selagi boleh kopi.

Selesai sedutan rokok terakhir, Encik Ariffin memanggil aku "Adik, meh sini kejap!". Kepulan asap masih keluar dari mulut dia. Puan Hamizah dah cekup-cekup mulut sambil pandang dengan Encik Ariffin dengan penuh rasa tidak puas hati. Aku agak kecewa kerana main tanam-tanam baru setengah perjalanan.

"Nape abah? Orang tengah main dengan kawan-kawan ni". Balasku sambil menjebik muka.

"Ni ha, abah nak tanya sikit. Kamu ada perasan tak dekat noneng (baca: zakar) kamu ada tanda lahir?". Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Tanda lahir tu apa? Tak pernah dengar pun seumur hidup aku.

"Kat mana? Tak ada pun." Jawabku sambil menarik seluar pendek jenama Rocky One. Baju pasangannya dah aku buang. Apa kelas main pakai baju, tak cool. Aku pandang tepat ke zakar, agak besar. Bulu-bulu belum lagi memenuhi ruang kemaluan aku.

"Meh sini abah nak tunjuk", sambil dia menarik aku mendekatinya. Dilorotkan seluar aku dan menunjukkan tompokan hitam tepat-tepat di tepi zakar. "Tengok ni, ni la tanda lahir kamu". Aku mendiam, masih mencari klu.

"Adik beradik kamu semua tahu pasal tanda lahir kamu ni. Nanti kalau-kalau kamu hilang ke, time Jejak Kasih kamu boleh tunjuk ni jadi bukti, mesti deme (baca: mereka) kenai kamu" jelas Encik Ariffin dengan tekun. Jejak Kasih masih lagi popular, sesuai ditonton bersama ahli keluarga pada ketika itu.

Lebih kurang macam ni. Sila berimajinasi.

"Tanda lahir kamu macam benua Afrika, bentuk dia sebijik." Ujar guru mata pelajaran Geografi itu lagi. Pengalaman bertahun-tahun mengajar mata pelajaran Geografi membolehkan Encik Ariffin mengenalpasti bentuk benua dengan sekelip mata. Encik Ariffin membelek-belek lagi bahagian kemaluan aku. Jiran sepermainan dah pandang-pandang. Aku mula resah. Malu. Tak cool. Nanti perempuan tau.

Aku cepat-cepat tarik seluar dan lari ke rumah sebelah balik. Jatuh saham aku. Jiran sebelah tanya, aku buat tak tahu sambil korek-korek pasir. Puan Hamizah paling tak suka aku main pasir, nanti cacing dalam bontot.

Encik Ariffin hanya senyum dan mengeluarkan sebatang lagi Benson & Hedges. Hedges tiada kaitan dengan Hedgehog. Sila ambil nota. Berkepul-kepul asap dihembus ke ruang udara laman rumah. Pn Hamizah sudah tidak tahan lagi, terus masuk ke rumah sambil muka ingin membalas dendam.

21 April 2009. Aku tarik lagi getah seluar pendek aku ke depan. Aku cari tanda Afrika lagi, Tak jumpa. Tanda Afrika sudah ditumbuhi hutan-hutan tebal, lagak seperti hutan di Kalimantan. Sangat tebal sehinggakan kalau Bear Gryllis Man Vs. Wild (Discovery Channel 551 Isnin 10.00pm) masuk, dia hanya dapat keluar berbalutkan plastik hitam dan dibawa menaiki lori polis buruk itu.

Aku resah. Macam mana aku nak tunjuk bukti dalam rancangan Jejak Kasih ni.

Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa di serata dunia. Kepada yang masih ada bapa, silalah hargai mereka sebelum kamu tidak dapat melihat wajah mereka lagi.

Oh ya, apa yang jadi pada mainan yang aku main tanam-tanam tu? Keesokan paginya aku pergi dan melihat ia tiada lagi di dalam tanah. Jiran sebelah sedang asyik bermain dengan mainan baru, mengikut katanya. Cilanat!

Jun 20, 2009

.apa yang paling seronok bila tengah down?

Selamat siang semua.

Aku tak dapat degree. Untuk mana-mana universiti pun. Rasa macam bodoh piang yang amat. Sia-sia aku belajar betul-betul untuk dapat sambung belajar degree. Orang kata jangan menaruh harapan tinggi sangat, nanti kecewa. Right back at you.

Kecewa yang teramat sangat. Haih.

Jadi masa-masa kecewa macam ni, dengan tak ada Joni dan Huda di sisi, apa benda yang paling seronok dibuat?

Ini.


Aku dah crossed quit smoking dari want list aku dan digantikan dengan Canon EOS 400D. Aku tengok ramai orang pakai camera ni dan memberikan hasil yang sangat-sangat memberansangkan. Lomo? Mungkin tidak buat masa ni. Banyak pakai duit Lomo ni.

