Jan 24, 2011

.cougar town

Selamat siang semua.

Dah dekat-dekat nak habis belajar ni, sesi pembelajaran dan pengajaran aku dah menjerumus ke arah yang detail lagi. Kebanyakan subjek yang diajar semua lecturer berpangkat Dr, Prof, Ir, Sr dan Datin. Ya, Datin pun ada.

Macam kelas High Performance Concrete tadi, lecturer aku berpangkat Prof dan Dr. Hebat mana tu aku kurang pasti, tapi kalau bab menganjing kami anak-anak mentah yang baru nak rosakkan otak dengan formula-formula engineering dan teknik-teknik terima rasuah ni memang dia cukup hebat.

Dah nak masuk 5 tahun belajar civil, tapi bila dengan dia macam baru belajar Civil 101. Macam baru belajar benda basic. Perasaan jilaka tu cukup tinggi.

Kalau ada yang pesen jiwa tak kental, boleh panjat menara s&t dan terjun.

No doubt, ilmu dia memang tinggi. Kalau dah sampai menteri pengajian tinggi nak buat buku engineering kena rujuk dia dulu, kau faham-faham saja lah.

Ilmu ibu-ibu pun cukup tinggi. Mengajar dengan garang untuk kami faham. Bukan setakat ajar, faham tak faham belakang kira. Senang cerita semua benda dia ajar memang in details lah.

Belajar ikut stail orang Jepun. What, why, who kena selalu ada dalam otak.

Tapi ilmu menganjing Prof Dr ni paling hebat antara semua ilmu dia.

Masa sedang buat concrete mix design tadi, ada classmates aku yang konon nak jarum halus Prof Dr dengan tanya soalan macam-macam. Buat kemaih kata orang utara.

Budak tu duduk seberang dengan row meja aku. Maka Prof Dr pun pergi dekat dia untuk jawab soalan dia. Prof Dr sekarang menghadap budak tu, sambil tonggeng sikit dan bontot menghala pada kami. Cuba bayangkan. Aummm tak?

Sebelum aku cerita detail, aku nak ingatkan Prof Dr ialah wanita lewat 40an yang obesiti (tipikal tubuh badan wanita melayu lepas kahwin) dan mempunyai susuk tubuh badan yang takkan membuatkan nafsu gelora remaja macam kami ni bernafsu. Sekarang masih aummm lagi tak?

Aku sedang sibuk buat Design Mix, secara tiba-tiba Prof Dr toleh pada aku, dan berkata,

"Ha, awak ni jangan nak tengok bontot nenek tua macam saya ni pulak. Tau lah badan saya menarik". Tepat pada aku.

Serta merta aku letak pen, dan minta kebenaran untuk ke tandas,

dan muntah.

Esok demam mungkin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 journeyed together:

MOFASAD said...

fist!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NARDtheNERD said...

kerajaan saja ja letak prof saiz badan cam tu.
:)

lini hasnan said...

ko patotnya jawab~~ aummmm sgt!

Anonymous said...

kahkahkah. cam harammmm.

Huda Luna said...

hahhahahahlain kali cakap mana ada bontot nenek tuaa hahah



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Adibah Baharum said...

hahahahahahahhhahaha sengal!!

Ainee Cumi said...

Ahahahah! Aumm lah apa pulak muntah. Ahahhahah!

Akulah Aqilah Itu said...

Aummm! hahahah. ada kes kot, budak kolej aku kena buang scholarship sebab nganjing lecturer. =P

PuanPepel said...

hamek..kena sedas..

Anonymous said...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

pergh. haha

Anonymous said...

Kau post la sekali gambar lecturer quanTITies ko.baru aumm.

PUTRI NADIA ADDNAN said...

bontot dya hott,, mmg le nk munth,,,, haha,, aummmmm.... fllow ma blog back dear..

malyna said...

hahahaa pergh kene sebijik haha