Jun 21, 2009

.zakar afrika

Selamat siang semua.

Sekitar pertengahan tahun 1997.
Waktu petang, hampir senja. Aku sedang sibuk bermain tanam-tanam mainan di rumah jiran sebelah. Mainan itu ditanam dengan harapan esok akan tumbuh pokok berbuahkan mainan. Boleh main banyak-banyak.

Encik Ariffin sedang pandang di balkoni sambil hisap rokok. Berkepul-kepul asap rokok dihembus ke udara segar petang. Memenuhi segenap laman rumah. Aku rasa Encik Ariffin baru lepas pekena kopi 'o' dengan biskut lutut. Aku nak merasa? Jangan harap. Puan Hamizah takkan bagi aku minum kopi. Tu sebab bila tua-tua ni aku sebat selagi boleh kopi.

Selesai sedutan rokok terakhir, Encik Ariffin memanggil aku "Adik, meh sini kejap!". Kepulan asap masih keluar dari mulut dia. Puan Hamizah dah cekup-cekup mulut sambil pandang dengan Encik Ariffin dengan penuh rasa tidak puas hati. Aku agak kecewa kerana main tanam-tanam baru setengah perjalanan.

"Nape abah? Orang tengah main dengan kawan-kawan ni". Balasku sambil menjebik muka.

"Ni ha, abah nak tanya sikit. Kamu ada perasan tak dekat noneng (baca: zakar) kamu ada tanda lahir?". Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Tanda lahir tu apa? Tak pernah dengar pun seumur hidup aku.

"Kat mana? Tak ada pun." Jawabku sambil menarik seluar pendek jenama Rocky One. Baju pasangannya dah aku buang. Apa kelas main pakai baju, tak cool. Aku pandang tepat ke zakar, agak besar. Bulu-bulu belum lagi memenuhi ruang kemaluan aku.

"Meh sini abah nak tunjuk", sambil dia menarik aku mendekatinya. Dilorotkan seluar aku dan menunjukkan tompokan hitam tepat-tepat di tepi zakar. "Tengok ni, ni la tanda lahir kamu". Aku mendiam, masih mencari klu.

"Adik beradik kamu semua tahu pasal tanda lahir kamu ni. Nanti kalau-kalau kamu hilang ke, time Jejak Kasih kamu boleh tunjuk ni jadi bukti, mesti deme (baca: mereka) kenai kamu" jelas Encik Ariffin dengan tekun. Jejak Kasih masih lagi popular, sesuai ditonton bersama ahli keluarga pada ketika itu.

Lebih kurang macam ni. Sila berimajinasi.

"Tanda lahir kamu macam benua Afrika, bentuk dia sebijik." Ujar guru mata pelajaran Geografi itu lagi. Pengalaman bertahun-tahun mengajar mata pelajaran Geografi membolehkan Encik Ariffin mengenalpasti bentuk benua dengan sekelip mata. Encik Ariffin membelek-belek lagi bahagian kemaluan aku. Jiran sepermainan dah pandang-pandang. Aku mula resah. Malu. Tak cool. Nanti perempuan tau.

Aku cepat-cepat tarik seluar dan lari ke rumah sebelah balik. Jatuh saham aku. Jiran sebelah tanya, aku buat tak tahu sambil korek-korek pasir. Puan Hamizah paling tak suka aku main pasir, nanti cacing dalam bontot.

Encik Ariffin hanya senyum dan mengeluarkan sebatang lagi Benson & Hedges. Hedges tiada kaitan dengan Hedgehog. Sila ambil nota. Berkepul-kepul asap dihembus ke ruang udara laman rumah. Pn Hamizah sudah tidak tahan lagi, terus masuk ke rumah sambil muka ingin membalas dendam.

21 April 2009. Aku tarik lagi getah seluar pendek aku ke depan. Aku cari tanda Afrika lagi, Tak jumpa. Tanda Afrika sudah ditumbuhi hutan-hutan tebal, lagak seperti hutan di Kalimantan. Sangat tebal sehinggakan kalau Bear Gryllis Man Vs. Wild (Discovery Channel 551 Isnin 10.00pm) masuk, dia hanya dapat keluar berbalutkan plastik hitam dan dibawa menaiki lori polis buruk itu.

Aku resah. Macam mana aku nak tunjuk bukti dalam rancangan Jejak Kasih ni.

Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa di serata dunia. Kepada yang masih ada bapa, silalah hargai mereka sebelum kamu tidak dapat melihat wajah mereka lagi.

Oh ya, apa yang jadi pada mainan yang aku main tanam-tanam tu? Keesokan paginya aku pergi dan melihat ia tiada lagi di dalam tanah. Jiran sebelah sedang asyik bermain dengan mainan baru, mengikut katanya. Cilanat!

11 journeyed together:

Huda Luna said...

haha...

nnt org nk cr la benua afrika tu..

siggplus said...

tak boleh..nanti org nk pkai cawat besi..mangga dengan kunci solex, then anak kunci flush dlm jamban..hahaha

paraxixth said...

wah....ade tompokan hitam.tapi dapat beza ke? bukan konek ko hitam ke?

Tijah said...

selamat hari bapa...

ko bapaknyer joni kan? ngeh ngeh

siggplus said...

paraxixth : hitam..hitam legam..baru lah jantan..putih2 mcm cina tak sunat je..haha

siggplus said...

kak jah : harap maaf..anda silap fakta ni..setahu aku aku tidak ada pancutkan semen aku ke dalam mana-mana uterus hedgehog wanita

siggplus said...

chipsmore : belum..boleh rekemen tok mudim yang pro x?

baiklah nanti aku jwb k

addyaholix said...

macam syial. haha!

Pendatang Asing said...

entry lu kali ni lain macam sikit. ada sifat kejantanan. haha

siggplus said...

addyholix : eleh, nak tengok la tu kan..hehe

siggplus said...

pecah kepala : gua mmg jantan la..lu nk try mengandung?meh cni gua kasi lu mengandung..bape org anak nk?haha