Nov 8, 2010

.mana lagi sedap? [bukan soalan lucah]

Selamat siang semua.

Sebagai manusia kaki makan yang tegar, dekat mana aku duduk mesti aku cuba semua jenis makanan yang ada. Masa dekat Penang boleh kata semua kedai makan yang famous aku try. Orang kata kalau tak try nanti menyesal.

Macam dekat Shah Alam, aku kalau boleh nak isytihar yang bandar ni adalah neraka untuk makanan sedap. Kau pergi kedai mana pun, aku berani kerat kote kau mesti kecewa.

Dan bila aku kecewa dengan kualiti makanan, aku akan habiskan banyak masa dalam jamban untuk buang balik semua yang tak sedap tu. Nak buat macam mana, aku dengan berak memang tak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Salahkan metabolisma tinggi. Ini la salah satu punca aku jadi macam sekarang, kurus, tapi bermuscle.

Jadi malam semalam aku try makan dekat Nasi King Briyani.

Orang kata boleh tahan sedap, jadi aku pergi la cuba try test tengok sedap ke tak.

Sampai saja kedai, langsung tak ada orang. Yang ada hanyalah kucing-kucing garong yang berpeleseran. Saiz tubuh badan kucing-kucing garong tu pun agak-agak kurus kering. Aku syak perniagaan Nasi King ni yang tak maju jadi punca diucing (kalau orang, diorang, kalau kucing, diucing ikut kata @RosnizaZ) kurus macam ni.

Yang ada hanya sorang pekerja Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam yang senyum lebar sambut kami macam kami ni orang pertama datang kedai dia. Kalau ada karpet merah aku rasa mesti dia bentang dari turun kereta sampai ke meja makan.

Lepas kami duduk, dia hantar menu, dan terus tukar muzik dari lagu Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam ke lagu Matahari - Agnes Monica. Bagus, memahami.

Aku tengok menu. Ada 5 page, semua jenis makanan ada. Banyak yang berasaskan beriyani dan nasi. Ye lah, nama kedai pun Nasi King, takkan specialty dia babi panggang atau testis katak kan?

Sebab tak pernah datang kedai ni, aku jadi undecided nak makan apa. Jadi aku panggil waiter Myanmar/Bhutan/Ghurkha/Vietnam tu dan tanya dia, "Sini makan apa special?"

Dengan tenang dan bersahaja dia menjawab, "ABC Special 1 aa?", sambil tulis dekat kertas order. Ah sudah.

"Eh tak-tak. Kejap", tegas aku dan tengok balik menu.

Aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Aku yakin dia boleh jawab soalan sesimple macam tu.

Jauh jugak pemikiran dia nak cakap mana lagi sedap. Muka confuse, macam aku tanya dia soalan subjektif matapelajaran Sains dan Matematik. Nasib baik tak ada calculator dekat sebelah dia, kalau ada aku rasa boleh jadi dia keletak keletuk tekan button dekat calculator tu.

Aku tanya lagi sekali, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?"

"Briyani gam ayam sedap"

Masa dia jawab aku tengah sedap tangkis jari kucing garong yang hinggapkan kaki dia dekat paha aku. Kurang ajar sungguh kucing ni nak garong-garong dengan aku. Aku tak berapa dengar waiter tu cakap apa, jadi aku tanya balik, "Briyani Ayam dengan Briyani Gam Ayam mana lagi sedap?". Kali ni aku beri konsentrasi sepenuh masa.


"Briyani Ayam sedap", jawab dia.








Aku suruh dia tarik kerusi duduk sebelah aku, dan aku mula bersyarah tentang pentingnya bahasa Melayu dan pemahamannya dalam perniagaan kedai makan ni.



47 journeyed together:

fleura said...

masalah komunikasi,huhuh

wfhsln said...

brother, kau tak pernah cuba nasi arab ke ? sedap hingga menjilat jari kau.

Dekat anjung tujuh, belakang unisel.

siggplus said...

@Zala Wajik

tu lah makanan ruji aku selama ni. ni saja je nk try kedai lain

Unknown said...

haha ye ye je lah kau tarik kerusi soh dia dok seblah

ENCIK TIKUS said...

kah kah ape nie sigg ? terbaik ahh, makan gandum duhh

HAN said...

hahahahahaa..lawak syiall..

[sutera kasih] said...

hehehe bg ceramah free kt kedai

little ain said...

HAHAHAHA :)

boleh pulakk gitu.

by the way, pak li koptitiam kat shah alam not bad la sedap die. selamat mencubaa :)

Huda Luna said...

hahaha gelak sampai merah muka orang baca DIUCING tu
huhu

ala sama macam kat naina la yang
tanya lain jawab lain

Shahada Fauzi said...

ahahahaha..sengal betol!

pasni ko bukak kelas ajar dorang bhasa melayu ok??

