Dec 1, 2010

.mindset melayu

Selamat siang semua.

Mak aku antara pembenci kedai mamak yang tegar. Kau buat lah macam mana pun, mak aku memang takkan makan dekat kedai mamak. Bila tengok saja kedai mamak, mesti buat gaya geli macam mamak tu tengah kikis daki dekat tengkuk tepi kuali roti canai.

Bagi aku la, sepanjang hidup aku dekat dunia ni, yang hari-hari menjamu makanan mamak bila duduk di perantauan, tak pernah lagi aku sakit perut makan roti canai cicah kari 4 hari reheat. Sumpah tak pernah. Tapi masa asrama dulu aku pernah cirit birit sebab makan ular masak asam pedas yang melayu dining tu masak.

Ya, ular. Bukan ular @afiqsiddhartha, tapi memang ular. Sengaja kami semua panggil ular sebab tak tau ikan jenis apa dia guna untuk masak tu, tapi memang sebijik macam ular. Dengan kulit, bentuk, dan rasa.

Bila aku tanya mak aku kenapa taknak makan dekat kedai mamak, dia mesti akan jawab sebab hygiene. Apa-apa pun sebab hygiene. Padahal bila makan dekat kedai Melayu kebiasaannya lalat akan hurung makanan tanpa segan silu. Dah macam makan lalat bersalut tepung. Mak aku punya mindset, kalau melayu, bagus, kalau mamak, kotor. Melayu generasi hebat brands, mamak generasi bulu.

Kalau mamak, apa yang mak aku nampak ialah rajah di atas. Ngeri bukan?

Semalam mak aku malas masak, penat katanya. Jadi aku sebagai anak merangkap supir dan taknak kena cop anak derhaka kena pergi membeli lauk pauk untuk juadah dekat kedai melayu area rumah aku ni.

Mak aku bagi rm10, beli lauk rm6, lebih aku simpan sebagai cukai. Sampai rumah, mak aku dah siap-siap letak nasi atas meja, tunggu lauk pauk je nak hidang.

Tengah mak aku tuang lauk dalam pinggan, jatuh 3 ekor lalat sekali dengan kuah kari ikan tu. Mungkin lalat-lalat tersebut asyik sangat threesome sampai terjatuh dalam kuali dan mati dalam keaiban. Aku senyum sinis dan pandang mak aku sambil menjerit, "I told u so! In your face!!".

Ok aku tipu. Kurang ajar sangat. Aku senyum kelat je dekat mak aku.





"Tak apa, lalat ni kalau ikut sunnah nabi kita rendam balik sayap dia dalam tu dah kira boleh makan dah", ujar mak aku sambil buang lalat-lalat tu.





Agak-agak kau la, apa reaksi mak aku kalau kari tu aku beli dekat kedai mamak pulak?

50 journeyed together:

Mr. Schomey™ said...

cool. still ada alasan sunnah. :p

Huda Luna said...

kompem mama kate tgk kedai mamak ade lalat!
huhhu

Ery Farieha said...

mesti kedai mamak tu kena kondem


wuuu geli ah lalat.

Rara Nasiha said...

confirmla mak kau kondem kedai mamak lagi kan. tapi sebenarnya kau beli kat kedai melayu ke mamak ni? heee. tak paham.

hifazphat said...

tapi kedai mamak kna beware.. sbb dah byk kes dorg sebenarnyer bukan india muslim tapi india kafir!!

xsuke makan kedai mamak sbb itu la - was2 dgn keislamannyer... :)

muhamadsufian89 said...

makan roti canai je kat kedai mak..kalau macam lauk pauk selalu g kedai melayu je..

fezaL Mohd said...

cool je la haha

mR.sYaH said...

comform terus buangkan.. hehe..

Hellioz said...

mindset

gwa after lu punya statement.
Walaupun makanan tu reheat macam mane pon, tapi kedai tu bersih.

