Habis final exam tadi, aku terus bergegas balik rumah. Tak ada nak bincang-bincang mana salah dah, apa yang dah tulis bukan boleh repair balik pun. Yang penting aku tak ada tulis "Sorry Maam, I tried my best" dekat penjuru kertas jawapan macam kebiasaan aku buat masa Diploma dulu.
Balik rumah terus ada housemate ajak lawan PES2011. Dengan hati yang berat-berat rela aku layankan saja. Menang? Itu perkara biasa bagi aku. Orang kata rutin, kalau kalah tu memang mengejutkan ah.
Berbekalkan kayuria murah RM10, aku main secara steady. Passing sikit, gelecek sikit, rembat. Gol. Bila gol aku cepat-cepat tekan select, malas nak tengok replay sebab dah biasa sangat. Tapi kalau dah nama pun kayuria murah RM10, kebarangkalian kayuria tersebut untuk rosak sangat tinggi.
Bila tekan kiri, player pergi kanan. Tekan kanan, player pergi kiri. Kalau dekat rumah aku teknik ni dipanggil 'ketam', sempena cara ketam berjalan. Mengiring macam sakit pinggang lepas berjimak. Dan ia biasanya bersulam dengan carutan-carutan seperti "Babi", "Pundek" dan segala jenis carutan yang boleh buat warga emas geleng kepala.
Masa 2nd game, score masih 0-0, aku ada peluang cantik. Berbekalkan pengalaman, one on one dengan keeper tak perlu nak kelam kabut sangat, lagi cantik kalau dapat menganjing keeper. Jadi aku tekan R1 dan button bulat untuk chip bola lepas keeper.
Dah lepas, tapi cantik pulak kena palang.
"Ya Allah, senang macam tu pun tak boleh masuk!", serta merta terpacul dari mulut sambil melihat bola golek-golek manja ke belakang tiang gol.
Housemate aku yang baru menarik nafas lega sebab tak gol, membalas,
"Ha, time ni baru kau nak ingat tuhan"
Sinis dan mencucuk-cucuk jantung.
Serta merta aku hempas kayuria dan pergi ambil wudhu'. Solat Zohor, dan buat sujud sajdah sekali. Berdoa sambil menangis insaf.
19 journeyed together:
Nasib baik kayuria tu tak mengeluarkan kejutan elektrik yang boleh buat kau tak sempat bertaubat
abam deus kalau eksaited berhari jadi pun tak payah la sampai komen 2 kali.
malam karang merempit dan bersosial.
abang daus ni hyper sangat kenapa? Birthday present semalam kokain sepeket ke?
okay gua tak tahu pulak pes2011 dah keluar ? dem
mujur la igt jugak drpd xigt lgsg..ehe
babi sungguh abam sigg dan abam afiq
layan beb pes2011
humm kayuria mmg enjoy boleh wat pemuas nafsu haha
yang last tu cm tak leh pakai .
betul ke haha ?
@deus X machina hahahahaha
aku rasa kita patut frenly match la pes2011. ajak deus sekali
alhamdulillah
^___^
kayuria? hahahaha cool. classic
men game mmg akan mencarut.. gua tak tau nape.. dem
alhamdulillah tros pi amek wuduk n solat n siap wat sujud sajdah n doa n nangeh..mmmmmmm
alhamdulillah....naseb bek sempat ingat tuhan. hahaa
Selamat menyambut Aidiladha! ^_^
Post a Comment