Jul 19, 2009

.kepada yang berkenaan

Ke hadapan tuan/puan/prof/dr/cik yang saya cintai,

Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan/prof/dr/cik bahawa saya mungkin tidak dapat datang ke kelas pada hari yang mendatang kerana faktor-faktor berikut.

1. Saya selsema.
Mungkin selsema burung. Mungkin selsema babi. Walaupun saya tak makan babi, saya masih boleh terjebak dengan gejala ini, mengikut kata WHO. Saya hanya tunggu simptom demam sahaja sekarang.

2. Saya penat.
Sejak semalam, saya dah tiga kali main futsal yakni malam semalam, petang tadi dan baru sebentar tadi. Minta maaf, saya gian main bola. Saya tak boleh menolak peluang main futsal, kerana sudah sebulan lebih saya bercuti dari beriadah. Jika ada pun, di atas katil sahaja. Beriadah apa? Ha yang tu kita tak tau tu.

3. Saya sakit pinggang.
Sila rujuk nombor 3. Segala lampiran adalah berkaitan.

4. Saya sakit tekak.
Shah Alam ni memang jerebu setiap hari kah? Dan rumah flat yang saya duduk ini sama level dengan kabus jerebu itu. Jadi setiap pagi tekak saya berasa amat perit sekali.

5. Saya tak ada duit.
Saya nak beli makan pun kena jimat, inikan pula saya terpaksa isi minyak motor. Sori la. Takpe, nanti pinjaman tipu tipu an masuk nanti saya isi minyak penuh-penuh, hari-hari saya pergi kelas ok?

6. Tsunami.
Mesti tuan/puan/prof/dr/cik ada baca berita pasal tsunami predicted 22haribulan ni kan? Jadi semua orang dinasihatkan untuk elak dari berada dekat dengan pantai. Shah Alam sebelah Klang kan? Dan Klang tepi laut kan? Jadi saya merumuskan saya perlu mengelak dari keluar rumah sekitar tarikh tersebut.

Saya tulis surat ini siap-siap kerana saya tahu saya akan dan telah mengalami semua ini, dan semua ini akan buat saya sukar untuk ke kelas. Diharap pihak tuan/puan/prof/dr/cik faham dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Kalau nak dahulukan duit untuk saya pun tidak mengapa saya terima dengan hati yang terbuka.

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

17 journeyed together:

syahidahariff said...

weh aku nak copy paste surat ko ni utk sem depan..xpayah aku type surat xdatang class dah..terbaik lah..ahhaha

Tijah said...

kau kat s.alam kah? buat apa weh?

siggplus said...

odah : sila bayar royalti ok..nnt dh fotostat, bg kt aku untuk dicop dan sain..hehe

siggplus said...

kak jah : buat apa?belajar la kak..kn masuk uitm shah alam..dekat je kan ngn nilai?boleh la jengah2 dtg umah kak mkn msakan kak tu..hehe

♥.misz luna.™ said...

surat yg tbaik..

p ti p ti pu msuk duit nnt jimat2 tau..
selsema mkn la ubat..
hantu futsal btul..
klu tsunami..

UMP sure la kne kn..?
dkt laut je

syahidahariff said...

amboi.nak royalti.yelah.aku belanja la ko keropok super ring..

ainee si ketua pari2 said...

okies anda tak payah pergi keje today..
saya benarkan

ainee si ketua pari2 said...

ehh bukan kerja..kolej!

Weed and Bandages said...

wowwee

sudah ada pic awek

siggplus said...

<3 : cmne nk jimat2 kte nk kongsi2 beli dslr..hee..
xkne kot..sbb jauh gak ngn pantai

siggplus said...

odah : aku taknak super ring..aku nak ding dang,jojo ngn tora..

siggplus said...

ainee : terima kasih cik..cik sangat memahami saya..*ehem* xnk dahulukan duit kat saya ke?

siggplus said...

ms weed : yik?mmg dh lama ada dah la..

chipsmore said...

pinjaman tipu tipu an masuk nanti sile banje satay...hehe ;)

ainee si ketua pari2 said...

duit apa??da larr anda ponteng kelas saya lagi nak dahulukan duit..poorahh!!!pergi terjun bangunan kebumi ala cina banyak wooo duit..ade kereta merz lagi..

siggplus said...

chipsmore : satay?teringin oh..lama sangat dah tak makan satay..

siggplus said...

ainee : kalau jadi macam cina, jangankan merc, kau nak mintak bugatti veyron pun boleh..