1st thing 1st la kan
kalau melayu macam mana sekalipun,
lalat punya kapasiti lagi ramai dari penghuni kedai tu, tercekik gak gwa.

penah je gwa beli nasik campur dalam ade lalat.
Nak taknak kena makan.
Student tang mane yang nak campak makanan sepah2?

gwa ade je snap,
nak je hantar mane2.
sat g esok depa kena bersihkan kedai pasai kotor sangat

serves u right honey...

kah3~

Ariffin Janal said...

aku rasa kan, sumpah 7 keturunan mamak tu kena sumpah dengan carutan sopan makcik. perghhhh berdas2 agaknye~

afiqsiddhartha said...

haha entahlah sigg. Aku bukan jenis cerewet pasal makanan. Aku boleh je makan mana mana dan so far kedai mami yang aku pergi, semua aku kelaskan dalam kategori boleh singgah makan. Tak boleh tahan bau keti. Tu je. Mamak memang konsep dia kotor kot baru sebati dengan kelazatan kari dia. I'm just saying. Kotor2 pun ramai makan. Lepak ramai2 dan tengok MU kalah. Still mamak jugak tempat dia kan.

Cik Agogo said...

aku kat kuala selangor ni... aku ske lagi pegi kedai seafood cina...

terbahek dari laut. memang 100% fresh. nak menjala tepi restoran pun bleh pastu bagi dorang masakkan. harga siap bleh kawtim... berbaloi la makan...

kalo pegi kedai seafood melayu... memang merepek gila kat sini... harap tokey je serban tinggi2 kadang2... tapi ikan ke apa da la tak sedap... mahal, tak fresh plak tu...

entah laa...

tapi kdg2 tu orang semua sangka bangsa lain pengotor... melayu je ok... padahal kapasiti lalat dengan orang yang masuk kedai melayu tu... ramai lagi lalat kot. siap ada lalat malam2 pun gigih part time...

eiffel said...

ye..mgikut ayh aku pown cm tuh..

klo rendam lalat tuh balek, t racun dia akn ilang.. -.-"

klo mak ko tau...mesti dia xkn mkn..rela goreng telo mkn ngan kicap..smbil menyumpah

Nadya said...

Erghh..aku pun sama dengan mak kau..
Bukannya apa,dah banyak sangat cerita² yang aku baca..
Bukan boleh percaya sangat mamak ni (sekadar pandangan peribadi)

Melayu pun takdela pembersih sangat tapi kita sebagai pengguna pandai² la pilih kan

J. Abdullah said...

nak kata mamak tu pembersih sangat tu memang tak. tapi macam kau cakaplah.. tak pernah pun sakit perut makan kat mamak sampai kena sakit perut.

mamak FTW!

♥CIK SHA♥ said...

ntah la..aku tak berapa suka makan kat kedai..mak aku masak lagi best..haha..takde kena ngena lsg jwpn aku dgn soklan ko..sekian mekaseh..

mier@merr said...

aku tak kesah kot...kt mne2 pun bedal..tp klu rasa jijik sgt..mmg kedai pn kotor...haruslah blah g tmpt lain kan..


mak ko mesti balas camni kalu ko beli kt kedai mamak..

"I told u so! In your face!!"

hhee~

-iEkA DaRLink- said...

dah 3 ekor pon mak ko buleh trime sebab dari kedai melayu erk? hehe.

aku pon tak suke kedai melayu.
slalu kantoi ade tikus kat dapur dye.

Anonymous said...

bab mamak kotor tak boleh nak cakap ape ah. tgk toilet sudah.

tapi,


ni apekes label entry kau siap pasal kote mamak ni? berminat ke bang? ekekek


_akalilidawama_

bukan fatin liyana said...

itu la, fatin pun tak berapa minat nak makan kedai mamak sebab dekat sini susah nak cari. banyak makanan jawa je. tapi so far nice je. makan tak sakit. Fatin kan nak jadi doktor. kena la jaga hygiene.

anak abdullah said...

kikiki. jangan marah ha everyone. bab makanan ni, aku sedih bila orang nak cop certain bangsa ni dengan hygiene. sedih weh. tapi tu la, mindset tu memang susah nak ubah.

but anyway, kalau pergi kedai mamak menu untuk dicari adalah teh tarik, roti canai, rojak, mee goreng mamak, kari

jangan mengada-ngada cari nasi goreng paprik, tom yam, mahupun bakso. amatlah mencabul prestij kedai mamak tersebut.

aku pernah jumpa 'sup ayam mamak'. which i believe, mesti ada rasa sendiri. bukan pattani wannabe

*sangat tidak sopan komen di atas ni. grrrrr

siggplus said...

@Mr. Schomey™

cool tak cool jugak lah

siggplus said...

@Huda Luna

ha tau xpe, meja tak lap pun dia dah bising pengotor.

siggplus said...

@Ery Farieha

geli? aku makan ok je, tak geli langsung

siggplus said...