Anonymous said...

makanan kat pappa rich taman shamelin memang yuck. dah la pengotor pekerja dorang. pendatang asing sume kecuali sorg je china.
mahal nk mampos. sedap pun tak.pengotor n dorang x faham bhs melayu ataupun english. bluerk!! para wanita dinasihkan agar tidak menggunakan tandas mereka

PuanPepel said...

haha..kantoi suda tak paham bahasa...

shida said...

haha, memang sume kedai tak sedap pon kat shah alam ni. frust perot aku duduk cni.

afiqsiddhartha said...

bahagialah huda luna kalau asyik gelak je kan.

noorafzan.blogspot.com said...

kenapa tak bantai cakap omputih..
mesti dia paham.

amer_hoosynie said...

sila ke restoran Ehsan d sek8 utk mngajar matapelajaran Bahasa Melayu... khidmat ko amat d perlukan d sana...

deus X machina said...

orang Shah Alam lebih suka memasak sendiri di rumah. #fakta

farwalis said...

janganla potong.....

kang macam mana......

Anonymous said...

prof siggplus. apa khabar?

Unknown said...

kau makan kat wang ke wong solo kat seksyen 7, mkn ayam penyet (kalau kau tahan pedas) takpun JM bariani pun ok gak. try lah kalau belom...

kalau nak minum air sedap yg blended2 ni try kat Ban-j seksyen 13. dulu aku pergi sedap gila tp dah lama tak pergi tak tahulah dan bankrupt ke blom....

|.a.r.i.e.z.a.| said...

kena p tuition dia tu hahahaha

siggplus said...

@Encik Tikus

aku tak minat makan gandum. aku karnivor

siggplus said...

@little ain

pakli kopitiam sedap? seriously? ke sebab kau sedap tengok laki2 hensem dekat sana? sebab aku rasa tak sedap punn

siggplus said...

@Huda Luna

naina? naina mana ni?

siggplus said...

@♥CIK SHA♥

aku dah bukak dah. kau nak masuk pun bolehh

siggplus said...

@Anonymous

taman shamelin dekat mana? sumpah aku tak tau.

para wanita je? laki macam mana?

siggplus said...

@shida

kan? chalet sikittt

siggplus said...

@afiqsiddhartha

aku harap dia bahagia sampai ke anak cucu.

siggplus said...

@noor afzan

kau ni agak-agak la nak kutuk dia punn. racist betul kau ni. heh

siggplus said...

@shida

kan? chalet sikittt

siggplus said...

@amer_hoosynie

aku serahkan tugas-tugas remeh macam tu dekat kau jela. sebab kau macam pegang area sana kan.

siggplus said...

@deus X machina

nak main bekap2 plak abam deus ni.

siggplus said...

@frwls

apsal tak boleh potong? kau nak ke?

siggplus said...

@J. Abdullah

sihat saja datin j. awak dah makan?

siggplus said...

@YobSumo

ayam penyet aku suka dekat seksyen 16. kedai ulu tapi sedap.

jm bariani pun dah naik muak. macam lebih kurg sama ngn nasi king je.

siggplus said...

@|arieza|

u la ajar dia, boleh?

¶A.K.I¶ said...

sigg!~

ad anon la!
hahaa...
weh pegi masak la...
xpayah pk mslh komunikasi
xpayah risau mknan xsedap..
xpayh risau ko xlawas tyme berak!

Unknown said...

er..abis lu bersyarah ngan dia kai bahasa apa????bhsa isyarat?

lu ckp pown kompem dia xphm punya -.-"

Ainee Cumi said...

Ahahahahah!!! Dia paham ke apa yang ko cuba sampaikan kat dia. ITU MASALAHNYA!

Unknown said...

mcm budak kecik la macha tuu.
pantang kena gertak laju2 tuka jawapan.
gahahha

Fnd Rocka said...

Pehh..nak main potong2 lah..kfc shah sedap

Linglung said...

mamak..wifi satuu!

Anonymous said...

Ye lah, nama kedai pun Nasi King, takkan specialty dia babi panggang atau testis katak kan?<--macam aram!..haha

cikpia said...

ko tanak simpul ker sedap tak sedap.....??? asek citer lidah mamat tu yang simpul2 jer..... nak gak aku pow ko blanjer kalau sedap... =)

farah si monster said...

hahahaha. dalam bnyak2 kedai makan, aku prefer mamak. serius

syafiqah ezam shah said...

haha siggplus bagus!

Yatre Hayati said...

sangat rare nak jumpa makan sedap kat shah alam.