Aku harap sangat rayuan aku dapat. Aku tak nak kerja Tesco sampai ke tua.

.jepun jepun

Selamat siang semua.

Jun 19, 2009

.joni joni joni

Pulanglah ke pangkuan.
Aku amat merinduimu.
Nak main dengan kamu.
Nak belai duri tajammu.
Nak cucuk testis besarmu.
Nak cubit hidung basahmu.

Baliklah. Aku janji nanti aku bagi bini untuk kamu. Sangap dah kan?

.haih

Selamat siang semua.

Letih. Penat. Sakit kepala.

Note to self : Tak nak dah. Takkan. Tolong.

Jun 15, 2009

.kawan taik (tag kot)

Selamat siang semua.

Award dari paraxixth. Award entah apa-apa dengan gambar jamban semua. Hodoh betul. Kau ingat kau lagi kuat berak dari aku? Kau silap la weh. Aku ni lagi dasyat penghasilan tahi dari kau. Tengok kentut pun kau dah tau kan? Heh.

Syarat 1

-copy dan paste kan award diatas dalam blog anda!
done


Syarat ke 2

-jawab soalan berikut dengan jujur!

1. Siapakah Nama Anda dan sila nyatakan link blog anda sekali!

Nama saya siggplus dan blog saya adalah beralamat http://siggplus.blogspot.com

2. Anda Kawan Saya ?

Mungkin.

3. Bagaimana Cara Kita Bertemu ?

Sejak dari bangku sekolah semasa kita masih kecil, di waktu itu bulu pubis kita masih belum masak ranum lagi.


4. Anggapan Anda Apabila Pertama Kali Bertemu Dengan Saya ?

Budak ni pendiam, agak nerd.

5. Anda Masih Beranggapan Sedemikian ?

Tidak sama sekali. Sudah tau perangai dia macam anjing. Sangat sial sekali.

6. Apakah Yang Mengingatkan Anda Kepada Saya.

Saat-saat manis dari mula kenal, sampai la dah tua. 5 tahun beb kita kenal. Dan tak pernah-pernah putus contact.

7. Anda Tahu Semuanya Tentang Saya ?

Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa mandi sungai aku nampak zakar kau. Tak ada lah besar mana sampai Abang Zam tu tergila-gilakan sangat. Heh.

8. Terangkan Diri Saya Dalam Satu Perkataan.

Tomok!

9. Perkara Yang Anda Tak Suka Pada Diri Saya.

Kau hisap rokok. Euw gross! Aku benci bau rokok.


10. Kali Terakhir Anda Berjumpa Dengan Saya.

Tadi.

11. Kelemahan Saya ?

Gadis-gadis comel.

12. Jika Anda Mampu Beri Apa Saja Kepada Saya, Apakah Ia?

Kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Tapi tolong lah, aku tak nak dimadukan dengan Abang Zam kau tu.


13. Perkara Yang Mengembirakan Saya ?

Bila kau dapat berjumpa aku.

14. Perkara Yang Menyedihkan Saya ?

Bila kau tak dapat berjumpa aku.

15. Saya Sudah Berpunya ?

Sudah pasti. Tapi kau maksudkan yang mana satu? Haha.

16. Mungkinkah Saya Akan Berkahwin Pada Suatu Hari Nanti ?

Tidak. Kerana kau sekarang dah terjebak dengan kancah gay. Mungkin ya kalau kau kahwin lari ke Kanada.

17. Kata2 Yang Ingin Anda Beritahu Kepada Saya Tetapi Tidak Kesampaian.

I Love U.

18. Anda Rasa Saya Pendengar Yang Setia ?

Sometimes, cat steven cross the road also.

19. Jika Saya Tiada Lagi Di Dunia Ini, Apakah Perasaan Anda ?

Gembira, happy, seronok. Mungkin aku dapat rasa macam mana rasanya syurga.

20. Kata2 Terakhir Anda...

Ye la nanti bila aku ada duit aku bayar la balik hutang kau tu.


syarat 3:

-sila tag seberape banyak kawan anda yang patut menerima award ini

Oleh kerana kebanyakan kawan blog aku kawan kau, aku dah tak boleh tag sapa-sapa.


Jun 13, 2009

.taik

Selamat siang semua.

Baru beberapa bulan aku guna laptop aku ni, dia dah mula membenci aku. Button dah susah nak tekan. Macam bawah setiap button keypad ni ada plastisin. Tekan macam tekan, tapi huruf tak keluar-keluar jugak.

Rasa macam nak hempas, tapi kesian pulak. Lagipun aku ada share dalam pembelian laptop ni. Kalau free mau je aku try hempas. Apa ada hal, ada guarantee.

Dell memang macam shit. Menyesal aku tak angkat Acer haritu.

Jun 5, 2009

.mandimandimandimandima

Selamat siang semua.

