Selamat siang semua.
Sebagai manusia kaki makan yang tegar, dekat mana aku duduk mesti aku cuba semua jenis makanan yang ada. Masa dekat Penang boleh kata semua kedai makan yang famous aku try. Orang kata kalau tak try nanti menyesal.
Macam dekat Shah Alam, aku kalau boleh nak isytihar yang bandar ni adalah neraka untuk makanan sedap. Kau pergi kedai mana pun, aku berani kerat kote kau mesti kecewa.
Dan bila aku kecewa dengan kualiti makanan, aku akan habiskan banyak masa dalam jamban untuk buang balik semua yang tak sedap tu. Nak buat macam mana, aku dengan berak memang tak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Salahkan metabolisma tinggi. Ini la salah satu punca aku jadi macam sekarang, kurus, tapi bermuscle.
Jadi malam semalam aku try makan dekat Nasi King Briyani.
Orang kata boleh tahan sedap, jadi aku pergi la cuba try test tengok sedap ke tak.
Sampai saja kedai, langsung tak ada orang. Yang ada hanyalah kucing-kucing garong yang berpeleseran. Saiz tubuh badan kucing-kucing garong tu pun agak-agak kurus kering. Aku syak perniagaan Nasi King ni yang tak maju jadi punca diucing (kalau orang, diorang, kalau kucing, diucing ikut kata @RosnizaZ) kurus macam ni.
Yang ada hanya sorang pekerja Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam yang senyum lebar sambut kami macam kami ni orang pertama datang kedai dia. Kalau ada karpet merah aku rasa mesti dia bentang dari turun kereta sampai ke meja makan.
Lepas kami duduk, dia hantar menu, dan terus tukar muzik dari lagu Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam ke lagu Matahari - Agnes Monica. Bagus, memahami.
Aku tengok menu. Ada 5 page, semua jenis makanan ada. Banyak yang berasaskan beriyani dan nasi. Ye lah, nama kedai pun Nasi King, takkan specialty dia babi panggang atau testis katak kan?
Sebab tak pernah datang kedai ni, aku jadi undecided nak makan apa. Jadi aku panggil waiter Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam tu dan tanya dia, "Sini makan apa special?"
Dengan tenang dan bersahaja dia menjawab, "ABC Special 1 aa?", sambil tulis dekat kertas order. Ah sudah.
"Eh tak-tak. Kejap", tegas aku dan tengok balik menu.
Aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Aku yakin dia boleh jawab soalan sesimple macam tu.
Jauh jugak pemikiran dia nak cakap mana lagi sedap. Muka confuse, macam aku tanya dia soalan subjektif matapelajaran Sains dan Matematik. Nasib baik tak ada calculator dekat sebelah dia, kalau ada aku rasa boleh jadi dia keletak keletuk tekan button dekat calculator tu.
Aku tanya lagi sekali, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?"
"Briyani gam ayam sedap"
Masa dia jawab aku tengah sedap tangkis jari kucing garong yang hinggapkan kaki dia dekat paha aku. Kurang ajar sungguh kucing ni nak garong-garong dengan aku. Aku tak berapa dengar waiter tu cakap apa, jadi aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Kali ni aku beri konsentrasi sepenuh masa.
"Briyani Ayam sedap", jawab dia.
Aku suruh dia tarik kerusi duduk sebelah aku, dan aku mula bersyarah tentang pentingnya bahasa Melayu dan pemahamannya dalam perniagaan kedai makan ni.