Jan 21, 2011

.dendang perantau


Selamat siang semua.

Masa aku tulis entry ni, segala rasa sedih memang menusuk jiwa habis. Rindunya kampung halaman. Di telinga aku terngian-ngiang bunyi burung berkicauan, kesejukan telaga waktu subuh, dan bau masakan ibu waktu tengah hari. Bunyi tawa anak kecil mandi sungai, senyuman manis mereka bergembira di kampung. Ah, rindunya!

Anak-anak sedang tidur nyenyak di bilik. Acap kali mereka ajukan soalan "Ayah, bila kita nak balik kampung?" dengan muka penuh harapan tinggi menggunung. Sayu rasanya bila terpaksa menjawab "Belum masanya, ayah sibuk sekarang ni". Anak paling bongsu teresak-esak menangis mahukan pelukan nenek dia. Manja sangat mereka dengan neneknya. Nak apa, semua dapat. Nak buah apa, nenek akan kaitkan untuk mereka. Kecuali buah zakar dan buah dada lah, itu sudah pasti.

Bau lemang serta merta memenuhi segenap lohong hidung. Kalau di kampung, lemang memang tak payah beli tepi jalan. Semua masak sendiri di rumah. Ibu akan sediakan semua bahan-bahan, yang lelaki tugasnya tunggu sampai masak. Lemang rebus? Persetankan! Terlalu urban sangat bagi aku.

Bukan taknak balik, tapi keadaan tak mengizinkan. Sibuk dengan kerja yang bertimbun dekat kotak kecil ruang bekerja itu. Nak mintak cuti, macam tak berbaloi. Aku pasti kalau aku mintak cuti, mesti bila balik nanti kerja akan bertambah. Biasalah awal tahun, ditambah dengan kerja swasta yang dipenuhi dengan kroni-kroni, waktu-waktu awal tahun ni memang sibuk sekali. Bini terabai di rumah, nafkah batin dan zahir pun kadang-kadang lupa.

Maafkan abang, sayang.

Tambah sayu bila ibu telefon dari kampung, sanggup pergi pinjam telefon rumah ketua kampung, untuk tanya aku dengan cucu-cucunya balik ke tidak kali ni? Aku hanya diam kelu seribu bahasa. Mahu saja aku jawab ringkas, "Tak dapat balik ibu, kerja banyak", tapi mengenangkan akan tergurisnya hati dia bila mendengar jawapan seperti itu, aku cuba tipu dengan kata isteri tak sihat. Saya tahu ibu kecewa, tapi ibu cuba tak tunjukkan.

Boleh dengar titisan air mata dan suara yang tersekat-sekat ibu masa tu. Saya mintak ampun bu, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ibu pernah berpesan, keluarga itu lebih penting dari segalanya.

Saya bersumpah bu, tahun depan saya akan pastikan raya kita lebih bermakna. Saya akan pastikan saya akan balik sekeluarga mengucup tangan ibu. Saya peluk ibu, rasalah hangatnya rasa kasih sayang saya terhadap ibu.

Minta maaf lagi sekali pada semua.

Saya tujukan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dari Sudirman sebagai pengubat duka lara kepada sesiapa yang membaca warkah ini.


Selamat Menyambut Thaipusam. Maaf Zahir dan Batin.

Pecah kelapa pecah gelas, sudah baca harap balas.

12 journeyed together:

This Is Good said...

first

cimOt said...

selamat belated raya la tuk ko..aq lupa nak ucap kat ko semalam..hahahahaha

eiffel said...

heh!

mesti ko hanya g bt caves smlm, kan...g smbut!

enuLwanie said...

heh.
dah agak dah ending mesti x sedihnya.
wlaupun aku sendiri dah terkenangkan kampung bila baca entri ni.

░♥si lampu neon♥░ said...

syahdunye..

Check it out Entri Paling Best !
# Keputusan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4, 2011#
# Suntik Tattoo Dalam Mata !! #
# Awek Pakai Magic Cup Kencing Berdiri ? #
# Lelaki Bodybuilder Bukan Pilihan Aweks. #
# Hari Thaipusam #

cikpia said...

ending cam shilake!!!

Pa'tam said...

aku bijak tau.. aku bce ending je pastu komen

cikpepel said...

mesti terkilan tak dpt g bt caves kn

Nazirul said...

kau sambut thaipusam ke bro?haha

s0ramizumi said...

ƪ(‾ε‾“)ʃ‎‎

Ariffin Janal said...

hahahaha siot punye entry

Muhd Aizie said...

pecah perut pulak aku baca . suka gaya penulisan macam ni . nice ^_^