Seronok betul dapat mandi dengan kawan-kawan waktu tak ada duit ni. Dapat hilangkan panas.

Untuk berita penuh, layari ini. Walaupun tajuk blog dia macam tiru aku sikit, takpe boleh dimaafkan. Budak-budak. Heh

Jun 4, 2009

.imajinasi

Selamat siang semua.

I never imagined myself to be the way I am today. Dulu, di sekolah mesti ada sesi soal jawab guru dengan murid tentang cita-cita bila dah besar. Kalau orang lain mesti isi 3-3 slot dengan either doktor, saintis, atau polis atau askar. Itu faveret, kalau tak tulis salah satu tu, kau mesti dianggap pelik.

Ya aku lah si pelik itu. Dulu aku suka sangat dengan kerja-kerja remeh. Aku selalu curi-curi guna penyedut hampagas Pn. Hamizah dan buat macam pam minyak. Boleh imagine tak? Penyedut hampagas sekarang tak sama dengan yang dulu. So kau bayangkan yang dulu punya aku letak tepi dinding dan batang penyedut dia aku sangkut celah tingkap, vertically. Kan nampak macam pam minyak. Aku rasa macam heaven sangat bila dapat main benda-benda tu.

Bila ada benda panjang dan tirus macam penyapu atau mop, aku akan pegang dan buat macam tengah potong rumput.

Dan satu ketika dulu, pensel mekanik aku rosak. Aku tak tau macam mana nak baiki, jadi aku suruh abang aku tolong betulkan. Godek sana godek sini, dah siap. Aku rasa terpegun sangat. I'm a fast learner, so lepas tu aku boleh baiki sendiri kalau pensel mekanik aku rosak.

Setahu aku tak pernah aku main bina-bina guna Lego. Salah satu sebab adalah keluarga aku tak mampu nak belikan aku Lego. Zaman dulu Lego mahal, orang kaya-kaya saja ada. Kalau ada beli pun sekali saja, dan I end up eating the Lego.

So kesimpulannya, bila sampai masa nak tulis cita-cita dalam report card warna biru tu, aku tulis :
1. Pengepam minyak
2. Pemotong rumput
3. Bukak kedai repair pensel mekanik


Tak ada cita-cita langsung nak jadi doktor, jurutera, saintis. Pessimist gila kan?

.8hb

Selamat siang semua.

4 more days counting from today. Aku sudah tak tahan dengan internet selembab siput babi ni. Kenapa bandwidth limit 5GB sahaja?

Macam mana aku nak download porno banyak-banyak? Macam mana aku nak browse info pasal hedgehog? Macam mana aku nak main Restaurant City di Facebook lama-lama?

Sigh. Being a broadband user is such a burden. Kena jaga bandwidth la. Jaga limit la.

Aku tak sabar nak guna wimax.

.reminisce

Selamat siang semua.

Sekitar tahun 1994. Baru masuk tadika. Tadika dalam madrasah. Tadika agama, tapi dah besar perangai macam haram. Duit belanja sehari 20sen. Bangga boleh beli macam-macam. Makan dah free dah tadika kasi.

Hari-hari duit 20sen buat beli cikidis. Makanan faveret keropok durian tu. Hari-hari tak boleh miss beli. Kalau kaya sikit, beli Ding-Dang. Duit susah sangat nak dapat. Kadang-kadang je dapat beli Jojo. Itupun lepas peras ugut En. Ariffin.

Masa tu pergi tadika berhantar berambik. Tengok hari jugak lah. Kalau abang aku ada, dia amek naik basikal. Tapi yang paling tak bes bila En. Ariffin amek. Naik Vespa. Dulu kalau sapa-sapa ada vespa ni macam ada moto jenama Nitro sekarang. Malu. Kalau hantar mesti jauh sikit dari madrasah tu sebab segan kawan-kawan selalu ejek.

Lepas balik tadika, kadang-kadang diorang lambat ambik. Ada makcik sorang ni bela monyet. Dia bela dalam sangkar besar. Bosan-bosan lambat sangat ambik, aku beli ice pop then pergi kacau monyet tu. Tarik tangan dia la, ekor dia la, baling batu dekat dia la. Bagi aku dulu monyet ni macam jahat sangat. Monyet tu bising, suka jerit-jerit. Benci betul. Dah mati dah kot monyet tu sekarang.

Kadang-kadang dating dengan jiran depan rumah. Jalan berdua naik basikal. Beli ice pop, pecah dua, kongsi. Bila nampak anjing, lintang pukang lari. Basikal entah ke mana, ice pop entah ke mana.

Aku rindu la dengan makanan-makanan zaman dulu. Sekarang ni susah betul nak dapat. Mana ada budak-budak sekarang nak beli Dindang dah. Suma beli beyblade, naruto.
Tak adventure langsung.