@Rara Nasiha

aku beli dekat kedai melayu la. kari wey, boleh detect kot melayu masak ke mamak masak. peluh tu lain rasa dia.

siggplus said...

@hifazphat

kalau kafir apa efek dia dekat makanan tu? adakah makanan tu jadi haram kalau kafir yang serve?

siggplus said...

@muhamadsufian89

kedai mak sapa kau makan roti canai?

siggplus said...

@fezaL Mohd

cool kepala hangguk

siggplus said...

@mR.sYaH

tak. aku makan. dengan hati yang berat aku makan sampai licin.

siggplus said...

@Hellioz

lalat kira ok lagi, aku penah tengok tikus dalam kuah kari. tapi tu bukan kedai melayu or mamak, tapi kedai indon. macam mana nak jawab tu?

siggplus said...

@Ariffin Janal

tau pun kau

siggplus said...

@afiqsiddhartha

tolong bawak aku pegi makan kedai mami. pls. aku nak makan mami rakus2

siggplus said...

@Cik Agogo

kalau makan seafood, makan kedai cina paling terbaik. serius.

mcm kau cakap la, melayu tau nak untung saja, tapi ikan n seafood2 yg lain dia tak serve fresh.

melayu ada yang bersih, tapi kalau pengotor tu pun ada jugak. mamak pun macam tu. it all depends on the peniaga lah.

siggplus said...

@eiffel

kalau mak aku tau? dia yang tuang dalam bekas tu kot.

siggplus said...

@Nadya

yup, thats my point, kena pandai pilih.

cuma mindset yang kata kedai mamak semua kotor tu salah, it depends on the owner dgn pekerja la. kalau diorg pandai jaga hygiene, ok la. kalau tak, kotor la jadinya.

siggplus said...

@J. Abdullah

u mmg memahami ai tawww. mamak FTW!

siggplus said...

@♥CIK SHA♥

there's no other food as delicious as mom's cooking. itu saja.

siggplus said...

@mier@merr

hahaha bijak kau. dia mesti perli aku punya.

siggplus said...

@-iEkA DaRLink-

tikus dekat dapur ok lagi, tikus dalam makanan? kau pernah nampak? aku pernah.

siggplus said...

@Anonymous

toilet kotor tu lah best, mempercepatkan proses nak kencing.

yup. mmg aku berminat sgt tu sbb aku label macam tu. dengar cerita besar. heh

siggplus said...

@bukan fatin liyana

bukan fatin liyana ni jilaka tau. menci betei. haha

siggplus said...

@anak abdullah

mamak pun dah pandai weh skrg, dia cari tukang masak thailand utk masak mknn melayu/thai. sedap pun boleh tahan sedap. mamak skrg ni kira 7e utk makanan, semua benda ada.

aku kalau boleh nak tumbuk pengomen atas kau tu. hahaha

a little less conversation said...

reaksi mak ko bila nampak 3 ekor lalat dalam kari dibeli di kedai mamak

"la knp ada 3 ekor je..bukan ke sepatutnya 13 ekor"

hahaha..

mamak layan bila tengok bola..dari awal game sampai habis dengan segelas teh tarik je..hahaha

hifazphat said...

@siggplus

hmm..sy pnah tny kt sorang ustaz psl kl bukan islam yg serve mknn wpun mknn tu halal.. & ini jawapan ustaz tu:

"makruh makan makanan yg disediakan olih org kafir jika makanan dan pinggan kuali semuanya bersih dan halal."

just nak share ^_^

sy xboikot pn kedai mamak..kl abg sy bwk kesitu sy layan je pun cume kl blh nak yg btl2 india muslim la.. bkn tpu ckp muslim pdhl x pun :)

noorafzan said...

huuhuh..
betul la cakap mak hang tu..
pasal lalat tu kan.
positif..positif..

Aus MeLankoLik said...

bukan semua mamak berlalat ,
tengok jugak jenis bulunya sigg .

zainalalieff said...

Kedai melayu warung tepi jalan semua berlalat bro. Lalat ni sedap gak senanyer.

Lagi2 fikir masa dia still berbentuk ulat tu. Hmmmmmm. nyummy.

CERITA LEBAT said...

sama la macam mak aku.kahkahkah..kalau mamak mesti bulu...padahal layan nustan jugak..

CERITA LEBAT said...

sama la macam mak aku.kahkahkah..kalau mamak mesti bulu...padahal layan nustan jugak..

Jard The Great said...

errrrrrrrr... hahahaha.. *tumpang gelak je