Jul 16, 2009

.13 hari mencari cinta

Selamat siang semua.

Maaf sudah lama tidak update. Internet belum ada sampai sekarang. Ok aku tipu. Aku sudah ada koneksi internet di rumah sejak Isnin lepas. Cuma aku sangat malas untuk update blog. Dan ditambah dengan perangai aku yang suka update blog dengan privacy. Baru tenang, idea keluar, dan kepala tahi ingin keluar sedikit.

Sudah tujuh hari aku tidak update kan? Aku update sekarang hari ke hari.

Jumaat lepas lepas.

Aku sampai di Shah Alam dengan penuh kelam kabut. Result Ptptn keluar hari tu jugak, petang tu jugak lepas Jumaat. Aku kelam kabut setelkan tandatangan dan cop saksi pukul 4 petang, pukul 5 dah kena bertolak dah. Sampai di Puchong pukul 8 malam, dan pukul 10 aku bertolak ke Shah Alam untuk hantar barang ke rumah sewa.

Sabtu lepas lepas.

Pukul 10 pagi aku keluar untuk daftar. Ramai macam haram. Pukul 1030 beratur daftar, pukul 2 baru setel. Nasib baik ada ramai gadis-gadis comel. Boleh cuci mata. Hehe. Lepas tu terus gerak ke rumah sewa. Tapi macam haram lagi. Kunci rumah tak ada dan semua orang keluar. Jadi aku kena tunggu sorang-sorang dekat bawah rumah dalam 2 jam lagi.

Ahad lepas-lepas.

Tidur, makan, sembang sepanjang hari.

Isnin lepas.

Daftar major subject. Ada tujuh pilihan, dan berkonsepkan siapa cepat dia dapat. Adil ke macam tu? Dan aku yang dalam kumpulan awal untuk daftar major adalah antara orang yang terakhir daftar major. Dari angan-angan nak ke geotech, transportation dan management akhir sekali dapat concrete. Satu-satu penuh.

Selasa lepas.

Tidur, makan, sembang sepanjang hari.

Rabu lepas.

Aku tak ingat. Mungkin buat credit transfer. Dan jalan-jalan tengok Shah Alam.

Khamis lepas.

Kelas dah start. Tapi aku malas nak ke kelas. Jadi tidur, makan sepanjang hari.

Jumaat lepas.

Masih lagi malas.

Sabtu lepas.

Tidur, makan sepanjang hari. Housemate semua balik. Tinggal aku dengan budak Kuala Selangor. Jalan-jalan sekitar Shah Alam lagi. Tanpa internet, aku macam tak ada apa-apa. Kebosanan teramat sangat.

Ahad lepas.

Setelkan P1. Harapkan hari tu jugak boleh guna, tapi kecewa. Bodo punya P1.

Isnin.

Baru rajin nak pergi kelas. P1 sudah boleh guna.

Selasa.

Kelas juga, except aku dah boleh download macam-macam guna P1. Seriously, memang berbaloi pakai P1. Motor sudah sampai. Lepas ni boleh meronggeng bawak awek merata-rata. Huda lah, sapa lagi..Hehe

Hari ini.

Setelkan PTPTN. Pinjaman TiPu TiPu Ni. Penat berulang alik serata Shah Alam nak setelkan macam-macam. Ambil nombor pukul 11 pagi, nombor aku 1770. Nombor yang tertera dekat board 1346. Duduk macam orang bodoh tunggu. Nasib baik tak ada apa-apa masalah kecuali perangai pekerja PTPTN yang macam babi. Tau la orang nak pinjam duit dia, boleh tak jangan jadi macam babi sangat? Semua nak marah-marah.

Tu saja ringkasan hidup aku di Shah Alam. Makan boleh tahan murah, sedap dan kenyang. Kampus sangat la besar. Aku masih belum explore habis lagi.

Joni dan Jeni sihat-sihat belaka. Hari-hari beromen. Dah macam tak payah buat alarm dah. Setiap pagi Joni akan buat bunyi sangat dekat Jeni kuat-kuat.

Aku rasa Jeni sekarang tengah pregnant. Ada sapa-sapa nak beli anak mereka nanti tak? Serious buyer sahaja.







Laki Bini.


Makan.

Makan lagi.

7 journeyed together:

Huda Luna said...

sib baek jln2 bwk awek yg bernama huda..

lalala..

best la awk ade P1..
jeles btoi..



comel je pic yg dorg tido sblh2 tu..

siggplus said...

hehe..tp huda yg mana?ha yg tu kite xtau tu..hee..

nnt kt area gambang ada nya..dia br nk ada kt pahang tu..u juz wait n see

dh laki bini tido sebla2 la..yg laki peluk bini dia..hee

addyaholix said...

sejak bila blog lu jadik diari?

aku dah 26 tahun carik cinta tapi haram tak jumpa-jumpa. damn!

addyaholix said...

uikk joni dah kawen? gila cemburuk!

Ainee Cumi said...

asal lain macam je i tgk u punye hamster?

ehh kat ipoh pon da ade r P1

siggplus said...

addy : sejak aku tak ada idea nak update apa..heh..
cari la lagi..dia ada dekat simpang empat area rumah kau..

siggplus said...

ainee : lain macam?apa yang lain?biasa2 je..p1 mmg ada kt ipoh, tapi tak fully covered..area umah aku xdpt lg