Selamat siang semua.
Hari ini minyak naik lagi 80 sen. Semalam berpusu-pusu orang menyerbu stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak full tank. Termasuk aku.Mereka isi lagi ke dalam botol-botol kosong yang berisi sedikit air dengan harapan untuk menjimatkan wang. Tanggapan mereka salah. Dengan adanya air setitis dua di dalam botol tersebut, maka bersedialah untuk meng-overhaul-kan kereta anda kerana grand valve anda akan terhakis oleh minyak bercampur air. Sudah, itu bukan isu nya sekarang.
Kerajaan berpendapat untuk mengurangkan bebanan kewangan negara,subsidi minyak akan dihapuskan. Ini akan menjadikan kerajaan lebih kaya berbillion ringgit.
Aku bukanlah orang politik, aku hanya penuntut universiti, tetapi aku rasa inilah masanya untuk aku speak up.
Kerajaan semakin miskin? Mungkin tidak sekiranya kerajaan tidak menghabiskan jutaan atau kemungkinan berbilion untuk digunakan untuk menghantar angkasawan ke angkasa hanya untuk melancong. Mungkin juga tidak akan menjadi miskin kerana menganjurkan pesta menarik pelancong seperti Champions Youth Cup dan International Regatta. Tiada hasil. Setakat menganjurkan pesta seperti ini untuk menarik pelancong, 2 Days of Freedom di Port Dickson sudah cukup. Pesta minum arak dan melayan lagu trance serta house oleh Tiesto sudah cukup. Melayu sudah tidak menjadi melayu. Lihat Zarina Ann-Julie dengan pakaiannya di sana. Melayu kan? Sedikit kekeliruan juga berlaku dalam diri aku samada dia melayu atau mamak. Maybe aku silap.
Tidak cukup dengan bebanan kerajaan menyeru (baca : mesti) rakyat memasang sistem tali pinggang keledar di tempat duduk belakang yang sudah tentu membebankan pengguna kereta lama dan pengguna miskin, harga minyak pula tidak disubsidikan.
Kurangkan harga minyak untuk tolong orang miskin kunun.
Harga minyak naik, harga barang naik. Maybe aku harus ke luar negara seperti Nigeria atau Djibouti untuk menikmati hidup. Aku tidak nampak kenikmatan hidup di Malaysia.
Atau Kerajaan mahu menjadikan Malaysia negara komunis?Semua orang harus sama rata. Kereta dan motorsikal tidak perlu ada di Malaysia. Semua harus menggunakan basikal untuk ke mana- mana.
Aku tidak sabar untuk tunggu 5 tahun lagi. Waktu itu aku ada hak untuk menentukan masa depan negara. Sekian saja aku berpolitik kali ini.
Habiskan duit untuk perkara yang tidak penting dan miskinkanlah lagi rakyat
Jun 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment